You are on page 1of 1

MAKLUMAT DAN PROSEDUR PENDAFTARAN

MINAT KONTRAKTOR KELAS F PKK


BAGI PELAKSANAAN RANCANGAN MALAYSIA KE-9
PROJEK UBAHSUAI & NAIKTARAF
RENDAH, MENENGAH & SOKONGAN PENDIDIKAN SECARA ‘REQUISITION’

Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat
Kontraktor (PKK) untuk mendaftar minat dengan Bahagian Pembangunan, Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi terlibat melaksanakan Projek Ubahsuai & Naiktaraf Rendah, Menengah
& Sokongan Pendidikan Secara ‘Requisition’.

Pemilihan kontraktor adalah tertakluk kepada peraturan perolehan Kerajaan yang masih
berkuatkuasa. Keutamaan diberikan kepada kontraktor yang berdaftar dengan PKK mulai tahun
2001 dan ke atas sekiranya pelantikan kontraktor dibuat secara undian atau pusingan. Ini
bertujuan memberi peluang kepada kontraktor muda/baru. Setiap kontraktor hanya diberi sekali
peluang projek.

Pendaftaran minat ini tidak termasuk pelaksanaan perolehan yang diuruskan sendiri oleh mana-
mana jabatan atau institusi-institusi lain di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia seperti
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan atau Bahagian di Kementerian atau
sekolah yang bertaraf Pusat Tanggung Jawab (PTJ) sekiranya terdapat peruntukan dan keperluan
projek mengkut prosedur dan peraturan perolehan Kerajaan yang masih berkuatkuasa.
Kontraktor Kelas F boleh berhubung terus dengan pihak berkenaan untuk mendapatkan aklumat
lanjut sebagaimana biasa.

Kontraktor yang berminat boleh muat turun borang dan di faks ke nombor 03-88886657 atau
emel kepada daftarkelasf@bppb.moe.gov.my. Hanya penghantaran borang menerusi cara faks
dan emel sahaja diterima. Tiada sebarang bayaran pendaftaran dikenakan.

Semua maklumat pendaftaran kontraktor tertakluk atas semakan terkini dengan pihak PKK.

Pendaftaran minat ini adalah sepanjang masa sehingga diberitahu kelak. Pelaksanaan projek
adalah secara berperingkat-peringkat tertakluk kepada keperluan/keutamaan projek dan
peruntukan tahunan dari semasa ke semasa.

Kontraktor yang berjaya akan dihubungi menerusi telefon atau surat. Hanya penama lesen
sebenar yang boleh hadir untuk mengikuti taklimat dan mengambil Inden Kerja di tempat yang
akan ditentukan kelak. Wakil tidak dibenarkan.

Diiklankan oleh :

Unit Penyertaan Bumiputera


Bahagian Pembangunan
Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like