You are on page 1of 2

PROGRAM AGROPRENEUR MUDA

PENGENALAN

Program ini khusus untuk golongan belia yang berumur diantara 18 hingga 40 tahun. Pendekatan program ini
adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan
aktiviti pertanian merangkumi semua aktiviti di dalam rangkaian nilai industri pertanian seperti tanaman,
ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

SKOP PROGRAM
Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan belia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi aktiviti projek mengikut sub sektor seperti berikut :
1. Tanaman
2. Ternakan
3. Perikanan
4. Industri Asas Tani
5. Agropelancongan
6. Pemasaran dan perkhidmatan sokongan industri

KATEGORI PROGRAM

1. Projek Permulaan

 Belum memulakan projek


 Telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran
pengeluaran secara optimum
 Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA

2. Projek Pengembangan
 Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi
 Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran
 Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi di bawah MOA

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON


Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :
1. Warganegara Malaysia
2. Golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun
3. Tidak mengira latar belakang pendidikan
4. Belia yang baru memulakan projek, WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau
diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah MOA yang berkaitan
5. Keutamaan kepada belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada.
Pemohon menggunakan borang UAM 01/14 (pin. 1/16) dan setiap pemohon layak mengemukakan satu (1)
permohonan sahaja.
JENIS BANTUAN

Bahagian 1 - Pengenalan

Jenis bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:-


1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif Program Pengembangan yang dilaksanakan oleh
Jabatan/Agensi atau Syarikat Peneraju (dilantik MOA) berkaitan dengan projek yang dijalankan.

2. Sumbangan berbentuk barangan (In-kind contribution) mengikut jenis projek yang dicadangkan. Ini
merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan supaya pelaksanaanya akan dapat memberikan impak
yang lebih besar.

* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PERMULAAN.

3. Pakej Khas Pembiayaan bagi pembesaran projek pertanian sediaada dengan had maksimum pembiayaan
daripada agensi pembiaya seperti berikut :
 Agrobank - RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek

 TEKUN Nasional - sehingga RM 50,000 bagi setiap projek

* HANYA LAYAK KEPADA PESERTA DI BAWAH KATEGORI PROJEK PENGEMBANGAN.

MEKANISME PELAKSANAAN

Permohonan
Golongan belia yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA, MAFI
(Negeri Sabah) dan MOARE (Negeri Sarawak) atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah)
yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :-
1. Borang UAM 01/14 (pin. 1/16) beserta salinan kad pengenalan dan gambar berukuran pasport

2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap

3. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Projek
Pengembangan) atau

4. Menyertakan sijil latihan/kursus berkaitan projek (bagi permohonan kategori Projek Permulaan).

 CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PROJEK PERMULAAN

 CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PROJEK PENGEMBANGAN

Source: http://www.moa.gov.my/program-agropreneur-muda?
p_p_id=56_INSTANCE_4Wlk&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=colum
n-5n&p_p_col_count=1&page=1

You might also like