You are on page 1of 10

JABATAN PERTANIAN SABAH

INSENTIF PROGRAM PEMBANGUNAN TANAMAN MAKANAN


SERTA PEMBANGUNAN USAHAWAN
DAN INDUSTRI MAKANAN

Disediakan oleh :
Pengarah Pertanian Sabah
A. PEMBANGUNAN KOMODITI TANAMAN

1.0 TANAMAN PADI

Untuk pembangunan tanaman padi, terdapat beberapa insentif yang disediakan


oleh jabatan/agensi pelaksana seperti Jabatan Pertanian Sabah, Lembaga
Pertubuhan Peladang (LPP) dan BERNAS.

Di bawah Jabatan Pertanian Sabah, terdapat dua insentif yang disediakan untuk
pengusaha padi sawah iaitu:

i. Insentif Pembajakan Sawah Padi bernilai RM 200.00 / ekar atau RM


494.00 / hektar.

Untuk memohon insentif tersebut, individu perlu mematuhi syarat-syarat


berikut:

a. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah berumur 18 tahun dan


ke atas. Pemohon berumur di bawah 18 tahun dan sudah berkahwin serta
memiliki tanah sawah sendiri adalah layak memohon.
b. Memiliki tanah bergeran atau Permohonan Tanah (PT atau LA) dengan
surat pengesahan dikeluarkan oleh Penolong Pemungut Hasil Tanah.
c. Pemohon boleh menyewa tanah bergeran atau tanah yang mempunyai
Surat Arahan Pengukuran (SP) dan yang telah diukur.
d. Terbuka kepada pengusaha tanaman padi sawah sahaja.

Selain daripada individu, syarikat swasta atau Badan Berkanun Kerajaan juga
boleh memohon insentif ini tertakluk kepada syarat berikut:

a. Syarikat / Badan Berkanun Kerajaan yang berdaftar di Malaysia.


b. Saham Syarikat hendaklah 51% dipegang oleh Warganegara Malaysia
pemastautin di Sabah.
c. Memiliki tanah bergeran sendiri atau tanah yang disewa melalui perjanjian
yang sah dengan pemilik tanah.
d. Geran tanah hendaklah mensyaratkan (express condition) untuk kegunaan
penanaman padi sawah sahaja
2
ii. Benih Padi HYV Bersubsidi disediakan kepada pengusaha padi sawah yang
ingin membeli benih padi dengan harga RM1.20 / kg.

Di bawah Kerajaan Persekutuan, terdapat beberapa insentif yang disediakan


melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) iaitu:
a. Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) iaitu Bantuan Baja
Sebatian sebanyak 12 beg@20kg/hektar dan Baja Urea sebanyak 4
beg@20kg/hektar.
b. Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) iaitu Insentif pembajakan kepada
pesawah dengan kadar RM100.00 / hektar, Baja NPK Tambahan sebanyak 6
beg@25kg/hektar dan Kupon Racun Perosak
c. Skim Baja Racun Padi Bukit (SBRPB) iaitu insentif Baja Sebatian, Baja
Cecair Urea dan Racun Rumpai

Selain daripada LPP, BERNAS turut menyediakan insentif Skim Subsidi Harga
Padi (SSHP) iaitu kadar subsidi sebanyak RM 360.00/Tan. Skim Subsidi Harga
Padi yang diberikan oleh pihak BERNAS hanya tertakluk kepada luas usaha
sawah iaitu tidak melebihi 6 ekar/pesawah bagi kawasan yang berada di luar
Jelapang dan tiada had keluasan bagi Jelapang. Hanya daerah Kota Belud
sahaja yang menerima manfaat (tiada had keluasan usaha sawah) di negeri
Sabah oleh kerana ianya sudah diisytiharkan sebagai kawasan Jelapang Padi
pada tahun 2013.

2.0. TANAMAN BUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURAN, INDUSTRI (KELAPA DAN


KOPI) SERTA TANAMAN KONTAN

Selain tanaman padi, Jabatan Pertanian Sabah juga ada menyediakan insentif
pembangunan tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, tanaman industri (kelapa
dan kopi) serta tanaman kontan kepada peserta projek pembangunan komoditi
tanaman.

Antara insentif yang disediakan adalah seperti berikut:


i. Bantuan Penuh Pakej
a. Penyediaan Tanah (Pembukaan dan pembersihan kawasan pembajakan/
membatas)
3
b. Bahan tanaman
c. Input Pertanian (Baja dan Pengwalan Perosak Bersepadu)
d. Peralatan Ladang
e. Mesin atau Jentera kecil (Jika ada)
f. Pusat pengumpulan hasil ladang dan stor baja

ii. Bantuan Top Up


a. Bahan tanaman
b. Input Pertanian (Baja dan Pengwalan Perosak Bersepadu)

iii. Bantuan Tambahan (Jika Perlu)


a. Infrastruktur ladang (jalan dan perparitan ladang)

iv. Bantuan Penyelenggaraan Tanaman


Insentif penyelenggaraan tanaman ini diberikan secara berterusan selama 3
tahun khusus untuk tanaman jangka panjang seperti buah-buahan, kelapa
dan kopi.

Untuk memohon insentif yang dinyatakan di atas, individu perlu memenuhi


syarat berikut:

i. Warganegara Malaysia (keutamaan kepada bumiputera)


ii. Bermastautin di Sabah
iii. Berumur dalam 18 hingga 65 tahun
iv. Keutamaan kepada belia dan beliawanis (Pusat Latihan Pertanian atau
siswazah)
v. Mempunyai tanah milik sendiri atau menyewa
vi. Berdaftar dengan Jabatan Pertanian
vii. Boleh membaca, menulis dan mengira
viii. Keluasan minimum tanah 1 Ha dan maksimum 6 Ha.
ix. Tanah bergeran
x. Kesesuaian tapak (kecerunan kurang dari 250)
xi. Boleh diakses melalui jalan darat atau air
xii. Mempunyai sumber air

4
3.0 TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM)

Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dilaksanakan Jabatan


bertujuan mewujudkan satu zon tetap pengeluaran makanan bagi memenuhi
keperluan makanan dalam negeri. Melalui projek ini, jabatan menyediakan
insentif penyelenggaraan dan penambahbaikan infrastruktur asas ladang di
TKPM seperti jalan ladang, parit ladang, kolam takungan air, pusat pengumpulan
hasil, struktur pelindung hujan (SPH), baja organic dan pemasangan sistem IoT
kepada peserta projek.

Berikut merupakan syarat-syarat penerima bantuan untuk peserta projek TKPM

a. Penerima mestilah merupakan peserta projek Taman Kekal Pengeluaran


Makanan (TKPM) Sabah yang aktif iaitu masih mengusahakan lot tanaman,
mengeluarkan hasil, membayar sewa tanah / struktur dan caj-caj air dan
elektrik.

b. Kelulusan permohonan juga tertakluk kepada nilai peruntukan tahun semasa

4.0 PROGRAM PEMBANGUNAN PERTANIAN KOMUNITI

Melalui Program Pembangunan Pertanian Komuniti, Jabatan Pertanian


menyediakan insentif dalam bentuk bekalan peralatan dan bahan input pertanian
projek fertigasi dan NFT untuk penanaman sayur-sayuran.

Antara syarat-syarat penerima bantuan untuk program pembangunan pertanian


komuniti adalah:

a. Permohonan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan terhad


kepada satu permohonan sahaja.
b. Berminat dan bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan
program
c. Bagi kategori individu, dilaksanakan secara individu berkelompok (minimum 10
orang) di kawasan kediaman masing-masing.

5
d. Bagi kategori usahawan, peserta mestilah menjalankan aktiviti
jualan/pemasaran hasil pertanian, peralatan pertanian, input pertanian.
e. Bagi kategori komuniti, sekolah dan institusi, projek dilaksanakan secara
berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.
f. Tapak projek perlu mendapat kebenaran pemilik tanah atau Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT).
g. Mematuhi peraturan tempat kediaman yang berkuatkuasa.
h. Keutamaan kepada yang telah menjalankan aktiviti penanaman (pemohon
perlu mengemukakan bukti gambar kebun semasa).

B. PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN INDUSTRI MAKANAN

Bagi Program Pembangunan Usahawan dan Industri Makanan, berikut merupakan


syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan di bawah program ini.

I. GERAN AGROPRENEUR MUDA ( GAM )

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

I.1 Syarat Asas Menyertai Program Agropreneur Muda

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai GAM adalah


seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;
b. Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
c. Boleh membaca, mengira dan menulis;

I.2 Syarat Tambahan Permohonan Geran

a. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti kursus/


latihan teknikal yang dianjurkan atau diikitiraf oleh Jabatan/ Agensi di
bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh Kementerian;

b. Individu yang telah mempunyai projek sedia ada perlu mendapatkan

6
perakuan dari Jabatan / Agensi pembimbing bagi
DIPERTIMBANGKAN untuk DIKECUALIKAN dari mengikuti kursus/
Latihan teknikal di bawah Kementerian atau yang diiktiraf oleh
Kementerian;

c. Individu yang baru memulakan projek dan berkelulusan sijil / diploma


/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) atau Institut Latihan di bawah Kementerian
berkaitan projek pertanian yang dipohon boleh dipertimbangkan
untuk DIKECUALIKAN daripada mengikuti program latihan teknikal.

d. Individu yang berpendapatan bersih kurang dari RM5,000.00 sebulan


layak untuk memohon bantuan GAM; dan melebihi RM5,000.00
sebulan disyor untuk memohon pembiayaan di bawah PAM;

e. Individu yang mempunyai tanah berstatus pertanian atau premis


sedia ada untuk pelaksanaan projek (milikan sendiri, sewaan atau
diberi kebenaran oleh pemilik).

f. Pemohon yang memohon GAM digalakkan berdaftar dengan SSM


atau Lesen yang berkaitan untuk projek yang dipohon; dan

g. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima


dalam tempoh tiga (3) bulan.

I.3 Syarat Tambahan Permohonan Pembiayaan

a. Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi;

b. Projek berdaya maju dan sesuai untuk perluasan kapasiti; dan

c. Pelaksanaan pembiayaan oleh Agrobank dan TEKUN Nasional


adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada Agrobank dan
TEKUN Nasional yang berkuat kuasa.

7
II. GERAN PEMADANAN CHANGE UPGRADE PRODUCT ( CUP )
SYARAT-SYARAT KRITERIA

Program ini dipertimbangkan kepada setiap usahawan berdasarkan kriteria seperti


berikut:

a. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta


777] atau didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 [Akta 197]; atau

b. Persatuan nelayan yang berdaftar di bawah Akta


Persatuan Nelayan 1971; atau

c. Pertubuhan peladang yang berdaftar di bawah


Perlembagaan Pertubuhan Peladang; atau

d. Koperasi didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502);


atau

e. Pertubuhan bukan Kerajaan yang berdaftar di


bawah Akta Pertubuhan 1966; atau

f. Mempunyai lesen perniagaan; dan

g. Mempunyai premis perniagaan/ruang khas


perniagaan yang mempunyai lesen premis yang sah;
atau

h. Peserta yang telah berjaya dan telah dipantau selama


sekurang- kurangnya satu (1) tahun di bawah Projek
AZAM Tani, Program Rezeki Tani dan Program
Agropreneur Muda

8
2. Proses pencalonan peserta akan dikendalikan oleh Jabatan /
Agensi Pelaksana di bawah MAFI berdasarkan tatacara
pencalonan peserta program yang disediakan oleh Bahagian
Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) MAFI. Keutamaan
diberikan kepada usahawan industri makanan dan asas tani
seperti berikut:

i. Belum pernah diluluskan bantuan geran pemadanan oleh MAFI;

ii. Mengusahakan produk terpilih yang berpotensi menjadi


tumpuan pasaran seperti berikut;

Produk Kategori Makanan

Produk makanan dan minuman, herba, rempah ratus, madu,


farmaseutikal dan lain-lain produk berasaskan pertanian
termasuk hasil pertanian yang melibatkan pemprosesan
minima.

Produk Kategori Bukan Makanan / Asas Tani

Produk yang dikeluarkan menggunakan hasil atau sisa tanaman,


ternakan atau perikanan sebagai bahan utama.

iii. Telah menunjukkan prestasi perniagaan yang baik


sekurang- kurangnya satu (1) tahun dan tidak diisytihar muflis
dan untuk entiti yang diperbadankan tidak digulung;

iv. Berpotensi ke tahap lebih tinggi jika keupayaan


perusahaan ditingkatkan; dan

v. Memiliki ruang pasaran tetap (secured market).

9
3. Usahawan yang telah diluluskan geran pemadanan ini hanya boleh
dipertimbangkan semula selepas tiga (3) tahun daripada tahun
projek terdahulu selesai perolehan atau siap

4. Pertimbangan semula yang dirujuk di perenggan 6 di atas


tertakluk kepada syor Jawatankuasa Teknikal Geran
Pemadanan (JKTGP) dan keputusan Jawatankuasa
Kelulusan Pemberian Geran (JKKPG).

5. Usahawan yang telah diluluskan bantuan ini layak untuk memohon


Program Geran Pemadanan High Impact Product (HIP) buat kali
pertama, sekiranya memenuhi kriteria Program tersebut tanpa
terikat kepada tempoh tiga (3) tahun

You might also like