You are on page 1of 12

Arahan: Jawab soalan di Bahagian A dan SATU (1) soalan di Bahagian B.

[40 markah]

BAHAGIAN A

Zaman remaja merupakan jangka masa di mana seseorang individu (remaja)


mengalami berbagai cabaran dan tekanan. Dari sudut psikologi, pengertian remaja
boleh ditafsirkan sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang
abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap
kehidupannya. Pada peringkat remaja, mereka mengalami perubahan fizikal, intelek
serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan
juga masyarakat. Havighurst dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)
membahagikan masa remaja kepada dua iaitu awal remaja (12 hingga 18 tahun) dan
akhir remaja (18 hingga 22 tahun). Secara umumnya, pada peringkat ini berlaku
perubahan yang pesat sama ada perubahan biologi, fizikal, mental dan emosi serta
perubahan tanggungjawab dan peranan. Bagi mengimbangi perubahan-perubahan ini,
golongan remaja sering berhadapan dengan masalah sosial dan konflik dalam usaha
mencari identiti diri yang sebenarnya. Justeru, proses penaakulan moral kognitif
golongan remaja kerap kali menyimpang daripada perspektif nilai-nilai moral dan
etika masyarakat sekaligus melakukan banyak kesalahan, terutama yang berkaitan
dengan vandalisme (merosakkan harta benda awam) di sekolah mahupun di tempat-
tempat awam.

Vandalisme bukanlah satu isu baru di negara ini malah ianya diperbincangkan
hangat melalui media massa. Kamus Oxford Advanced Learner’s mentakrifkan
vandalisme sebagai “willfully destroy or damage (public property) dan vandal
sebagai ‘person who willfully destroys or damage works of art, public and private
property, the beauties of nature, etc’ (dalam Nurain, 2007). Gejala sosial ini
menimbulkan keresahan banyak pihak di mana golongan remaja dikaitkan dengan
aktiviti tidak sihat ini. Permasalahan ini berlaku di banyak tempat awam, reakreasi,
sekolah, pusat membeli belah dan sebagainya. Di Malaysia, perbuatan merosakkan
harta benda di sekolah dilihat sebagai suatu tindakan yang serius. Masalah
merosakkan harta benda sekolah, secara sedar atau tidak, telah menjadi fenomena
lumrah dalam alam persekitaran sekolah. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini
mendapat perhatian serius dari pihak sekolah dan juga masyarakat. Pelajar-pelajar
tidak memikirkan kepentingan dan kesejahteraan orang lain. Mereka sewenang-
wenangnya merosakkan dan mengotori kemudahan dan persekitaran sekolah tanpa
rasa bersalah langsung. Perbuatan ini dilihat serius dan sejak 1968 lagi, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang membenarkan pelajar-
pelajar yang melakukan kesalahan ini dibuang dan digantung sementara waktu.

Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa


individu yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu merangkumi dalam
sistem persekitaran yang mementingkan interaksi di antara satu sama lain. Interaksi
antara kanak-kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu boleh mempengaruhi proses
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep teori
ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro
(berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan


yang terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu
sama lain. Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem
dan kronosistem. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi
kepada guru dalam menyediakan diri dengan selengkapnya semasa proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas.

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak


mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Ia
meliputi keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan persekitaran yang
terlibat secara langsung dengan kanak-kanak. Contohnya, faktor berlaku vandalisme
dalam kalangan remaja ialah pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya boleh
menyebabkan berlakunya vandalisme. Golongan remaja lebih mudah meniru dan
terpengaruh dengan rakan sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan
sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan
menghadapi masalah keluarga. Kebiasaanya, golongan remaja yang melakukan
vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan. Mereka tidak mempunyai tujuan dan
apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda
awam dan sekaligus merosakkannya. Mengikut Datuk Lee Lam Thye (1997)
menyatakan golongan yang merosakkan harta benda merupakan golongan remaja
yang ingin bebas tetapi dikongkong oleh ibu bapa. Mereka tidak mempunyai
matlamat dan gemar melakukan kesalahan ini apabila berkumpul dengan rakan-rakan
mereka. Pelaku akan merasa puas setelah melakukan perbuatan tersebut.

Seterusnya, mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan


mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat
mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di
rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang individu ketika
berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa
masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan
implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka. Faktor
institusi keluarga juga kurang memberi perhatian dalam pembentukan sahsiah
keluarga terutama terhadap anak-anak. Akibatnya konflik keluarga akan timbul dan
anak-anaklah yang menjadi mangsa. Hal ini menyatakan tahap konflik keluarga yang
tinggi menyebabkan remaja terlibat dalam tingkah laku bermasalah, khasnya
vandalisme. Alim Muntu (1988) pula berkata salah laku dalam kalangan pelajar
terjadi kerana pelajar-pelajar kurang merasai kemesraan dalam keluarga.

Oleh yang demikian, golongan ibu bapa yang bertindak sebagai salah satu
komponen dalam sistem meso untuk anak-anak mereka haruslah peka terhadap
perkembangan dan emosi anak-anak. Setiap permasalahan yang wujud sama ada di
antara suami isteri atau di tempat kerja tidak seharusnya dilepaskan secara membuta
tuli di dalam rumah sehingga menjejaskan emosi anak-anak. Pihak sekolah turut
memainkan peranan serta tugas untuk membentuk tingkah laku dan personaliti
seseorang individu. Hal ini kerana rumah dan sekolah berfungsi sebagai antara tempat
untuk kanak-kanak berkembang dan situasi ini menuntut persekitaran yang positif.
Keadaan yang sama juga perlu dilakukan bagi golongan dewasa atau orang yang lebih
tua untuk memastikan mereka mendapat pengaruh yang baik dalam sesuatu norma
kehidupan. Secara keseluruhannya, dapatlah disifatkan bahawa perkembangan
seseorang individu adalah berkait rapat dengan pengaruh persekitaran di mana ia
diterjemahkan oleh Urie Bronfenbrenner sebagai mesosistem.
Selanjutnya, eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang
tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam
persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang
terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini, pengalaman individu
tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, tingkah laku atau
respons kanak–kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap kanak-kanak
tersebut. Ibu bapa adalah pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja.
Misalnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan dari
kereta tanpa menghiraukan sebarang kemungkinan akan berlaku. Sesetengah remaja
yang terjebak dalam gejala vandalisme ini berasal daripada keluarga yang bermasalah
atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup yang negatif.

Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh


norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat,
peranan jantina amat dititikberatkan. Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi
peranan dan tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang
pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini
kerana perempuan dianggap sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat
pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki. Bagi ibu bapa yang masih lagi berada
dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap pendidikan tidak penting kepada
anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja. Aspek persekitaran
makrosistem juga menyatakan bahawa perkembangan individu dipengaruhi oleh
norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam
menjelaskan dan membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid
agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu perkara.

Sebagaimana contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk terhadap anak
mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka.
Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan
anak perempuan. Kononnya anak lelakilah yang akan bakal menjadi pemimpin
keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa
walaupun anak perempuan mereka berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading,
akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu
dihapuskan dari pemikiran murid-murid agar mereka tahu kepentingan pelajaran
dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah sama dengan
lelaki dalam mendapat pendidikan.

Konsep terakhir yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner berkaitan


pembangunan seseorang individu ialah kronosistem di mana ia berkaitan dengan
perubahan sesuatu keadaan dalam suatu tempoh masa. Keadaan ini selaras dengan
arus perubahan serta perkembangan teknologi maklumat (IT) yang dicapai oleh
sesebuah negara. Contohnya, kanak-kanak pada zaman global ini lebih berfokus
kepada permainan yang diperolehi daripada media elektronik seperti komputer dan
video games. Berbanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka lebih
terdedah dengan permainan berunsurkan tradisional seperti congkak, layang-layang,
gasing dan sebagainya. Berhubung dengan teori ekologi tersebut, kita dapat
menyimpulkan bahawa pengajaran pada zaman ini seharusnya berasaskan teknologi
moden sesuai dengan peredaran masa yang sedang dilalui oleh kanak-kanak. Proses
pengajaran berasaskan teknologi moden ini sebenarnya sangat penting dan boleh
diguna pakai dalam pelbagai mata pelajaran terutamanya literasi bahasa. Tetapi
pengaruh media massa juga mempengaruhi gejala vandalisme dalam kalangan remaja
kita. Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sedikit sebanyak
menyebabkan peranan media massa kian terserlah. Paparan adegan-adegan negatif
dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke
arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan gejala ini. Golongan remaja
lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling mereka termasuk
media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya daripada pihak
terbabit.

Sebagai kesimpulan, dapatlah dikatakan bahawa perkembangan moral kognitif


sememangnya berupaya mempengaruhi tingkah laku remaja (pelajar) dalam tindakan
mereka, terutama dalam gejala vandalisme di tempat awam dan sekolah. Terdapat
pelbagai gejala sosial yang dilakukan oleh golongan remaja dengan tujuan atau niat
tertentu. Gejala vandalisme ini dilihat sebagai serius dalam masyarakat kita di mana
turut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti pengaruh rakan sebaya, ibu bapa dan
keluarga, pengaruh media massa, dan sikap apati (tidak peduli) individualistik dan
materialistik masyarakat.
BAHAGIAN B (Soalan 2)

2. Perkembangan emosi melibatkan keupayaan untuk mengenali, menyatakan, dan


menguruskan perasaan. Bincangkan perkembangan emosi yang berlaku pada
peringkat

a) bayi.
b) awal kanak-kanak.
c) pertengahan dan akhir kanak-kanak.
d) remaja.

Perkembangan emosi beserta dengan pengalaman-pengalaman emosi yang


dilalui dari peringkat bayi sehingga remaja. Terdapat dua kategori emosi pada bayi :
a) Emosi utama
Bermula pada enam bulan pertama seorang bayi. Antara emosi utama
yang timbul ialah terkejut, gembira, marah, sedih, takut, benci dan
berminat.
b) Emosi kesedaran diri
Emosi yang tercetus oleh sebab-sebab tertentu seperti perasaan empati,
cemburu, malu (timbul pada usia sekitar 1½ tahun). Perasaan bangga,
rasa bersalah (timbul pada usia sekitar 2½ tahun).

Emosi utama menolong bayi berkomunikasi dengan persekitaran. Menangis dan


tersenyum adalah antara ekspresi emosi yang pertama ditunjukkan bayi apabila
berkomunikasi dengan penjaganya.

Menangis
Bentuk komunikasi utama untuk bayi berhubung dengan persekitaran. Tangisan bayi
yang pertama memberi makna paru-paru bayi sudah dipenuhi oleh udara. Kebanyakan
ibubapa dapat mengenal tangisan bayi masing-masing samada ianya tangisan marah,
sakit atau lapar.
Mary Ainsworth (Santrock,2007) menekankan respons yang cepat dan menenangkan
bayi akan membina hubungan yang lebih erat antara ibubapa dengan bayinya. Ini
disokong oleh pakar perkembangan kanak-kanak. Ibubapa atau penjaga patut member
respons terhadapt tangisan bayi supaya menimbulkan rasa percaya bayi tersebut
terhadap penjaganya seterusnya akan membuat dia rasa lebih selamat.

Senyuman
Dua jenis senyuman :
a) Senyuman reflektif.
Tingkahlaku secara sendiri tanpa ransangan luar.
Seperti bayi yang tersenyum sewaktu tidur.
b) Senyuman bersosial.
Tindakbalas dari ransangan luar yang bermula pada umur 2-3 bulan.
John Bowlby (Santrock,2007) menegaskan, senyuman social bayi
menunjukkan rasa selesa, selamat dan disayangi.

Ketakutan
Bermula sekitar umur 6-18 bulan. Selalunya ia melibatkan keresahan dan ketakutan
bila berdepan dengan orang yang tidak dikenali. Bayi menunjukkan ketakutan bila
berdepan dengan orang yang tidak dikenali. Bayi menunjukkan ketakutan yang
pelbagai terhadap orang yang tidak dikenali. Ada bayi yang menunjukkan rasa kurang
takut. Kebanyakkan bayi akan rasa kurang takut pada orang asing/tidak dikenali
sekiranya dia berada dalam situasi yang biasa baginya atau ketika berada bersama
dengan orang yang dikenali (ibubapa/panjaga).

Awal kanak-kanak
Lebih kepada emosi yang berbentuk kesedaran kendiri seperti rasa bangga, malu dan
rasa bersalah. Ia bermula sekitar umur 2½ tahun.
i. Bangga : eksperis kanak-kanak apabila berada dalam keadaan gembira di
atas kejayaan melakukan sesuatu.
ii. Malu : timbul apabila kanak-kanak merasakan mereka tidak dapat
mencapai matlamat/kemahiran yang mereka inginkan.
iii. Rasa bersalah : apabila kanak-kanak mendapati apa yang mereka lakukan
berakhir dengan kegagalan.
Ciri-ciri kanak-kanak pada peringkat ini yang mula memahami emosi :
i. Mempunyai peningkatan dalam perbendaharaan emosi.
ii. Boleh melabel emosi dengan tepat terhadap dirinya dan emosi orang lain.
iii. Boleh bercakap tentang akibat sesuatu emosi dan boleh mengenal pasti kaitan
emosi dengan situasi tertentu.
iv. Menggunakan bahasa emosi semasa bermain.

Ibubapa, guru dan orang dewasa boleh menolong kanak-kanak memahami dan
engawal emosi. Bercakap dan berkomunikasi dengan kanak-kanak boleh menolong
mereka menangani perasaan amlu, bersalah, sedih dan marah. Kanak-kanak patut
diberi pendedahan tentang cara mengawal emosi. Contoh : mengawal perasaan marah
apabila kanak-kanak lain ingin berkongsi alat permainan.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak


Perubahan-perubahan dalam perkembangan emosi pada peringkat ini :
 Lebih berkebolehan untuk memahami emosi-emosi yang lebih kompleks seperti
bangga diri dan malu. Kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh mengadaptasi
emosi-emosi tersebut pada situasi-situasi yang relevan.
 Memahami bahawa lebih daripada satu emosi boleh timbul dalam sesuatu
keadaan.
 Lebih menitikberatkan situasi-situasi yang membangkitkan emosi. Memahami
situasi-situasi yang memerlukan perhatian.
 Lebih berjaya mengawal emosi-emosi negatif. Mempunyai keupayaan untuk
mengawal tingkahlaku akibat daripada emosi negatif.
 Mempunyai initiatif untuk menukar emosi-emosi tertentu kepada bentuk yang
lebih bermanfaat.

Ciri-ciri kefahaman emosi pada peringkat ini ialah :


a) Boleh berkomunikasi tentang emosi yang dialami dan boleh
memahami hubungan emosi dengan situasi yang dialami.
b) Memahami bahawa sesuatu situasi boleh mengakibatkan emosi yang
berlainan pada individu yang berlainan.
c) Menyedari bahawa emosi terhadap sesuatu perkara boleh kekal lama
selepas perkara itu berlalu.
d) Menunjukkan kesedaran tentang cara mengawal dan mengurus emosi
berdasarkan keperluan social.

Remaja
Alam remaja memang terdedah kepada pergolakan emosi. Ketidakstabilan emosi
sering meningkat di peringkat remaja.mereka boleh menunjukkan kegembiraan pada
satu ketika dan tiba-tiba boleh menjadi ‘moody’. Mereka selalu merajuk dan tidak
tahu bagaimana untuk meluahkan emosi mereka.
Selalunya mereka akan melepaskan emosi negative kepada ibubapa atau orang yang
terdekat sebagai satu helah bela diri iaitu mengalihkan sesuatu perasaan kepada orang
lain. Perubahan emosi secara mendadak ini mungkin disebabkan perubahan hormone
kematangan. Orang dewasa harus memahami perubahan yang dialami oleh remaja.
Berbincang dengan remaja cara-cara yang boleh digunakan untuk mengawal emosi
dan sentiasa meluangkan masa untuk mendengar luahan perasaan mereka.

PERLEKATAN ‘ATTACHMENT’
Perlekatan atau ‘Attachment ‘ merupakan satu hubungan yang yang rapat dan mesra
dengan orang-orang istimewa dalam kehidupan kita. Kita gembira berinteraksi dengan
orang-orang ini. Mereka berupaya menenangkan kita apabila kita berada dalam
keadaan stress.
Seawal usia enam bulan, seorang bayi sudah mula menunjukkan ‘attachment’ kepada
individu-individu yang menjaga keperluan asas mereka. Mereka sudah mula
mengenal individu tersebut, sudah boleh memilih untuk bersama dengan individu ini
dan mula mencuri perhatian mereka supaya didekati.
Contoh : Bayi apabila melihat ibunya memasuki bilik akan tersenyum dan meminta
untuk diangkat. Apabila diangkat mereka akan berpaut rapat dengan ibunya.
John Bowlby (Berk,2003), antara yang pertama mengaplikasikan idea hubungan
antara bayi dengan penjaga. Menurut kajian, beliau mendapati terdapat implikasi yang
jelas daripada hubungan ini terhadap perasaan selamat dan kepercayaan seorang
kanak-kanak. Menurut Bowlby, hubungan antara bayi dengan penjaga mempunyai
tarikan semulajadi. Hubungan ini akan bertambah mesra, berkembang selaras dengan
perkembangan emosi dan kognitif kanak-kanak. Perlekatan dilihat mempunyai empat
fasa :
i. Fasa 1 (dari lahir hingga 6 minggu)
Peringkat membina hubungan. Bayi membina hubungan dengan senyuman,
gapaian, tangisan atau renungan kepada individu-individu yang menjaga atau
yang berada dekat dengannya. Hubungan penjaga seperti dakapan, pelukan,
berada dekat dengan bayi akan menimbulkan perasaan selesa dan selamat pada
bayi tersebut. Pada tahap ini, bayi sudah dapat mengenal bau ibu/penjaganya.
Walaubagaimanapun perlekatan atau ‘attachment’ masih belum dibentuk, oleh
itu mereka tidak kisah sekiranya ditinggalkan dengan orang yang tidak
dikenali.

ii. Fasa II (6-8 bulan hingga 18 bulan-2 tahun)


Mula memberi tindakbalas yang berbeza terhadap penjaga berbanding dengan
orang yang tidak dikenali. Contoh : Mereka lebih senang dipujuk, tersenyum
dan ketawa apabila berada dengan penjaganya. Mereka mula belajar bahawa
tindakan yang mereka lakukan boleh memberi kesan kepada orang di
persekitaran. Contoh : Apabila mereka menangis penjaga akan mengangkat
dan memberi susu. Dari sini akan timbul rasa kepercayaan dan jangkaan
terhadap penjaga mereka. Walaupun mereka mula mengenali penjaga mereka,
bayi pada peringkat ini maish tidak protes apabila dipisahkan daripada
penjaga.

iii. Fasa III (6-8 bulan hingga 18 bulan-2 tahun)


Perlekatan sudah terbentuk dalam fasa ini. Bayi menunjukkan kebimbingan
apabila dipisahkan. Keresahan ini juga bergantung kepada keadaan, tabiat dan
tingkahlaku orang disekeliling. Selain itu, daripada memprotes apabila
ditinggalkan mereka juga menunjukkan tingkahlaku ingin rapat dengan
penjaga seperti mengekor penjaga, ingin didukung dan berpaut dengan
penjaganya. Selalunya dengan kehadiran penjaga mereka akan merasa selamat
untuk bermain dan meninjau persekitaran.

iv. Fasa IV (18bulan hingga 2 tahun ke atas)


Pada akhir ini, dengan penguasaan kemahiran berbahasa menolong kanak-
kanak memahami situasi antara mereka dengan penjaga. Mereka mula
memahami mengapa mereka perlu ditinggalkan sementara. Mereka sudah
pandai bertolak ansur dengan penjaga apabila ingin ditinggalkan.
Contoh : Minta untuk dibawa bersiar-siar sebelum ibu keluar bekerja.

Menurut Bowbly, selepas melalui empat fasa ini, kanak-kanak mula membentuk satu
hubungan mesra dengan penjaga. Hubungan ini akan memberi mereka asas
perlindungan dan harapan apabila ketiadaan penjaga tersebut. Imej penjaga ini akan
menjadi sebagai model, pendorong kepada hubungan-hubungan yang akan datang.

Kualiti perlekatan berbeza antara kanak-kanak. Walaupun perlekatan berlaku


antara kanak-kanak dengan penjaga, terdapat pelbagai reaksi kanak-kanak akibat dari
hubungan ini. Ada kanak-kanak yang merasa yakin dan selamat terhadap perlekatan
dengan penjaga. Tetapi ada juga kanak-kanak yang merasa resah dan tidak pasti
terhadap hubungan yang dibentuk.
Mary Ainsworth mendefinisikan perlekatan sebagai kemesraan yang terjalin
antara ibubapa atau penjaga dengan bayi. Beliau kemudian membuat kajian untuk
mengukur kekuatan perlekatan antara ibu dengan bayi. Untuk ini, beliau telah
merangka satu eksperimen yang digelar “ Strange Situation” di mana dalam situasi ini
bayi diletak dalam keadaan yang boleh menimbulkan stress kepada bayi tersebut.
Eksprimen ini sesuai untuk kanak-kanak yang berusia antara 11 bulan hingga 2 tahun
yang sudah memahami tentang erti takut atau stress apabila ditinggalkan oleh ibu atau
penjaga. Kanak-kanak akan dibiarkan mengalami keresahan akibat ditinggal
manakala kelakuan mereka apabila berjumpa semula dengan ibu diperhatikan. Hasil
daripada pemerhatian ini akan mencirikan jenis perlekatan yang dialami oleh kanak-
kanak tersebut.
Menurut Mary Ainsworth (Berk,2003), sekiranya perkembangan perlekatan
berlaku dengan baik, bayi dan kanak-kanak akan menjadikan ibubapa atau penjaganya
sebagai asas untuk merasa selamat dan yakindalam situasi. Mereka akan merasa lebih
selesa dengan ibubapa atau penjaga berbanding dengan orang yang beru dikenali.
Seperti yang diringkaskan dalam jadual 3 di bawah, ‘strange situation’ dijalankan
melalui lapan episod penden yang melibatkan perpisahan sementara dan pertemuan
semula antara bayi dan penjaga, juga tindakbalas bayi terhadap orang yang tidak
dikenali.

You might also like