You are on page 1of 1

AKTIVITI PBS

MEJA
GURU P
A
P
A
N

P
U
T
I
H

Meja murid-murid dicantumkan untuk membolehkan murid-murid belajar di dalam


kumpulan. Proses pengajaran menjadi lancar kerana murid lebih memberikan kerjasama
semasa mereka berada di dalam kumpulan. Guru juga dapat menjalankan proses
pembelajaran dengan selesa. Mereka bibahagikan kepada kumpulan tertentu yang
dinilai berdasarkan kepada tahap prestasi murid. Hal ini bagi menjamin keseimbangan
murid.

Kebanyakan bahan pembelajaran ditampal disetiap sudut dinding. Bahan yang


dipamerkan digunakan secara berkesan oleh murid-murid. Mereka akan membacanya
jika ada masa terluang. Bahan yang dibaca dapat mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan
yang sedia ada.

Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh
murid ialah buku rujukan yang ringkas dan bersaiz kecil. Hal ini kerana, murid-murid
mudah untuk membawanya ke mana sahaja mereka pergi. Murid-murid tidak berasa
terbeban kerana buku tersebut terlalu ringan.

Penggunaan TMK di sekolah tersebut agak berkurangan. Murid-murid kurang


didedahkan dengan penggunaan TMK. Kekurangan kemudahan juga antara faktor
pengurangan pengunaan. Walau bagaimanapun, murid-murid sentiasa melibatkan diri
secara aktif di dalam setiap aktiviti pembelajaran.

You might also like