You are on page 1of 1

Pengarah ,

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar,


Lebuhraya Sultan Bahiyah,
05350 Alor Setar,

Tuan,

PER : MEMOHON AGAR PROJEK PENEBANGAN HUTAN HARAM


DIHENTIKAN

Seperti yang tertera di atas, saya wakil dari kawasan perumahan Taman Tun
Sahabudin ingin memohon sokongan daripada pihak tuan untuk
menghentikan projek penebangan hutan haram yang berlaku dikawasan
perumahan kami.

2. Kami sebagai penduduk ingin menyatakan keresahan kami berkenaan


aktiviti penebangan hutan haram yang berlaku dikawasan penempatan kami.
Kenderaan berat yang keluar masuk telah mengakibatkan kerosakan kepada
jalan tar di kawasan kejiranan kami.

3. Oleh itu, kami memohon bantuan daripada pihak tuan untuk menyokong
pemberhantian projek penebangan hutan ini. Aduan rasmi kepada pihak
syarikat juga telah dilakukan namun tiada maklum balas yang positif daripada
mereka.

Besar harapan kami jika pihak tuan dapat campur tangan dalam hal ini
seterusnya menghentikan projek penebangan hutan yang sedang berlangsung
di sini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………

You might also like