You are on page 1of 1

Ridzuan Bin Hashim Sekolah Kebangsaan Taman Senangan Jalan Mata Kucing 13050 Teluk Air Tawar Butterworth.

(019 4146055)

Pengurus Stesen Stesen MARDI Seberang Perai Beg Berkunci No 203 13200 Kepala Batas Seberang Perai 12 APRIL 2011

Tuan, Memohon Kebenaran Menggunakan Padang MARDI Untuk Sukan Paramotor Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk. 2. Saya seperti nama diatas mewakili pasukan paramotor yang mempunyai keahlian seperti lampiran ingin memohan kebenaran daripada pihak MARDI untuk menggunakan padang bagi aktiviti sukan paramotor. 3. Sukan paramotor agak baru di kalangan masyarakat di kawasan ini. Menjadi hasrat kami untuk memperkenal dan memperkembangkan sukan paramotor selaras dengan seruan pihak kerajaan supaya belia terlibat dengan aktiviti yang berfaedah. 4. Kami juga sedia maklum bahawa jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini atau kecederaan akibat daripada aktiviti sukan ini adalah menjadi tanggungjawab kami sepenuhnya. Pihak MARDI tidak akan dipertanggungjawabkan atau dikaitkan secara langsung atau tidak langsung. 5. Bersama dengan ini dilampirkan surat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pinang Tunggal, Dato Roslan Bin Saidin berkenaan dengan permohonan ini. 6. Kami amat berharap agar pihak tuan tidak keberatan untuk memberi kebenaran menggunakan padang ini. Sekian terima kasih. Majulah Sukan Untuk Negara,

________________________ (Ridzuan Hashim)

You might also like