You are on page 1of 2

YAB DATUK SERI UTAMA Ir. HJ. IDRIS BIN HJ.

HARON
Ketua Menteri Melaka,
Pejabat Ketua Menteri Melaka,
Tingkat 4 (Suite), Blok Bendahara, Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya,
75450, Ayer Keroh, MELAKA.

Tira Parking
No. 61 Jalan Quayside,
Jalan Merdeka,Bandar Hilir,
75000 Melaka.

Yang Amat Berhormat,

RAYUAN UNTUK MENERUSKAN PERKHIDMATAN KUTIPAN PARKIR TEMPAT


LETAK KERETA DI KOMPLEKS RENANG MBMB, JALAN KOTA, MELAKA.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk,

2. Saya Chandran A/L Arunasalam no. kad pengenalan 600113-04-5037 no. kad OKU
ingin membuat rayuan untuk meneruskan perkhidmatan kutipan parkir tempat letak
kereta di kompleks renang MBMB, Jalan Kota, Melaka.

3. Melalui surai ini saya ingin memohon untuk meneruskan perkhidmatan kutipan parkir
tersebut berpandukan kepada alasan-alasan berikut :

a) Saya merupakan seorang OKU ( tangan kanan dipotong kerana kemalangan).


b) Saya tidak dapat melaksanakan kerja-kerja berat atas kecacatan anggota badan
saya.
c) Saya terpaksa menaggung kedua orang tua yang kini uzur. Segala perbelanjaan
perubatan untuk mereka adalah atas tangungan saya.
d) Isteri saya tidak bekerja dan keluarga saya hanya mengharapkan pendapatan
saya dari parkir ini untuk menyara.
Oleh itu, saya merayu kepada Y.A.B Datuk Seri, untuk meneruskan perkhidmatan
kutipan parkir tempat letak kereta ini kerana saya tidak dapat mencari pekerjaan yang
sesuai kerana kecacatan yang dialami oleh saya menghalang saya berbuat sedemikian.

Satu-satu kemahiran yanag saya ada ialah pengalaman penjagaan kereta dan
pekerjaan tersebut adalah sesuai dengan bentuk kecacatan saya.

Melalui surat ini, saya merayu kepada Y.A.B Datuk Seri bahawa saya meneruskan
perkhidmatan kutipan parkir tempat letak kereta ini atas dasar keperimanusiaan.

Akhir sekali saya merayu kepada Y.A.B Datuk Seri, agar memberi pertimbangan yang
sewajarnya kepada surat rayuan saya ini.

Sekian dimaklumkan. Terima Kasih.

Yang Benar,

--------------------------------------
( Chandran A/L Arunasalam )

You might also like