You are on page 1of 3

Rujukan : SU/MAK/ 0015 /2024/notis/nza

Tarikh : 5 April 2024 (25 Ramadan 1445H)

Kepada
Semua Anggota
Koperasi KGMMB Berhad

Assalammualaikum,

JEMPUTAN MENYERTAI NOTIS MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOPERASI


KGMMB BERHAD KALI KE-14 SECARA MAYA MELALUI ZOOM MEETING

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan, bagi menunaikan kehendak perkara 25 Undang-Undang Kecil


Koperasi KGMMB Berhad, saya menjemput tuan/puan menghadiri Mesyuarat Agung
Kawasan sila rujuk lampiran :

Platform : Zoom Meeting


Link Zoom : akan dimaklumkan seminggu sebelum tarikh mesyuarat
Link Pendaftaran : - ditto -

Agenda Mesyuarat Kawasan:

i) Doa

ii) Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Kawasan Koperasi KGMMB Berhad

iii) Ucapan Pengerusi Koperasi KGMMB Berhad

iv) Melantik seorang Pengerusi Mesyuarat

v) Melantik seorang Pencatat Minit

vi) Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kawasan Kali Ke-13

vii) Membentangkan Laporan Tahunan dan Deraf Akaun Koperasi KGMMB Berhad
Berakhir 31 Disember 2023

viii) Membentang Bajet Tahun 2025 untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat


Agung Perwakilan Tahunan.
ix) Menimbangkan usul-usul (jika ada)

x) Memilih Ahli Jawatankuasa Kawasan

xi) Memilih orang perwakilan termasuk seorang ALK sedia ada ke mesyuarat
Agung Perwakilan Tahunan Koperasi KGMMB Berhad kali ke-26 pada pada
Jun 2024.

xii) Ucapan Penangguhan (jika ada)

Elaun kehadiran akan dibayar kepada anggota yang menghadiri mesyuarat ini dan sila
berikan no. akaun bank untuk tujuan pembayaran elaun. Sila hubungi pejabat koperasi
di talian 03-40411723 atau no whatsap 011-59615369. Kehadiran YBhg.
Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam menjayakan mesyuarat ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“HIDUP BERBAKTI”

Yang berkhidmat,
Koperasi KGMMB Berhad

( CIKGU AHMAD NAWAWI BIN SHAARI)


Setiausaha

SK : 1. Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan


2. Suruhanjaya Koperasi Malaysia Ibu Pejabat

Koperasi KGMMB Berhad

www.kopkgmmb.com.my

Koperasikgmmb

011-59615369

admin@kopkgmmb.com.my
JADUAL MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOPERASI KGMMB BERHAD KALI KE-14

Tarikh Kawasan Masa

Johor 8.30 Pagi - 10.00 Pagi

Kedah 10.30 Pagi – 12.00 Tgh


26 April 2024 (Jumaat)
Kelantan 2.30 Petang – 4.00 Petang

Terengganu 4.30 Petang – 6.00 Petang

Perak 8.30 Pagi - 10.00 Pagi

Melaka 10.30 Pagi – 12.00 Tgh


27 April 2024 (Sabtu)
Perlis 2.30 Petang – 4.00 Petang

Pahang 4.30 Petang – 6.00 Petang

Negeri Sembilan 8.30 Pagi - 10.00 Pagi

Pulau Pinang 10.30 Pagi – 12.00 Tgh


28 April 2024 (Ahad)
Selangor 2.30 Petang – 4.00 Petang

Wilayah Persekutuan 4.30 Petang – 6.00 Petang

*Tertakluk kepada pindaan yang akan dimaklumkan kemudian jika terdapat perubahan pada tarikh, masa
dan tempat sesuatu kawasan.
"Elaun Kehadiran – RM50.00 setiap anggota yang hadir mesyuarat secara dalam talian

You might also like