You are on page 1of 11

PERSATUAN TARIK TALI NEGERI PERLIS (2020)

Institut Latihan Perindustrian Kangar


Jalan Padang Behor Mukim Sena 01000 Kangar Perlis.
tugofwarperlis@gmail.com

1.0 SEJARAH SUKAN TARIK TALI

Sukan tarik tali merupakan sukan rakyat yang telah mengalami pelbagai perkembangan dan revolusi
sehingga kini. Menurut sejarah, asal usul sukan atau permainan tarik tali tidak diketahui dengan jelas namun
telah dimainkan di beberapa tamadun awal seperti Kemboja, Mesir Purba, Yunani, China dan India. Selain
itu, sukan ini turut dijadikan budaya nasional seperti di Jepun atau ritual keagamaan seperti di Myammar.
Penakluk hebat seperti pahlawan Viking atau Jeneral Negara Chu (China) serta Yunani menggunakan sukan
ini sebagai latihan kekuatan agar tentera mereka lebih kuat dan berani.

Persatuan Tarik Tali Negeri Perlis 2020 (PTTNP2020) merupakan persatuan baharu yang ditubuhkan selepas
persatuan tarik tali yang lama terbubar. Sebelum ini, persatuan ini aktif membuat latihan bersama dengan
beberapa pasukan jabatan dan agensi kerajaan seperti UniMAP, PDRM dan Bomba negeri Perlis. Pada tahun
2023, PTTNP2020 telah berkolaborasi dengan beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Kraf Malaysia,
Balai Bomba Kuala Perlis, Jabatan Tenaga Manusia (ILP Kangar), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan
juga badan berkanun seperti Syarikat Air Perlis (SAP) bagi terus memartabatkan sukan tarik tali di Perlis.
PERSATUAN TARIK TALI NEGERI PERLIS (2020)
Institut Latihan Perindustrian Kangar
Jalan Padang Behor Mukim Sena 01000 Kangar Perlis.
tugofwarperlis@gmail.com

2.0 : PENGENALAN KEJOHANAN

Perlis Open Tug of War 2024 (Kejohanan Tarik Tali Terbuka Perlis 2024) atau dikenali sebagai PROTUG
2024 merupakan kejohanan yang bakal dianjurkan sempena kempen melawat Perlis 2024-2025. Kejohanan
ini dijadualkan pada 26 sehingga 28 Januari 2024 dengan lokasi pertandingan di Padang Majlis Perbandaran
Kangar (MPK), Perlis.

PROTUG 2024 akan mempertandingkan beberapa kategori iaitu Terbuka Awam (680kg), Jabatan/Uniform
(680kg), Tertutup DUN (720kg) dan Belia Bawah 23Tahun (600kg). Selain itu, PROTUG 2024 juga bercadang
untuk mengadakan pertandingan jemputan bagi pasukan luar negara seperti Thailand, Brunei, Singapore,
Myanmar, Kemboja (Laos) dan Nepal pada masa hadapan.

Dianggarkan sebanyak 20 pasukan bertaraf kebangsaan akan menyertai pertandingan kali ini. Selain itu, turut
diadakan Pertandingan Tertutup DUN agar dapat memupuk minat di kalangan warga tempatan dalam sukan
tarik tali.
PERSATUAN TARIK TALI NEGERI PERLIS (2020)
Institut Latihan Perindustrian Kangar
Jalan Padang Behor Mukim Sena 01000 Kangar Perlis.
tugofwarperlis@gmail.com

3.0 : BUTIRAN KEJOHANAN

NAMA : PERLIS OPEN TUG OF WAR 2024 CHAMPIONSHIP (PROTUG 2024)


PENGANJUR : Kerajaan Negeri Perlis dengan Kerjasama Persatuan Tarik Tali Negeri Perlis
TARIKH : 26-28 Januari 2024 (Jumaat – Ahad)
LOKASI : Kangar, Perlis, Malaysia

4.0 : SASARAN PESERTA DAN PENGUNJUNG

1. Domestik a. Peserta : 15 orang x 10 Pasukan x 4 Kategori = 600 org


b. AJK : 20 orang
2. Pengunjung : Anggaran 1,000 - 3,000 org
PERSATUAN TARIK TALI NEGERI PERLIS (2020)
Institut Latihan Perindustrian Kangar
Jalan Padang Behor Mukim Sena 01000 Kangar Perlis.
tugofwarperlis@gmail.com

5.0 : OBJEKTIF PELAKSANAAN

1. Memperkenalkan sukan tarik tali peringkat tinggi dan bertaraf professional untuk masyarakat serta
jabatan tempatan
2. Mengembangkan sukan tarik tali dengan lebih meluas dan membezakan antara format sukan berbentuk
temasya dan professional
3. Memberi pendedahan professional sama ada dari aspek penganjuran, pelaksanaan dan pertandingan
yang dijalankan
4. Mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan tarik tali peringat daerah, jabatan dan negeri
5. Membentuk disiplin diri, kerjasama pasukan serta mengamalkan cara hidup lebih sihat.
PERSATUAN TARIK TALI NEGERI PERLIS (2020)
Institut Latihan Perindustrian Kangar
Jalan Padang Behor Mukim Sena 01000 Kangar Perlis.
tugofwarperlis@gmail.com

6.0 : IMPAK / KESAN PELAKSANAAN

1. Menanam minat terhadap sukan tarik tali di kalangan warga tempatan / negeri untuk melahirkan pasukan
bertaraf kebangsaan.
2. Membangunkan garis panduan (SOP) tatakelola penganjuran pertandingan atau temasya yang lebih
teratur, jelas dan mantap
3. Memperkenalkan Perlis sebagai destinasi “Tourism-Sport” atau lokasi perlancongan berasaskan sukan
4. Menjana ekonomi tempatan terutama serta mempromosikan negeri Perlis sebagai negeri mesra sukan.
5. Penganjuran seumpama ini bakal menjadikan negeri Perlis mesra pelancong dan mencetus
pembangunan infrastruktur yang lebih mampan.
6. Memupuk jalinan Kerjasama antara pelbagai pihak seperti persatuan-persatuan tarik tali, para peniaga
atau pengusaha dan segala agensi yang terbabit dalam menjayakan kejohanan ini.
PERSATUAN TARIK TALI NEGERI PERLIS (2020)
Institut Latihan Perindustrian Kangar
Jalan Padang Behor Mukim Sena 01000 Kangar Perlis.
tugofwarperlis@gmail.com

7.0 : BELANJAWAN KEJOHANAN

BIL PERKARA HARGA (RM) QTY JUMLAH (RM)

PERSIAPAN LOGISTIK
a. Sewaan Dewan / Bilik Mesyuarat 500.00 1 500.00
b. Sewaan Timbang 250.00 1 250.00
c. Sewaan Tali 150.00 3 unit 450.00
d. Sewaan Khemah 20 x 20 200.00 5 x 2 hari 2,000.00
e. Sewaan PA System 500.00 2 hari 1,000.00
f. Persiapan Gelanggang 500.00 - 500.00

4,700.00

PENGINAPAN & MAKANAN URUSETIA


a. Sewaan Homestay 350.00 2 x 3 hari 2,100.00
b. Makan 3x Sehari 30.00 18 org x 2 hari 1,080.00
c. Pengangkutan (Van) 250.00 1 buah x 3 hari 750.00
d. Elaun Perjalanan 70.00 18 org 1,260.00

5,190.00

BAYARAN URUSETIA PENGADILAN


a. Marshall (Penyelaras) 200.00 1 org x 3 hari 600.00
b. Ketua Pengadil / Urusetia 200.00 1 org x 3 hari 600.00
c. Pengadil 150.00 9 org x 3 hari 4,050.00
d. Urusetia / Teknikal 150.00 6 org x 3 hari 2,700.00
e. Runner 70.00 2 org x 2 hari 280.00

8,230.00
PERSATUAN TARIK TALI NEGERI PERLIS (2020)
Institut Latihan Perindustrian Kangar
Jalan Padang Behor Mukim Sena 01000 Kangar Perlis.
tugofwarperlis@gmail.com

KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN


a. Kawalan Lalulintas (RELA) 70.00 5 org x 2 hari 700.00
b. Pasukan Medik (JPAM) 70.00 4 org x 2 hari 560.00
c. Anggota Pembersihan 70.00 4 org x 2 hari 560.00

1,820.00

PROMOSI DAN HEBAHAN


a. Baju AJK 50.00 30 org 1,500.00
b. Pennant 25.00 10 Team 250.00
c. Bunting 2 x 5 4.00 / kaki 10 unit 400.00
d. Banner 15 x 8 4.00 / kaki 2 unit 960.00
e. Buku Program / Peraturan Tarik Tali 5.00 40 unit 200.00
3,310.00

HADIAH KEJOHANAN
a. Kategori Terbuka 10,800.00 10,800.00
b. Kategori Uniform 10,800.00 10,800.00
c. Kategori DUN 3,800.00 3,800.00
d. Kategori Belia U23 3,800.00 3,800.00
e. Replika Cek (2x5) 8.00 / kaki 3 x 4 kategori 960.00
f. Sijil Kejohanan 2.00 12 x 40 pasukan 960.00

31,120.00
JUMLAH KESELURUHAN 54,370.00
PERSATUAN TARIK TALI NEGERI PERLIS (2020)
Institut Latihan Perindustrian Kangar
Jalan Padang Behor Mukim Sena 01000 Kangar Perlis.
tugofwarperlis@gmail.com

8.0 : PULANGAN PELABURAN (ROI)

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH (RM )


NILAI PENGINAPAN
1. PEGAWAI TEKNIKAL / PENGADIL / URUSETIA RM150 X 2 UNIT X 3 MLM 900.00
2. PASUKAN YANG MENYERTAI RM150 X 2 MLM X 30 TEAM 9,000.00

NILAI PENGANKUTAN
1. SEWA VAN / KERETA RM250 X 3 HARI X 30 TEAM 22,500.00
2. PERBELANJAAN TEAM / PERJALANAN RM500 X 30 TEAM 15,000.00

NILAI MAKANAN / MINUMAN


1. MAKAN/MINUM PEG.TEKNIKAL/PENGADIL/URUSETIA DAN RM30 X 450 ORG. 13,500.00
PESERTA KEJOHANAN
2. JUALAN SETEMPAT (PESERTA ) RM50 X 450 ORG. 67,500.00
3. JUALAN SETEMPAT ( PENGUNJUNG ) RM35 X 850 ORG. 29,750.00

NILAI JUALAN
1. GERAI JUALAN ( CENDERAHATI /T.SHIRT DLL ) RM150 ( PURATA) X 450 ORG 67,500.00
2. JUALAN PENJAJA RM400 ( PURATA ) X 20 PENJAJA 8,000.00
NILAI JUALAN PAKEJ PERLANCUNGAN

1. KESELURUHAN PENGLIBATAN RM200 X 1500 ORG 300,000,00


JUMLAH 533,650.00
PERSATUAN TARIK TALI NEGERI PERLIS (2020)
Institut Latihan Perindustrian Kangar
Jalan Padang Behor Mukim Sena 01000 Kangar Perlis.
tugofwarperlis@gmail.com

9.0 : PENUTUP

Diharapkan Perlis Open Tug of War 2024 Championship (Kejohanan Tarik Tali Terbuka Perlis 2024)
atau dikenali sebagai PROTUG 2024 bakal menjadi platform utama untuk menguji kekuatan pasukan yang
bertanding bagi menghadapi pertandingan tarik tali yang bakal diadakan sepanjang tahun 2024 sekitar negara
termasuk antarabangsa.

Dengan penganjuran kejohanan seperti PROTUG 2024, mampu mempromosikan Perlis sebagai destinasi
“Tourism-Sport” atau lokasi perlancongan berasaskan sukan pada masa hadapan. Ini kerana, negeri Perlis
memiliki banyak potensi yang boleh dibangunkan dan menjadikan lokasi menarik sekitar Perlis sebagai
tarikan pelancongan dan sukan.

Idea seumpama ini mampu menjana ekonomi tempatan terutama serta mencetus pembangunan infrastruktur
yang lebih mampan agar mesra pelancongan serta permai.
PERSATUAN TARIK TALI NEGERI PERLIS (2020)
Institut Latihan Perindustrian Kangar
Jalan Padang Behor Mukim Sena 01000 Kangar Perlis.
tugofwarperlis@gmail.com

You might also like