You are on page 1of 3

PPMCS(001)179/02 Jld.

4 (12)
08 MAC 2022

Ketua Polis Daerah,


Balai Polis Kota Kinabalu,
Jalan Dewan,
88999 Kota Kinabalu, Sabah

Tuan,
PEMAKLUMAN PENGANJURAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT
LANTIKAN JAWATAN DAN PELANJUTAN TUGAS PESURUHJAYA
BAHAGIAN PBU DAN PBS PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
CAWANGAN SABAH SESI 2022/2023

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia


Cawangan Sabah akan menganjurkan Majlis Penyerahan Surat Lantikan dan
Pelanjutan Tugas Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Bahagian Pantai Barat Utara
dan Pantai Barat Selatan bagi sesi 2022/2023 yang akan disempurnakan
oleh YBhg. Datuk Dr. Awang Zaini bin Hj. Suntim, Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negeri Sabah seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 10 Mac 2022 (Khamis)
Tempat : Dewan Terbuka Rumah BP, Kota Kinabalu.
Masa : 08.00 pagi – 12.00 tengahari
Jumlah peserta : 60 orang

3. Untuk makluman pihak tuan, Dewan terbuka Rumah BP, Kota Kinabalu
ini boleh memuatkan sejumlah 200 orang. Pihak urusetia Istiadat akan
menyediakan QR MySejahtera dan pengimbas suhu bagi program ini.
Disertakan lampiran 1 bagi tentatif program tersebut sebagai rujukan dan
tindakan pihak tuan selanjutnya.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memaklumkan penganjuran


program ini dan sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, pihak tuan
boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:-

4.1 En. Mirza Affendy Bin Asah


Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Istiadat Pentauliahan Pesuruhjaya PBU dan PBS sesi 2022/2023
Tel : 016-8232633
PPMCS(001)179/02 Jld.4 (12)
PERMOHONAN MENGANJURKAN ISTIADAT PENTAULIAHAN PESURUHJAYA-
PESURUHJAYA BAHAGIAN PANTAI BARAT UTARA DAN PANTAI BARAT SELATAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH SESI 2022/2023

5. Kerjasama pihak tuan dalam membantu kelancaran program ini amat


dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“PENGAKAP MENTRANSFORMASI GENERASI”

Saya yang menjalankan tugas-tugas


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

MIRZA AFFENDY BIN ASAH


Pengerusi Jawatankuasa Pengelola,
Merangkap Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah
Bahagian Pantai Barat Utara

s.k - Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah.


- Yang Dipertua Pengakap Negeri Sabah.
- Setiausaha Majlis PPMCS.
- Fail.
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM
ISTIADAT PENTAULIAHAN PESURUHJAYA PBU DAN PBS
SESI 2022/2023

TARIKH : 10 MAC 2022 (KHAMIS)

8.00 - Pendaftaran.
9.00 - Rehersal Istiadat.
9.30 - Peserta mengambil tempat.
9.45 - Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Awang Zaini Hj. Suntim
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah.

- Negaraku
- Sabah Tanah Airku
- Pengakap Malaysia
- Persetiaan Pengakap
- Bacaan Doa

10.00 - Istiadat Penyerahan Surat Lantikan dan Pelanjutan tugas


Pesuruhjaya Sesi 2022/2023 dimulakan :
- Timbalan KPPNS
- Penolong Pesuruhjaya Negeri
- Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri
- Pesuruhjaya Daerah PBU dan PBS
- Penangguhan Istiadat Pentauliahan Pesuruhjaya PPMCS
Sesi 2022/2023

- Amanat YBhg. Datuk Dr. Awang Zaini bin Hj. Suntim


Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah.

12.00 - Makan tengahari


- Majlis dijangka selesai

You might also like