You are on page 1of 8

JAWAPAN AKIDAH (RESOS KBAT)

BAB 8: BERIMAN KEPADA RASUL

1.
Rasul merupakan lelaki yang dipilih oleh Allah dan dikurniakan wahyu kepadanya untuk amalan diri sendiri dan
diperintahkan menyampaikan risalah kepada umat-nya.Oleh itu,semua umat Islam wajib mentaati segala perintah
rasul kerana ketaatan kepada rasul adalah ketaatan kepada Allah SWT.
Sebagai seorang pelajar ,bagaimanakah cara anda mentaati rasul

JAWAPAN:
(Sebagai seorang pelajar kita boleh membaca dan menghayati sirah Rasulullah dan rasul-rasul sebelumya )( untuk
dijadikan sebagai contoh teladan yang terbaik dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar).Contohnya
kita akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan yang diinginkan.) (kesimpulannya kita, hendaklah
mentaati para rasul supaya Allah melimpahkan rahmatnya yang luas kepada kita).

2.
Nabi Yunus terpaksa dicampakkan ke dalam laut setelah kapal yang dinaiki terumbang ambing kerana terlebih
muatan.Ketika di dalam laut,baginda telah ditelan oleh seekor ikan paus.Baginda tidak berputus asa meminta
pertolongan daripada Allah SWT supaya diselamatkan daripada bencana tersebut.Hasil daripada sfat tawakkalnya
kepada Allah,Nabi Yunus telah diselamatlkan oleh Allah SWT.
Bagaimanakah sifat tawakkal boleh menjayakan dakwah Islam

JAWAPAN:
(Sifat tawakal boleh menambahkan keyakinan terhadap perkara yang dilakukan.)(Sifat tawakkal dapat memastikan
bahawa seorang pendakwah tidak mudah berputus asa jika dakwah yang dilakukan tidak diterima) .
(Kesannya ,pendakwah akan menjadi seorang yang lebih tabah untuk mengahadapi dugaaan).(Kesimpulannya,kita
hendaklah bertawakkal kepada Allah jika mengalami kesulitan kerana hanya Allah SWT yang dapat menolong kita.)

3.
Allah telah memberikan gelaran ulul azmi kepada lima rasul.Rasul-rasul tersebut ialah Nabi Ibrahim,Nabi Nuh,Nabi
Musa,dan Nabi Muhammd SAW.
Mengapakah nabi musa digelar ulul azmi?

JAWAPAN:
(Nabi Musa digelar ulul azmi kerana kecekalannya dalam menegakkan syiar islam)(.Contohnya,Nabi Musa telah
menyeru supaya kaumnya beriman kepada Allah SWT walaupun mengetahui bahawa dia akan dibunuh jika berbuat
demikian.)(Namun,kerana kecekalannya dan ketabahannya dalam berdakwah,baginda tetap meneruskan niatnya itu).
(Ini menunjukkan syiar Islam sangat penting untuk dihebahkan kepada semua supaya tidak sesat.)

4.
Setiap rasul yang dipilih oleh Allah SWT adalah untuk menjadi pemimpin kepada umat masing-masing.Allah telah
memilih mereka daripada kalangan manusia supaya mempunyai sifat-sifat terpuji supaya boleh dijadikan teladan dan
panduan oleh orang lain.Antara sifat wajib bagi rasul ialah siddiq,amanah,tabligh dan fatonah.Kita digalakkan
mencontohi sifat-sifat tersebut.
Sebagai seorang pelajar,apakah yang anda lakukan dalam dewan peperiksaan untuk menunjukkan bahawa anda
mencontohi sifat amanah para rasul.

JAWAPAN:
(Sebagai seorang pelajar,saya akan jujur pada diri sendiri),(iaitu dengan tidak menipu ketika berada dalam dewan
peperiksaan.)(Hal ini kerana ,meniru merupakan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah dan kejayaan yang dicapai
daripada hasil perbuatan meniru tidak diberkati Allah.)(Kesimpulannya,kita hendaklah sentiasa jujur dalam melakukan
sesuatu perkara supaya kehidupan diberkati oleh Allah SWT.)
5.
Sakinah seorang yang snagat kaya raya.Oleh itu,dia suka menghabiskan hasil kekayaannya di kelab-kelab malam dan
mengamalkan seks bebas.Dia juga tidak menunaikan ibadat wajib seperti solat dan mengeluarkan zakat.Namun
demikian, rezekinya semakin melimpah ruah
Pada pendapat anda, mengapakah sakinah diberi rezeki yang melimpah ruah sedangkan dia sering melakukan
maksiat

JAWAPAN:
(Sakinah telah tergolong dalam kalangan orang yang Allah berikan Istidraj).(Istidraj ialah perkara luar biasa yang
berlaku kepada manusia yang mengingkari dan menentang ajaran Allah SWT).(Kenikmatan rezeki yang Allah berikan
telah membuatkan Sakinah lupa daratan, sombong dan menyangkanya berada di pihak yang
benar.)Kesimpulannya,kita hendaklah sentiasa berdoa dan muhasabah diri supaya kita tidak tergolong dalam
manusia istidraj)

6.
Kematian adalah suatu perkara yang pasti bagi semua makhluk Allah yang bernyawa.Namun ,Allah telah
merahsiakan saat kematian seseorang itu.Kematian boleh terjadi bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa
pengetahuan manusia itu sendiri.
Mengapakah Allah merahsiakan saat kematian umat-Nya?

JAWAPAN:
(Allah merahsiakan kematian umatnya supaya kita tidak melakukan maksiat.).Hal ini demikian kerana,kematian akan
terus menghantui seseorang) dan (perkara ini telah membuatkan mereka takut untuk melakukan maksiat kepaa
Allah SWT)(Oleh itu kita hendaklah sentiasa beramal kepada Allah SWT supaya dimasukkan ke dalam syurga yang
penuh nikmat.)

7.
Setiap individu muslim wajib beriman dengan hari kiamat kerana perkara tersebut merupakan salah satu daripada
rukun iman.Allah SWT telah merahsiakan waktu berlakunya hari kiamat.Berdasarkan penjelasan rasulullah
itu,kejadian d dunia hari ini telah banyak menunjukkan tanda-tanda hari kiamat.

Bagaimanakah cara yang boleh kita lakukan untuk menghadapi hari kiamat.

JAWAPAN:
cara yang boleh kita lakukan untuk menghadapi hari kiamat.adalah dengan melaksanakan perintah Allah dan
menjauhi larangn-Nya)(.Hal ini demikian kerana kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi hari akhirat )kerana
hari akhirat akan berlaku bila-bila masa sahaja tanpa kita duga.)Contohnya dengan cara memperbanyakkan ibadat
wajib dan sunat seperti solat 5 waktu, berpuasa bersedekah dan sebagainya.(Oleh itu, kita hendaklah
memperbanyakkan amalan sunat di samping memperbaiki amalan wajib kita supaya lebih sempurna.)
(Kesimpulannya ,kita perlulah berdoa kepada Allah SWT supaya Allah mengampuni dosa-dosa kita sebelum pintu
taubat tertutup)

8.
Amin seorang yang sangat baik.Dia suka menolong orang susah yang memerlukan pertolongan.Pada setiap hari
Jumaat Amin akan singgah sebentar di masjid yang berdekatan dengan sekolahnya untuk bersedekah tanpa
pengetahuan orang lain termasuk ibubapanya.

Pada pendapat anda,apakah perkara lain yang boleh dilakukan oleh Amin untuk menambahkan pahalanya.

JAWAPAN:
Pada pendapat saya, perkara lain untuk menambahkan pahala ialah Amin perlu berusaha untuk memastikan setiap
kebaikan yang dilakukan paling berkualiti)( supaya Allah memandang setiap kebaikan kita dan diberikan ganjaran
pahala).(Contohnya,Amin tidak menunjuk-nunjuk dan tidak riak apabila bersedekah di masjid.)(Setiap kebaikan akan
diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT selagi kita tidak riak dengan kebaikan yang dilakukan.)
9.
Pada setiap hari,keluarga Zaini akan mengaji bersama-sama selepas solat berjemaah.Ayah Zaini akan menjadi guru
mengaji kepada nya dan adiknya.Setelah selesai mengaji,ibunya pula akan memberi sdikit tazkirah kepada zaini dan
adik-adik.Ibunya selalu mengingatkannya tentang pahala yang dijanjikan oleh Allah jika melakukan kebaikan.

Apakah faedah apabaila Zaini sentiasa diingatkan oleh ibunya tentang pahala

JAWAPAN:
Pada pendapat saya, perkara lain untuk menambahkan pahala ialah Amin perlu berusaha untuk memastikan setiap
kebaikan yang dilakukan paling berkualiti)( supaya Allah memandang setiap kebaikan kita dan diberikan ganjaran
pahala).(Contohnya,Amin tidak menunjuk-nunjuk dan tidak riak apabila bersedekah di masjid.)(Setiap kebaikan akan
diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT selagi kita tidak riak dengan kebaikan yang dilakukan.)

10.
Adila adalah seorang yang rajin belajar.Dia akan mengulangkaji pelajaran sejurus selepas pulang dari sekolah
sehingga tidak sempat untuk makan dan menguruskan diri.Adilal ingin berjaya dalam peperiksaan yang akan
datang.Oleh sebab itulah dia telah mengabaikan pengurusan dirinya dan hanya memberi ruang kepada
pelajaran.Perbuatan ini telah menyebabkan adila berdosa.

Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh Adila untuk mengelakkan daripada terus berdosa

JAWAPAN:
(Adila perlu memperbanyakkan istighfar krpada Allah SWT )(kerana Adila telah melakukan dosa kecil iaitu tidak
mengurus dirinya).(Hal ini demikian kerana ,pengurusan diri sangat penting bagi seorang musllim supaya berada
dalam keadaan yang suci ketika mengerjakan solat dan ibadah lain.)(Oleh itu, kita hendaklah berwaspada dengan
setiap perbuatan yang kita lakukan supaya tidak mendatangkan dosa yang boleh menyebabkan kita masuk ke dalam
neraka.)

11
Kejahatan yang dilakukan oleh seseorang akan diberi balasan dosa sekiranya dia tidak bertaubat kepada Allah
SWT.Oleh itu,semua umat Islam yang beriman kepada Allah haruslah menjauhkan diri mereka daripada melakukan
dosa sama ada dosa yang kecil atau yang besar

Pada pendapat anda apakah amalan yang boleh dilakukan untuk menjauhkan diri daripada melakukan dosa

JAWAPAN:
Amalan yang boleh menjauhkan kita daripada melakukan dosa adalah memperbanyakkan amalan sunat)( kerana
amalan ini dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan menghindari diri dari melakukan dosa.)
(Contohnya,melakukan solat sunat taubat dan solat sunat tahajud pada satu pertiga malam.)(Kesimpulannya,kita
hendaklah sentiasa mengingati Allah supaya tidak melakukan dosa kepadanya.)

12.
Setiap amalan yang dilakukan di dunia akan dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak.Maka padang Mahsyar diadakan
sebagai tempat perhimpunan sebelum manusia dihisab.Terdapat dua golongan manusia ketika di mahsyar.Keadaan
bagi kediua-dua holongan ini adalah berbeza

Bagaimanakah keadaaan seorang pencuri yang tidak sempat bertaubat kepada Allah semasa berada di Mahsyar.?

Jawapan:
(Pencuri itu akan berada dalam keadaan cemas,gelisah,panas dan menaggung pelbagai penderitaan)( kerana seorang
pencuri tergolong dalam kalangan orang yan fasik.)(Pecuri bukan sahaja mendapat azab yang pedih ketika berada di
padang Mahsyar malah dimasukkan ke adalm api neraka yang lagi pedih.)(Oleh itu,kita hendaklah bertaubat kepada
Allah SWT supaya tidak tergolong dalam golongan yang mendapat azab pedih tersebut)

13.
Syafaat dari segi bahasa ialah permohonan meminta sesuatu kebaikan untuk orang lain.syafaat yang paling besar
ialah syafaat Nabi Muhammad untuk mempercepatkan hisab amalan manusia.Nabi akan memohon kepada Allah
supaya mempercepatkan hisab.Jadi syafaat ini sangat diinginkan oleh umatnya .Oleh itu,kita hendaklah berusaha
untuk mendapatkan syafaat ini.

Apakah amalan yang boleh dilakukan sebagai seorang pelajar untuk mendapatkan syafaat di akhirat kelak.

Jawapan:

(Amalan yang boleh dilakukan oleh seorang pelajar adalah mempraktikkan sunah nabi dalam kehidupan seharian )
(kerana amalan ini akan meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT .)(Contohnya ,mengambil wuduk sebelum
tidur ,doa sebelum dan sesudah bangun dari tidur ,membaca al-Quran dan sebagainya)(.Kesimpulannya ,kita
hendaklah berusaha untuk mendapatkan syafaat Rasulullah SAW supaya dipercepatkan hisab di akhirat kelak.)

13.
Al-Hisab ialah perhitungan amalan manusia di dunia sama ada baik atau jahat.Al-hisab dilaksanakan di Mahsyar
sebelum ditentukan hukuman sama ada masuk ke dalam syurga atau neraka.
Keimanan kepada al-Hisab akan membentuk sebuah masyarakat yang aman dan damai tanpa jenayah .

Berikan hujah anda tentang pernyataan di atas.

JAWAPAN:
Keimanan kepada al-Hisab mendorong manusia supaya tidak melakukan kezaliman)( kerana mereka sentiasa berasa
takut akan balasan daripada Allah SWT )(.Masyarakat akan menjadi aman dan damai sekiranya tiada kezaliman
seperti rompakan,kes bunuh dan sebagainya berlaku di tempat mereka.)(Kesimpulannya,kita hendaklah beriman
dengan al-Hisab supaya tiadak melakukan perkara-perkara sia-sia dan mendapat buku amalan di sebelah kanan ketika
di Mahsyar nanti.)

14.
Hairi merupakan seorang pengarah di salah sebuah syaraikat penerbitan.Walaupun dia merupakan seorang
majikan ,dia sangat baik dengan pekerja-pekerjanya yag lain.Dia menyediakan surau yang sangat selesa dalam
syarikatnya dan telah mewajibkan semua pekerjanya supaya mengerjakan ibadah solat secara berjemaah.Dia juga
mengimamkan solat Jemaah tersebut.Hal ini deminikian kerana ,Hairi seing diingatkan tentang ‘hisab Allah oleh
ibubapanya.
Pada pendapat anda,apakah hikmah Hairi didedahkan dengan al-hisab

JAWAPAN:
Hikmah Hairi didedahkan dengan al-hisab adalah dapat menggalakkan Hairi supaya melakukan kebaikan)( untuk
mendapat ganjaran daripada Allah di dunia dan di akhirat.)(Kesannya,Hairi berkelakuan baik terhadap pekerja-
pekerjanya dengan menyediakan tempat yang kondusif untuk semua pekerjanya menunaikan solat.)
(Kesimpulannya,Allah akan membalas segala perbuatan baik kita sehingga kita akan mendapat buku amalan kita di
sebelah kanan apabila dihisab di akhirat kelak.)

15.
Al-Mizan dilaksanakan selepas pelaksanaan al-hisab.Al-Mizan ialah proses penentuan keputusan sama ada balasan
syurga atau nereaka.Oleh itu, seseorang yang menginginkan balasan syurga hendaklah beriman denagn al-Mizan.Jika
berat timbangan al-Mizan ke syurgalah seseorang itu manakala jika ringan ke nerakalah seseorang itu.

Bagaimanakah cara yang boleh kita amalkan untuk memberatkan timbangan amalan al-Mizan.

JAWAPAN:
Cara yang boleh kita amalkan untuk memberatkan timbangan alMizan adalah dengan memeprbanyakkan zikir
Subhanallah wabihamdihi subhanallahil azim)( kerana dengan zikr akan dapat membersihkan hati seseorang umat
islam.)(Kesannya ,apabila hati bersih, seseorang itu akan melakukan banyak kebaikan dan kebajikan yang akan
memberatkan timbangan al - mizan nnya di akhirat kelak.)(Kesimpulannya,kita hendaklah sentiasa berzikir kepada
Allah supaya setiap amalan kita dipandang oleh Allah SWT walaupun sebesar biji sawi.

16.
Balqis adalah seorang yang sangat gemar akan permainan berkomputer.Dia akan meluangkan lebih banyak masanya
dengan menghadap komouter ribanya sehingga larut malam.Perbuatan yang dilakukan oleh Balqis adalah suatu yang
sia-sia dan boleh meringankan timbngan al-Mizannya.

Jika anda sahabat balqis,apakah yan akan anda lakukan kepada Balqis?

JAWAPAN:
Saya akan meluangkan masa bersama Balqis untuk mengulangkaji pelajaran)( kerana perkara tersebut boleh
mengelakkan balqs daripada menggunakan masa terluangnya dengan bermain permainan berkomputer)( kita akan
dapat berkongsi pendapat tentang pelajaran mahupun tentang agama yang yang boleh memantapkan akidah dan
sahsiah antara satu sama lain.)(Kesimpulannya,kita hendaklah mencari kawan yang soleh dan boleh membimbing
kita ke arah kebajikan supaya kita menjadi orang yang berguna di duunia dan akhirat.)

17
Titian al-Sirat ialah titian yang merintang di atas neraka menuju ke syurga.Setiap orang yang beriman Berjaya melalui
titian as-sirat.Namun ,kepantasan menyberangi titian tersebut berdasarkan amalan soleh masing-masing ketika di
dunia .Ada yang dapat melintasi titian al-sirat dengan pantas seperti kilat,angin,kuda yang berlari,berjalan
kaki,merangkak,dan mengengsot

Apakah yang perlu dilakukan untuk meneyeberangi titian al-Sirat dengan pantas.

JAWAPAN: Perkara yang perlu dilakukan untukmenyeberangi titian al-Sirat denan pantas ialah dengan istiqamah
melakukan kebaikan)( seperti taat kepada kedua ibubapa dan mematuhi peraturan sekolah.)(Kita akan mendapat
pahala yang akan membolehkan kita meniti titian al-sirat dengan pantas seperti kilat.)(Kesimpulannya ,kita hendaklah
menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah supaya mendapat ganjaran pahala yang banyak dan memudahkan kita
meniti titian al-Sirat.)

18.
Suri merupakan seorang pelajar yang rajin dan pintar .Namun setelah berkawan dengn anak jirannya yang baru
berpindah,dia menjadi seorang yang pemalas.Malah dia sudah pandai menjadi kutu rayau .Ibu bapanya telah puas
menasihatinya.Pada suatu hari,Suri telah kek kelab malam bersama kawannya itu dan telah minum arak.
Pada pendapat anda,bagaimanakah keadaan suri ketika meniti titian al-Sirat jika dia tidak bertaubat.

JAWAPAN:
Suri akan tergelincir ke dalam api neraka )(sekiranya dia tidak bertaubat kerana suri telah ingkar arahan Allah SWT
dengan melakukan maksiat dan tidak mendengar nasihat ibubapanya.)(Oleh itu, suri tidak akan berjaya untuk
melintasi titian al-Sirat dan ajtuh ke adalan api neraka yang sangat dahsyat kerana dosa yang telah dilakukannya.)
(Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa muhasabah diri supaya tidak melakukan kezaliman kepada diri sendiri
dengan dosa-doa yang boleh menghumban kita ke dalam api neraka.)
19.
Atiqah selalu diingatkann oleh ibunya tentang syurga.Pada setiap hari sebelum tidur, ibu atiqah akan
mengingatkannya tentang amalan-amalan yang perlu dilakukan untuk masuk ke adalam syurga.Atiqah mendengar
nasihat ibunya dengan penuh minat.
Apakah hikmah peringatan ibu tiqah kepadanya.

JAWAPAN:
Hikmah peringatan ibu Atiqah kepadanya adalah akan memberi dorongan kepada Atiqah untuk melakukan kebaikan)
(.Atiqah akan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan seperti belajar bersungguh-sungguh ,bersedekah dan
sebagainya supaya masuk ke adalam syurga.)(Atiqah kaan menjadi umat Islam yang baik dan beramal soleh kepada
Allah SWT.)(Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa ingat tentang janji syurga Allah supaya kita lebih mengejar
kebahagiaan akhirat daripada dunia.)

20.
Benjamin seorang yang beragama Buddha.Dia sentiasa mengalami mimpi tentang keperitan berada di dalam
neraka.Selama dua bulan lebih dia telah diganggu dengan mimpi tersebut.Dia telah menceritakan mimpi itu kepada
kawannya yang beragama Islam.Kawannya itu teah menasihatinya supaya meminta nasihat daripada ustaz.Benjamin
bersetuju untuk mendapatkan nasihat tersebut.Ustaz telah memberitahu Benjamin bahawa itu adalah kemungkinan
hidayah yang ingin disampaikan oleh Allah kepadanya.Setelah itu,dia telah memeluk Islam dan telah belajar tentang
agama Islam.Dia telah banyak belajar tentag Islam dan perkara yang paling diidngatinya ialah ustaz pernah berpesann
padanya tentang keperitan berada di dalam neraka Allah

Apakah yang berlaku kepada Benjamin apabila sentiasa mengingati tentang pesanan usaznya.

JAWAPAN:
Benjamin akan melakukan banyak amalan soleh)( yang boleh menjauhkan dirinya daripada terjeumus ke dalam api
neraka yang sangat pedih dan seksa itu)(.Dia akan mendalami llmu agama Islam yang boleh menguatkan
keimanannya kepada Allah SWT) (seperti sentiasa solat Jemaah di Msjid,mendengar tazkirah,berumpa dengan ustaz
untuk bertanyakan kemusyilan dan sebagainya.)(Kesimpulannya,kita hendaklah menjadi seorang yang kuat iman
supaya dapat menepis segala godaan syaitan yang boleh membawa kita ke neraka.)

ISI ,CONTOH ,KESAN

21.
Kecanggihan teknologi seperti telefon pintar menyebabkan seseorang itu jauh daripada mendapat nikmat syurga
Allah SWT. Namun begitu,teknologi ini juga boleh menjadi satu medium untuk menambahkan amal ibadat dan
sekaligus membawa ,ke syurga hakiki.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kecanggihan teknologi boleh menjadi medium untuk seseorang itu mendekatkan
diri dengan syurga Allah SWT.

JAWAPAN:
(Pada pendapat saya, kecanggihan teknologi boleh menjadi medium untuk seseorang itu mendekatkan diri dengan
syurga Allah SWT dengan melayari internet yang berkaitan dengan ilmu agama) yang akan memberi banyak info
tentang agama yang sebelumnya tidak diketahui)(.Contohnya laman sesawang I Luv Islam yang banyak memberi
ilmu tentang agama Islam dan kita juga boleh mengemukakan pertanyaan tentang kemusykilan agama dalam laman
tersebut.)(Kesimpulannya,pelbagai perkara yang boleh dilakukan ,untuk mendapatkan pahala yang boleh menjadi
tiket untuk kita masuk ke syurga Allah SWT.)
22.
Surah al-Mulk ayat 6 hingga 11 menceritakan tentang kewujudan neraka yang akan menjadi azab yang sangat pedih
kepada orang yang melanggar perintah Allah SWT Setiap muslim yang beramal dengan ayat ini akan merasai
ketakutan dan mendorong mereka untuk melakukan lebih banyak kebaikan.

Sebagai seorang pelajar,apakah yang boleh dilakukan ketika berada di sekolah untuk mengelakkan diri daripada
masuk ke dalam neraka.

JAWAPAN:
Sebagai seorang pelajar,saya akan bersahabat dengan sahabat yang baik dan alim)( yang boleh mengajak kita
melakukan amal ibadah dan kebajikan)(.Perkara tersebut boleh menjadikan kita seorang yang baik dan alim sepertiny
a sekaligus dapat mengelakkan diri daripada terjerumus melakukan dosa )(.Kesimpulanay ,kita hendaklah pandai
memilih rakan supaya mereka memberi manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat)

23.
Sebelum melakukan sesuatu, kita memerlukan perancangan dan persediaan agar mendapat natijah dan hasil yang
baik.Begitu juga dengan persediaan menghadapi hari akhirat.Apatah lagi hari tersebut dirahsiakan kejadiannya oleh
Allah SWT.Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan kerana kejayaan di dunia akan membawa kepada kejayaan
di akhirat kelak.

Apakah yang perlu dilakukan di dunia untuk mendapat kejayaan di akhirat

JAWAPAN:
Perkara yang perlu dilakukan di dunia untuk mendapat kejayaan di akhirat adalah rajin dan bersungguh-sungguh )
(untuk belajar supaya berjaya mencapai cita-cita yang boleh membangggakan diri dan keluarga.)(Kita akan mendapat
pahala kerana telah mepelajari ilmu dan membahagiakan ibubapa dengan kejayaan yang dicapai.)
(Kesimpulannya ,kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan keran Allah SWT akan memandang semua kebaikan
yang kita lakukan walaupun sebesar zarah)

24. Mariana berasal dari sebuah keluarga yang mementingkan agama.Mereka menunaikan amalan wajib tepat pada
waktunya dan juga memperbanyakkan amalan sunat seperti bersedekah, berpuasa sunat bersama-sama dan
sebagainya.Perkara ini telah menunjukkan keluarga Mariana adalah keluarga yang beriman keppada hari akhirat.

Pada pendapat anda,bagaimanakah perkara tersebut boleh mempengaruhi kehidupan bagi keluarga Mariana?

JAWAPAN:
(pendapat saya,bagaimanakah perkara tersebut boleh mempengaruhi kehidupan bagi keluarga Mariana kehidupan
keluarga Ariana akan harmoni dan bahagia)( kerana mereka saling berkasih sayang dan hormat menghormati.)Hal ini
demikian kerana,kehidupan keluarga Mariana mendapat reda Allah SWT kerana telah menajankan kehidupan yang
berlandaskan syarak.)(Kesimpulannya kita hendaklah menjalani kehidupan yang berlandaskan syariat untuk
mendapat reda Allah SWT dan mendapat ganjaran syurga)
BAB 10: BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR

1. BAB 10: BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR

Beriman kepada qada’dan qadar Allah bermaksud mempercayai dan meyakini bahawa Allah SWT mengetahui segala
perkara yang akan berlaku kepada semua makhluk.Umat Islam wajib mempercayai bahawa semua perkara yang
berlaku sudah ditentukan oleh Allah Swt.Namun, sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah SWT perlulah berusaha
untuk mendapat apa-apa yang diinginkan.

Apakah kepentingan beriman dengan qada’dan qadar kepada seseoarang pelajar

JAWAPAN:
(Seseorang pelajar itu tidak akan mudah berputus asa walaupun pernah gagal dalam pelajaran )(malah terus berusaha
bersungguh-sungguh dan bertawakal kepada Allah sehingga mendapat kejayaan yang diinginkan.)Hal ini demikian
kerana ,sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga dia sendiri yang berusaha
menguah nasibnya terlebih dahulu.)(Kesimpulannya,semua umat Islam perlu beriman dengan qada’ dan qadar Allah
supaya tidak berlaku salah faham tentang perkara tersebut.)

2. BAB 10: BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR


Anda mempunyai seorang rakan yang sangat miskin.Anda telah memberi cadangan kepadanya supaya dia berniaga
kecil-kecilan untuk menambahkan pendapatannya supaya kehidupannya menjadi lebih baik.Namun, cadangan itu
tidak dipersetujui dengan menyatakan bahawa kehidupannya telah ditakdirkan oleh Allah sebagai seorang yang
miskin walaupun dia berusaha untuk mengubahnya.Hal ini demikkan kerana ,dia telah salah faham terhadap qada’
dan qada Allah SWT.

Bagaimanakh anda hendak mengubah persepsi rakan anda itu.

JAWAPAN:
Saya akan menasihatinya supaya beriman dengan qada’ dan qadar Allah SWT)( supaya tidak terpesong akidahnya.)
(Hal ini demikian kerana,beriman kepada qada’ dan qadr menjadi pendorong supaya berusaha gigih dan bersungguh-
sungguh kerana manusia tidak mengetahui ketentuan Allah).(Kesimpulannya, kita hendaklah berusaha untuk
mencapai kejayaan kerana Allah Swt akan mengubah nasib hambanya yang berusaha)

You might also like