You are on page 1of 12

TING 2: BAB 1: HIDAYAH SUMBER KEBAHAGIAAN

The Basis of Muslim Belif merupakan hasil tulisan Gary Miller atau nama Islamnya ialah Abdul Ahad Omar.Beliau merupakan seorang pakar
matematik dan ahi teknologi yang telah memeluk Islam setelah melakukan kajian mengenai kandungan kitab al-Quran sebagai perbandingan
dengan kitab Bible.Beliau dahulunya adalah seorang paderi yang aktif dalam menyebarkan agama Kristian dan kini bergelar seorang
pendakwah islam yang hebat dan berpengaruh.

1. Berdasarkan kisah Garry Miller di atas, huraikan bagaimana GARY Miller memeperoleh hidayah daripada Allah SWT dan terus
berpegang teguh dengan ajaran Islam sehingga menjadi seorang pendakwah Islam yang hebat.

_________________________________________________________________________________

TING 2: BAB 1: HIDAYAH SUMBER KEBAHAGIAAN

The Basis of Muslim Belif merupakan hasil tulisan Gary Miller atau nama Islamnya ialah Abdul Ahad Omar.Beliau merupakan seorang pakar
matematik dan ahi teknologi yang telah memeluk Islam setelah melakukan kajian mengenai kandungan kitab al-Quran sebagai perbandingan
dengan kitab Bible.Beliau dahulunya adalah seorang paderi yang aktif dalam menyebarkan agama Kristian dan kini bergelar seorang
pendakwah islam yang hebat dan berpengaruh.

1. Berdasarkan kisah Garry Miller di atas, huraikan bagaimana GARY Miller memeperoleh hidayah daripada Allah SWT dan terus
berpegang teguh dengan ajaran Islam sehingga menjadi seorang pendakwah Islam

__________________________________________________________________________________

TING 2: BAB 1: HIDAYAH SUMBER KEBAHAGIAAN

The Basis of Muslim Belif merupakan hasil tulisan Gary Miller atau nama Islamnya ialah Abdul Ahad Omar.Beliau merupakan seorang pakar
matematik dan ahi teknologi yang telah memeluk Islam setelah melakukan kajian mengenai kandungan kitab al-Quran sebagai perbandingan
dengan kitab Bible.Beliau dahulunya adalah seorang paderi yang aktif dalam menyebarkan agama Kristian dan kini bergelar seorang
pendakwah islam yang hebat dan berpengaruh.

1. Berdasarkan kisah Garry Miller di atas, huraikan bagaimana GARY Miller memeperoleh hidayah daripada Allah SWT dan terus
berpegang teguh dengan ajaran Islam sehingga menjadi seorang pendakwah Islam yang hebat.

_________________________________________________________________________________

TING 2: BAB 1: HIDAYAH SUMBER KEBAHAGIAAN

The Basis of Muslim Belif merupakan hasil tulisan Gary Miller atau nama Islamnya ialah Abdul Ahad Omar.Beliau merupakan seorang pakar
matematik dan ahi teknologi yang telah memeluk Islam setelah melakukan kajian mengenai kandungan kitab al-Quran sebagai perbandingan
dengan kitab Bible.Beliau dahulunya adalah seorang paderi yang aktif dalam menyebarkan agama Kristian dan kini bergelar seorang
pendakwah islam yang hebat dan berpengaruh.

1. Berdasarkan kisah Garry Miller di atas, huraikan bagaimana GARY Miller memeperoleh hidayah daripada Allah SWT dan terus
berpegang teguh dengan ajaran Islam sehingga menjadi seorang pendakwah Islam

__________________________________________________________________________________

TING 2: BAB 1: HIDAYAH SUMBER KEBAHAGIAAN

The Basis of Muslim Belif merupakan hasil tulisan Gary Miller atau nama Islamnya ialah Abdul Ahad Omar.Beliau merupakan seorang pakar
matematik dan ahi teknologi yang telah memeluk Islam setelah melakukan kajian mengenai kandungan kitab al-Quran sebagai perbandingan
dengan kitab Bible.Beliau dahulunya adalah seorang paderi yang aktif dalam menyebarkan agama Kristian dan kini bergelar seorang
pendakwah islam yang hebat dan berpengaruh.

1. Berdasarkan kisah Garry Miller di atas, huraikan bagaimana GARY Miller memeperoleh hidayah daripada Allah SWT dan terus
berpegang teguh dengan ajaran Islam sehingga menjadi seorang pendakwah Islam yang hebat.

_________________________________________________________________________________

TING 2: BAB 1: HIDAYAH SUMBER KEBAHAGIAAN

The Basis of Muslim Belif merupakan hasil tulisan Gary Miller atau nama Islamnya ialah Abdul Ahad Omar.Beliau merupakan seorang pakar
matematik dan ahi teknologi yang telah memeluk Islam setelah melakukan kajian mengenai kandungan kitab al-Quran sebagai perbandingan
dengan kitab Bible.Beliau dahulunya adalah seorang paderi yang aktif dalam menyebarkan agama Kristian dan kini bergelar seorang
pendakwah islam yang hebat dan berpengaruh.

1. Berdasarkan kisah Garry Miller di atas, huraikan bagaimana GARY Miller memeperoleh hidayah daripada Allah SWT dan terus
berpegang teguh dengan ajaran Islam sehingga menjadi seorang pendakwah Islam

__________________________________________________________________________________
BAB 2: ILMU PENYULUH KEHIDUPAN

Ilmu amat berguna kepada semua manusia .Ilmu pengetahuan dapat diperoleh melalui
pembelajaran secara formal,pengalaman dan sebagainya.Islam telah mewajibkan umaatnya
menuntut ilmu kerana dengan ilmulah mereka dapat mengenal Allah SWT pencipta sekelian
alam.Selain itu, manusia juga dapa menjalankan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Allah
SWT untuk memakmurkan bumi Allah SWT ini.

Apakah yang akan berlaku kepada seseorang manusia yang mengabaikan tanggungjawab
menunut ilmu agama sedangkan ilmu dunia dituntut sehingga ke peringkat yang tertinggi
Seorang manusia yang mengabaikan tanggungjawab tersebut,hidup mereka tidak akan tenteram kerana
meninggalkan ilmu ukhrawi yang wajib dituntut oleh semua umat Islam.Kesannya, seseorang itu
akanterpesong jauh daripada ajaran Islam dan dimurkai oleh Allah SWT.Kesimpulannya ,kedua-dua ilmu
ukhrwi dan duniawi haruslah seimbang untuk mendapat kebaikan di dunnia dan juga diakahirat.

BAB:3 MENGINSAFI KEKUASAAN ALLAH SWT

Bani Israel pernah dimulikan oleh Allah SWT pada suatu ketika dahulu.Namun, atas sikap mereka
yang angkuh ,sombong megah dan sebagainya akhirny mereka dimurksioleh Allah SWT. Bani Israel
banyak kehilangan harta benda termasuklah tanah air mereka sendiri.Mereka dihina akibat
daripada perilaku dan tindak tanduk mereka sendiri.
Pada pendapat anda, mengapakah Banii Israel mendapat kemurkaan Allah Swt semasa di Tas
dunia lagi

Banii Israel mendapat kemurkaan Allah Swt semasa di Tas dunia lagi kerana melanggar larangan Allah
SWT yang wajib dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap umat Islam.Contohnya, minum arak,
berjudi,melakukan maksiat dan sebagainya.Hal ini akan mengundang kemarahan dan kemurkaan Allah
SWT dan kesannya Allah SWT akan menarik balik nikmat yang diberikan kepada mereka selama
ini.Kesimpulannya, sebagai seorang umat Islam,kita wajiblah menjauhi larangan Allah SWT an sentiasa
melaksanakn perintahnya.

BAB 4; MENGHARGAI SUNNATULLAH

Tumbuh-tumbuhan merupakan makhluk Allah SWT yang boleh membuat makanan sendiri melalui
proses yang dinamakan fotosintesis.Fotosintesis hanya akan berlaku dengan adanya cahay
matahari.Kebanyakan tumbuh-tumbuhan akan mati jika tiadanay siang dan malam kerana ia tidak
dapat menghasilkan makanan.

Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah manusia memanfaatkan kejadian siang dan


malam dalam kehidupan seharaian mereka

Manusia memanfaatkan kejadian siang dan malam dalam kehidupan seharaian mereka iaitu pada waktu
siang, manusia menjalani aktiviti kemasyarakatan manakala pada waktu malam pula, manusia menjalani
aktivit bersama keluarga.Hal ini dapat membantu manusia mengerjakan ibadah kepada Allah
SWT.Contohnya ,pada malam hari,mereka dapat mengerjakan solat secara berjeaah dan mebaca al-
Quran bersama keluarga.Oleh itu, kita seharusnya menyedari kekuasaan Allah SWT melalui kejadian
siang dan malammdan bersungguh-sungguh menjalani ibadah kepada Allah SWT.

BAB 5: PERPADUAN ASAS KESEJAHTERAAN

Semasa di Madinah,Rasulullah SAW telah berusaha menyatukan dua kaum iaitu Ansar dan
Muhajirin.Walaupun berlainan tempat dan kebudayaan,mereka mengamalkan sikap bertolak
ansur,tolong menolong serta saling menyayangi antara satu sama lain atas akidah yang sama iaitu
islam.Pada zaman kini di Malysia,perpaduan amat penting bagi mengekalkan keamanan dan
keharmonian rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Apakah sifat-sifat yang perlu ada pada diri seseorang untuk menjamin kesejahteraan kaum di Malaysia.

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri seseorang untuk menjamin kesejahteraan kaum di Malaysia ialah
berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan masyarakat setempat tanpa menegnal agama,bangsa
mahupun kaum.Misalnya,menunjukkan muka yang manis semasa terserempak dengan mereka.Hal ini
akan menyenangkan hati mereka untuk mdengenali kita dengan lebih dekat lagi.Ini menunjukkan Islam
amat menekankan umatnya supaya mempunyai sikap yang terpuji sama ada dengan orang Islam atau
bukan Islam.

BAB: 6 DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Umat Islam merupakan umat yang terbaik yang dijadikan oleh Allah SWT untuk mengalas tugas sebagai
pendakwah.Dakwah juga merupakan usaha murni untuk menyebarkan dan menegakkan agama Islam di
muka bumi ini.Setiap muslim wajiblah berdakwah mwngikut keupayaan dan kemampuan masing-
maisng.Pada masa ini,terdapat pelbagai saluran dakwah boleh digunakan untuk disebarkan kepada
orang lain seperti facebook,youtube,blog dan sebagainya.

Terangkan bagaimana saluran dakwah dapat disebarkan dengan meluas.

Saluran dakwah dapat disebarkan dengan meluas meaallui pengajaran yang baik terhadap orang
disekeliling kita melalui tingksh lsku ysng sopan.Contohnya,nasihat dengan menggunakan perkataan
hang lemah lembut,tidak menengking dan berbudi Bahasa.Iini akan menjadikan seseorang bersikap
terbuka apabial dinasihati.Iini menunjukkan Islam sentiasa menitikbertakan penyampaian dakwah yang
baik agar dakwah dapat diperluaskan termasuklah kepada orang bukan Islam.

BAB: 7 SEGERA BERTAUBAT DAN BERISTIGHFAR

Takwa merupakan perkara teratas yang amat penting dalam Islam.Takwa telah diambil mudah oleh
segelintir umat Islamyang hanya mengatakann takwa semata-mata melaksanakan perintah Allah SWT
dan meninggalkan larangann-Nya.Namun takwa mempunyai pengertian yang luas dan mendalam
lagi.Hal ini kerana takwa adalah perkara dalaman yang banyak meibatkan amalan hati serta dikerjakan
dengan bersungguh-sungguh sehingga menimbulkan sifat-sifatmahmudah dzlam diri seseorang.

Apakah ciri-ciri mahmudah yang perlu ada pada seseorang yang bertakwa?

ciri-ciri mahmudah yang perlu ada pada seseorang yang bertakwa ialah membelanjakan harta di jalan
Allah dengan bersedekah kepada orang yang lebih memerlukan.Misalnya,golongan fakir miskin yang
memrlukan bantuan berupa makanan,pakaian dan sebagainya untuk meneruskan hidup seperti orang
lain.Hal ini akan mengurangkan beban yang ditanggung oleh meraka.Kesimpulannya,kita hendaklah
sentiasa berbuat baik terhadap orang yang kurang bernasib baik agar tingkat ketakwaan dan keimanan
kita semakin bertambah kepada Allah SWT.

BAB: 8 MENCONTOHI DAKWAH RASULULAH SAW

Rasulullah SAW mmepunyai perancangan yang rapi dalam mengatur strategi dakwah untuk
melaksanakan tangghungjawab dan tugasnya sebagai seorang rasul.Baginda juga sentiasa menunjukkan
sifat keperibadian uyang unggul dan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.Pada maas kini,ramai
pendakwah yang menggunakan pendekatan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW termasuk Tuan
Guru Nik Aziz Nik Mat,Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Kazim Elias dan lain-lain lagi.

Huraikan pendekatan yang sesuai digunakan oleh pendakwah seperti Rasulullah SAW
pendekatan yang sesuai digunakan oleh pendakwah seperti Rasulullah SAW ialah lemeh lembut dalam
pertuturan,perbuatan dan pergaulan dengan orang lain.Misalnya,seseorang yang ingin menenasihati
orang lain perlulah menggunakan cara yang lemah lembut agar dapat membuka hati orang tersebut
untuk berubah kea rah yang lebih baik.Kesimpulnnya,kita haruslah mencontohi dakwah seperti
Rasulullah SAW agar mendapat kebaikan di dunia dan juga di akhirat kelak.

BAB 9: MENCEGAH KEMUNGKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Kemungkaran ialah perkara yang bertentangan denan perintah Allah SWT dan rasul.Misalnya, mencuri,
berjudi, menghisap rook dan sebagainya.Tanggungjawab membendung kemungkaran ini bukan sahaj
terletak pada pihak bekuasa, pendakwah, mufti,ustaz semata-mata malah setiap orang muslim wajib
melaksnakan amar amkruf dan anhi mungkar yang erlaku d sekeliling mereka.

Terangkan pendekatan yang sesuai dgunakan semasa berhadapan xengankemungkaran yang erlaku di
sekeliling kita.

Pendekatan yang sesuai digunakan semasa berhadapan dengan kemungkaran yang berlaku di sekeliling
kita iLh mengubah dengan tangan iaitu mengubah dengan kuasa yang ada pada seseorang mengikut
kemampuan dan bidang masing-masing.Contohnya,seorang bapa bertanggungjawab melarang anak-
anaknya agar tidak kelauar rumah dengan berpakaian yang tidak mengikut syariat
IslM.Kesimpulannya,kita perlulah mencegah kemungkaran mengikut keupayaan masing-maisng agar
anam baik Islam tidak tercemar dan sentiasa terpelihara.

BAB 10: SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN

1. Setiap umat Islam ditunut membantu orang yang memerlukan dan berkongsi nikmat
pemeberian Allah SWT.Orang yang rajin bersedekah mendapat nikmat dan kelebihan yang tidak
diperolehi oleh orang yang tidak bersedekah.Sedekah juga dapat meningkatkan darjat
seseorang yang bersedekah apabila tangan kanannya bersedeah tetapintangan kirinya tidak
mengetahuinya.

Huraikan manfaat yang diperoleh sekiranya anda seorang pemberi dan penerima sedekah.

manfaat yang diperoleh sekiranya anda seorang pemberi dan penerima sedekah.ialah pemberi
dapat melatih menjadi seorang yang pemurah dan menghayati penederitaan orang lain mankala
penerima dapat sama-sama menikmati pemberian Allah SWT. Iini kerana sedekah merupakan
amlaan sunat yang dituntut dalam islam.Misalnya memberi bntuan kepada bangsa banjir
berupa barangan asa, pakaian,dan sebagainya.Oleh itu, kita hendklah sentiasa bersedekah
kepada orang yang lebih memerlukan agar mereka dapat menjalani kehidupan sebagai seorang
muslim seperti orang lain.

BAB 11: BERIMAN KEPADA AL-ASMA AL-HUSNA

1. Al-Asma al-Husna merupakan nama-namamAllah Allah SWT yang indah.Nama-nama Allah SWT
mempunyai 99 nama yang mempunyai maksud yangb tersendiri yang wajib kita fahami dan
haayati.Sebagai seorang Islam,kita dilarang untuk menamakan Allah SWT dengan sifat-sifat
yang tidak baik sepertimana sifat-sifat mazmumah yang ada pada manusia.Misalnya
sombong,riak,takbur kedekut dan sebagainya.

Apakah yang akan berlaku kepada diri anda seiranya anda mengamalkan al-Asma al-Husna ini
dalam kehidupan seharian anda
seiranya anda mengamalkan al-Asma al-Husna ini dalam kehidupan seharian saya, akan sentiasa
mengharapkan pertolongan Allah SWT sama ada dalam keadaan senag mahupun susah.Ini
kerana hanya Allah SWT sahaja 9yang berhak memperkenankan permintaan hamba-hambanya
dan bukannya makhluk yang lain.Oleh itu, kita seharusnya memepercayai bahawa al-Asma al-
Husna banyak memberi kesan terhadap keperibadian umat islam daloam kehidupan seharian.

BAB 12: KESAN BERIMAN DENGAN ALLAH SWT

1. Umat Islam hendaklah mengelakkan diri daripada menyamakan Allah SWT dengan sesuatu
kerana Allah SWT itu Maha Esa.Sekiranya seseorang tidak mempercayai keesaan Allah SWT
atau meningkari perkara-perkara yang menjadi dasar ilmu tauhid akan dianggap sebgai
kafir.

Terangkan bagaimanakah cara untuk menjadi seseorang yang beriman terhadap Allah SWT.

Cara untuk menjadi seorang yang beriman terhadap Allah SWT ialah beriman dengan ketiga-tiga
tauhid Rububiyyah,Uluhiyyah dan al-asma’wassifat.Setiap umat islam wajib beriman dengan
ketiga-tiga tauhid tersebut bag melengkapkan keimanan yang teguh terhadap Allah SWT.Jika
seseoranng itu beriman dengan salah satu tauhid sahaja, imannya akan terbtal.Justeru itu, kita
hendaklah meyakini ketauhidan Allah SWT agar mendapat kebahagiaan di dunia dan juga di
akhirat kelak.

BAB 13: BERIMAN KEPADA MALAIKAT

1. Setiap umat Islam wajib beriman dengan kewujudan malikat.Beriman kepada malaikata
tergolong daalam rukun iman.Malaikat dan manusia merupakan makhluk Allah SWT yang
berbeza yang diciptakan oleh Allah SWT.

Huraikan pernyataan di atas.

Malaikat sentiasa beribadah kepada Allah SWT manakala manusia beriman dan ada yang
kufur .Ini kerana malaikat tidak sama dengan manusia yang mempunyai hawa nafsu
sehingga melakukan dosa yang tidak disukai Allah SWT.Misalnya ,melakukan maksiat
dengan lelaki atau perempuan yang bukan mahram. .Oleh itu, sebagai umat islam
hendaklah kita sentiasa beriman dengan malaikat agar dapat menambahkan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah SWT.

BAB 14: BERIMAN DENGAN KITAB SUCI


1. Terdapat segelintir remaja sibuk menghabiskan masa dengan perkara yang tidak berfaedah
seperti melayari internet, melepak,dan bermain video berbending membaca al-
Quran.Mengapakah keadaan ini berlaku dalam kalangan remaja pada zaman sekarang?
Kerana mereka kurang menghayati isi kandungan yang terdapat di dalam al-Quran.Mereka
hanya membaca tanpa mengetahui makna yang terdapat di dalam al-Quran dan ganjaran orang
yang membacanya.Oleh itu,sebagai remaja Islam kita perlulah membaca dan memahami al-
Quranagar hidup mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

2. Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda untuk menjadikan al-quran sebagai amalan
harian anda.
Saya sentiasa membaca ayat al-Quran selepas menunaikan solat fardhu.Ayat-ayat yang dibaca
perlulah difahami dan dihayati maksudnya.Kesannya hati seseorang akan menjadi tenang dan
tenteram.Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah menjadikan al-Quran sebagai amalan kita
agar mendapat syaffaat di akhirat kelak.

3. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril..AlQuran diturukan
secara beransur-ansur.Orang Islam wajib memepercaaaaaayai bahawa Allah SWT menurunkan
kitab-kitab-Nya dan salah satunya Al-Quran.
Huraikan mengapa al-Quran menjadi ktab rujukan utama Umat Nabi Muhammad SAW.
Al-Quran merupakan kitab rujukan utama kepadaa umat Nabi Muhammad SAW kerana
merupakan kitab yang lengkap merangkumi ajran tauhid, hukum syarak,akhlak dan peraturan
yang membawa kesejahteraan hidup di duia dan di akhirat, misalnya al-Quran banyak
menceritakan tentang akidah agar manusia sentias berpegang teguh denban aagama Allah
SWT .Oleh itu, sebagai umat Islam, kkita perlulah sentiasa membongkar dan menyelidik ini
kandungan al-Quran untuk membangunkan tamadun manusia agar amalan kita seimbang
antara dunia dengan akhirat.

BAB 15: SOLAT QASAR DAN JAMAK

Sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya Allah SWT suka dilaksanakan rukhsah (keringanan)yang diberikan olehnya


seperti Allah SWT membenci dilakukan maksiat kepadanya.

1. Mengapakah Islam mengharuskan solat Qasar dan Jamak kepada umat Islam?
Kerana umat Islam dapat menjalankan kewajipan agama dan urusan kehidupan dengan mudah.
Misalnya ,boleh melakukan solat dengan senang jika sedang bermusafir di dalam negara atau di
luar negara dan tiada alasan untuk meninggalkan solat.Hal ini menunjukkan Islam tidak
membebankan umatnya dalam mengerjakan ibadah kepada Allah SWT.

2. Encik Hisham menunaikan solat fardhu mahrib secara qasar semasa dalam perjalanan dari
Gombak ke Kaajang.Adakah solat yang dilakukan oleh Encik Hisham dikira sah.
Berikan alasan anda.
Tidak sah solatnya.Hal ini kerana,solat fardhu maghrib tidak boleh diqasarkan dan hanya boleh
dijamakkan sahaja.Malahan jarak perjalana Encik Hisham juga kurang daripada dua marhalah
sedangkan ianya merupakan syarat-syarat rukhsah solat.Encik Hisham sepatutnya menunaikan
solat maghrib secara biasa.Ini menunjukkan bahawa rukhsah solat qasar ini perlu dilakukan
menepati syarat –syarat dalam Islam
3. Puan Rohani dan keluarganyabertolak dari rumahnya yang terletak di Pekan, Pahang menuju ke
Johor Bharu bagi menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya.SEmasa dalam
perjalanan ,Puan Rohani dan keluarganya singgah untyk berehat dan solat di masjid.Dia dan
keluarganya menjamakkan solat zohor dengan asar.
Huraikan hujah anda mengapa Puan Rohani dan keluarganya berbuat sedemikian.

Puan Rohani dan keluarganya berbuat sedemikian kerana destinasi yang dituju melebihi dua
marhalah untuk mengerjakan solat Jamak dan qasar.Seseorang muslim perlu mendalami ilmu
agama dengan secukupnya agar peka dengan keadaan dan waktu semasa ingin mengerjakan
rukhsah solat tersebut.Oleh itu, kita seharusnya bersyukur kepada Allah SWT kerana
memberikan kemudahan untuk mengerjakan ibadah kepada-Nya walau di mana sahaj kita
berada.

BAB 16: PUASA MENJANA KEPERIBADIAN MULIM


1. Puasa merupakan ibadah wajib yang dituntut oleh semua umat Islam.Ibadah ini dikerjakan pada
bulan Ramadhan setiap tahun.Allah SWT telah menjanjikan ganjaran kepada orang yang
sempurna puasa Ramadhannya ndenga dilimpahkan dan diberikan rahmat ke atasnya seperti
mengerjakan ibadah seribu bulan.
Sebagai seorang murid, bagaimanakah aanda menambahkan pahala ibadah puasa?

Cara saya menambahkan pahala ibadah puasa ilaah memperbanyakkan sedekah dan membaca
al-Quran serta beriktikaf di amsjid.Amalan-amaln ini perlu dilakukan dengan ikhlas daan
semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Ini akan dapat melahirkan ketengangan
jiwa kepada seseorang dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.Kesimpulannya ,kita hendaklah
sentiasa mencari kesempatan untuk mengerjakan ibadah-ibadah lain semasa di bulan
Ramadhan agar puasa kita diterimaoleh Allah SWT.

BAB 17: MENGHAYATI BULAN RAMADHAN


1. Sabda Rasulullah SAW:
Tuhan kamu berfirman: Tiap-tiap satu kebajikan diberi pahala sepuluh sehingga tujuh ratus kali
ganda.Dan puasa itu untukku dan aku yang memeberi pahalanya.Puasa ialah perisai darpada
api neraka.Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT daripada haruman
kasturi.
Berdasarkan hadis di atas,apakah kelebihan-kelebihan lain yang diperoleh oleh umat Islam yang
mengerjakan ibadah di Bulan Ramadhan?

kelebihan-ke lebihan lain yang diperoleh oleh umat Islam yang mengerjakan ibadah di Bulan
Ramadhan doa dimakbulkan oleh Allah SWT bagi orang yang berdoa dengan bersungguh –
sungguh dan secara ikhlas.Ini kerana doa adalah senjat bagi orang mukmin.Allah SWT sentiasa
mendengarluahan dan rintihan daripada hamba-Nya yang berdoa terutamanya di Bulan
Ramdhan.Oleh itu, kita hendaklah mengambilkesempatan 8untuk sentiasa mengerjakan ibadah
agar mendapat keredhaan Allah SWT dalam bulan Ramadhan.

BAB 18: ZAKAT FITRAH

1. Zakat ftrah merupakan perkara yang wajib ditunaikan oleh se,uruh umat Islam.Zakat Fitrah
boleh dilakukan bermula pada Bylan Ramdhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Hari
Raya Aidilfitri pada setiap tahun.
Huraikan kesan sekiranya kita sentiasa mengeluarkan zakat fitrah.
kesan sekiranya kita sentiasa mengeluarkan zakat fitrah adalah dapat memupuk tabiat suka
menderma dan tidak mementingkan diri sendiri.Nikmat yang diberikan oleh Allah SWT perlu
dikongsi dengan orang yang kurang bernasib baik..Misalnya,
gakir miskin yang tidak berkemampuan untuk membeli barangan keperluan hari raya dan
merekajuga akan dapat merasai sambutan hari raya seperti orang lain.Kesimpulannya,sebagai
seorang islam, Kita ,hendaklah menjadi seorang yang pemurah dengan rezeki yang ada dengan
melaksnakan rukun islam yang keempat ini.

BAB 19: SAYIDINA UMAR BIN AL-KAHATTAB R.A PENTADBIR YANG ULUNG

1. Semasa jahiiyah, Sayidina Umar al-Khattab telah diberi kepercayaan oleh Kaum Quraisy untuk
menentang dakwah Rasulullah SAW .Namun setelah bealiau memeluk Islam,beliau telah
mencabar sesiapa yang berani menghalangnya berhijrah berhijrah ke Madinah secara
terbuka.Bagaimanakah anda mencontohi ciri-ciri yang dimiliki oleh Sayidina Umar al-Khattab
yang sentiasa berjuang mempertahankan agama Islam dan umatnya daripada kemunduran dan
kemiskinan.

Saya mencontohi ciri-ciri yang dimiliki oleh Sayidina Umar al-Khattab dengan berani dalam
mempertahankan agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab.Misalnya ,melaporkan kepada pihak berkuasa tentang orang Islam yang
minum arak di tempat awam.Justeru itu, kita mestilahmenjadikan Syidina Umar al-Khattab
sebagai role model agar agama Islam dapat berkembang luas juga kepada orang bukan islam.

BAB 20: SAYIDINA UTHMAN BIN AFFAN R.A KOPORAT YANG DERMAWAN

1. Sayidina Uthman termasuk dalam golongan yang mula-mula memeluk Islam.Be.iau memluk
Islam melalui dakwah yang telah disampaikan oleh Syaidina Abu Bakar As-Siddiq.Baliau mudah
menrima Islam kerana beliau mempunyai akhlak yang mulia.

Merujuk pernyataan di atas, apakah akhlak yang dimiliki oleh Syidina Uthman.

Akhlak yang dimiliki oleh Sayidina Uthman ialah seoranbyanng taat kepada Allah SWT dan rasul
dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Mislanya
beliau sanggup meninggalkan kemewahan dan sanak saudaranaya demi Allah SWT dan
Rasul.Oleh itu, kita perlulah mencontohi sikap Sayidina Uthman yang sentiasa meletakkan Allah
SWT dan Rasul di tingkat yang teratas dalam kehidupannya untuk me jadi muslim yang mulia di
sisi Allah SWT.

BAB 21: SAYIDINA ALI BIN ABU TALIB R.A PEMUDA YANG BERANI

1. Jadilah sebagai poko.Walau dilempar dengan batu ,ia tetap memablas denagn buah.

2. Pernyataan di atas merupakan falsafah Sayidina Ali yang perlu dicontohi oleh umat
islam.Falsafah tersebut juga menggambarkan perwatakan Sayidina Ali YANG mulia.

Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Syidina Ali sewaktu kecil sehinggalahbelau dilantik menjadi
khalifah.
Kelebihan yang dimiliki oleh Sayidina Ali sewakti kecl sehinggalah beliau menjadi khalifah ialh
seorang pemuda yang berani dalam menegakkan agama Islam di medan perang.Beliau
menggunakan pedangnya yang bernama zulfaqar dan menyertai hampir semua peperangan
menentang musyrikin kecuali perant tabuk.Oleh itu, kita hendaklha mencontohi keberanian
yang ada pada Sayidina Ali yang sentiasa mempertahankan Islam tidak kira di mana jua kita
berada.

BAB 22: SAYIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTAOIB R.A PAHLAWAN YANG TERBILANG

1. Syidina Hmazah merupakan bapa saudara, sepupu, saudara susuan dan teman seeprmainan
Rasululah SAW .Sikap Sayidina Hamzah ini didorong oleh perasaan kasih saying dan cinta akan
Rasulullah SAW dan kebenaran yang dibawa oleg baginda.

Bagaimanakah anda mencontohi keepribadian yangterdapat pada Sayidina Hamzah dalam


kehidupan seharian.

Saya mencontohi keperibadian yang terdapat pada Sayidina Hamzah dalam kehidupan seharian
dengan tidak terlibat dengan adat jahiliah seperti berjudi, berfoya-foya dan sebagainya.Amalan
tersebut boleh menyebabkan seseorang muslim terhalang daripada menerima hidayah daripada
Allah SWT malah mendapat dosa kerana melanggar perintah-Nya.Oleh sebab itu, kita hendaklah
menjauhkan diri daripada perbuatan yang terkkutuk di sisi Islam seperti mana Syidina Hamzah.

BAB 23: SAYIDINA ABU HURAIRAH R.A PERAWI HADIS

1. Pada mulanya ,Abu HUrairajh r.a adalah seorang fakir dan miskin.Namun beliau telah dipinang
oleh salah seorang majikannya yang kaya raya untuk puterinya Bistah binti Gazwan.Ini
memperlihatkan betapa Islam telah mengubah pandangan seseorang dari membezakan kelas
kepad menyanjung keimanan.Beliau dipandang mulia kerana kealimannya dan
kesalihannya.Tingkah laku Islam telah memuliakan Abu Hurairah r.a lebih dari kemuliaan pada
zaman jahiliyah yang hanya memandang taraf dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan.

Merujuk pernyataan di atas, bagaimanakah cara Abu Hurairah mempamerkan tingkah lakunya
yang mulia.

Salah satu cara Abu Hurairah mempamerkan tingkah lakunay yang mulia ialah menghormati dan
berbuat baik terhadap ibunya walaupun ketika ibunya belum memeluk Islam maalh menghina
nabi.Buktinya,Abu Huairah selalu berdoa an meminta Rasulullah SAW berdoa supaya Allah SWT
memberi hidayah kepada ibunya.Berkat doa Rasulullah SAW ,ibu AbuHurairah memeluk
Islam..Kesimpulannya, sebagai seorang anak,kita wajiblah menyayangi ibubapa sebagaimana
mereka menyayangi kita sejak dari kecil dan mendoakan kesejahteraan mereka di dunia di
akhirat.

BAB 24: SAYIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF AHLI PERNIAGAAN BERWAWASAN

1. Abdul Rahman bin Auf ialah ahli perniagaan yang Berjaya serta memiliki kekayaan yang
banyak.Beliaau tidak terlalu bergantung kepada orang lain untuk Berjaya sebaliknya beliau
berdikari bagii meneruskan kehidupannya.

Huraikan Sikap Abdul Rahman bin Auf yang boleh kita contohi dalam kehidupan seharian.

Salah satu contoh sikap Abdul Rahman bin Auf yang boleh kita contohi ialah beliau bersifat
zuhud dengan tidak memntingkan kemewahan diri sendiri.Misalnya,beliau menyumbangkan
sebanyak 200 tahil emas,500 ekor kuda perang dan 1500 ekor unta untuk Perang Tabuk bagi
menentang golongan Musyrikin.Oleh sebab itu, kita seharusnya mengamalkan sikap mahmudah
dalam diri gar menjadi seorang muslim yang brtakwa di sisi Allah SWT.
BAB 25: KEPIMPINAN KERASULULLAH SAW DI MADINAH

1. Usaha pertama yang gelah dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam membina masyarakat Islam di
Madinah ialah mendirikan masjid.Masjid amat penting dalam membina kecemerlangan umat
islam.Bagaimanakh cara yang boleh anda lakukan untuk mengimarahkan masjid

Salah satu cara untuk mengimarahkan masjid adalah dengan menjadikan masjid sebagai pusat
ibadat.Misalnya melaksanakan solat lima waktu secara berjemaah,membacaal-Quran berzikir
dan sebagainya.Dengan cara ini,dapat menyatukan umat islam.Kesimpulannya, seseorang
muslim perlulah menarik ramai lagi oraang lin untuk bersama-sama mengimarahkan masjid
sebagai platform penyatuan ummah.

BAB 26: NIKMAT DAN MUSIBAH UJIAN KEHIDUPAN

1. Nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada manusia, merupakan pemeberian yang tidak
terhitung banyaknya.Setipa detik dan saat sejak kita dilahirkan sehinggalah dewasa ini, kita
tidak putus-putus diberikan oleh Allah SWT dengan pelbagai nikmat.

Pada pendapat anda, bagaimanakah kita mensyukuri rezeki yang dilimpahkan kepada kita.

Salah satu daripada tiga cara kita mensyukuri rezeki yang dilimpaahkan kepada kita adalah
melalui syukur amali iaitu menggunakan nikmat dengan cara yang terbaik dan bermanfaat.Cra
ini boleh diaplikasikan melalui perilaku kita dalam seharian.Misalnya kita mestilah menjaga
sungai daripada dicemari dengan sampah sarap.Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa berdoa
kepada Allah SWT agar sentiasa menjadi seorang muslim yang bersykur dengan nikmat yang
dikurniakan-Nya.

BAB 27: MENGHAYATI ADAB BERJIRAN

1. Islam sebagai agama syumul amat memandang berat mengenai jiran tetangga.Islam juga
meletakkan nilai yang tinggii kepada orang yang berbuat baik terhadap jiran mereka sehingga
boleh dilabelkan sebagai muslim yang sejati

Bagaimanakah cara yang dituntut oleh agama Islam dalam kehidupan berjiran ?

Cara yang dituntut oleh agam Islam dalam kehidupan berjiran ialah tidak membuat sesuatu
yang menyakiti hari jiran sehingga boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan dan
pertengkaran .Ini menunjukkan tanda lemahnya iman dalam diri mereka dan penyelewengan
daripada Islam.Sesungguhnya,ajaran Islam sentiasa mengajar umatnya supaya beradab dan
berakhlak mulia dengan jiran tetangga.

BAB 28: MENJAGA MARUAH DIRI

1. Umat islam telah diperintahkan Allah SWT supaya menjaga maruah diri.Umat islam yang
bermaruah mempunayi jati diri dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam dan tidak
mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara kita menjaga maruah diri ketika berbual dengan
orang sekeliling?
Cara kita menjga maruah diri ketika berbual dengan orang sekeliling ialah bercakap benar
tentang perkara yang diketahui.sikap yang suka berbohong tidak disukai Allah SWT dan
kata-kata daripada seorang pembohong tidakakan dipercayai oleh masyarakat. Masyarakat
akan menjauhkan diri daripadnya dan sukar mendapat pertolongan ketika dalam
kesusahan. Oleh sebab itu, kita wajib memlihara maruah diri agar tidak tercemar untuk
mendapat keberkatan daipada Allah SWT di dunia dan di akhirat.

BAB 29: MENJANA KEHARMONIAN HIDUP

1. Islam merupakan agama kesejateraan yang mengajar umatnya sentiasa berakhlak mulia sama
ada kepada sesame Islam dan bukan Islam.Salah satufitarh manusia ialh hidup
bermasyarakat.Sebab itulah, Islam sering mengariskan adab supaya kita hidup bermasyarakat
dalam keadaan berharmoni.

Huraikan hujah anda mengapa kita digalakkan untuk berbuat baik terhadap orang bukan Islam.

kita digalakkan untuk berbuat baik terhadap orang bukan Islam kerana dapat menarik minat
mereka untuk mmepelajari Islam yang merupakan agama yang mentauhidkan Allah SWT
denhan penuh yakin serta melaksanakan peruntahnya dan meninggalkan larangan-
Nya.seterusnya dapat membuka pintu hati mereka untuk memeluk agama islam.Justeru itu,
agama Islam sentiasa menyarankan umatnya agar menjaga hubungan manusia dengan manusia
walaupun berlainan agama.

BAB: MEMELIHARA KESUCIAN MASJID DAN SURAU

1. Kawasan tempat tinggal anda berdekatan dengan masjid.Anda sering ke masjid bersama –sama
dengan keluarga untuk mengerjakan solat secara berjemaah dengan penduduk di kawasan
tempat tinggal anda. Sebagai seorang islam,anda sentiasa menjaga adab-adab untuk menjamin
kehormatan masjid dan surau.

Apakah perkara yang anda lakukan selepas melangkah ke dalam masjid?

Perkara yang saya lakukan selepas melangkah masuk ke dalam amsjid ialah tidak melakukan
perkara yang tidak berfaedah yang boleh mengganggu orang lain untuk mengerjakan ibadah
kepada Allah SWT.Contohnya berbual dan bergelak ketawa dengan suara yang kuat tanpa
memepdulikan orang sekeliling yang beribadah.Perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Allah
SWT.Oleh sebab itu, kita dituntut menjaga adab-adab ketika berada di masjid atau surau agar
dihormati oleh masyarakat sekeliling.

BAB 31: MEMLIHARA KESUCIAN MASHAF

1. Sejak dari kecil lagi Aina menjadikan al-Quran sebagai amanlan hariannya.Aina sering
membaca al-Quran selepas solat Fardhu Maghrib.Perbuatannya itu telah menjadi ikutan
kepada adik-adiknya yang lain.Dia juga sentiasa mengingatkan adik-adiknya yang lain agar
menjaga adab yang betul terhadap mashaf al-Quran.

Bagaimanakah Aina dana di-adiknya menjaga tatatertib terhadap mashaf al-Quran.

Aina dan adik-adiknya menjaga tattertib terhadap mashaf al-Quran dengan mmeuliakan
mashaf al-quran denhan meletakkannya di tempat yang tinggi agar tidak terlangkah atau
terpijak oleh orang yang melalui tempat tersebut.Ini kerana mashaf al-quran merupakan
kalamAllah SWT dan tidak sama dengan buku-buku lain.Oleh itu, kita hendaklah beradab
dan menghormati mashaf al-quran agar dapat membentuk diri menjadi seorang muslim
yang berdisiplin.

BAB 32: DOA PENYERI KEHIDUPAN

1. Doa merupakan penghubung antara manusia dengan Allah SWT.Hal ini dapat dilihat
menerusi peristiwa keislaman Sayidina Umar al-Khattab .Hati Syidina Umar menjadi lembut
dan memluk Islam hasil keberkatan doa Rasulullah SAW.

Berdasarkan penyataan di atas,apakah panduan yang perlu dipatuhi semasa berdoa

panduan yang perlu dipatuhi semasa berdoa ialah berdoa dengan penuh yakin terhadap
Allah SWT dan bersungguh-sungguh memohon sesuatu kepada-Nya.Allah SWT tidak
menyukai orang yang lalai serta tidak khusyuk semasa berdoa.Justeru itu, kita hendaklah
menjaga adab-adab ketika berdoa supaya doa kita diperkenankan oleh Allah SWT dan
diterima sebagai amalan soleh

BAB 33: WAWASAN BERIBADAH

1. Kunci kemuliaan manusia adalah beribadah kepada Allah SWT .Ibadah terbahagikepada dua
bahagian iaitu ibadah wajib dan ibadat sunat.Kedua-dua jenis ibadat ini telah ditentukan
oleh syariat Islam sebagai amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2. Bgaimanakah orang islam mematuhi panduan yang betul semasa beribadat kepada Allah
SWT.

orang islam mematuhi panduan yang betul semasa beribadat kepada Allah SWT dengan niat
yang ikhlas kerana Allah SWT iaitu melakukan sesuatu ibadat untuk mendapatkan keredaan
Allah SWT tanpa dicampurfi dengannhal duniawi.Sifat-sifat seperti sombong,takbur dan
menunjuk-nunjuk iabadah yang dilakukan untuk mendapatkan pujian atau sanjungan dari
orang lain perlu dielakkan.Sesungguhnya ,orang yang benar-benar beriman akan menjaga
adab agar ibadahnya tidak menjadi sia-sia dan diterima oleh Allah SWT/

You might also like