You are on page 1of 2

Tugasan 1

1. Ringkasan sejarah Pengakap Dunia telah bermula sejak tahun 1907 di Pulau
Pengakap Dunia Brownsea, England dan diasaskan oleh seorang bekas
Mejar tentera British iaitu Robert Stephenson Smith Baden
Powell. Pada masa itu, seramai 21 orang budak-budak
turut serta dalam aktiviti perkemahan itu. Baden-Powell
menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya
dalam peperangan Mafeking dan buku Aids To Scouting.
Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol utama.
Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak,
memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa
dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan aktiviti
unggun api. Perkemahan di Pulau Browsea ini berjaya
menarik minat budak-budak yang menyertainya.
Selain itu, beliau juga telah mencetuskan pelbagai idea
dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan
buku Scouting for Boys yang ditulis beliau sendiri.
Pergerakan Pengakap telah menyebar luas melalui
peneroka dan pedagang British. Pada tahun 1920, Jambori
Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia,
London, dan beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap
Dunia lalu telah dianugerahkan gelaran Lord Baden of
Gillweell oleh kerajaan British.
2. Ringkasan Sejarah Pergerakan Pengakap telah diwujudkan di Malaysia pada
Kelana di Malaysia tahun 1910.
Pada tahun 1917, Pengakap Dewasa dilancarkan di United
Kingdom.
Pada tahun 1918, Pengakap Dewasa telah ditukarkan
nama kepada Pengakap Kelana.
Rovering to Sucess diterbitkan pada tahun 1922 manakala
perkemahan Pengakap Kelana Sedunia (World Rober
Scout Moot) yang pertama telah diadakan di Kandersteg,
Switzerland dan disertai oleh 3000 orang ahli Pengakap
Kelana.
3. Persediaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya
Saya berjanji dan bersedia
Yang saya
Dengan seberapa daya upaya saya
Akan taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang Pengakap.
4. Undang-undang Seorang Pengakap itu adalah:
Pengakap 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa
dipercayai, bermaruah dan mempunyai
kehormatan diri.
2. Pengakap adalah seorag yang taat kepada DYMM
Yang di-Pertuan Agong serta raja-raja dan kepada
pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya,
majikannya dan orang-orang di bawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya
berguna dan menolong orang pada setiap masa.
Tugasan 1

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang


dan saudara kepada pengakap lain walau apa
negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna
budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala
binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah
dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau
pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apa-apa
soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan
manis air mukanya walau dalam masa kesusahan.
9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan
bercermat.
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya,
perkataannya dan perbuatannya.
5. Refleksi diri Sebagai seorang pengakap, terdapat beberapa kata kunci
yang perlu kita hayati dan lakukan berdasarkan undang-
undang pengakap. Antaranya ialah, dipercayai, taat,
berguna, bersaudara, berbudi, kasihkan binatang, menurut
perintah, tabah hati, berjimat, serta suci fikiran, perkataan
dan perbuatan.
Melalui persetiaan pengakap, seseorang pengakap
tersebut hendaklah taat kepada Tuhan, Raja dan Negara,
menolong orang setiap masa serta turuti Undang-undang
Pengakap.

You might also like