You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTANAH BAHIYAH

JALAN SULTANAH, ALOR SETAR.

KERTAS KERJA PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


PERINGKAT SEKOLAH

ANJURAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Generasi hari ini adalah pemimpin pada masa hadapan. Bagi meningkatkan semangat patriotisme dan cinta
akan negara bangsa, pelajar perlu diberi pendedahan sejak di bangku sekolah lagi. Program pendidikan
kewarganegaraan (citizenship education) di luar bilik darjah perlu dilaksanakan agar masyarakat pelapis
Negara mempunyai semangat patriotisme dan kecintaan terhadap Negara yang kuat supaya kedaulatan Negara
dapat terus dikekalkan.

2.0 RASIONAL
Kekangan waktu, pembelajaran secara maya atau PdPR berorietasikan peperiksaan menyebabkan tahap
pengetahuan murid-murid agak terhad. Skop pengetahuan murid-murid hanyalah berkisar pembelajaran dalam
kelas dan pembacaan buku teks. Pengetahuan murid-murid berkaitan negara perlu ditambah untuk
meningkatkan semangat patriotisme. Sehubungan itu, bersempena sambutan bulan kemerdekaan, pihak PSS
telah bekerjasama dengan Panitia Sejarah dengan mengadakan pameran bertema berkaitan kemerdekaan
Malaysia. Susulan pameran bertema tersebut, pelbagai aktiviti juga dirancang agar menyemarakkan program
kemerdekaan biarpun berada di rumah. Diharap aktiviti ini dapat meningkatkan minat murid-murid menghayati
sejarah kemerdekaan negara.

3.0 MATLAMAT
Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menyemai minat membaca bahan berunsur sejarah.
4.2 Menyemarakkan semangat identiti nasional, patriotisme dan rasa kesyukuran menjadi rakyat Malaysia
dalam kalangan pelajar.

4.3 Memberi pendidikan kewarganegaraan agar menjadi rakyat yang mempunyai nilai kerohanian dan
peradaban yang tinggi, bekerjasama, rasa cinta terhadap negara serta dapat memberi sumbangan
kepada kesejahteraan keluarga, bangsa dan negara.
4.4 Memberi kesedaran berkaitan kepentingan mengekalkan kemerdekaan negara.
5.0 AJK PELAKSANA
Pengerusi : Pn. Noor Ashikin bt Yusoff
Pengetua SMK Sultanah Bahiyah

Naib Pengerusi 1 : Pn. Yunizah bt Muda


Penolong Kanan Pentadbiran SMK. Sultanah Bahiyah

Naib Pengerusi 2: Pn. Faizah bt Abu Bakar


Penolong Kanan HEM SMK. Sultanah Bahiyah

Pn. Noraini bt Othman.


Penolong Kanan Kokurikulum SMK. Sultanah Bahiyah

Penyelaras : Pn. Wan Farahuna bt Wan Othman


Guru Kanan Bahasa SMK. Sultanah Bahiyah

Pen. Penyelaras Pn. Suhaida bt Samsuddin


Penyelaras Pusat Sumber Sekolah

Setiausaha : Dr. Zuridah Hanim bt Md. Akhir


GPM Cemerlang SMK. Sultanah Bahiyah

AJK Kerja : Pn. Junaini bt Othman


Pn. Shariffa Nurul Syamimi bt Mohamed Nazir
Cik Noraziah bt Md. Isa
En. Saiful Adli b. Soid

6.0 STRATEGI PELAKSANA


Masa : Pada waktu senggang murid mulai 11 Ogos hingga 30 Ogos 2021
Tarikh : mulai 11 Ogos hingga 30 Ogos 2021

Tempat : Kediaman masing-masing


Aktiviti :
BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN

1 Pameran bertema Malaysia Prihatin dan Info Hunt 11 Ogos hingga 30 Dr. Zuridah
Ogos 2021 Pengawas PSS
2 Mencari Bintang NILAM Merdeka 11 Ogos hingga 30 Dr. Zuridah
(Pertandingan Maraton NILAM) Ogos 2021 Pn. Suhaida
Pengawas PSS
3 Perpustakaan Keluarga Merdeka 22 – 30 Ogos 2021 Pn. Shariffa
Pn. Junaini
4 Foto Keluarga Merdeka 22 – 30 Ogos 2021 Cik Nur Aziah
Pengawas PSS
5 3 Minit Info Merdeka (video) 11 Ogos hingga 30 Dr. Zuridah
Ogos 2021 Ustaz Saiful Adli
Pengawas PSS

7.0 SASARAN
Semua murid-murid SMK Sultanah Bahiyah

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN


BIL AKTIVITI PERINCIAN HADIAH JUMLAH
Pertama - RM 30 x 5 orang = RM150
1 Pameran bertema Malaysia Kedua – RM 20 x 5 orang = RM 100
Prihatin dan Info Hunt Ketiga – RM 10 x 5 orang = RM 50 RM 350.00
Sagu hati- RM5 x 10 orang = RM50
2 Mencari Bintang NILAM Pertama - RM 40 x 5 orang = RM200
Merdeka Kedua – RM 30 x 5 orang = RM150 RM550.00
(Pertandingan NILAM) Ketiga – RM 20 x 5 orang = RM100
Sagu hati- RM10 x 10 orang = RM100
3 Perpustakaan Keluarga Merdeka KATEGORI GURU
Pertama - RM 100.00
Kedua – RM 80.00
Ketiga – RM 50.00 RM 460.00

KATEGORI MURID
Pertama - RM 100.00
Kedua – RM 80.00
Ketiga – RM 50.00
4 Foto Keluarga Merdeka KATEGORI GURU
Pertama - RM 50.00
Kedua – RM 40.00 RM240.00
Ketiga – RM 30.00

KATEGORI MURID
Pertama - RM 50.00
Kedua – RM 40.00
Ketiga – RM 30.00
5 3 Minit Info Merdeka (video) Pertama - RM 50x2 orang = RM100.000
- Kategori menengah atas Kedua – RM 40 x 2 orang = RM 80.00 RM 280.00
- Kategori menengah bawah Ketiga – RM 30 x 2 orang = RM 60.00
Sagu hati- RM20 x 2 orang = RM40.00
6 SIJIL RM100.00
RM 1,980.00

9.0 PENUTUP

Diharapkan pameran ini dapat mencapai matlamat pelaksanaannya dan dijadikan program tahunan.

Disediakan oleh Disemak oleh


(ZURIDAH HANIM BT MD. AKHIR) (WAN FARAHUNA BT WAN OTHMAN)
GPM Cemerlang Guru Kanan Bahasa
SMK Sultanah Bahiyah SMK Sultanah Bahiyah

Disahkan oleh

(NOOR ASHIKIN BT YUSOFF)


Pengetua
SMK Sultanah Bahiyah

You might also like