You are on page 1of 12

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAHAU

JALAN ROMPIN,

72100 BAHAU, N.SEMBILAN

LAPORAN AKTIVITI HARI SUKAN


NEGARA

TARIKH :

13 OKTOBER 2023

TEMPAT :

SMK BAHAU

MASA :

8.10 PAGI – 11.00 PAGI


1.0 PENGENALAN

Sambutan Hari Sukan Negara diisytiharkan disambut pada setiap Sabtu


minggu kedua Oktober setiap tahun oleh Perdana Menteri pada 24 Mac lalu.
Sambutan ini adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif
dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai
sebuah 'Negara Bersukan'. Hari Sukan Negara diisi dengan lebih 17,000 aktiviti
sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian
dalam meraikan sambutan ini yang diraikan secara serentak di seluruh negara.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini ialah untuk memperkasa warga SMK Bahau dengan aktiviti
dan kepakaran bersesuaian ke arah menjadikan kecergasan sebagai gaya hidup
pilihan . Antara objektif-objektifnya ialah:

a) Melahirkan generasi murid-murid sekolah yang sihat dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek
b) Mengadakan program kecergasan yang sihat untuk warga sekolah.
c) Menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengadakan
program Hari Sukan Negara.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar, guru dan ahli kumpulan pelaksana SMK Bahau.


4.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI GURU BERTUGAS DAN KELAB


TERLIBAT
7.30 – 8.10 AM PERHIMPUNAN RASMI SEMUA PELAJAR DAN GURU
SMK BAHAU

SENAMROBIK – GURU DIKETUAI OLEH :


PEREMPUAN DAN PELAJAR
PEREMPUAN DI DEWAN SRI PEREMPUAN : CIK NUR
8.10-8.40 AM UTAMA. MAGIHAH

SENAMROBIK – GURU LELAKI LELAKI :EN.MUHAMAD NOR


DAN PELAJAR LELAKI DI IKRAM
DATARAN PERHIMPUNAN SMK
BAHAU.

“JALAN SIHAT CERIA” DIKETUAI OLEH :

8.40 – 9.00 AM SEMUA GURU DAN PELAJAR EN. MOHAMAD ZAFRI DAN EN.
BERJALAN KAKI MENGIKUT IMRAN
LALUAN YANG DI TETAPKAN

DIURUS OLEH:
BOLA SEPAK – PADANG KELAB BOLA SEPAK

BOLA TAMPAR – GELANGGANG KELAB BOLA TAMPAR


BOLA TAMPAR KELAB HOKI
9.00-10.30 AM
BOLA JARING – PADANG KELAB BOLA JARING

BADMINTON – DEWAN SRI KELAB BADMINTON


UTAMA DAN SEKITARNYA KELAB BALAPAN DAN PADANG

BOLA KERANJANG – KELAB BOLA KERANJANG


GELANGGANG BOLA KELAB MERENTAS DESA
KERANJANG

PETANQUE – GELANGGANG KELAB PETANQUE


PETANQUE
SEPAK TAKRAW – KELAB SEPAK TAKRAW
GELANGGANG SEPAK TAKRAW
PING PONG – DEWAN KELAB PING PONG
SERBAGUNA
BOLA BALING - PADANG KELAB BOLA BALING
CATUR – DEWAN SERBAGUNA KELAB CATUR
10.30-11.00 AM REHAT
SERENTAK MENENGAH ATAS DAN MENENGAH BAWAH
11.00-12.10 PM PDPC
5.0 LAPORAN

Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau


diadakan secara dalaman sahaja iaitu melibatkan seluruh warga SMK Bahau. Aktiviti
pertama yang dijalankan ialah senamrobik yang diketuai oleh Encik Mohamad Nor
Ikram untuk pelajar, guru dan staf lelaki, manakala pelajar, guru dan staf perempuan
diketuai oleh Cik Nur Magihah. Aktiviti senamrobik ini berlaku secara berasingan
iaitu pelajar lelaki di dataran perhimpunan manakala pelajar perempuan di dewan
besar. Selepas selasai aktiviti senamrobik, semua pelajar dan guru terus bergerak
keluar untuk aktiviti seterusnya iaitu “Jalan Sihat Ceria” 1000 langkah. Pelajar diiringi
oleh guru- guru dan staf SMK Bahau bergerak keluar berjalan kaki mengelilingi
kawasan sekolah dan masuk semula pada jam 9.30 pagi. Seterusnya, pelajar
dibahagikan kepada beberapa sukan iaitu bola sepak, sepak takraw, bola jaring,
bola tampar, bola keranjang, badminton dan lain – lain lagi. Semua permainan
pelajar dilakukan secara perlawanan persahabatan. Guru dan staf lelaki
mengadakan perlawanan persahabatan sepak takraw dengan pelajar, manakala
guru dan staf perempuan mengadakan perlawanan bola jaring dengan pelajar. Tepat
jam 10.30 pagi pelajar dibenarkan rehat dan masuk ke kelas masing-masing jam
11.00 pagi. Semua aktiviti berjalan lancar.

6.0 PENUTUP

Konklusinya, Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan


Bahau telah berjaya mencapai matlamat dan objektifnya . Setinggi - tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam
menjayakan program ini.
LAMPIRAN BERGAMBAR

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2023

SMK BAHAU

SENAMROBIK GURU, STAF DAN PELAJAR PEREMPUAN


SENAMROBIK GURU, STAF DAN PELAJAR LELAKI
JALAN SIHAT CERIA 1000 LANGKAH
PERLAWANAN PERSAHABATAN GURU STAF LELAKI DENGAN
PELAJAR
PERLAWANAN PERSAHABATAN GURU STAF DENGAN PELAJAR
PEREMPUAN
SEKITAR HARI SUKAN NEGARA SMK BAHAU 2023
Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh :

...…………………………………………………. ...…………………………………………
(MUHD HAZAM BIN ABDUL HALIM) (RASIDI BIN MOHAMED ZAIN)
Penolong S/U Sukan GPK Kokurikulum
SMK Bahau SMK Bahau

You might also like