You are on page 1of 2

Ruj.

Kami: UUM/HEP/PBS/J-1
Tarikh: 27 Mac 2024
Yang Berbahagia
Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan
Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia

Melalui dan Salinan

Yang Berusaha
Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia

Assalamualaikum Prof,

PERMOHONAN KELULUSAN LAGU EKSPLORASI UUM SEBAGAI LAGU RASMI TAHUN


MELAWAT UUM.

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

Terlebih dahulu saya mendoakan semoga puan berada dalam kesihatan yang baik dan sentiasa diberikan taufik
dan hidayah oleh Allah SWT di dalam melaksanakan tugas kepada agama, bangsa dan negara.

2. Adalah dimaklumkan 16 Februari 2024 merupakan detik penting kepada semua warga UUM Kerana ia
merupakan Hari Pengasasan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang Ke-40. Tidak seperti tahun-tahun
sebelumnya, Tahun 2024 merupakan simbolik kepada Tahun Melawat UUM dan pelbagai acara telah
dijadualkan dengan penyertaan warga kerja UUM, pelajar, Alumni dan masyarakat setempat.

3. Justeru, Pusat Budaya dan Seni (PBS) telah mengambil inisiatif mencipta lagu Eksplorasi UUM dan
telah berjaya dipersembahkan pada Sambutan Hari Pengasasan yang lalu. Lagu Eksplorasi UUM ini adalah hasil
ciptaan Pengarah Pusat Budaya dan Seni, Dr. Mohd Azhar Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Komposer
Azmeer dan lirik hasil ciptaan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Encik Muhammad Iskandar Zulkarnain
Muhammad Suhaimi.

3. Sehubungan itu, besarlah harapan saya ingin memohon supaya Lagu Eksplorasi UUM diangkat sebagai
lagu rasmi Tahun Melawat UUM sempena Sambutan UUM Ke-40.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“ILMU, BUDI, BAKTI”

Saya yang menjalankan amanah

DR. MOHD AZHAR ABU BAKAR @AZMEER


Pengarah
Pusat Budaya dan Seni
Tel: 04-9284200 Fak: 04-9284222 Emel: mohdazhar@uum.edu.my

S.K - Pengarah HEP


- Dekan Hal Ehwal Pelajar

You might also like