You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM ORIENTASI

TINGKATAN 1, TAHUN 2023

1. PENGENALAN

Murid-murid yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah akan merasakan perbezaan dari segi
pengalaman dan pembelajaran mereka di sekolah rendah. Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka
berada di persekitaran persekolahan yang baru dengan rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam
baru, suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah pertambahan matapelajaran baru yang lebih
banyak berbanding di sekolah rendah. Justeru itu, bagi memudahkan murid-murid melalui perubahan tersebut,
program orientasi telah dirangka untuk membantu murid lebih mengenali mata pelajaran yang akan dipelajari,
aktiviti kokurikulum, kemudahan – kemudahan yang terdapat di sekolah, mengetahui sumbangan yang boleh
dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang boleh diketahui dengan pendekatan pelbagai aktiviti pelajar yang
telah dirancang untuk mereka. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat
membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan sekolah yang baru dan berusaha untuk mencapai
kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.

2. OBJEKTIF

 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang alam persekolahan sekolah menengah.


 Memastikan murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan sistem pembelajaran dan
persekitaran sekolah menengah.
 Memupuk rasa cinta kepada sekolah.

3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid-murid baharu tingkatan 1 SMK Jalan Tiga


4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH / MASA AKTIVITI


- Bacaan Doa
21 Mac 2023 - Nyanyain lagu negaraku, negeri selangor dan
(Selasa) lagu sekolah
- Taklimat PK Petang
12.30 tghh hari – 2.30 petang
- Amanat Bonda Pengetua
- Kenali JATISS dan Ice Breaking
- Bersurai

- Bacaan Doa
22 Mac 2023 - Nyanyain lagu negaraku, negeri selangor dan
(Rabu) lagu sekolah
- Taklimat ringkas Kokurikulum
12.30 tghh hari – 2.30 petang - Taklimat ringkas SPBT
- Taklimat ringkas Displin/UPSM
- Bersurai

- Bacaan Doa
- Nyanyain lagu negaraku, negeri selangor dan
23 Mac 2023 lagu sekolah
(Khamis) - Outreach UPIK
- Mind Setting
12.30 tghh hari – 2.30 petang - Bersurai
5. AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Massita bt Mohamed Sin - Pengetua


Tim. Pengerusi : Pn. Zaleda bt Yunus- PK - HEM
Naib Pengerusi I : Pn. Rosmi binti Mohd Radzi - Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi II : YM Tunku Hamidah binti Tunku Ahmad - PK Ko-Kurikulum
Naib Pengerusi III : Datin Rohani binti Yahya – PK Petang

Setiausaha : Pn. Norrhafizah binti Mustafa


Naib Setiausaha : Pn. Nurhayati binti Ibrahim
Bendahari : Pn. Martini binti Mohamad
Naib Bendahari : Pn. Noraini binti Mohd Mustaffa

AJK : Penyelaras Tingkatan 1


: Ketua Unit UPSM
: Penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks
: Penyelaras Pusat Sumber Sekolah
: Penyelaras Ko Kurikulum

6. IMPLIKASI KEWANGAN

- Tiada

7. PENUTUP

Program ini diharap dapat memberi maklumat dan pengalaman kepada murid-murid baru
di SMK Jalan Tiga, khasnya semua murid tingkatan 1. Dalam setiap usaha murni ini sudah
pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tertentu dan memerlukan
sokongan dari pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan yang
kemas, membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………….. …………………………………..
(NORHAFIZAH BINTI MUSTAFA)

Tarikh : Tarikh :
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Orientasi Tingkatan 1

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Program Orientasi Tingkatan 1

Ulasan :

…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

……………………………

Tarikh :

You might also like