You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMERLOH JAYA

28000 Temerloh Tel : 09 2960862


Fax : 09 2960286
PAHANG DARUL MAKMUR
SURAT PANGGILAN MESYUARAT Email : cba7154@moe.edu.my

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKTJ.600-3/5/32 ( )
Tarikh : 26 Oktober 2022

Ibu bapa / Penjaga


Murid-murid SK Temerloh Jaya

Tuan/Puan,

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN TEMERLOH


JAYA KALI KE-20 TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan Sekolah Kali Ke-
20 akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Hari : Ahad
Tarikh : 30 Oktober 2022
Masa : 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Padang SK Temerloh Jaya

3. Sehubungan itu, semua ibu bapa / penjaga dijemput hadir untuk memeriahkan lagi
kejohanan tersebut sekaligus dapat memberikan semangat dan sokongan kepada anak
tuan/puan.

4. Oleh yang demikian, Cuti Peristiwa sempena Sukan Olahraga Tahunan Sekolah Kali
Ke-20 Tahun 2022 adalah pada 31 Oktober 2022 (Isnin). Sesi persekolahan bermula
seperti biasa pada 1 November 2022 (Selasa).

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………..
(MOHAMAD ZAINI BIN ISMAIL)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya

s.k : Fail Timbul

You might also like