0% found this document useful (0 votes)
24 views15 pages

Matematik 2

Dokumen ini mengandungi soalan-soalan matematik yang melibatkan pelbagai topik seperti geometri, graf, matriks, ketaksamaan linear, kebarangkalian, dan cukai pendapatan. Terdapat juga jadual yang menunjukkan kadar premium insurans dan maklumat berkaitan dengan perjalanan bas ekspress. Soalan-soalan ini merangkumi analisis data, pengiraan matematik, dan lukisan graf.

Uploaded by

Rashidi Sarbaini
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
24 views15 pages

Matematik 2

Dokumen ini mengandungi soalan-soalan matematik yang melibatkan pelbagai topik seperti geometri, graf, matriks, ketaksamaan linear, kebarangkalian, dan cukai pendapatan. Terdapat juga jadual yang menunjukkan kadar premium insurans dan maklumat berkaitan dengan perjalanan bas ekspress. Soalan-soalan ini merangkumi analisis data, pengiraan matematik, dan lukisan graf.

Uploaded by

Rashidi Sarbaini
Copyright
© © All Rights Reserved
We take content rights seriously. If you suspect this is your content, claim it here.
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd

SULIT 5 1449/2

Bahagian A
[40 markah]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Rajah 1 menunjukkan sebuah segi empat tepat, PQRS.

(3x – 1) cm
P Q

(2x + 3) cm

S R
Rajah 1
Ungkapkan luas, dalam cm2, bagi PQRS sebagai satu ungkapan kuadratik dalam
sebutan x.
[4 markah]
Jawapan :

2. Rajah 2 menunjukkan sebuah graf. E


D

B F
C
A
Rajah 2
a) Tentukan 𝑛(𝑉) dan Σ𝑑(𝑣). [2 markah]
b) Lukis dua pokok berdasarkan graf di atas. [2 markah]
Jawapan :
a) 𝑛(𝑉) =
Σ𝑑(𝑣) =
b)

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 6 1449/2

𝑥 5
3. a) Diberi bahawa ( )=( ). Hitung nilai x dan y.
𝑥−2 𝑦+1
[2 markah]
4 5 1 0 −1 2
b) Ungkapkan ( )( )+( ) sebagai matriks tunggal.
−3 −2 0 1 −4 1
[2 markah]
Jawapan :
a)

b)

4. a) Nyatakan nilai bagi digit 3, dalam asas sepuluh, dalam setiap nombor berikut.
i) 223115 =
ii) 81359 =
[2 markah]
b) Hitung nilai bagi 28289 + 64649 dan ungkapkan jawapan dalam asas sembilan.
[2 markah]
Jawapan :
a) i)

ii)

b)

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 7 1449/2

5. Jadual 1 menunjukkan kadar premium bagi setiap RM 1 000 nilai muka insurans hayat
yang ditawarkan oleh Syarikat Ozeyarqiu.

30 tahun – 34 tahun 35 tahun – 40 tahun


Pelan
Perokok Bukan perokok Perokok Bukan perokok
5 tahun RM 9.55 RM 7.49 RM 10.16 RM 8.95
10 tahun RM 11.68 RM 10.25 RM 12.47 RM 10.46
Jadual 1

Hitung premium tahunan yang perlu dibayar oleh setiap pemegang polisi yang berikut.
a) Cik Azie berumur 32 tahun dan bukan perokok. Dia bercadang membeli
perlindungan hayat sebanyak RM 450 000 untuk tempoh 5 tahun.
[2 markah]
b) Encik Rohaizan berumur 37 tahun dan seorang perokok. Dia bercadang membeli
perlindungan hayat sebanyak RM 120 000 dan juga tambahan bagi polisi penyakit
kritikal bagi tempoh 10 tahun. Syarikat insurans ini menawarkan polisi penyakit
kritikal kepada Encik Rohaizan sebanyak 45% daripada nilai muka asas dengan
kadar premium bagi setiap RM 1 000 ialah RM 3.62.
[3 markah]
Jawapan :
a)

b)

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 8 1449/2

6. a) Bentukkan satu implikasi dari ‘Antejadian’ dan ‘Akibat’ berikut.


Antejadian : m – n > 0
Akibat : m > n
[1 markah]
b) Nyatakan songsangan bagi implikasi berikut. Seterusnya tentukan nilai kebenaran
bagi songsangan tersebut.
“ Jika x > 3 , maka x adalah positif ”
[2 markah]
Jawapan :
a)

b)

7. Jadual 2 menunjukkan hubungan antara A, B dan C. Diberi A berubah secara langsung


dengan kuasa tiga B dan secara songsang dengan C.

A B C
4 2 0.6
3.6 6 x
Jadual 2
a) Ungkapkan A dalam sebutan B dan C.
[2 markah]
b) Hitung nilai x.
[2 markah]
Jawapan :
a)

b)

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 9 1449/2

8. Alya adalah seorang pramugari. Pendapatan bercukainya pada tahun 2021 ialah
RM62740. Sejumlah RM275 dipotong daripada gaji bulanannya untuk PCB setiap
bulan.
Jadual Kadar Cukai Pendapatan
Pendapatan yang dicukai
Pengiraan (RM) Kadar (%) Cukai (RM)
(RM)
0 – 5 000 5 000 pertama 0
5 000 pertama 0
5 001 – 20 000
15 000 berikutnya 1 150
20 000 pertama 150
20001 – 35 000
15 000 berikutnya 3 450
35 000 pertama 600
35 001 – 50 000
15 000 berikutnya 8 1 200
50 000 pertama 1 800
50 001 – 70 000
20 000 berikutnya 14
Jadual 3
Berpandukan Jadual Kadar Cukai Pendapatan pada Jadual 3 di atas,
a) Hitung cukai pendapatan yang dibayar oleh Alya.
[2 markah]
b) Adakah potongan bulanan untuk PCB itu mencukupi untuk membayar cukai
pendapatan? Justifikasikan jawapan anda.
[2 markah]
Jawapan :
a)

b)

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 10 1449/2

9. Dalam satu ujikaji, 11 kad berhuruf PUTIH BERSIH dimasukkan ke dalam sebuah
kotak. Dua kad dipilih secara rawak daripada kotak itu. Kebarangkalian memilih kad
vokal dan kad konsonan dikaji.
a) Wakilkan situasi di atas dengan gambar rajah pokok.
[2 markah]
b) Hitung kebarangkalian, kad pertama adalah kad vokal, dan kad kedua adalah kad
konsonan dipilih.
[2 markah]
Jawapan :
a)

b)

10. Jadual 4 menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan bagi En Farish.

Item RM
Gaji 3 200
Komisen 350
Perbelanjaan tetap 1 850
Perbelanjaan tidak tetap 700
Simpanan untuk dana kecemasan 400
Jadual 4
a) Hitung aliran tunai En Farish.
[2 markah]
b) Jika komisen bulanan En Farish dikurangkan ke RM100 dan jumlah
perbelanjaannya meningkat sebanyak 30%, apakah yang akan berlaku kepada
aliran tunai bulanannya?
[2 markah]
Jawapan :
a)

b)

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 11 1449/2

Bahagian B
[45 markah]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

11. Matriks
52 52 1 −1 2 1 0
a) Diberi P = ( ), Q = k( ) dan I = ( ).
60 50 −ℎ 4 0 1
Cari nilai k dan nilai h jika PQ = I.
[2 markah]
b) En Praven menjual 52 biji buah durian dan 52 biji buah cempedak dengan harga
RM 1716 pada hari Sabtu. Pada hari Ahad, En Praven menjual 60 biji buah
durian dan 50 biji buah cempedak dengan harga RM 1800.
Menggunakan kaedah matriks, hitung harga sebiji buah durian dan sebiji buah
cempedak.
[6 markah]
Jawapan :
a)

b)

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 12 1449/2

12. Dhia menyimpan x buah buku cerita dan y buah buku rujukan di sebuah rak buku. Beza
bilangan buku cerita dan buku rujukan ialah sekurang-kurangnya 5 buah. Bilangan
maksimum buku yang boleh disimpan di rak buku ialah 30 buah.
a) Tulis tiga ketaksamaan linear selain daripada x ≥ 0 bagi bilangan buku di rak
buku tersebut.
[3 markah]
b) Lukis dan lorek rantau yang memuaskan kesemua ketaksamaan linear tersebut
pada ruang jawapan.
[4 markah]
c) Buktikan bahawa titik (20, 5) memenuhi ketiga-tiga ketaksamaan linear pada (a).
[3 markah]
Jawapan :
a)

b) y

35-
30-
25-
20-
15-
10-
5-
x
5 10 15 20 25 30 35

c)

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 13 1449/2

13. Plot batang-dan-daun berikut menunjukkan markah kuiz Matematik bagi sekumpulan
pelajar 5 Gigih.

Batang Daun
2 5 7 7 8
3 0 0 4 7 8
4 4 7 8 8
5 0 0 0

Kekunci : 2|5 bermaksud 25 markah

a) Tentukan kuartil pertama, median dan kuartil ketiga.


[3 markah]
b) Bina satu plot kotak bagi data di atas pada kertas graf yang disediakan pada ruang
jawapan.
[6 markah]
Jawapan :
a)

b)

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 14 1449/2

14. Jadual 5 menunjukkan Jadual perjalanan sebuah bas ekspress dari Pulau Pinang ke
Kuala Lumpur sejauh 340 km.

Masa Aktiviti
10.00 a.m Bertolak dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur
12.30 p.m Berhenti di RnR Tapah, Perak
1.00 p.m Meneruskan perjalanan yang tinggal 170 km
3.00 p.m Tiba di Kuala Lumpur
Jadual 5
a) Pada ruang jawapan, sambung lakaran graf jarak-masa, dalam km lawan minit,
bagi perjalanan bas ekspress tersebut dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
[5 markah]
b) Hitung ;
i. Laju purata, dalam kmj-1, bagi seluruh perjalanan bas ekspress tersebut.
[3 markah]
ii. Tempoh masa, dalam jam, bas ekspress tersebut berhenti.
[2 markah]
iii. Jarak, dalam meter dari Pulau Pinang ke RnR Tapah.
[2 markah]
Jawapan :
a) Jarak (km)

l l l Masa (minit)

b) i.

ii.

iii.

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 15 1449/2

15. Diberi bahawa,


Set P = {huruf vokal}
Set Q = {q, a, d, r, i}
Set R = {r, u,s, l, i}
a) Pada ruang jawapan, lukis gambar rajah Venn untuk menunjukkan hubungan
antara set P, set Q dan set R.
[3 markah]
b) Pada gambar rajah Venn (a), lorekkan rantau yang mewakili (P’ ∩ Q) ∪ R
[2 markah]
c) Senaraikan unsur bagi P’ ∩ Q
[1 markah]
Jawapan :
a)
b)

c)

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 16 1449/2

Bahagian C
[15 markah]
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

16. Nadila tinggal di Hulu Langat, Selangor. Beliau mempunyai sebuah kereta model Mini
Cooper Countryman 1.6 (A). Maklumat kereta beliau adalah seperti berikut.
Jumlah yang ingin diinsuranskan : RM90 000
Kapasiti enjin : 1 600 cc
NCD : 45%

a) Berpandukan Jadual Tarif Motor pada Jadual 6, bantu Nadila dalam membuat
perbandingan premium insurans motor untuk polisi komprehensif, polisi pihak
ketiga, kebakaran dan kecurian, dan polisi pihak ketiga.
[8 markah]
Kapasiti enjin Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak
tidak melebihi Polisi Polisi pihak Polisi Polisi pihak
(cc) komprehensif ketiga (RM) komprehensif ketiga (RM)
(RM) (RM)
1 400 273.80 120.60 196.20 67.50
1 650 305.50 135.00 220.00 75.60
2 200 339.10 151.20 243.90 85.20
3 050 372.60 167.40 266.50 93.60
4 100 404.30 181.80 290.40 101.70
4 250 436.00 196.20 313.00 110.10
4 400 469.60 212.40 336.90 118.20
Melebihi 4 400 501.30 226.80 359.50 126.60
Bagi polisi komprehensif, kadar yang dikenakan adalah bagi RM1 000 pertama
daripada jumlah yang diinsuranskan
Jadual 6
Jawapan :

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 17 1449/2

b) Pada pendapat anda, polisi manakah sepatutnya dipilih oleh Nadila. Berikan
alasan anda.
[2 markah]
Jawapan :

c) Selain daripada Mini Cooper Countryman, Nadila memiliki sebuah kereta Honda
Civic berkapasiti enjin 1 997 cc untuk kegunaan persendirian.
Berpandukan Jadual kadar cukai jalan kereta persendirian di Semenanjung
Malaysia pada Jadual 7, hitung cukai jalan untuk kedua-dua keretanya.
[5 markah]
Kadar Cukai Jalan
Kapasiti Enjin
Kadar Asas Kadar Progresif
1 000 cc dan ke bawah RM 20.00 -
1 001 cc – 1 200 cc RM 55.00 -
1 201 cc – 1 400 cc RM 70.00 -
1 401 cc – 1 600 cc RM 90.00 -
1 601 cc – 1 800 cc RM 200.00 + RM 0.40 setiap cc melebihi 1 600 cc
1 801 cc – 2 000 cc RM 280.00 + RM 0.50 setiap cc melebihi 1 800 cc
Jadual 7
Jawapan :

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 18 1449/2

17. a) Gambar rajah Venn dalam Rajah 3 menunjukkan set B, M dan S dengan keadaan
Set ξ = B ∪ M ∪ S.
Set B = {murid yang menyertai program pemulihan Bahasa Melayu}
Set M = {murid yang menyertai program pemulihan Matematik}
Set S = {murid yang menyertai program pemulihan Sains}
B
7
S
x-5 M
3
x
x+3 2 x+2

Rajah 3
(i) Jika n(ξ) = 36, hitung nilai x. [2 markah]
(ii) Cari nilai n[B ∩ S]′ ∪ M] [2 markah]
Jawapan :

b) (i) Jika seorang murid dipilih secara rawak daripada kumpulan ini, hitung
kebarangkalian bahawa dia menyertai dalam satu subjek sahaja.
[2 markah]
(ii) Jika dua orang murid dipilih secara rawak daripada kumpulan ini, hitung
kebarangkalian bahawa murid-murid itu menyertai dalam dua subjek sahaja.
[2 markah]
Jawapan :

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 19 1449/2

c) Jadual 8 menunjukkan masa, dalam jam, yang diambil oleh murid-murid untuk
menghadiri program pemulihan dalam seminggu.

Masa(jam) 5 6 7 8 9

Kekerapan 3 2 9 2 4
Jadual 8
Hitung sisihan piawai bagi data di atas.
[7 markah]
Jawapan :

SOALAN TAMAT

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

________________ ________________ _______________


Rozita Bt Abdul Ghaffar Khairul Hafiza Bt Abdullah Zahana Bt Hamzah
Guru Matematik Tingkatan 5 Ketua Panitia Matematik Penolong Kanan
SMAJA SMAJA Pentadbiran SMAJA

1449/2©2022 Panitia Matematik SMK Abdul Jalil,HL [Lihat halaman sebelah


SULIT

You might also like