You are on page 1of 22

Fungsi Badan Kehakiman

pelindung hak asasi manusia


daripada pencabulan oleh orang
perseorangan atau pihak
kerajaan

kuasa membicarakan,
menyelesaikan pertikaian
dan menjatuhkan hukuman

pengimbang kuasa antara


eksekutif dgn perundangan

melaksanakan fungsi badan


kehakiman

Kuasa Kehakiman

Kuasa mentafsir perlembagaan


dan undang-undang

Kuasa mengisytiharkan sesuatu


undang-undang persekutuan dan
undang-undang negeri
tidak sah dan batal

Kuasa mengisytiharkan sesuatu


tindakan kerajaan tidak sah
dan batal di sisi undang-undang

Tidak boleh
dilucutkan
jawatan
kecuali atas
perakuan
sebuah
tribunal yang
ditubuhkan
oleh Yang diPertuan
Agong

Tribunal
diketuai oleh Ketua
Hakim Negara dan
sekurang-kurangnya 5
orang hakim atau
bekas hakim

Perlantikan Hakim

Boleh disambung
selama 6 bulan
selepas umur
persaraan 65
tahun

Memegang
jawatan sehingga
berumur 65 tahun

Perlantikan Hakim
Jenis Mahkamah
Persekutuan

Rayuan

Pengadil yang
Dilantik

PM berunding
dengan:

Ketua Hakim
Negara

Majlis Raja-raja
(MRR)

Hakim-hakim

Ketua Hakim
Negara & MRR

Presiden

Ketua Hakim
Negara & MRR

Hakim Besar

Hakim Besar /
bekas Hakim Besar
& MRR

Hakim Besar

Ketua Menteri
Sabah dan
Sarawak dan MRR

Tinggi

Mahkamah Tinggi
Sabah dan
Sarawak

Hierarki Mahkamah

Mahkamah Rendah

Mahkamah Atasan

Semenanjung

Sabah & Sarawak


Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi Malaya

Mahkamah Tinggi Borneo

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret Kelas 1

Mahkamah Majistret Kelas 1

Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Penghulu

Mahkamah Persekutuan
Mendengar dan menentukan rayuan kes-kes jenayah dan sivil

terhadap keputusan Mahkamah Tinggi

Menentukan rayuan perkara undang-undang yang mempunyai

kepentingan umum dalam kes-kes jenayah daripada Mahkamah


Rendah ke Mahkamah Tinggi

Menentukan hujah undang-undang yang dirujuk oleh Mahkamah

Tinggi bagi menjalankan kuasa pengadilan jenayah asalnya

Menentukan kesahan undang-undang yang digubal oleh Parlimen

dan Dewan Undangan Negeri

Memutuskan pertikaian antara


kerajaan negeri dengan kerajaan pusat
pertikaian antara kerajaan negeri
Menasihati YDPA dalam menguatkuasakan mana-mana peruntukan

dalam Perlembagaan Persekutuan

Mahkamah Rayuan
Ditubuhkan pada 24 Jun 1994
Mengendalikan kes-kes rayuan yang dibuat selepas keputusan

perbicaraan Mahkamah Tinggi

Menjadi perantaraan antara Mahkamah Persekutuan dengan

Mahkamah Tinggi

Memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bagi

kes sivil dan kes jenayah

Rayuan kes sivil


jumlah atau nilai tidak lebih daripada RM250,000
Perkara 122 A(1) PP
Mahkamah Rayuan terdiri daripada Presiden MR dan 15 orang hakim
MR
Prosiding rayuan didengar oleh 3 orang hakim atau lebih dalam

bilangan ganjil

Mahkamah Tinggi
Terbahagi kepada:

1. Mahkamah Tinggi Malaya


2. Mahkamah Tinggi Borneo

Mempunyai bidang kuasa asal yang tidak terhad bagi kes-

kes jenayah dan sivil

Bidang kuasa tempatan e.g kes di K.L M.Tinggi K.L


Di atas kapal laut dan pesawat udara yang didaftarkan di

Malaysia
Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
Perlanunan mengikut undang-undang antarabangsa

Rayuan bagi kes-kes jenayah dan sivil daripada Mahkamah

Sesyen dan Majistret

Mengawasi dan menyemak keputusan semua kes sivil dan

jenayah Mahkamah Rendah

Bidang Kuasa Mahkamah


Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
Mahkamah Majistret Kelas 1
Mahkamah Tuntutan Kecil
Mahkamah Penghulu

Mahkamah Tinggi

Undang-undang bertulis perceraian, klausa hal ehwal

suami isteri, kebankrapan atau syarikat (bukan Islam)

Perkara-perkara admiraliti seperti kuasa Mahkamah

Keadilan Tinggi di England di bawah Akta Mahkamah Agung


1981 United Kingdom

Kuasa untuk melantik dan mengawal


1. penjaga budak-budak dan harta budak-budak (anak angkat

bukan Islam)
2. penjaga dan pengawas diri orang terencat akal, orang sakit
dan tak sempurna akal

hal-ehwal wasiat dan surat kuasa mentadbir bagi harta

pusaka si mati yang meninggalkan harta di dalam bidang


kuasa wilayah mahkamah itu dan untuk menukarkan atau
membatalkan pemberian tersebut

Mahkamah Sesyen

Mahkamah tertinggi di kalangan mahkamah rendah


Mempunyai bidang kuasa pengadilan jenayah dan

menjatuhkan hukuman bagi semua kesalahan, kecuali


hukuman mati

Kes sivil
jumlah dituntut tidak melebihi RM 250,000
Menjalankan siasatan permulaan bagi kes-kes yang boleh

dibicarakan di Mahkamah Tinggi

Kuasa tidak terhad untuk:


Mendapatkan semula harta tak alih
Mengeluarkan perintah kepada pegawai mahkamah untuk
mengembalikan atau merampas harta daripada pemilik
Membicarakan kemalangan kereta bermotor
Tuan tanah dan penyewa tanah
Mengeluarkan writ atau waran dan saman

Mahkamah Majistret
Kelas 1

Mengendalikan kes jenayah dan sivil termasuk kesalahan

hukuman mati TETAPI tidak berkuasa menjatuhkan hukuman


mati

Membicarakan kesalahan hukuman tidak melebihi 10 tahun

penjara atau denda

Menyelenggarakan siasatan permulaan atas tuduhan-

tuduhan yang berat sebelum di bawa ke Mahkamah Tinggi


dari Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen

Kes sivil jumlah pertikaian tidak melebihi RM 25, 000


Mendengar dan memutuskan rayuan daripada Mahkamah

Penghulu

Mahkamah Tuntutan Kecil


Mahkamah Majistret Kelas 2 kuasanya kurang berbanding

Mahkamah Majistret Kelas 1


Bertujuan untuk membolehkan seseorang memperoleh

kembali hutang atau tuntutan tidak melebihi RM 3000


Rayuan perlu di bawa ke Mahkamah Tinggi

Mahkamah Penghulu
Hanya terdapat di Semenanjung Malaysia
Kes sivil tuntutan tidak lebih daripada RM 50
Kes jenayah denda maksimum RM 25

Khas Raja-Raja

Tentera

Kanak-Kanak

Mahkamah-mahkamah
Khas

Syariah

Perusahaan

Bumiputera

Mahkamah Khas RajaRaja

Membicarakan kesalahan Yang di-Pertuan Agong atau

Sultan/Raja atas sifat peribadinya

Mempunyai bidang kuasa yang sama seperti mahkamah

awam yang lain

Keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dicabar


Perlu mendapat persetujuan Peguam Negara

Mahkamah bagi Kanakkanak


Bicara individu berusia 10-18 tahun dan berkuasa

membicarakan semua kesalahan kecuali hukuman mati

Diadakan secara tertutup dan orang awam tidak dibenarkan

hadir

Perkataan sabitan dan hukuman tidak boleh digunakan


Pesalah dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak sehingga umur

21 tahun

Ada juga pesalah dipenjarakan atas nama anak angkat

YDPA

Mahkamah Syariah
Ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam

Negeri-negeri di Malaysia untuk kes sivil dan jenayah umat


Islam

Kes melibatkan pentadbiran dan Undang-undang Keluarga Islam


Nikah kahwin, nafkah, perceraian, zakat, warisan harta dll.
3 peringkat :
1. Mahkamah Kadi / Mahkamah Rendah Syariah

Kes-kes kecil daerah

2. Mahkamah Kadi Besar / Mahkamah Tinggi Syariah


Kes-kes lebih berat peringkat Negeri
3. Mahkamah Lembaga Rayuan / Mahkamah Rayuan Syariah
Mendengar segala rayuan daripada Mahkamah Syariah

Mahkamah Tentera
Mengendalikan masalah disiplin dalam Angkatan Tentera

Malaysia

Tidak mempunyai kuasa mengadili kes jenayah atau sivil

tentera

Kes yang dibicarakan


Ingkar perintah pihak atasan, tidak hadir kerja, salah guna kuasa dll
Terbahagi kepada:
1. Mahkamah Tinggi Tentera kes pegawai Staf Sarjan ke atas;
diadili Yang Dipertua (Leftenan Kolonel ke atas) & dibantu oleh 2
org Kapten atau Mejar
2. Mahkamah Rendah Tentera kes anggota lebih rendah daripada
Staf Sarjan; diadili Yang Dipertua (Mejar) & dibantu oleh 2 org
Kapten

Mahkamah Bumiputera

Dikenali sebagai Mahkamah Anak Negeri; tadbir Undang-

undang adat di Sabah & Sarawak

Kes pelanggaran adat seperti adat keagamaan, pemilikan

tanah dan perkahwinan

Sabah:
M. Rayuan Bumiputera
M. Pegawai Daerah
M. Bumiputera
Sarawak:
M. Rayuan Bumiputera
M. Bumiputera Residen
M. Daerah Bumiputera
M. Pegawai atau Ketua Bumiputera
M. Ketua Kampung

Mahkamah Perusahaan
Terhad kepada pertikaian perusahaan; antara majikan

dengan pekerja
Syarat-syarat pekerjaan, keadaan pekerjaan dan
pembuangan pekerja

Dianggotai oleh Presiden (lantikan YDPA) dan panel (lantikan

Menteri Sumber Manusia)

Keputusan berdasarkan majoriti dan dianggap muktamad

You might also like