You are on page 1of 13

PENGENALAN KEPADA MATA

PELAJARAN SAINS TULIN


(FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI)
Oleh: Winstedt Gurang John Perry

Ketua Panitia Sains Tulin

SMK Durin, Sibu

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN SEBAGAI


MATA PELAJARAN SAINS TULIN?
Cabang bidang Sains Umum yang menjurus kepada
pengetahuan dan kemahiran proses sains
secara menyeluruh dan mendalam (Cabang satu lagi
adalah Sains Gunaan)
Secara umumnya, bidang Sains terbahagi kepada
dua bahagian; iaitu Sains Fizikal dan Sains Hayat
Mata pelajaran Biologi adalah di bawah kategori
Sains Hayat manakala Fizik dan Kimia di bawah
kategori Sains Fizikal
Fizik, Kimia dan Biologi hanya ditawarkan untuk
pelajar-pelajar Sains Tulin sahaja.
Pelajar-pelajar dari aliran lain (Kemanusiaan, MPV)
hanya mengambil Sains Teras

KEPERLUAN MENGAMBIL MATA


PELAJARAN SAINS TULIN
Ketiga-tiga mata pelajaran Sains Tulin wajib
diambil oleh semua pelajar aliran Sains Tulin.
Kod: Fizik (4531), Kimia (4541) dan Biologi
(4551)
Sebagai salah satu syarat utama kemasukan ke
aliran Sains Tulin Tingkatan 6, Matrikulasi
dan Asasi Sains
Pelajar Sains Tulin boleh juga mengambil
jurusan-jurusan bukan sains di peringkat
yang lebih tinggi walaupun pelajar aliran
sastera/sains sosial tidak dapat melakukan
perkara yang sama (diploma, ijazah)

SYARAT KEMASUKAN KE ALIRAN


SAINS TULIN
Keputusan sekurang-kurangnya gred C dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik PT3
Mempunyai kecenderungan ke arah kerjaya
yang berkaitan dengan bidang Sains Tulin (Cth:
Doktor, jurutera, ahli sains)
Mempunyai minat yang mendalam terhadap
bidang Sains Tulin
Menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan dalam setiap peperiksaan
semester peringkat sekolah apabila memasuki
aliran Sains Tulin

BIDANG-BIDANG BERKAITAN DENGAN


BIDANG SAINS TULIN
Sains Fizikal: Kejuruteraan (awam, mekanikal,
aeroangkasa, pengaturcaraan perisian komputer,
senibina, ukur bahan/tanah/bangunan), Sains
Gunaan, Astronomi, geologi dsbnya
Sains Hayat: Perubatan (Doktor perubatan, ahli
farmasi, pakar kaji kuman), veterinari, pengkaji
haiwan, botani, alam sekitar, biologi marin
Pelajar-pelajar WAJIB mempunyai sekurangkurangnya kepujian (Gred A, B dan C) dalam
mata pelajaran Sains Tulin mengikut aliran yang
diminati

APAKAH PERKARA-PERKARA YANG


BAKAL DIPELAJARI DALAM MATA
PELAJARAN SAINS TULIN?
Pengetahuan yang dipelajari dalam Sains Tulin
adalah lebih mendalam dan menjurus kepada
pengukuhan subject matter pelajar apabila
mereka melanjutkan pelajaran di peringkat yang
lebih tinggi kelak
Fizik: Pengukuran, tenaga, kinetik (statik dan
dinamik), daya
Kimia: Unsur-unsur, tindakbalas dan
persamaan kimia, proses-proses Kimia
Biologi: Sel, proses-proses dalam benda hidup,
interaksi benda hidup dengan persekitaran

KOMPONEN DALAM MATA


PELAJARAN SAINS TULIN

Teori

dan
Kerja Amali

TEORI: KERTAS 1 DAN 2


Kertas 1 terdiri daripada 50 soalan objektif
aneka pilihan.
Agihan markah adalah 50%
Masa diperuntukkan adalah 1 jam 15 minit
Empat pilihan jawapan; A, B, C dan D, pilih satu
jawapan paling tepat.
Soalan mengikut aras kesukaran 3 mudah: 4
sederhana: 4 sukar (KBAT)
Kebanyakan soalan menguji pengetahuan asas
pelajar dalam mata pelajaran Sains Tulin

TEORI: KERTAS 2
Kertas 2 terdiri daripada Bahagian A (Struktur)
dan B (atau B dan C; Esei).
Pelajar wajib menjawab semua soalan dalam
Bahagian A (Struktur) dan mana-mana dua
soalan daripada Bahagian B/B dan C
(bergantung kepada arahan)
Semua jawapan ditulis di dalam kertas soalan
pada ruang yang disediakan.
Bagi soalan esei, pelajar dikehendaki untuk
menuliskan jawapan mereka pada kertas tulis
mereka sendiri dan dikepilkan bersama-sama di
bahagian belakang kertas soalan pada akhir ujian

TEORI: KERTAS 2
Jumlah markah adalah 100%
60% untuk Bahagian A manakala 40% untuk
Bahagian B
Jawapan adalah secara bertulis sahaja
Pelajar boleh menggunakan gambarajah,
persamaan dan sebagainya untuk menerangkan
jawapan masing-masing

KERTAS 2: PEMARKAHAN
Skema permarkahan adalah berbeza mengikut
mata pelajaran Sains Tulin
Markah yang diperuntukkan untuk setiap soalan
biasanya akan ditunjukkan di bahagian bawah
penjuru kanan setiap soalan struktur dan esei
Contoh:

ARAS PENGETAHUAN DALAM


KERTAS 2
Biasanya soalan-soalan dalam bentuk
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Elemen KBAT paling banyak digunakan dalam
soalan-soalan esei
Aras rendah: Namakan, nyatakan, berikan
maksud, padankan, labelkan
Aras tinggi: Terangkan, Huraikan, perihalkan,
nilaikan, ramalkan, banding dan bezakan,
justifikasikan
Setiap soalan pasti akan diiringi oleh sekurangkurangnya satu gambarajah

KERJA AMALI SAINS TULIN


(FIZIK, KIMIA, BIOLOGI)
Hanya untuk pelajar Sains Tulin sahaja
Bermula SPM 2015, pelajar Sains Tulin wajib
menduduki peperiksaan amali
Kerja Amali Sains Tulin menggantikan PEKA
Sains Tulin
Aspek yang dinilai: Kemahiran Proses Sains
(membuat pemerhatian, hipotesis, menjalankan
eksperimendsbnya) dan Kemahiran
Manipulatif (mengendalikan radas, mengambil
bacaaan dsbnya)

You might also like