You are on page 1of 13

PENGENALAN KEPADA MATA

PELAJARAN SAINS TULIN


(FIZIK, KIMIA DAN BIOLOGI)

Oleh: Winstedt Gurang John Perry


Ketua Panitia Sains Tulin
SMK Durin, Sibu
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN SEBAGAI MATA
PELAJARAN SAINS TULIN?

 Cabang bidang Sains Umum yang menjurus kepada


pengetahuan dan kemahiran proses sains secara
menyeluruh dan mendalam (Cabang satu lagi adalah
Sains Gunaan)
 Secara umumnya, bidang Sains terbahagi kepada dua
bahagian; iaitu Sains Fizikal dan Sains Hayat
 Mata pelajaran Biologi adalah di bawah kategori
Sains Hayat manakala Fizik dan Kimia di bawah
kategori Sains Fizikal
 Fizik, Kimia dan Biologi hanya ditawarkan untuk
pelajar-pelajar Sains Tulin sahaja.
 Pelajar-pelajar dari aliran lain (Kemanusiaan, MPV)
hanya mengambil Sains Teras
KEPERLUAN MENGAMBIL MATA
PELAJARAN SAINS TULIN

 Ketiga-tiga mata pelajaran Sains Tulin wajib


diambil oleh semua pelajar aliran Sains Tulin.
 Kod: Fizik (4531), Kimia (4541) dan Biologi
(4551)
 Sebagai salah satu syarat utama kemasukan ke
aliran Sains Tulin Tingkatan 6, Matrikulasi
dan Asasi Sains
 Pelajar Sains Tulin boleh juga mengambil
jurusan-jurusan bukan sains di peringkat
yang lebih tinggi walaupun pelajar aliran
sastera/sains sosial tidak dapat melakukan
perkara yang sama (diploma, ijazah)
SYARAT KEMASUKAN KE ALIRAN SAINS
TULIN

 Keputusan sekurang-kurangnya gred C dalam


mata pelajaran Sains dan Matematik PT3
 Mempunyai kecenderungan ke arah kerjaya
yang berkaitan dengan bidang Sains Tulin (Cth:
Doktor, jurutera, ahli sains)
 Mempunyai minat yang mendalam terhadap
bidang Sains Tulin
 Menunjukkan pencapaian yang
memberangsangkan dalam setiap peperiksaan
semester peringkat sekolah apabila memasuki
aliran Sains Tulin
BIDANG-BIDANG BERKAITAN DENGAN BIDANG
SAINS TULIN
 Sains Fizikal: Kejuruteraan (awam, mekanikal,
aeroangkasa, pengaturcaraan perisian komputer,
senibina, ukur bahan/tanah/bangunan), Sains
Gunaan, Astronomi, geologi dsbnya…
 Sains Hayat: Perubatan (Doktor perubatan, ahli
farmasi, pakar kaji kuman), veterinari, pengkaji
haiwan, botani, alam sekitar, biologi marin
 Pelajar-pelajar WAJIB mempunyai sekurang-
kurangnya kepujian (Gred A, B dan C) dalam
mata pelajaran Sains Tulin mengikut aliran
yang diminati
APAKAH PERKARA-PERKARA YANG BAKAL
DIPELAJARI DALAM MATA PELAJARAN
SAINS TULIN?
 Pengetahuan yang dipelajari dalam Sains Tulin
adalah lebih mendalam dan menjurus kepada
pengukuhan “subject matter” pelajar apabila
mereka melanjutkan pelajaran di peringkat yang
lebih tinggi kelak
 Fizik: Pengukuran, tenaga, kinetik (statik dan
dinamik), daya…
 Kimia: Unsur-unsur, tindakbalas dan
persamaan kimia, proses-proses Kimia
 Biologi: Sel, proses-proses dalam benda hidup,
interaksi benda hidup dengan persekitaran
KOMPONEN DALAM MATA PELAJARAN
SAINS TULIN

Teori dan…
Kerja Amali
TEORI: KERTAS 1 DAN 2
 Kertas 1 terdiri daripada 50 soalan objektif
aneka pilihan.
 Agihan markah adalah 50%

 Masa diperuntukkan adalah 1 jam 15 minit

 Empat pilihan jawapan; A, B, C dan D, pilih satu


jawapan paling tepat.
 Soalan mengikut aras kesukaran 3 mudah: 4
sederhana: 4 sukar (KBAT)
 Kebanyakan soalan menguji pengetahuan asas
pelajar dalam mata pelajaran Sains Tulin
TEORI: KERTAS 2
 Kertas 2 terdiri daripada Bahagian A (Struktur)
dan B (atau B dan C; Esei).
 Pelajar wajib menjawab semua soalan dalam
Bahagian A (Struktur) dan mana-mana dua
soalan daripada Bahagian B/B dan C
(bergantung kepada arahan)
 Semua jawapan ditulis di dalam kertas soalan
pada ruang yang disediakan.
 Bagi soalan esei, pelajar dikehendaki untuk
menuliskan jawapan mereka pada kertas tulis
mereka sendiri dan dikepilkan bersama-sama di
bahagian belakang kertas soalan pada akhir
ujian
TEORI: KERTAS 2
 Jumlah markah adalah 100%
 60% untuk Bahagian A manakala 40% untuk
Bahagian B
 Jawapan adalah secara bertulis sahaja

 Pelajar boleh menggunakan gambarajah,


persamaan dan sebagainya untuk menerangkan
jawapan masing-masing
KERTAS 2: PEMARKAHAN
 Skema permarkahan adalah berbeza mengikut
mata pelajaran Sains Tulin
 Markah yang diperuntukkan untuk setiap soalan
biasanya akan ditunjukkan di bahagian bawah
penjuru kanan setiap soalan struktur dan esei
 Contoh:
ARAS PENGETAHUAN DALAM KERTAS 2
 Biasanya soalan-soalan dalam bentuk
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
 Elemen KBAT paling banyak digunakan dalam
soalan-soalan esei
 Aras rendah: Namakan, nyatakan, berikan
maksud, padankan, labelkan…
 Aras tinggi: Terangkan, Huraikan, perihalkan,
nilaikan, ramalkan, banding dan bezakan,
justifikasikan…
 Setiap soalan pasti akan diiringi oleh sekurang-
kurangnya satu gambarajah
KERJA AMALI SAINS TULIN (FIZIK,
KIMIA, BIOLOGI)
 Hanya untuk pelajar Sains Tulin sahaja
 Bermula SPM 2015, pelajar Sains Tulin wajib
menduduki peperiksaan amali
 Kerja Amali Sains Tulin menggantikan PEKA
Sains Tulin
 Aspek yang dinilai: Kemahiran Proses Sains
(membuat pemerhatian, hipotesis, menjalankan
eksperimen…dsbnya) dan Kemahiran
Manipulatif (mengendalikan radas, mengambil
bacaaan dsbnya)

You might also like