You are on page 1of 36

Jadual Berkala

Orbital dan Konfigurasi Elektron

1
2
Bentuk Orbital atom
(i) Bentuk orbital s
s orbital berbentuk sfera.
Semakin besar nilai nombor kuantum
utama, semakin besar saiznya.

3
4
(ii) Bentuk orbital p
• Orbital p berbentuk ‘dumb-bell’ pada tiga arah
yang saling bersudut tegak.
• Sub-petala p terdiri daripada 3 jenis orbital p
mempunyai saiz, bentuk dan tenaga yang
sama, hanya berbeza dari segi kedudukan.
• Ini disebabkan orbital p boleh dilukis pada
paksi x, y, z dan ditulis sebagai orbital px , py
dan pz

5
6
Orbital Atom dan
Nombor Kuantum Utama
• Orbital Atom
Orbital ditakrifkan sebagai kawasan di sekeliling
nukleus yang berkemungkinan besar untuk
menjumpai elektron.

• Nombor Kuantum Utama/ Paras Tenaga Utama


Kedudukan petala elektron merujuk kepada paras
tenaga.

7
Nombor Kuantum Utama (n)

• Menunjukkan paras tenaga elektron dan


mempunyai nilai 1, 2, 3,…
• Paras tenaga bagi suatu atom ditentukan oleh
nilai nombor kuantum utama, n
• Semakin besar nilai n, semakin besar purata
paras tenaga dan semakin jauh kedudukannya
dari nukleus.

8
Nombor Kuantum Utama (n)
• Setiap petala utama menampung 2n2
elektron, di mana n ialah nombor kuantum
utama.
• Petala n=1 boleh diisi dengan 2 elektron
dalam orbital 1 (2 x 12 =2).
• Petala n=2 boleh diisi dengan 8 elektron
dalam orbital 2 (2 x 22 = 8).
2e dalam orbital 2s
6e dalam orbital 2p (px, py, pz)

9
Nombor Kuantum Sub-petala Bilangan orbital dalam Bilangan elektron
Utama, n (petala) petala

1 1s 1 2
2 2s 1 8
2p 3
3 3s 1 18
3p 3
3d 5

4 4s 1 32
4p 3
4d 5
4f 7

n 2n2
10
Konfigurasi elektron bagi atom
• Menunjukkan bagaimana elektron
diisi dalam orbital.
• Ia menerangkan susunan elektron
dalam satu atom.

Apakah prinsip yang perlu dipatuhi dalam menentukan


konfigurasi elektron sesuatu unsur?

11
(i) Prinsip aufbau (‘membina’)
• Orbital dengan tenaga yang paling
rendah diisi terlebih dahulu dengan
elektron.
• Elektron mengisi orbital atom dalam
tertib mengikut tanda anak panah
bermula dengan orbital 1s.

12
5s
4px 4py 4pz

3d 3d 3d 3d 3d

4s
Tenaga bertambah

3px 3py 3pz

3s

2px 2py 2pz

2s

1s

Tertib elektron mengisi orbital atom


13
1s
Susunan orbital untuk
diisi dgn elektron: 1s 2s
2s 2p
2p 3s 3p 4s 3d 4p ….
3s 3p 3d

4s 4p 4d 4f

5s 5p 5d 5f

6s

14
(ii) Peraturan Hund
• Peraturan Hund menyatakan bahawa apabila lebih
daripada satu orbital mempunyai paras tenaga yang
sama, pasangan elektron tidak berlaku sehingga
setiap orbital mengandungi satu elektron.
• Peraturan ini sesuai digunakan bagi orbital yang
mempunyai tenaga yang sama seperti 2px , 2py and
2pz .
• Setiap orbital akan diisi dengan satu elektron dengan
spin yang sama arah sebelum elektron kedua
ditambah dengan spin yang bertentangan.
15
(iii) Prinsip Pauli
• Prinsip ini menyatakan bahawa tiada dua elektron
dalam atom yang sama mempunyai ciri yang seiras.
• Setiap elektron dalam atom pasti dapat dibezakan
daripada elektron yang lain.
• Jika satu orbital mengandungi dua elektron, masing-
masing akan berputar dalam arah yang bertentangan.
• Ahli sains menggunakan tanda  untuk putaran ikut
arah jam dan untuk  putaran lawan arah jam.

16
C 1s2 2s2 2p2 atau lebih tepat

C 1s2 2s2 2px1 2p y1 2p z0

Menggunakan gambar rajah orbital:


   
C
1s2 2s2 2px1 2p y1 2p z0

17
KONFIGURASI ELEKTRON BAGI UNSUR BLOK-D

• Konfigurasi elektron bagi unsur blok-d,


elektron ditambah kepada sub-petala d.
• Contoh kobalt (z=27)
• Konfigurasi elektronnya ialah
• 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 3d7 4s2 boleh dipendekkan
kepada 18[Ar] 3d7 4s2

18
Konfigurasi elektron bagi unsur blok-d

 Sebelum diisi dengan elektron, orbital 4s lebih


stabil daripada orbital 3d dari segi tenaga.
 Sebaik sahaja orbital 4s dipenuhi elektron,
elektron 4s akan ditolak ke paras tenaga yang
lebih tinggi.
 Apabila atom logam blok-d membentuk ion,
elektron dari orbital 4s disingkirkan dahulu
sebelum elektron 3d.

19
20
Isikan elektron bagi unsur-unsur berikut:

1s2 2s2 2px1 2p y1 2p z1


N (z=7)
1s2 2s2 2px2 2p y1 2p z1
O (z=8)
1s2 2s2 2px2 2p y2 2p z1
F (z=9)
1s2 2s2 2px2 2p y2 2p z2
Ne (z=10)

21
1s2 2s2 2px1 2p y1 2p z1
N     

1s2 2s2 2px2 2p y1 2p z1


O     

1s2 2s2 2px2 2p y2 2p z1


F     

1s2 2s2 2px2 2p y2 2p z2


   
Ne 

22
Contoh
• Tuliskan konfigurasi elektron bagi :
a) Sulfur (z = 16)
b) nikel (z = 28)

23
Jawapan
Konfigurasi Elektron S: (z = 16)
1s2 2s2 2p6 3s2 3p4

Konfigurasi Elektron Ni: (z = 28)


1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 3d84s2

24
Latihan
• 1. Tuliskan konfigurasi elektron bagi
• (a) atom oksigen
• (b) ion oksida, O2-
• (c) ion berilium, Be2+

• Z bagi oksigen = 8
• Z bagi berilium = 4

25
• 2. Tentukan samada konfigurasi elektron
berikut tepat atau tidak:
• (a) Al 3+ : 1s2 2s2 2px2 2py2 2pz2
• (b) Cl- : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p5
• (c) Ar : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6

26
Jawapan
• 1.
• (a) O : 1s2 2s2 2px2 2py1 2pz1
• (b) O2- : 1s2 2s2 2px2 2py2 2pz2
• (c) Be2+ : 1s2

27
• 2.
• (a) Al 3+, z= 13-3 = 10
Al 3+ : 1s2 2s2 2px2 2py2 2pz2
• (b) Cl- , z= 17 + 1 = 18
Cl- : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p5
• (c) Ar, z= 18
Ar : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p6

28
KONFIGURASI ELEKTRON BAGI UNSUR
BLOK-D

29
• Contoh:
Ferum (z=26)
Konfigurasi elektronnya ialah
1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 3d6 4s2

Ion Ferum (II) (26-2=24)


Konfigurasi elektronnya ialah
1s2 2s2 2p6 3s2 3p6 3d6
30
Unsur Jangkaan Sebenar

Cr (z = 24) [Ar] 3d4 4s2 [Ar] 3d5 4s1

Cu (z = 29) [Ar] 3d9 4s2 [Ar] 3d10 4s1

31
Struktur bagi kromium adalah:

Cr [ Ar ]      

3d5 4s1

bukan
Cr [ Ar ]     

3d4 4s2

Struktur elektron yang tidak disangka ini berlaku


kerana sub-petala yang berisi setengah atau
sepenuhnya mempunyai kestabilan tambahan.

32
Oleh itu konfigurasi elektron bagi kuprum adalah :

Cu : [ Ar ]      

3d10 4s1

bukan

Cu : [ Ar ]      

3d9 4s2

33
Latihan
• Tuliskan konfigurasi elektron bagi:
• (a) vanadium (z=23)
• (b) ion oksida (z=8)
• (c) aluminium (z=13)
• (d) ion kromium (III) (z=24)
(e) ion nikel (II) (z=28)

34
Jawapan
• (a) V : 18[Ar] 3d3 4s2
• (b) O2- : 1s2 2s2 2p6
• (c) Al : 1s2 2s2 2p6 3s2 3p1
• (d) Cr3+ : 18[Ar] 3d3
(e) Ni2+ : 18[Ar] 3d8

35
36

You might also like