You are on page 1of 2

Soalan 1

(a)Namakan jenis-jenis disleksia


Disleksia terbahagi kepada dua jenis iaitu disleksia perolehan dan disleksia perkembangan.

Disleksia perolehan didefinisikan sebagai kesan dari kerosakan pada otak atau ketumbuhan
dalam otak yang dialami sejak kelahiran. Terdapat 4 jenis simptom disleksia perolehan iaitu
disleksia teruk, disleksia fonologi, disleksia permukaan dan disleksia huruf.
Disleksia perkembangan merupakan salah satu gangguan perkembangan fungsi otak dan
kelainan genetik. Disleksia perkembangan berpunca daripada kerosakan tisu-tisu tertentu atau
gagal untuk berfungsi secara keseluruhan kerana jangkitan penyakit atau ketidakseimbangan
kimia dalam badan.
Soalan 1
(b) Perincikan bagaimana guru dapat mengenal pasti murid disleksia
Guru dapat mengenal pasti murid disleksia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah aspek keturunan. Keturunan
adalah sesuatu yang diwarisi secara turun temurun. Melalui kajian 25% hingga 50% daripada kanak-kanak disleksia
mempunyai ibu bapa yang mengalami masalah disleksia. Sebagai contohnya guru boleh mengenal pasti maklumat
kesihatan ibu bapa melalui latar belakang keluarga dan laporan kesihatan.
Seterusnya ialah aspek. pencapaian akedemik. Guru boleh memperoleh maklumat prestasi murid disleksia
melalui pencapaian akedemik seperti ujian bulananDalam konteks ini, guru boleh meneliti pencapaian murid dari segi
kemahiran membaca, mengeja dan menulis. Misalnya, guru boleh merujuk kepada panduan Instrumen Senarai
Semak Disleksia semasa menilai pencapaian murid.
Selain itu, keupayaan fungsi kognitif juga salah satu aspek dalam mengenal pasti murid disleksia. Guru boleh
melaksanakan aktiviti yang dapat menguji kognitif murid. Sebagai contohnya, guru melaksanakan aktiviti bacaan
pantas untuk kemahiran membaca serta aktiviti imlak untuk kemahiran menulis dalam tempoh masa yang singkat.
Melalui ini guru boleh mengesan ciri-ciri seorang murid disleksia secara terperinci

You might also like