You are on page 1of 30

BAB 3

TAMADUN AWAL ASIA


TENGGARA
Antara faktor-faktor kemunculan Kerajaan awal Asia
Tenggara ialah
 Kedudukan lokasi yang strategi.
 Mempunyai hubungan diplomatik, perdagangan dan
keagamaan.
 Mempunyai kawasan yang subur untuk pertanian.
 Mempunyai pelabuhan entreport.
 Mempunyai sumber bahan mentah.
 Jaminan keselamatan oleh pemerintah.
BENTUK
KERAJAAN
AWAL DI ASIA
TENGGARA

Kerajaan Kerajaan
Agraria Maritim
KERAJAAN AGRARIA
Terbentuk secara revolusi

Terbentuk di kawasan lembah sungai

Menjalankan kegiatan ekonomi pertanian, penternakan dan


pemungutan hasil hutan

Pembentukan Wujudnya petempatan kekal


Kerajaan
Agraria Petempatan kekal berkembang menjadi bandar dan kerajaan

Terdapat bekalan air mencukupi

Sebagai tempat persinggahan pedagang


Antara kerajaan terawal seperti Sailendra, Angkor, Sukhotai,
Funan
CIRI-CIRI KERAJAAN AGRARIA

LOKASI EKONOMI KEMAHIRAN


 Terletak di  Menjalankan aktiviti pertanian seperti  Mahir dalam
lembah sungai, tanaman padi huma dan padi sawah membina sistem
persisiran,  Menjalankan aktiviti tanaman sampingan pengairan
pantai, bukit seperti jagung, pisang, keledek, dan  Mahir mencipta
dan lereng sayur-sayuran peralatan baru untuk
tanah Gunung  Menghasilkan pelbagai jenis rempah pertanian
berapi. seperti cengkih dan lada hitam
 Mengumpul hasil hutan seperti kayu
gaharu, kapur barus, tanduk, gading,
damar, kayu cendana dan buah-buahan
 Kegiatan menternak binatang seperti
lembu, kerbau, kambing, ayam
 Aktiviti menangkap ikan di sawah, paya,
sungai
4. Kegiatan ekonomi kerajaan agraria
1. Menanam padi
 Menanam padi sawah di lembah sungai
 Menanam padi huma di kawasan tanah tinggi atau bukit yang dibuat teres
dan relung

2. Menanam tanaman sampingan


 Masyarakat agraria juga menanam tanaman sampingan seperti jagung,
pisang, keledek, dan sayur-sayuran

3. Menternak binatang
 Masyarakat agraria menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing,
dan ayam
4. Memungut hasil hutan
 Masyarakat agraria menjalankan kegiatan memungut hasil hutan seperti kayu
gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan buah-buahan

5. Memungut sarang burung


 Sarang burung diambil di gua untuk tujuang perdagangan

6. Menghasilkan pelbagai rempah


 Contohnya cengkih dan lada hitam

7. Menangkap ikan
 Aktiviti menangkap ikan di sawah, paya, dan sungai serta mengumpul kulit
kura-kura
5. Faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan agraria

 Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperolehi daripada Sungai


Mekong dan Tasik Tonle Sap
 Raja sendiri terlibat dalam pembinaan sistem pengairan
 Kerajaan bertanggungjawap secara langsung dalam pengurusan sistem
pengairan
 Pemerintah Raja Indravarman I telah membina sistem pengairan dan baray
yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar serta dapat menampung
keperluan beras
 Mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk tanaman
padi sawah
 Kemudahan pengangkutan dan perhubungan Sungai Mekong
6. Kepentingan Tasik Tonle Sap
 Membekalkan sumber air minuman
 Membekalkan sumber protein seperti ikan
 Air daripada tasik dapat dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan
menggunakan terusan
 Dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras yang
mencukupi
 Pada musim kemarau kawasan sekitar tasik menjadi subur hasil daripada
mendapan lumpur
 Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle
Sap menjadi luas
7. Faktor perkembangan kerajaan Angkor
 Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
 Tasik Tonle Sap membekalkan sumber air untuk minuman dan pertanian
 Terdapat bekalan sumber protein seperti ikan yang diperolehi dari Tasik
Tonle Sap
 Mendapan lumpur yang subur pada musim kemarau
 Pembinaan sistem pengairan yang baik
 Mempunyai iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun
8. Faktor perkembangan kerajaan Funan daripada kerajaan
agraria kepada kerajaan maritim

 Terlindung daripada tiupan angina dari Teluk Siam


 Mempunyai pelabuhan Oc-eo yang terletak di muara Sungai Mekong
 Mempunyai kemudahan pelabuhan
 Menyediakan kemudahan bekalan air dan makanan
 Terdapat kemudahan membaiki kapal dan menyimpan barang serta
penginapan
9. Berikan cadangan untuk meningkatkan sektor
pertanian di negara kita

 Penggunaan sistem pengairan yang cekap


 Menggunakan jentera moden
 Menggunakan teknologi pertanian yang terkini
 Sistem pemasaran yang cekap
 Mengusahakan tanah yang terbiar
 Melahirkan pertanian yang berpengetahuan
KERAJAAN MARITIM
1. Ciri-ciri Kerajaan Maritim
 Menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan pelautan
 Terletak di persisiran pantai, lembah sungai, dan kepulauan
 Terdapat pelabuhan pembekal yang berkembang menjadi pelabuhan kerajaan dan seterusnya
menjadi pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan dagangan luar
 Penduduk Maritim terdiri daripada orang tempatan, orang laut, dan pedagang luar
 Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan atau lingua franca
 Penduduk Maritim mahir membuat perahu dan kapal layar
 Mahir belayar berpandukan bintang di langit
 Mempunyai semangat masyarakat untuk berdagang dengan masyarakat luar
2. Contoh Kerajaan Maritim
 Langkasuka (Sungai Yarang)
 Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua (Sungai Merbok dan Sungai Muda)
 Chih-tu (Sungai Kelantan)
 Srivijaya (Sungai Musi)
 Fo-lo-an (Sungai Terengganu)
 Peng-keng (Sungai Pekan, Pahang)
3. Faktor perkembangan Kerajaan Maritim

1. Kedudukan pelabuhan yang strategik


 Kedudukan kerajaan Maritim yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda menjadi laluan
perdagangan luar telah membawa kepada perkembangan kerajaan Maritim.
 Hal ini kerana pelabuhan kerajaan Maritim terlindung daripada tiupan angin monsun telah
menyebabkan ramai pedagang luar datang singgah berdagang di pelabuhan Maritim.

2. Mempunyai kepakaran membina kapal dan baiki kapal


 Masyarakat Maritim mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar
 Perahu yang dibina untuk perdagangan jarak dekat
 Manakala kapal layar digunakan untuk perdagangan jarak jauh
 Masyarakat Maritim membina kapal adalah bertujuan untuk berdagang ke kawasan yang jauh.
3. Terdapat pelbagai kemudahan di pelabuhan
 Di pelabuhan terdapat menyediakan pelbagai kemudahan seperti bekalan makanan dan
minuman, gudang serta tempat penginapan
 Di pelabuhan juga membolehkan untuk memperdagangkan hasil bumi masyarakat Maritim
seperti logam, hasil hutan dan laut, dan sebagainya kepada pedagang luar

4. Mempunyai keselamatan laluan perdagangan


 Kerajaan Srivijaya memiliki bala tentera laut yang besar yang terdiri daripada golongan
rakyat termasuklah orang laut
 Tentera laut ini berperanan untuk mengawal pedagangan di Selat Melaka dan mengawal
keselamatan kerajaan.
 Hal ini menyebabkan pedagang-pedang dari luar tidak terasa terancang untuk berdagang
dalam kawasan kerajaan Maritim
5. Terdapat pelbagai barang dagangan yang diperlukan oleh pedagang luar
 Di pelabuhan menyediakan pelbagai bekalan hasil tempatan seperti logam, emas dan
timah, hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, damar, hasil laut dan makanan.
 Pedagang-pedagang luar akan singgah di pelabuhan Maritim untuk mendapatkan
bekalan tersebut
 Hal ini akan menyebabkan keadaan di pelabuhan Maritim dipenuhi oleh pedagang dari
luar.
4. Fungsi pelabuhan Kerajaan Maritim
1. Pelabuhan pembekal
 Pelabuhan terawal antara pelbagai jenis pelabuhannya
 Membekalkan hasil tempatan seperti logam, emas dan timah, hasil hutan seperti kayu
gaharu, rotan, damar, hasil laut dan makanan
 Membekalkan hasil kepada pedagang yang singgah berdagang
 Contoh pelabuhan pembekal Jenderam Hilir dan Klang (Selangor), Kuala Berang (Kuala
Terengganu), dan Kuala Selinsing (Perak)

2. Pelabuhan kerajaan
 Merupakan pelabuhan yang berkembang maju apabila terbina sebuah kerajaan di sekitar
pelabuhan pembekal
 Masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang tetapi untuk
kawasan yang luas
 Memperdagangkan hasil buminya seperti logam, hasil hutan, dan laut serta hasil daripada
kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya
 Pada awalnya pelabuhan ini berdagang dengan kawasan yang berhampiran contohnya
antara Champa dengan Langkasuka
 Pelabuhan tersebut kemudiannya berkembang sehingga dapat menarik perhatian
pedagang dari persisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan, India, dan
barat
 Antara pelabuhan kerajaan yang wujud seperti Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan
Srivijaya.

3. Pelabuhan Entrepot
 Berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang
antarabangsa
 Pelabuhan ini juga berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa untuk
diedarkan kepada pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya
 Pelabuhan ini berkembang daripada pelabuhan kerajaan yang mempunyai kedudukan yang
strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melak dan Selat Sunda.
 Kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dan India
 Pelabuhan ini kaya dengan pelbagai hasil buminya seperti logam, hasil hutan dan laut,
emas, timah yang menarik pedagang asing ke pelabuhan ini.
Kerajaan Srivijaya

1. Perkembangan Kerajaan Srivijaya


 Kedudukan pelabuhan yang strategik yang terletak antara Selat Sunda dan Selat Melaka.
Menjadi laluan perdagangan antara China dan India.
 Memiliki kemudahan pelabuhan yang baik. Mempunyai pelabuhan yang dalam dan
terlindung daripada angina kuat
 Keselamatan terjamin kerana memiliki bala tentera yang besar yang dianggotai oleh orang
laut.Tentera laut berperanan mengawal keselamatan kerajaan dan perairan.
 Mempunyai kemahiran dalam membuat kapal yang besar
 Terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh
kawasan pemerintahannya dan wilayah takluknya
 Mempunyai hubungan negara luar contohnya hubungan dengan kerajaan Kedah Tua
 Menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dengan China
2. Kemerosotan Kerajaan Srivijaya
1. Kebangkitan empayar-empayar di sekitarnya iaitu Singasari dan Majapahit di Jawa Timur
 Di tambah lagi daripada permusuhan dinasti Chola di India terhadap Srivijaya
disebabkan oleh pertikaian terhadap laluan kapal dagang di selat Melaka.
 Pada tahun 1025, Maharaja Chola telah menyerang Srivijaya dan menawan rajanya

2. Penentangan terhadap negeri-negeri serantau


 Hal ini terjadi kerana kemajuan perdagangan serantau di Asia Tenggara yang berpunca
daripada perubahan dasar di negeri China
 Perubahan ini adalah luputnya sistem ufti terhadap perdagangan asing
 Disebabkan oleh perdagangan China yang berkembang maju, Srivajaya tidak mampu
untuk mengawal di mana pedagang-pedagang mula mendapatkan terus sumber
bekalan di pelabuhan kecil jajahan Srivijaya dan tidak lagi ke pelabuhan entreport.
3. Ketidaksetiaan orang laut
 Terdapat segelintir orang laut yang menjadi lanun di lautan Selat Melaka di mana mereka
merampas kekayaan yang sepatutnya diberi kepada maharaja dengan menguasai kapal
dagang.
 Dengan ini ianya akan melemahkan kekuasaan Srivijaya terhadap terhadap kawasan laut
Kerajaan Kedah Tua
1. Kemunculan Kedah Tua
 Terletak di Lembah Bujang dan dikenali sebagai Chieh-cha (sumber China) dan juga dikenali
Kataha (sumber India)
 Berkembang maju antara abad ke-5 sehingga ke-13 masihi
 Kemunculan Kedah Tua mempunyai kaitan dengan kerajaan Srivijaya bahkan pernah disebut
secara bersamaan nama Shih-li-fo-shi.
 Kerajaan ini terletak di Sungai Mas (abad ke-11 masihi) dan kemudiannya berpindah ke
lembah Sungai Bujang (abad ke-11-13 masihi)
 Penduduknya menganut agama Buddha (abad ke-5-10 masihi) dan kemudiannya menganut
agama Hindu (abad ke-11 masihi). Hal ini dibuktikan dengan terjumpanya tinggalan candi
berunsur Hindu dan Buddha
 Kerajaan ini memainkan peranan sebagai pelabuhan entrepot sebelum munculnya Melaka.
Dibuktikan melalui perjumpaan tembikar China pada Zaman Dinasti Tang (abad ke-7 masihi),
Zaman Dinasti Song (abad ke-10 m), dan Zaman Dinasti Yuan (abad ke-10-13 m).
Perjumpaan pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah (abad ke-9-10 m)
2. Faktor perkembangan kerajaan Kedah Tua

 Terdapat Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal dagang yang keluar masuk pada waktu
malam melalui nyalaan api
 Kedudukannya yang strategik di laluan Selat Melaka yang terlindung daripada tiupan angina
monsun barat daya dan timur laut
 Terdapat kemudahan menyimpan barang dagangan
 Mempunyai pelbagai kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan, dan sumber bumi seperti
timah
 Terdapat pelbagai barang dagangan yang diperolehi dari luar seperti kain kapas, sutera, the,
tembikar, kaca dan manik
 Menjalinkan hubungan dengan kerajaan Srivijaya, China, dan India
Kerajaan Maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dan
bekerjasama dengan kerajaan agraria

 Hendak mendapat tenaga kerja daripada kerajaan Agraria


 Hendak mendapat bekalan sumber makanan utama iaitu beras
 Untuk mendapatkan bekalan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal daripada
kerajaan Pegu dan gajah untuk dijadikan bintang kenderaan dari Burma dan Siam.
 Untuk mendapat bekalan makanan dan hasil hutan
 Untuk mendapatkan khidmat tukang kayu dan tukang batu
 Kerajaan Maritim menyediakan barangan mewah seperti tembikar daripda China dan tekstil
daripada India kepada kerajaan Agraria
Mengapakah orang Melayu pada zaman kerajaan awal
merupakan pedagang yang terulung di Asia Tenggara.

 Mengunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Lingua-Franca sebagai perhubungan dengan


pedagang luar
 Pelabuhan di Kepulauan Melayu terletak di tempat yang strategik menyebabkan banyak
pedagang asing singgah untuk berdagang.
 Orang Melayu memiliki semangat ingin meneroka menyebabkan timbul keinginan untuk
pergi berdagang dengan masyarakat luar.
 Orang Melayu memiliki kemahiran membina kapal menyebabkan mereka mempunyai
kemudahan pengangkutan untuk pergi berdagang.
 Kepulauan Melayu mempunyai bekalan barang dagangan yang banyak menyebabkan
pedagang luar datang untuk mendapatkan bekalan tersebut
 Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan
Usaha yang perlu dilaksanakan untuk menjadikan sesebuah
kerajaan sebagai kuasa maritim yang hebat ?
 Kerajaan perlu meningkatkan kestabilan politik negara supaya keselamatan perairan
maritim negara terjamin.
 Kerajaan perlu menjalinkan hubungan diplomatik agar dapat mengeratkan hubungan
dengan negara luar.
 Kerajaan perlu menyediakan kemudahan yang berkualiti agar pelabuhan dapat diuruskan
dengan lebih cekap.
 Kerajaan patut mendirikan akademi maritim agar dapat melahirkan masyarakat yang
berpengetahuan dalam bidang pelayaran.
 Semua pihak perlu memupuk semangat berani meneroka lautan dalam kalangan
masyarakat agar generasi muda memiliki keyakinan diri yang tinggi.
 Kerajaan patut menyediakan peruntukan kewangan yang cukup agar dapat membantu
pihak yang berminat dalam bidang maritim.
Wajarkah kerajaan memberikan penekanan kepada perdagangan maritim sebagai
langkah untuk meningkatkan kemajuan ekonomi negara

 Kerajaan memberikan penekanan kepada perdagangan maritim untuk


meningkatkan kemajuan ekonomi negara adalah tindakan yang wajar
kerana....
1. dapat menggalakkan pelaburan asing ke negara kita.
2. negara kita akan dapat menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
3. Ekonomi negara bertambah maju kerana hasil pengeluaran negara semakin meningkat.
4. dapat meningkatkan imej negara setanding dengan kuasa maritim lain.
5. dapat meningkatkan keyakinan negara luar terhadap keupayaan negara kita.
6. pengaliran dana asing untuk melabur di negara kita kian bertambah.

You might also like