Ulasan Faedah Melancong Dalam Negara

You might also like

You are on page 1of 2

Rakyat negara kita semakin berkemampuan untuk pergi melancong.

Aktiviti ini banyak manfaatnya jika kita mengutamakan aktiviti


melancong dalam negara. Aktiviti melancong dalam negara dapat
meningkatkan ekonomi dalam kalangan pengusaha industri
pelancongan kerana terdapatnya peningkatan permintaan dalam
kalangan pelancong tempatan terhadap industri hotel dan industri kraf
tangan. Selain itu, aktiviti melancong dalam negara juga dapat
meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan kerana
pengusaha pelancongan memerlukan pekerja. Aktiviti melancong dalam
negara juga dapat meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti lebuh
raya dan hentian rehat dan rawat. Hal ini memberikan keselesaan
kepada pengguna. Kesimpulannya, aktiviti melancong dalam negara
lebih banyak faedah dan rakyat hendaklah mengutamakan melancong
dalam negara.
(97 patah perkataan)

You might also like