You are on page 1of 39

TAMADUN INDIA

PENGENALAN TAMADUN INDIA

ianya bermula di benua India dan berpusat


di lembah sungai Indus.

Perkembangannya meliputi aspek agma


dan falsafah, seni, budaya dan sebagainya.'

tamadun India merupakan tamadun yang


tertua di dunia.

tamadun India juga banyak mempengaruhi


peradaban di dunia.
KONSEP DAN TAKRIFAN

• Tamadun India mempunyai 2


bahagian

1. INDO-ARYA berpusat di utara


India
2. DRAVIDA berpusat di selatan
India
MASYARAKAT INDO-ARYA MASYARAKAT DRAVIDA

• Menetap dikawasan utara india • Menetap di kawasan selatan India.


• Berbahasa Sanstrik • Berbahasa Tamil
• Mempunyai 4 veda untuk menjadi • mazhab Saivisme dan Vaisanavisme
pegangan yang kuat. menjadi asas kepercayaan, pemikiran dan
1. Rig amalan kehidupan seperti yang
2. Yajur dinyatakan dalam puisi Sangan
3. Sama
4. Atharva

• Kitab ini mencerminkan mengenai


pemikiran, kepercayaan, amalan
dan juga kehidupan
SEJARAH RINGKAS TAMADUN INDIA
• Tamadun India merupakan tamadun yang tua.
• Merujuk kepada tamadun yang berpusat di Lembah Sungai Indus di
benua India
• Tamadun yang telah berumur lebih daripada 5000 tahun ini boleh
dibahagikan kepada beberapa zaman, umpamanya :
 Zaman Sejarah awal,
 Zaman Vedik, ( 1500-500SM)
 Zaman Dinasti Maurya, (321-185SM)
 Zaman Emayar Gupta,(300-600TM)
 Zaman Sangam
 Zaman Pallava (600-900)
 Zaman chola ( 850-1200)
 Zaman Muslim
 Kerajaan vijayanagar
• Zaman pelbagai pemerintahan ini meninggalkan kesan besar serta
mempengaruhi sifat luaran dan dalaman negara itu sekarang.
Asal usul Nama India
• Nama negara India dalam Zaman Klasik adalah berasaskan kepada
bahasa Sanskrit iaitu Bharata Varsha atau BharataKhanda, sempena
nama seorang pemerintah India ketika itu iaitu Bharata.
• Nama lain bagi India ialah Jambu Dvipu.
• Orang-orang Greek menamakan kawasan ini sebagai Indu.
Berdasarkan kepada nama Indu inilah maka India dikenali sebagai
sebuah negara.
• Merangkumi dua bahagian utama:
1. Indo-Arya berpusat di utara India
2. Dravida yang berpusat di selatan
Masyarakat Indo-Arya
Bahasa utama ialah Sanskrit
Berpegang kepada 4 Veda: Rig, Yajur, Sama dan Atharva yang
mencerminkan pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat
Indo-Arya

Masyarakat Dravida
Berbahasa Tamil
Kepercayaan, pemikiran dan amalan berasaskan ajaran mazhab Saivisme
dan Vaisanavisme sebagaimana yg terkandung dalam puisi klasik Sangam
Pandangan semesta Tamadun
India
Hinduisme merangkumi idea
idea agama , falsafah,dan
Bergantung kepada
budaya, kepercayaan
FALSAFAH dan
kepada kelahiran semula,
pegangan Agama
Tuhan yg mutlak, peraturan
masyarkat inda.
sebab dan akibat, agungkan
keadilan
Agama Hindu
• Adalah satu cara hidup yang diistilahkan sebagai Sanatana Dharma
(agama yang kekal abadi)
• Pengasas dan tarikh tidak diketahui.
• Terdapat 6 mazhab bergantung kepada dewa-dewi yang disembah
5 Prinsip utama dalam agama Hindu
• Kewujudan tuhan yang tunggal
• Manusia itu suci
• Perpaduan melalui percintaan
• Harmoni agama
• Pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan
mantera yang suci
10 Disiplin sejagat pula ialah:
• Kejujuran (satya)
• Kesederhanaan (ahimsa)
• Tidak berzina (brahmacharya)
• Tidak merompak(asteya)
• Kesucian (aparigraha)
• Kebersihan(Shaucha)
• Kepuasan (Santosh)
• Mengaji kitab (Swadhyaya)
• Penjimatan (tapas)
• Doa(Pooja)
Agama
Buddha
• Diasaskan oleh Siddharta Gautama (563-483sm)
• Terima kesedaran setelah bertapa di bawah pokok Bodhi
• Kemudian dikenali sebagai Buddha (yang mendapat
kesedaran)
• Ajaran Buddha utama Dhamma/Dharma yang menerangkan 4
kebenaran mulia dan 8 jalan mulia
Kebenaran Mulia dan Jalan mulia adalah untuk mengatasi samsara
(sengsara) kitaran kelahiran semula

Perbuatan jahat mesti dijauhi untuk menghindari karma.

Empat kebenaran Mulia


• Penderitaan itu universal
• Ada punca segala penderitaan
• Penderitaan boleh diatasi
• Ada cara mengatasi penderitaan
Lapan Jalan Mulia:
• Pandangan yang betul (kefahaman) samma ditthi
• Fikiran atau Tujuan yang betul (Cita-cita) samma sankappa
• Pertuturan yang betul (Komunikasi) samma vaca
• Kelakuan yang betul (Aksi) samma kamanta
• Kehidupan yang betul (sara hidup) samma avija
• Usaha yang betul ( daya usaha) samma vayayama
• Kesedaran yang betul (minda) samma samadhi
• Tumpuan pemikiran yang betul (meditasi) samma sati

Lapan jalan yang mulia adalah untuk mencapai Nirvana


Agama sikh
• Diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539)
• Diteruskan oleh sembilanorang guru sikh
• Kitab suci ialah Guru Granth Sahib yang menjadikan panduan hidup selama-
lamanya
• Percaya Tuhan yang satu, bersifat nirankar, abadi, amat berkuasa, wujud di
mana2, bersifat kesempurnaan dan manusia tidak dapat menhuraikannya
• Tuhan dipangil Waheguru (Tuhan yang menakjubkan)
• Gobind singh(1675-1708) adalah guru terakhir dalam sejarah sikh
• Memperkasa identity sikh dgn memperkenalkan persaudaraan khalsa
dgn memakai 5 symbol utama.

5 symbol utama:
• Kesh (rambut panjang)
• Kangha (sikat)
• Kara (gelang besi)
• Kirpan (pedang kecil)
• Kachera (seluar jerut)
12 Rangkaian roda penderitaan:
• Kecuaian
• Kecenderungan
• Kesedaran tentang kuasa karma
• Nama dan bentuk
• Lima deria dan minda
• Hubungan antara deria dengan objek
• Sensasi
• Nafsu
• bergantung kepada pewujudan
• Bertekad untuk lahir
• Kelahiran
• Usia tua dan kematian
5.3 Masyarakat dan Budaya
dalam Tamadun India
Sistem Keluarga

Sistem Nilai

Kedudukan Kaum Wanita

Sistem Kasta
5.3.1 Sistem Keluarga
• Susun lapis masyarakat India mengikut Veda diistilahkan sebagai Ashrama
Dharma.
• Mengandungi 4 peringkat kehidupan:

Brahmacarya Grihasta
• Usia kecil sehingga 24 tahun • Kehidupan berkeluarga
• 12 tahun pertama – tahap • Disyorkan lelaki berkahwin usia 21-30 tahun
pembelajaran biasa (informal) manakala perempuan 18-25 tahun
• 12 tahun kedua - tahap • Mempunyai persiapan yang cukup sebelum
pembelajaran serius (formal) kahwin
• Perlu menjaga keharmonian keluarga

Vanaprasta Sanyasa
• Golongan berumah tangga berusia - Usia 72 tahun ke atas
48-72 tahun dan berupaya memberi - Berupaya kawal nafsu dan tolak perkara
nasihat duniawi
• Tumpuan kepada keluarga dan - Dianggap alim dan perlu menyebarkan
mendalami agama serta menolak agama
duniawi
5.3.2 Sistem Nilai
• 4 objektif mulia yang mesti diamalkan oleh manusia mengikut
perspektif Tamadun India iaitu Purusartha:

• Suatu peraturan moral dan etika bersifat kerohanian.


• Diperoleh melalui pendidikan bersifat kerohanian di tanam pada tahap
Aram Dharma Brahmacarya.
• Merupakan objektif pertama.

• Kekayaan.
Porul/Artha • Mencari dan kumpul kekayaan setelah mendalami ilmu dan kemahiran
melalui proses “aram” iaitu cara halal.

• Kumpul harta kekayaan dengan cara halal dan berhak menikmatinya


berlandaskan Dharma.
Inbam/Karma • Kaum keluarga hendaklah dipelihara dengan kekayaan yang dimiliki.
Pembaziran dianggap langgar Dharma.

• Capai kebebasan kerohanian dan terlepas daripada lingkaran


Vidu/Moksha kelahiran dan kematian.
• Kegembiraan kerohanian dianggap sesuatu yang berkekalan.
5.3.3 Kedudukan Kaum Wanita
Masyarakat Vedik

• Wanita diberi kedudukan terhormat dalam masyarakat Vedik. Ada yang menjadi rishi
(pertapa) dan mencipta mazmur dan jalankan upacara pengorbanan seperti lelaki.

• Maka, tiada batasan yang ditujukan ke atas kaum wanita dan mereka tidak diasingkan atau
dikecualikan daripada mendapat pelajaran.

• Visvavara yang mencipta mazmur, menjalankan upacara pengorbanan, merayu kepada dewa
Agni supaya kukuhkan kehidupan rumah tangga.

• Dalam hal pemilihan bakal suami, ibu bapa yang membuat keputusan dan mereka akan
hantar anak gadis mereka dengan hiasan emas.

Masyarakat Indo-Arya

• Masyarakat Indo-Arya juga menghormati wanita dan mereka menikmati kebebasan dan
saksama seperti lelaki. Walau bagaimanapun, wujud juga jurang ketidakadilan contohnya
wanita diberi pendidikan asas dan peranan dalam urusan rumah tangga sahaja.
Masyarakat Dravida

• Begitu juga dalam masyarakat Dravida, wanita diberi kedudukan yang tinggi namun mereka

tidak diberikan taraf yang sama seperti lelaki.

• Menurut mereka, wanita yang baik mempunyai sifat malau yang tinggi (nanam) dan merendah

diri (madam) .

• Mereka sangat menghargai sifat keibuan yang ada pada wanita hal ini jelas apabila mereka

memanggil anak perempuan yang kecil dengan panggilan “amma”.

• Hal ini disebabkan anak perempuan akan menjadi ibu apabila mereka berkahwin.

• Masyarakat Dravida melihat peranan seorang ibu sangat penting dan menyebabkan wanita

diberi ruang dalam masyarakat dan peluang belajar pada peringkat tinggi.

• Namun begitu, kedudukan wanita mulai mengalami kemerosotan selepas zaman Sangam.
5.3.4 Sistem Kasta
• Satu amalan unik dalam Tamadun India ialah menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat
(stratifikasi sosial) yang mempunyai peranan tersendiri. Sistem Kasta ini terdiri daripada dua
jenis iaitu:

Sistem Varna

• Pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah.

• Sistem ini mempunyai 4 kelas sosial:


Brahmin
(Pendidik, golongan
terpelajar)

Ksatria
(Pemerintah , Pasukan
Keselamatan)
Vaisya
(Golongan Peniaga)
Sundra
(Golongan Pekerja)
• Sistem ini diamalkan di India Utara dengan berkesan kerana sistem ini dipelihara oleh
pemerintah.

• Amalam sistem ini sudah wujud sejak Zaman Veda Awal (1500SM-1000SM). Awalnya
masyarakat tempatan tidak dimasukkan dalam sistem kerana terdapat pertentangan
budaya antara orang Arya dan penduduk tempatan.

• Pada awalnya, sistem ini dikenali sebagai Trivarna atau Tiga Varna yang merangkumi
Brahmin, Ksatria dan Vaisya. Kemudiannya barulah dimasukkan masyarakat tempatan
yang dikenali sebagai Sundra.
Sistem Jati

• Berasaskan kesatuan sekerja dan tidak mempunyai hierarki sosial. Wujud pada Zaman Veda
bertujuan untuk menjaga kebajikan ahlinya apabila pemerintahan pusat mengalami
kemerosotan dan tidak mampu menjamin keselamatan rakyat.

• Jati merupakan kumpulan yang berfungsi berdasarkan pekerjaan yang mempunyai identiti
sosial dan kepentingan ekonomi.

• Sistem ini bermula di India Utara dan tersebar ke seluruh benua kecil India dan mempunyai
sistem pentadbiran dan keadilan tersendiri.

• Sistem keadilan dikendalikan oleh jawatankuasa lima orang dipanggil Panchayat iaitu
berperanan sebagai unit politik kecil tersendiri dan membangkitkan semangat jatisme.

• Kemudian, sistem ini berubah dengan wujudnya pemeringkatan taraf.

• Berlaku pengasingan sosial bertujuan menjaga identiti jati masing-masing.

• Menjadi semakin serius apabila jati-jati tertentu tidak boleh disentuh (untouchable) seperti
golongan Harijan.
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA
DALAM PELBAGAI BIDANG

I) BAHASA
II)KESENIAN
III) SAINS DAN TEKNOLOGI
BAHASA

BAHASA SANSKRIT
• Bahasa Sanskrit adalah asas kepada bahasa Hindia masyarakat India Moden.
• Bahasa pertuturan utama masyarakat Indo-Arya dan pecahannya terdiri daripada
bahasa Hindi, Punjabi, Gujarati, Benggali, Oriya, Kashmiri, Marathi dan Nepali

BAHASA TAMIL
• Bahasa utama digunakan oleh masyarakat Dravida di India Selatan.
• Bahasa Tamil dikatakan sebagai bahasa yang paling tua ia dituturkan oleh
masyarakat India sebelum kedatangan orang Indo-Arya.
KESENIAN
Tiga aspek terkandung dalam seni halus iaitu tarian, muzik dan drama.

1. Seni Tarian
• Tarian klasik Bharata Natyam dan Kathak merupakan persembahan
serentak muzik dan drama.
• Seni muzik berkembang seiring dengan seni tari, irama (tala) dan melodi
(raga) merupakan kombinasi yang digunakan serentak
• Perkara yang penting dalam tarian ialah muzik, pakaian, gerakan,
ekspresi dan emosi.
• Bukan sekadar hiburan tetapi mengandungi unsur keagamaan.
• Alat muzik yang sering digunakan aalah Sitar, Shnai, Tabala, Veena,
Natasvaram dan Mridangam.
Tarian Bharata Natyam

Tarian Kathak
2) Seni bina
• Seni bina kuil Hindu
ditentukan oleh peraturan,
perancangan, pemilihan
tapak, mitologi dan
astronomi.
i. Kuil umumnya 2 bentuk;
bulat dan empat segi
ii. Kuil adalah tempat suci dan
menghimpunkan rakyat dari
pelbagai lapisan.
3) Seni ukur
• Seni ukur India merangkumi
pembuatan patung, tiang
berukir dan seni pahat adalah
berkait rapat dengan aspek
agama anutan masyarakatnya.
• Contohnya, pembinaan tiang-
tiang Asoka daripada batu pasir
yang dilicinkan dan ketinggian 40
kaki membuktikan pencapaian
seni ukir Tamadun India.
4) Seni lukis
• Lukisan dalam Tamadun
India menjadi sebahagian
daripada elemen
keagamaan dan
memaparkan unsur-unsur
keceriaan.
• Binatang dan tumbuhan
juga menjadi motif utama
dalam lukisan tersebut.
SAINS DAN TEKNOLOGI
1) Astronomi
• Masyarakat awal India telah mengambil elemen-elemen universal
seperti bintang, bulan dan matahari sebagai dewa persembahan
mereka.
• Matahari dianggap sebagai ketua segala dewa kerana menjadi punca
cahaya.
• Ilmu astronomi dalam Tamadun India berkait rapat dengan
masyarakatnya yang meletakkan kepercayaan tinggi kepada
Janmakundaili (ramalan).
• Mereka perlu menguasai ilmu astrologi yang berasaskan perederaan
dan pergerakan bintang bagi tujuan meramal nasib.
2) Fizik
• Ilmu fizik adalah dikatakan berkembang oleh ahl falsafah yang
bematlamat untuk memahami tentang manusia, kehidupan dan alam.
• Terdapat empat elemen asas bagi dunia ini iaitu bumi, api, air dan
udara dan satu elemen tambahan iaitu gelombang.
• Kelima-lima elemen ini mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan
manusia iaitu;
i. bumi dikaitkan dengan bau
ii. udara dengan perasaan
iii. api dengan pandangan
iv. air dengan rasa
v. gelombang dengan bunyi atau pendengaran
Tamadun India dan Relevansinya Dalam
Konteks Tamadun Malaysia
1. Kewujudan istilah Survanabhumi ( Tanah Keemasan ) dan Suvarnadvipta (
Pulau/ Semenanjung Keemasan )
2. Interaksi awal berlaku dalam konteks perdagangan dan penyebaran
agama Hindu Buddha.
3. Kesan interaksi Tamadun Melayu dan Tamadun India adalah dari segi
penyebaran agama, sistem pemerintahan, bahasa dan kesusasteraan,
adat resam dan struktur masyarakat.
4. Pengaruh Tamadun India di Malaysia dikesan melalui penemuan
arkeologi di Kedah.
5. Pelabuhan Kuala Merbok menjadi laluan dan persinggahan kapal-kapal
pedagang dari India.
6. Dari segi politik, konsep Dewaraja ( konsep Ketuhanan ) yang telah
mempengaruhi masyarakat di Tanah Melayu.
i. dalam tradisi Hindu, raja yang bakal ditabalkan perlu melalui
beberapa upacara keagamaan.
ii. Dilakukan oleh para Brahman yang layak mengiktiraf raja sebagai
dewa.
iii. Upacara pertabalan ini dilakukan untuk mengekalkan status tinggi
raja-raja.
7. Aspek kesusasteraan, epik-epik agung hindu seperti Mahabrata dan
Ramayana. Sebagai contoh :
- Hikayat Seri Rama.
- Hikayat Pandawa Lima.
i. Terdapat juga seni wayang kulit, magis, lukisan, tarian, adat istiadat
perkahwinan dan makanan.
8. Sistem kasta dalam tamadun India memberi kesan sosial dalam
masyarakat di Tanah Melayu.
Golongan bangsawan dianggap lebih mulia daripada golongan
bawahan dan telah membawa kemunculan masyarakat Melayu
Feudal.
Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah
KESIMPULAN
1. Tamadun India dikaitkan dengan dua buah masyarakat utama yang
mendiami benua India iaitu di India Utara dan India Selatan

2. Walaupun mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi kepelbagaian


budaya, agama dan bahasa kedua-dua masyarakat ini telah Berjaya
mewujudkan satu sistem masyarakat yang tersendiri

3. Perkembangan Tamadun India juga dilihat melalui pencapaian yang


dimiliki oleh masyarakat India dalam pelbagai bidang

You might also like