You are on page 1of 5

Refleksi PTM hari ke-4

(21 Nov 2019)

Kumpulan 2
Slot 1: Pengurusan Integriti dan Keselamatan
• Mengakui bahawa cabaran besar yang perlu ditanganinya
oleh guru ialah pemantapan etika dan integriti.
• Memahami bahawa budaya kerja yang unggul dan
cemerlang menjadi asas kepada peningkatan dan kualiti
produktiviti seseorang guru.
• Pembentukan budaya kerja berkualiti hanya akan tercapai
sekiranya guru mempraktikkan etika kerja dan sifat integriti
yang menyeluruh dan positif.
Slot 2: Tanggungjawab dan Peranan Pegawai
Awam
• Menimba ilmu tentang syarat pelantikan, kenaikan pangkat
dan penamatan perkhidmatan pegawai awam
• Memahami bahawa penjawat awam perlu melengkapkan diri
dengan ciri-ciri positif penakluk dunia terkemuka antaranya
mempunyai daya kekuatan dan ketahanan, kebijaksanaan
berunding dan mampu bertindak sebagai satu pasukan
• Menyedarkan bahawa tanggungjawab dan peranan kita
sebagai guru untuk memurnikan generasi yang akan datang
Slot 3: Pengenalan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia
• PPPM merupakan pelan yang telah dbuat selepas Kementerian
Pendidikan Malaysia membuat kajian semula secara menyeluruh
mengenai sistem pendidikan di Malaysia pada Oktober 2011.
• Pelan ini juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki
enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di
peringkat global, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan
beragama, serta beridentiti kebangsaan.
• Kami amat bersetuju dengan aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia
iaitu mencapai lima keberhasilan secara keseluruhan iaitu akses,
kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Slot 4: Program Kebudayaan
• Kumpulan kami mempersembahkan drama pendek iaitu
“Suzanna” yang bertemakan 70-an.
• Dalam persembahan ini, ahli kumpulan amat bekerjasama antara
satu sama lain bagi menyempurnakan persembahan tersebut.
• Secara tidak langsung, tali silaturahim antara ahli kumpulan dapat
dipertingkat.
• Bukan itu sahaja, kami juga dapat menikmati persembahan
daripada kumpulan lain dan mempelajari kekuatan daripada
kumpulan lain.
• Ini telah membuka mata kami dan menyebabkan suasana
Program Kebudayaan amat meriah.

You might also like