You are on page 1of 9

PERTUBUHAN

Apa itu PERTUBUHAN?


• Di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 "Pertubuhan"
ditakrifkan sebagai persatuan, kelab atau badan-badan yang
bergerak berasaskan keahlian mengandungi 7 orang ahli atau
lebih serta mempunyai tujuan-tujuan tertentu sama ada kekal
atau sementara tetapi tidak termasuk pertubuhan-
pertubuhan/badan-badan yang telah disahkan
pengwujudannya di bawah undang-undang lain yang
berkuatkuasa di Malaysia seperti syarikat, kesatuan sekerja,
koperasi dan sebagainya.
UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN –PERATURAN
YANG BERKUATKUASA
(a) Akta Pertubuhan 1966
(b) Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984
Bagaimana menubuhkan
PERTUBUHAN?
1. Satu mesyuarat penubuhan yang dihadiri oleh sekurang-
kurangnya tujuh (7) orang hendaklah diadakan dan nama-nama
mereka yang hadir hendaklah dicatatkan dalam minit mesyuarat.

*Wakil daripada sekurang-kurangnya 7 negeri berlainan


hendaklah hadir dalam mesyuarat ini bagi memenuhi syarat
penubuhan pertubuhan peringkat kebangsaan. Mereka perlu
dilantik sebagai AJK penaja
• Mesyuarat penubuhan tersebut hendaklah membuat
ketetapan-ketetapan berikut:
(a) bersetuju menubuhkan pertubuhan
(b) meluluskan nama pertubuhan yang akan didaftarkan
(nama pertubuhan hendaklah selaras dengan tujuan dan
keahlian pertubuhan)
(c) menetapkan tempat urusan (alamat) yang akan
didaftarkan
(d) melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Pertubuhan
untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan
Sediakan senarai AJK Penaja yang mengandungi
butir-butir:

1. nama penuh seperti dalam myKad

2. jawatan dalam pertubuhan

3. nombor kad pengenalan

4. tarikh lahir dan tempat lahir (daerah)

5. pekerjaan

6. emel

7. nombor telefon (Rumah/Bimbit/Pejabat)


-
8. nama dan alamat majikan
-
9. alamat rumah kediaman semasa bagi tiap-tiap Ahli Jawatankuasa
• meluluskan undang-undang (perlembagaan) pertubuhan yang
hendak didaftarkan termasuk lambang, bendera, lencana dan
lain-lain tanda yang berwarna bersama dengan keterangan
mengenai maksud tanda-tanda tersebut di dalamnya (jika
berkenaan).

• Mencatatkan perjalanan mesyuarat penubuhan (Minit


Mesyuarat Penubuhan) pertubuhan serta keputusan terhadap
ketetapan-ketetapan yang dibuat. 
CARA MEMOHON PENDAFTARAN
PERTUBUHAN
• Setiausaha Penaja hendaklah mendaftarkan diri sebagai pengguna
sistem eROSES di www.eroses.gov.my. Sila rujuk Panduan Pengguna
eROSES untuk maklumat lanjut.

• Bayaran Fi sebanyak RM30.00 dan boleh dibayar melalui kaedah berikut:

(a) Kaunter Jabatan. Rujuk alamat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan


Malaysia Negeri di sini.

(b) Online Payment: Bayaran secara on-line melalui kemudahan Akaun


Debit (FPX) sekiranya anda mempunyai akaun perbankan internet di bank
bawah MEPS FPX iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank, Hong
Leong Bank Berhad, Maybank Berhad, Public Bank Berhad dan RHB
Bank.
SEMAKAN PERMOHONAN
PENDAFTARAN
• Notis pemberitahuan keputusan akan dihantar ke emel
Setiausaha Penaja. Anda juga boleh merujuk ke Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri di mana alamat
berdaftar pertubuhan ditetapkan.

PERINGATAN
Pengguna yang ingin mendaftarkan Perlembagaan sendiri
hendaklah hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan Malaysia untuk semakan Perlembagaan
terlebih dahulu.

You might also like