You are on page 1of 3

a.

SETELAH PENDAFTARAN DILULUSKAN

1. MESYUARAT PERTAMA

a. Pertubuhan boleh memilih untuk mengadakan mengadakan mesyuarat (agung)


pertama dalam tempoh 3 bulan pertama atau setelah tamat tahun kewangan.
b. Penyata tahunan (pertama) dihantar melalui www.eroses.gov.my menggunakan modul
Penyata Tahunan dalam tempoh 60 hari dari tarikh mesyuarat.

2. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN / DWI TAHUNAN / TIGA TAHUN SEKALI

a. Pertubuhan perlu mematuhi kehendak perlembagaan dalam mengadakan mesyuarat


agung termasuklah tempoh (jarak) di antara satu-satu mesyuarat.

b. Pengendalian mesyuarat agung perlu mengambilkira dan mematuhi:


i. Tempoh notis dalam memanggil Mesyuarat Agung.
ii. Korum lazimnya separuh dari jumlah ahli yang layak mengundi / dua kali ganda
bilangan AJK, walau bagaimanapun ia berbeza mengikut perlembagaan pertubuhan.
iii. Notis perlu mengandungi maklumat tarikh, masa dan tempat.
iv. Sertakan agenda mesyuarat, minit mesyuarat yang lalu, penyata tahunan (termasuk
penyata kewangan) dan borang cadangan / usul.
v. Agenda mesyuarat termasuklah perlantikan AJK, perlantikan juru audit, perlantikan
pegawai awam, perlantikan pegawai harta, pindaan perlembagaan, perancangan
aktiviti dan lain-lain.
vi. Bendahari sebelum itu perlu menyerahkan penyata kewangan kepada juru audit untuk
diaudit.
vii. Penyata kewangan hendaklah dibentang dan disahkan semasa mesyuarat agung.
viii. Pindaan perlembagaan tidak boleh dibuat sekiranya korum mesyuarat tidak
mencukupi.

c. Setiausa hendaklah merekodkan perjalanan mesyuarat dan mengemukakan penyata


tahunan (setiap tahun) melalui www.eroses.gov.my menggunakan modul Penyata
Tahunan dalam tempoh 60 hari dari tarikh mesyuarat.
d. Minit mesyuarat perlu dihantar kepada semua ahli dalam tempoh tiga (3) bulan
selepas selesai mesyuarat.

3. PENGHANTARAN PENYATA TAHUNAN

a. Pertubuhan perlu mematuhi Seksyen 14(1), Akta Pertubuhan 1966 dalam


mengemukakan penyata tahunan.
b. Penyata tahunan dikemukakan dalam tempoh 60 hari setelah mesyuarat selesai
dijalankan atau pada tahun tiada mesyuarat agung, penyata tahunan perlu dihantar
dalam tempoh 60 hari dari tamatnya tahun kalendar.
c. Penyata tahunan mengandungi maklumat lengkap berkenaan mesyuarat agung,
barisan AJK (terkini), penyata kewangan (termasuk pendapatan dan perbelanjaan
dari/keluar negara) serta butiran aset dan liabiliti pertubuhan.

4. PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN

a. Seksyen 11(1), Akta yang sama mewajibkan bahawa permohonan pindaan


perlembagaan juga hendaklah dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan
(mesyuarat agung) bersetuju untuk meminda.
b. Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, menetapkan fi RM10.00
dikenakan untuk proses ini.
c. Pindaan perlembagaan hanya boleh dibuat melalui mesyuarat agung.

5. PERMOHONAN PERLANTIKAN PEGAWAI HARTA & PEGAWAI AWAM

a. Seksyen 9(b), Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan 3 orang pemegang jawatan


utama pertubuhan boleh dilantik dan disakan oleh Pendaftar sebagai Pegawai Harta.
b. Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, menetapkan fi RM10.00
dikenakan untuk proses ini.
c. Seksyen 9(c), Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan seorang ahli pertubuhan boleh
dilantik dan disakan oleh Pendaftar sebagai Pegawai Awam.
d. Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, menetapkan fi RM10.00
dikenakan untuk proses ini.
6. PERMOHONAN CAWANGAN BARU

a. Seksyen 12(1), Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan bahawa penubuhan


cawangan oleh pertubuhan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran
Pendaftar.
b. Seksyen 12(6), Akta yang sama memperuntukkan bahawa penubuhan cawangan
(baru) oleh pertubuhan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga (3) setelah mendapat
kebenaran.
c. Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, menetapkan fi RM10.00
dikenakan untuk proses ini.

7. MESYUARAT JAWATANKUASA

a. Mesyuarat jawatankuasa dijalankan mengikut ketetapan perlembagaan. Lazimnya


setiap tiga (3) bulan sekali.
b. Korum mesyuarat adalah setengah (1/2) daripada jumlah AJK.
c. Notis mesyuarat hendaklah disampaikan tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat.
d. Laporan kegiatan AJK perlu dikemukakan kepada mesyuarat agung.
e. Jawatankuasa boleh melantik Jawatankuasa Kecil sekira difikirkan perlu.
f. Laporan/minit mesyuarat jawatankuasa tidak perlu dikemukakan kepada Pendaftar
tetapi pertubuhan hendaklah merekodkan perjalanan mesyuarat.

8. MESYUARAT AGUNG KHAS

a. Mesyuarat agung khas dijalankan apabila


i. Difikirkan mustahak oleh jawatankuasa; atau
ii. Setiausaha pertubuhan menerima permintaan bertulis daripada tidak kurang satu
perlima (1/5) ahli yang berhak mengudi. Ia hendaklah mengandungi sebab dan tuuan
mesyuarat ingin diadakan.
b. Mesyuarat perlu diadakan dalam tempoh satu (1) bulan setelah menerima permintaan
itu.
c. Notis hendaklah dihantar sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh mesyuarat.
d. Korum mesyuarat adalah sebagaimana korum mesyuarat agung tahunan/dwi
tahunan/tiga tahun sekali.
e. Sekiranya korum mesyuarat tidak cukup selepas setangah jam, maka mesyuarat
hendaklah dibatalkan. Mesyuarat yang diminta oleh ahli-ahli bagi tujuan yang sama tidak
boleh diadakan dalam tempoh enam (6) bulan.
f. Minit mesyuarat perlu dihantar kepada semua ahli dalam tempoh tiga (3) bulan selepas
selesai mesyuarat.

You might also like