You are on page 1of 20

HIKAYAT MARAKARMA

KOMSAS TING.1: PROSA TRADISIONAL

DISEDIAKAN OLEH:
ARIEF HAKIMI BIN ADRI
TINGKATAN 1 CEKAL / 2013
SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT
SINOPSIS: BAB 1
• Betara Angkasa Indera Dewa telah meminta kebenaran
untuk turun ke bumi kepada Betara Guru untuk melihat
temasya raja-raja di dunia.
• Betara Guru tidak membenarkannya tetapi selepas tiga
kali Betara Angkasa bertemu dengan Betara Guru,
akhirnya diizinkan.
• Betara Angkasa Indera Dewa turun ke bumi ditemani
Dewi Kencana, iaitu isterinya.
SINOPSIS: BAB 2
• Di bumi Betara Angkasa dikenali sebagai Si Miskin dan
isterinya sebagai isteri Si Miskin.
• Si Miskin dan isterinya tinggal di negeri Anta Beranta
dan telah dihina dan dikasari oleh penduduk negeri
tersebut.
• Kemiskinan telah membuatkan Si Miskin dan isterinya
mencari makanan dalam timbunan sampah dan mereka
telah jumpa sebiji ketupat basi dan sebuku tebu.

• Sebenarnya ketupat dan tebu yang mereka makan


adalah anak kepada Betara Karma Jaya yang meminta
izin turun ke bumi.
• Isteri Si Miskin telah mengandung dan mengidam
hendak makan buah mempelam dan nangka yang
terdapat di taman raja.
• Si Miskin telah meminta buah tersebut daripada
Maharaja Indera Dewa.
• Maharaja berasa kasihan dan memberikan buah
tersebut di taman raja.
SINOPSIS: BAB 3
• Isteri Si Miskin telah melahirkan seorang anak lelaki dan
diberi nama Marakarma.

• Si Miskin telah menjumpai tempayan yang berisi emas


ketika sedang menggali lubang dan kehidupan mereka
berubah dengan sekelip mata.
• Si Miskin percaya bahawa anak lelakinya itu membawa
rahmat dan berdoa agar terbina sebuah kerajaan.
• Dengan izin Allah swt, jadilah sebuah negeri dan Si
Miskin memerintah kerajaan yang bernama Puspa Sari
dan menukar namanya kepada Maharaja Indera
Angkasa dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi.
• Kemudian, Tuan Puteri Ratna Dewi telah melahirkan
seorang anak perempuan yang diberi nama Tuan Puteri
Nila Kesuma.
• Maharaja Indera Angkasa telah memerintah kerajaannya
dengan adil dan beliau seorang yang berjiwa rakyat.
TEMA & PERSOALAN
TEMA:
• Ketabahan hati sepasang suami isteri yang berasal dari
kayangan menempuh dugaan dan penderitaan hidup di
bumi.
PERSOALAN:
• Kemahuan untuk mencari suasana baru dalam
kehidupan.
• Kesengsaraan dalam menempuh kehidupan dan tabah
mengharunginya.
• Ketaatan seorang isteri terhadap suami.
• Tuhan Maha Berkuasa untuk menentukan nasib
hambaNya.
• Kesaktian yang tidak dimiliki oleh manusia biasa.
WATAK &
PERWATAKAN
BETARA ANGKASA INDERA DEWA (Si Miskin)
• Seorang maharaja di kayangan.
• Gagah, berani, dermawan dan setiawan.
• Ingin turun ke bumi untuk melihat temasya raja-raja.
• Sangat menyayangi isterinya.
• Seorang yang sabar dan tabah.
DEWI KENCANA (isteri Si Miskin)
• Isteri Betara Angkasa Indera Dewa.
• Mengikut suaminya turun ke bumi.
• Sangat menyayangi suaminya.
• Seorang yang sabar dan tabah.
• Setia kepada suaminya.
• Mengidam buah mempelam dan nangka ketika hamil.
MAHARAJA INDERA DEWA
• Raja negeri Anta Beranta.
• Seorang yang baik hati kerana memberi buah
mempelam dan nangka kepada isteri Si Miskin yang
mengidam.

MARAKARMA
• Anak Si Miskin.
• Berasal dari kayangan.
• Mempunyai paras rupa yang menawan.
LATAR

MASA
• Zaman dahulu kala.
• Pada waktu pagi hingga malam.

TEMPAT
• Di negeri kayangan
• Di negeri Anta Beranta
• DI negeri Puspa Sari
MASYARAKAT
• Masyarakat kayangan
• Masyarakat dalam kemiskinan
• Masyarakat berani menempuh cabaran
• Masyarakat setia kepada pemerintah.
PLOT
PERMULAAN
• Betara Angkasa Indera Dewa meminta keizinan daripada
Betara Guru untuk turun ke bumi bagi melihat raja–raja
bertemasya bersama isterinya, Dewi Kencana. Akhirnya
dibenarkan oleh Betara Guru.

PERKEMBANGAN
• Betara Angkasa Indera Dewa dan isterinya telah turun
ke bumi dan mereka hidup dalam kemiskinan. Mereka
tinggal di negeri Anta Beranta.
KLIMAKS
• Si Miskin menjumpai tempayan yang berisi emas
semasa sedang menggali tanah. Kemudian, kehidupan
Si Miskin dan isterinya telah berubah menjadi senang.

PELERAIAN
• Si Miskin telah memerintah sebuah kerajaan bernama
Puspa Sari. Si Miskin telah menukar namanya kepada
Maharaja Indera Angkasa. Baginda hidup bahagia
bersama dua orang anaknya iaitu Marakarma dan Puteri
Nila Kesuma.
NILAI
KEBERANIAN
• Betara Angkasa Indera dan isterinya berani menempuh
kesusahan hidup di bumi.
TABAH
• Si Miskin dan isterinya menghadapi hinaan dan cercaan
orang ramai.
KASIH SAYANG
• Dewi Kencana sanggup mengikut suaminya turun ke bumi.
SIMPATI
• Maharaja Indera Dewa bersimpati terhadap Si Miskin dan
memberikan buah nangka dan mempelam yang diidamkan
oleh isteri Si Miskin.
PENGAJARAN

• Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dan


kesusahan
• Kita wajarlah bertimbang rasa dan tolong-menolong
sesama manusia
• Kita mestilah berani menghadapi risiko dalam kehidupan
• Jangan menghina dan mencerca orang lain walaupun
orang itu miskin atau susah
TAMAT

TERIMA KASIH

You might also like