You are on page 1of 10

Folio Digital Sistem Nombor

Perenambelasan
Ahli: Ashvinii & Liew Exuan
Kelas: 2SM
Guru: Cikgu
Senarai Ringkasan

Muka Surat Kandungan Muka Surat Kandungan


6 1.4.1 Hubung Kait pelbagai
1 Tajuk pengekodan ASCII dengan
nombor perenambelasan
2 Senarai Kandungan
7 1.4.2 Hubung Kait pelbagai
pengekodan ASCII dengan
3 1.1 Sistem nombor nombor perenambelasan
perenambelasan
8 1.5.1 Kepentingan
perhubungan pelbagai
4 1.2 Perwakilan nombor pengekodan ASCII dan
sistem perenambelasan nombor perenambelasan
dalam pengekodan ASCII 9 1.5.1 Kepentingan
perhubungan pelbagai
pengekodan ASCII dan
5 1.3 Kepentingan nombor nombor perenambelasan
perenambelasan
10 1.6 Lampiran
1.1 Sistem nombor perenambelasan

• Sistem ini dikenali sebagai Sistem Asas 16


• Juga dikenali sebagai sistem nombor heksadesimal
• Mempunyai 16 pilihan digit: 0 hingga 9 & A himgga F
• Nombor ditandakan dengan subskrip 16, seperti 6B16
• Nilai tempat: 1, 16, 256, 4096 dan seterusnya
1.2 Perwakilan nombor sistem perenambelasan
dalam pengekodan ASCII

Contoh Lampiran A yang


mengaitkan pengekodan ASCII
dengan nombor perenambelasan
1.3 Kepentingan nombor perenambelasan

• Mewakili nombor perduaan yang lebih panjang dan mudah dibaca


• Membolehkan komputer menyimpan data dengan lebih efisien
• Mewakili warna pada alatan digital dalam model warna RGB
• Pembangunan asas sistem mikropemproses
• Segala mesej ralat tentang lokasi ingatan komputer ditunjukkan dengan nombor
perenambelasan
• Memudahkan pembangun sistem mengenal pasti dan membetulkan ralat tersebut
• Penukarannya daripada atau kepada nombor perduaan (bahasa mesin) dengan mudah
1.4.1 Hubung Kait pelbagai pengekodan ASCII dengan
nombor perenambelasan

Apakah Kod ASCII?


ASCII ialah singkatan American Standard Code for Information
Interchange. Pengekodan ASCII merupakan salah satu sistem pengekodan
yang paling luas digunakan dalam dunia pengkomputeran.Kod ASCII ialah
satu set piawai yang paling lazim digunakan sebagai perwakilan data unuk
papan kekunci komputer. Pengekodan ASCII ialah bahasa penterjemahan.
1.4.2 Hubung Kait pelbagai pengekodan ASCII dengan
nombor perenambelasan

• Penukaran pengekodan ASCII dalam nombor perpuluhan kepada nombor


perenambelasan berdasarkan aksara yang diberi( pengekodan utama ASCII adalah dalam
bentuk nombor perpuluhan,maka aksara yang diwakili dengan kod ASCII nombor
perpuluhan perlu ditukarkan kepada nombor perenambelasan untuk perwakilan )
• Penukaran nmbor perenambelasan dengan kod ASCII dalam bahasa mesin (komputer
hanya memahami satu bahasa,iaitu bahasa mesin.Penukaran ini diperlukan kerana
nombor perduaan(sebagai bahasa mesin)yang panjang,rumit ,tidak mudah dibaca dan
tidak mudah untuk diingati dapat diwakili oleh nombor perenambelasan yang lebih
pendek dan kemas.)
1.5.1 Kepentingan perhubungan pelbagai pengekodan
ASCII dan nombor perenambelasan
Komputer menggunakan kod binari untuk berkomunikasi. Salah satu kod binari yang meluas
digunakan adalah kod ASCII. Kod ini diterimapakai oleh hampir semua komputer, mesin elektronik
dan papan kekunci (keyboard).
• Apabila pengguna menekan sebarang butang aksara, nombor atau kawalan pada papan kekunci, ia
akan menghasilkan kod ASCII untuk dihantar ke CPU bagi membolehkan komputer
memprosesnya dan menyimpannya di ingatan utama.
• ASCII mempunyai 128 karakter dan simbol yang diwakili oleh 8 bit nombor asas dua. 32 karakter
pertama dalam ASCII mewakili arahan ( command ) yang digunakan untuk tujuan kawalan.
• Setiap aksara akan ditukar kepada bentuk nombor perduaan yang sepadan. Komputer akan
memproses aksara sebagai bait. Apabila selesai memproses bait, perisian di dalam sistem akan
menukarkan semua kepada bentuk yang difahami dan dipaparkan di skrin komputer.
1.5.2 Kepentingan perhubungan pelbagai pengekodan
ASCII dan nombor perenambelasan
Secara ringkas,
• Kod ASCII membolehkan manusia berinteraksi dengan sebuah komputer.
• Kod ASCII membolehkan pengeluar-pengeluar komponen komputer mengeluarkan komponen
yang boleh beroperasi dengan betul di dalam sebuah komputer.
• Kod ASCII juga berfungsi untuk mencapai kesesuaian di antara pelbagai jenis peralatan
pemprosesan data. Seterusnya ia membolehkan peralatan ini berkomuniksi di antara satu sama lain
dengan sempurna.
• Aksara yang diwakili kod ASCII nombor perpuluhan dapat ditukarkan kepada nombor
perenambelasan dengan mudah sahaja melalui kaedah bahagi dengan 16 dan gunakan bakinya dan
kaedah dengan merujuk kepada lampiran A .
1.6 Lampiran

Merujuk buku teks:


Asas Sains Komputer(Phang Sau Fong, Looi Kam Fatt, Rohaizan bin Abd Jalil)
m/s: 12,18,28,30, 31, 183
Merujuk web:
https://ms.wikipedia.org/wiki/ASCII
https://prezi.com/p/ggzinxnyd3m8/folio-digital-asas-sains-komputer-3 /
https://www.dropbox.com/s/p35eggssdpv5h95/ASK%20KSSM%20T.2.pdf?dl=0
https://www.youtube.com/watch?v=I-0w_YiGW4g

You might also like