You are on page 1of 10

SK SELAYANG JAYA

JALAN SJ 24, TAMAN SELAYANG JAYA


68100 BATU CAVES, SELANGOR

MESYUARAT AGUNG PIBG


KALI KE-32
2020

Dirasmikan :
TUAN U CHIN ONG
AHLI MAJLIS ZON 12, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
MEWAKILI
YANG BERHORMAT TUAN TONY PUA KIAM WEE
AHLI PARLIMEN DAMANSARA

Tarikh : 18 Januari 2020


Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Seri Anggerik, SKSJ
(10 muka termasuk kulit)
Sabtu 18/1/2020

Aturcara Program

8.00 pagi : Ketibaan dan pendaftaran para jemputan,


ibu bapa dan penjaga murid

 8.30 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat


Majlis Bermula
Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor
Ucapan Alu-aluan
8.45 pagi : Bacaan doa
8.50 pagi : Ucapan Naib Yang Dipertua PIBG 2019/2020
(Pn. Norbakyah Binti Ahmad) 
9.10 pagi : Ucapan Penasihat PIBG SKSJ
En. Zulkefli bin Othman
Guru Besar SK Selayang Jaya
9.30 pagi : Ucapan Perasmian Majlis
Tuan U Chin Ong
Ahli Majlis Zon 12 Majlis Perbandaran Selayang
yang mewakili
Yang Berhormat Tuan Tony Pua Kiam Wee
Ahli Parlimen Damansara
 9.50 pagi : Penyampaian Sijil dan Cenderamata kepada AJK
PIBG sesi 2019/2020
 10.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 bermula

 12.30 tengah hari : Bersurai

Kerja kamu sangat


kemas.. Tahniah!!
Sabtu 18/1/2020

Agenda Mesyuarat Agung PIBG 2020

1. Ucapan NYDP (Pn. Norbakyah Binti Ahmad)


2. Ucapan Penasihat (En. Zulkefli bin Othman)
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lepas
4. Pembentangan dan pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan
2019/2020
5. Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan
2019/2020
6. Perbahasan Usul/cadangan
7. Pembubaran AJK PIBG 2019/2020
8. Pelantikan Pengerusi sementara
9. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021
10. Hal-hal lain

Kerja kamu sangat


kemas.. Tahniah!!
Sabtu 18/1/2020

KATA ALU-ALUAN
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
SK SELAYANG JAYA 2019/2020

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera dan salam perpaduan.

Yang saya hormati,

Dato/Datin/Tuan-tuan/Puan-puan/Guru-guru dan semua ahli PIBG.Pertama sekali, saya bersyukur


ke hadrat Allah swt dengan limpah dan rahmatnya, saya berpeluang untuk mencoretkan kata alu-
aluan untuk Mesyuarat Agung Kali Ke-32, PIBG SK Selayang Jaya. Syukur Alhamdulillah.

Sebelum saya melangkah lebih jauh lagi, izinkan saya merakam jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Guru besar, semua Guru Penolong Kanan, Para Guru, staf sokongan, AJK
PIBG, Alumni SKSJ, KSIB dan semua ibu bapa kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk
menerajui PIBG SK Selayang Jaya sesi 2019/2020. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada
semua pihak, saya rasa usaha-usaha yang telah dirancang tidak akan berjaya.

Berkat usaha PIBG dan pihak sekolah yang sangat prihatin terhadap pendidikan murid maka kita
dapat melaksanakan segala aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah kita
khususnya kejayaan dalam UPSR yang lepas.Tahniah diucapkan kepada warga SK Selayang Jaya
kerana telah memperolehi prestasi UPSR yang cemerlang.Selain bidang akademik, wakil sekolah
kita telah menjadi juara sofbol peringkat negeri dan berjaya melayakkan diri ke peringkat
kebangsaan.

Dari segi pembangunan sekolah pula, PIBG telah membangunkan insfastruktur sekolah yang kian
hari kian usang yang mana hasil sumbangan daripada tuan/puan untuk pihak sekolah.

Oleh hal demikian, PIBG sentiasa menyokong segala program anjuran pihak sekolah bagi
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam apa jua bidang. Saya juga menyeru, semua ibu
bapa turut bekerjasama dengan pihak PIBG dan pihak sekolah untuk bersama-sama
menyumbangkan khidmat bantu dan tenaga seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia anjakan kesembilan iaitu Sarana Ibu bapa.

Akhir sekali, saya mewakili jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020 ingin memohon maaf sekiranya
ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku NYDP PIBG sesi
2019/2020. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada ALLAH swt dan sebaliknya datang
dari kelemahan saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

 (NORBAKYAH BINTI AHMAD)


Naib Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya.

Kerja kamu sangat


kemas.. Tahniah!!
Sabtu 18/1/2020

KATA ALU-ALUAN PENASIHAT


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK SELAYANG JAYA 2019/2020

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera


Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya dapat kita
mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-32 ini dalam suasana yang harmoni.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah
berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini.Untuk makluman
hadirin semua, tahun 2019 merupakan tahun memperkasakan akademik dan sahsiah yang telah diadun
khas untuk mencapai matlamat kecemerlangan akademik yang dicita-citakan memandangkan berlaku
transformasi dalam sistem pendidikan negara kita.
Oleh demikian, kami mengharapkan komitmen dan persefahaman yang padu daripada semua pendidik
dan ibu bapa sekalian merupakan tonggak utama untuk mencapai hasrat kejayaan. Bertitik-tolak
daripada keikhlasan dan kerjasama daripada ibu bapa dan guru akan melahirkan generasi yang bukan
sahaja cemerlang di dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dari segi pembangunan rohani dan
jasmani Hasrat ini juga sejajar dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengejar
impian murni dalam usaha mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi yang bukan mustahil menjadi
kenyataan suatu hari nanti.
Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua guru dan ibu bapa agar dapat bersama-sama
berganding bahu ke arah merealisasikan hasrat kerajaan yang terkandung dalam NKRA dan
merealisasikan Pendidikan Abad ke 21. Kepada Ahli Jawatankuasa Guru sesi 2019/2020 dan warga
pendidik SKSJ pula, sekalung tahniah dan ucapan terima kasih saya ucapkan kerana telah menjayakan
tugas dan peranan dengan penuh komited serta penuh kesungguhan. Sesungguhnya tuan/puan telah
berusaha serta berkorban masa dan tenaga untuk membantu menggerakkan fungsi PIBG sekolah kita
ini.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
kepada AJK PIBG sesi 2019/2020, guru-guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat menjayakan
majlis ini. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menjalankan amanah,

(ZULKEFLI BIN OTHMAN)


Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya

Kerja kamu sangat


kemas.. Tahniah!!
Sabtu 18/1/2020
AJK PIBG
SESI 2019/2020

AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020

PENASIHAT : EN. ZULKEFLI BIN OTHMAN

NAIB YANG DIPERTUA : PN. NORBAKYAH BINTI AHMAD

SETIAUSAHA : PN. ASNA HAZIMA BINTI MOHD ALIAS

NAIB SETIAUSAHA : PN. SITI ROHA BINTI KURDI

BENDAHARI : EN. MOHAMMAD NASIRRUDIN BIN HARUN

NAIB BENDAHARI : PN. RUSLIANA BINTI MD. SAAD

AJK IBU BAPA : EN. SARAVANAN A/L SANMUGOM

PN. ANIS RAIHANA BINTI BAHAROM

EN. ABD JAMAL BIN JAMALUDDIN

EN. MUSTAFFA KAMAL BIN YUSUFF

EN. MOHD UBAIDAH BIN ABDULLAH

EN. SUNDERA MOORTHI A/L RAJANDRAN

AJK GURU : PN. NURASHIKIN BINTI MOHD YUSOF SHAH

PN. NURUL ZAKIAH BINTI ABD RAZAK

EN. MOHAMAD NIZAR BIN IDERIS

JURUAUDIT : EN. MOHD NAJIB BIN YUNOS (GURU)

Kerja kamu sangat


kemas.. Tahniah!!
Sabtu 18/1/2020
AJK
PROGRAM

PENASIHAT : EN. ZULKEFLI BIN OTHMAN


NAIB YANG DIPERTUA :PN. NORBAKYAH BINTI AHMAD
SETIAUSAHA :PN. ASNA HAZIMA BINTI MOHD ALIAS
NAIB SETIAUSAHA :PN. SITI ROHA BINTI KURDI
BENDAHARI :EN. MOHAMMAD NASIRRUDIN
BIN HARUN
Sambutan Dan Jemputan
En. Zulkefli bin Othman
Pn. Norbakyah Binti Ahmad
Cik Arfah binti Ab Aziz
Floor Manager
En. Ahmad Jamsany Bin Mat Isa
Pn. Rusliana Binti Md. Saad
En. Zamzary Axmal bin Rahaman
Usher
Pn. Herliana Binti Husin
Pn. Nurashikin Bt Mohd Yusof Shah

Pengacara Majlis Pendaftaran


Pn. Noor Eliarita binti Mohd Selam(K) Pn. Samsiah Binti Ahmad
Pn. Nur Salihah Binti Kassim Pn. Zulita Binti Jamaludin
Bacaan Doa Pn. Nor Maziana Binti Mohamad
Ust. Mohammad Nasirruddin bin Harun Pn. Wan Mariam Bt Che Wan Omar

Sijil
Persiapan Pentas Dan Banner
Pn Noor Humaidah Awang Kechek
Nursyahida Binti Abdul Mutalib (K)
Pn. Rahimah binti Taib Pn. Arini binti Ab Ghani
Pn. Nor Asmiyah Binti Ali
Cik Syazana Binti Mohd Rizal
Pn. Zalizah Binti Zawawi
Banner
En. Mohamad Solahudin Al Ansori
Sabtu 18/1/2020
AJK
PROGRAM

Buku Program/Bahan Edaran Siaraya


Cik Haslina Binti Aziz(K) En. Mohd Najib bin Yunos (K)
Pn. Roslini Binti Muhammad Suji En. Abdul Fattah Al- Barri Bin Ilyah
Pn. Yogeswary A/P Paraman En. Abd Jamal bin Jamaludin (AJK
Pn. Ize @Noorizan Binti Che Harun PIBG)
En. Mohd Ubaidah Bin Abdullah

Persiapan dan Mengemas Dewan


En. Muhammad Shamin bin Ghazali (K)
Cenderamata
En. Ahmad Kamal bin Zakaria
Pn. Syahida Binti Mohtar
En. Mohamad Nizar bin Ideris
Pn. Rozina Binti Shaari
En. Sundera Moorthy A/L Rajandran
Pn. Anis Raihana Bt Baharom
En. Mohamad Solahudin Al Ansori bin Ismail
En.Saravanan A/L Sanmugom (AJK PIBG)
Pengira undi
Pn. Rokiah binti Ab Razak (K)
Pn. Ambiga Devi a/p Krishnan
Pn. Norhanizan Binti Hamdan
En. Mohd Faris Syazwan Bin Muhamad Nor
Pencatat Minit Mesyuarat
Pn. Siti Roha Binti Kurdi (K)
Dokumentasi Pn. Nik Noor Asmaliza binti Nik Wail
Pn. Asna Hazima Binti Mohd Alias Pn. Nor ‘Adilah Binti Mohamed Azahar
Fotografi Pn. Nurul Najihah Binti Omar
En. Ahmad Amirulhadi bin Mohamad

Jamuan VIP
Pn. Gustiwan Malini binti Sulaiman (K) Peralatan
Pn. Nurul Zakiah Binti Abd Razak En. Ahmad Nazamudin Abdullah
Pn. Maznah Binti Suhaili En. Mustaffa Kamal Bin Yusuff
 Jamuan Ibu Bapa Dan Guru (AJK PIBG)
Pn. Nourliza Binti Abdullah (K)
Pn. Ida Yusnita Binti Sahrum
Cik Najwa Humaira Binti Mat Nor
Pn. Yasmin Azra Binti Aziz Mohd
Pn. Rafidah Binti Khusaini
Sabtu 18/1/2020

 
PETUNJUK PRESTASI UTAMA
SEKOLAH KEBANGSAAN SELAYANG JAYA
DAN SASARAN TAHUN 2020
 
1. Peningkatan kualiti akademik berdasarkan
kecemerlangan UPSR, 6A (6% = 5 ORANG) dan
peratus MTM Sekolah (80%)

2. Peningkatan kualiti akademik berdasarkan


kecemerlangan peperiksaan bagi tahun 4 dan 5
(subjek teras) (75%).

3. Penguasaan murid melalui PBD mencapai


sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 4 (80%)

4. Penguasaan guru dalam SKPMg2 (Standard 4)


sekurang-kurangnya (85%)

Kerja kamu sangat


kemas.. Tahniah!!
PENGHARGAAN

DENGAN TULUS IKHLAS MERAKAMKAN UCAPAN


SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

KEPADA :
TUAN U CHIN ONG
AHLI MAJLIS ZON 12 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG
YANG MEWAKILI
YANG BERHORMAT TUAN TONY PUA KIAM WEE
AHLI PARLIMEN DAMANSARA
PN. NORBAKYAH BINTI AHMAD
NYDP PIBG SK SELAYANG JAYA
EN. ZULKEFLI BIN OTHMAN
GURU BESAR SK SELAYANG JAYA
SEMUA AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019/2020
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG
KALI KE-32
SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SKSJ
WARGA SK SELAYANG JAYA
DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN
DAN SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MESYUARAT
AGUNG PIBG SK SELAYANG JAYA KALI KE-32

You might also like