You are on page 1of 32

IMUNOHEMATOLOGI

T2S1

UJIAN KESERASIAN DARAH

SIBAT KAWAN
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU
KUCHING, SARAWAK

1
OBJEKTIF
 mentakrifkan ujian keserasian dan tujuannya
 menyatakan jenis spesimen darah yang sesuai
dan borang permintaan ujian
 mengetahui prosedur yang termasuk dalam ujian
keserasian
 mengetahui pemilihan darah untuk ujian
keserasian dalam keadaan yang tertentu
 mengetahui limitations bagi ujian keserasian dan
kegunaan autocontrol
 membuat laporan dan rekod tentang keputusan
yang serasi dan tidak serasi
2
1. TAKRIFAN DAN TUJUAN
 Ujian Keserasian Darah merupakan beberapa
ujian rutin dan prosedur yang dijalankan untuk
mempastikan transfusi darah selamat.
 Ujian dilakukan sebelum pemindahan darah
untuk;
i. memilih darah penderma yang sesuai untuk
pesakit.
ii. mengesan antibodi-antibodi yang “irregular”
dalam serum pesakit (penerima darah) yang
boleh menjejaskan jangka hayat hidup SDM
penderma selepas pemindahan.
3
iii. Mengesan kesilapan pekeranian akibat
salah melabel spesimen atau mengisi borang
permintaan, atau kesilapan teknik
pengumpulan ABO

 Ujian rutin dalam Bank Darah, paling penting


dan banyak sekali dilakukan.
 Tidak menjamin keselamatan transfusi darah
sepenuhnya.
- Tidak dapat mencegah daripada berlakunya
imunisasi.
- Tidak dapat mengesan low incident antigen /
antibodi.
4
2. JENIS UJIAN KESERASIAN DARAH.
i. Major – menguji sel darah penderma
dengan serum pesakit.
ii. Minor – menguji serum penderma dengan
sel darah pesakit.
 Taakulan asas.
a. Antibodi yang dipentingkan adalah dalam
penerima (pesakit)
b. Antigen yang diutamakan adalah di SDM
penderma
5
3. PUNGUTAN SPESIMEN DARAH

i. Borang permintaan – mesti lengkap diisi


dengan butiran pesakit dan ditandatangani
oleh doktor;
Nama penuh pesakit, Tarikh lahir, Jantina,
No. KP, No. Daftar, Diagnosis, Pernah
menerima transfusi darah atau untuk
wanita pernah mengandung, Jenis darah
atau komponen darah yang diperlukan,
Jenis permintaan samada rutin / urgent.
6
Borang Permintaan

7
ii. Spesimen Darah.
- maklumat sama dengan butiran dalam
borang permintaan.
a. Tiub EDTA - SDM untuk pengumpulan
ABO dan Rh pesakit; Penaksiran Hb.
b. Clotted Blood - serum untuk ujian
keserasian darah dengan SDM penderma.
- baru tanpa hemolisis.
- spesimen darah disimpan selama 1 minggu.

8
4. UJIAN PRA-TRANSFUSI SEBELUM

UJIAN KESERASIAN DILAKUKAN

i. Ujian Pengawalan Mutu Antisera.


- menguji antisera
- mengesahkan kumpulan darah known
cells
ii. Pengumpulan Darah ABO dan Rh penuh.
- untuk pesakit dan penderma
- elakkan mix-ups spesimen darah
- rekod keputusan dengan serta-merta.

9
iii. Pemilihan Darah Untuk Ujian Keserasian.
- darah yang sama kumpulan ABO dan Rh
dengan pesakit akan digunakan.
- tiada antigen-antibodi spesifik hadir
- kecuali di dalam keadaan tertentu,
pemilihan darah yang berlainan kumpulan
darah boleh digunakan.
iv. Ujian Keserasian.
- lakukan ujian keserasian darah
- catatkan keputusan dan komen

10
5. PROSEDUR UJIAN KESERASIAN
DARAH
A. Teknik Saline.
- dapat memastikan ketepatan pemilihan
kumpulan darah ABO.
- dapat mengesan antibodi IgM yang
bertindakbalas secara optima pada suhu bilik
(200C) atau lebih rendah, seperti anti-A, anti-
B, anti-M, anti-N, anti-Lea, anti-Leb, anti- Lua
dan anti-P1.
- agglutinasi juga boleh menunjukkan kehadiran
antibodi cold agglutinins ( spt. anti–I).
11
B. Teknik Albumin atau media enhancement
lain seperti LISS(low ionic-strength solution).
- Penambahan albumin (bovine albumin)
boleh meningkatkan sensitiviti ujian antiglobulin.
- Albumin meningkatkan dielectric constant
medium dan mengurangkan zeta potensial
dengan itu antibodi jenis IgG dapat dikesan.
- Sesuai untuk mengesan antibodi Rh/hr.
- penggunaan LISS dapat memendekan masa
pengeraman kepada 10 minit sahaja.

12
Keburukan;
i. Menyebabkan agregat non-spesifik
– menggangu bacaan mikroskopi.
ii. Kehadiran albumin autoagglutinating
factor (AAAF) – sejenis autoagglutinin
yang mampu bertindak di dalam
ampaian albumin tapi tidak dalam
saline.

13
C. Teknik Antiglobulin
- Penambahan AHG meningkatkan
pengesanan antibodi incomplete, yang tidak
dapat dikesan pada peringkat saline dan
peringkat suhu 370C. Cth. Antibodi Lewis
(IgM) dan sebahagian IgA.
- Dapat mengesan antibodi IgG. Cth. Anti
Kell, Anti Duffy dll.
- Juga dapat mengesan antibodi bind
complement ( ab. yang tidak cukup kuat
untuk bind SDM untuk menunjukkan reaksi
positif).
- Kelemahan teknik AHG – dipengaruhi oleh
faktor-faktor yang boleh menyebabkan positif
palsu dan negatif palsu. 14
 Teknik Ujian Keserasian mengandungi
3 peringkat;
1. Peringkat Suhu Bilik
(Prosedur – sila rujuk nota teknik)
Sebarang aglutinasi menunjukkan;
- Ketidakserasian ABO, kesilapan
pekeranian
- Antibodi IgM, misalan Lewis, P, M, N
- Antibodi Rh
15
2. Peringkat 37oC
(Prosedur – sila rujuk nota teknik)
- peringkat termo mengesan antibodi Rh
dan Lewis
3. Peringkat AHG
(Prosedur – sila rujuk nota teknik)
- dapat mengesan incomplete antibodi
seperti IgM dan sebahagian IgA
- IgG seperti Kell, Duffy

16
 Faktor-faktor yang mempengaruhi
tindakbalas ujian keserasian;
1. Suhu.
- pada suhu 370C kebanyakkan reaksi
antibodi IgG dan compliment sensitization
berlaku pada tahap optima.
2. Peringkat tindak balas.
3. Masa pengeraman
- pengeraman selama 15 – 30 minit
memadai untuk mengesan kebanyakkan
antibodi secara klinikal. 17
4. Ratio Serum: SDM.
- jumlah antibodi yang diterima oleh SDM
adalah pada kadar maksima dengan
ratio 1000:1 (Hughes-Jones et al 1964).
- dari segi praktikal ratio 80:1 adalah lebih
berkesan (Wright, 1967) .
5. Media suspension.
- media yang digunakan seperti saline,
albumin, serum atau LISS.
- boleh mempengaruhi kadar penerimaan
antibodi oleh SDM.
18
6. KEPUTUSAN DAN LAPORAN

 Keputusan tindak-balas positif;


- hemolisis atau aglutinasi atau kedua-duanya
sekali.
- gred keputusan adalah penting.
 Ujian yang negatif adalah serasi.
 Ujian yang positif adalah tidak serasi.
 Ujian lanjut dilakukan untuk darah yang tidak
serasi.
19
Contoh
Jadual Keputusan Ujian Keserasian Darah

Peringkat Suhu Bilik Peringkat 37oC Peringkat AHG CCC


Darah P
X-match
dengan Keputusan
Sal Alb A/C Sal Alb A/C Alb A/C Alb A/C
Contoh;

D1 O O O O O O O O 2+ 2+ Serasi

D2 O O / O O / 2+ / / / Tidak Serasi

20
7. KEGUNAAN CCC

 Penambahan CCC pada tiub negatif


peringkat AHG adalah untuk mengesahkan
ujian valid atau tidak.
 Menunjukkan ;
- reagen dalam keadaan baik.
- pembasuhan sempurna.
- Isipadu saline tidak mencairkan serum.
- reagen AHG telah dimasukkan.
21
8. KEGUNAAN AUTO CONTROL

 Ujian dijalankan dengan serum pesakit dan


SDM pesakit sendiri.
 Mengesan sama ada hemolisis atau
sensitization telah berlaku di dalam badan
pesakit.

22
9. PEMILIHAN DARAH DALAM
PELBAGAI KEADAAN

i. Ujian Keserasian Rutin.


- Gunakan kumpulan darah ABO dan Rh
yang sama.

ii. Ujian Keserasian Darah Kecemasan


(Emergency).
- Gunakan kumpulan darah ABO dan Rh
yang sama.
- Jalankan ujian keserasian peringkat suhu
bilik. Jika negatif darah boleh dibekalkan.
Lanjutkan ujian hingga selesai. 23
- Jika pengumpulan darah tidak dapat
dibuat kerana tiada masa, darah
kumpulan ‘O’ Rh(D) Negatif, Hemolysin A
dan B negatif boleh digunakan.
- Bekalkan Sel Darah Padat (PC) untuk
lebih selamat.

24
iii. Keadaan dimana kumpulan darah
spesifik tidak diperolehi.
- Darah dari kumpulan lain boleh digunakan.
- Syarat membekalkan darah yang berlainan
kumpulan dengan pesakit;
i. Bekalkan packed cells (PC).
ii. Haemolisin negatif terhadap SDM
penerima.

25
 Panduan Pemilihan Darah ABO

Pilihan Darah Penderma

Pesakit Pertama Kedua Ketiga


A A O Tiada
B B O Tiada
AB AB A atau B O
O O Tiada Tiada

 Panduan memilih kumpulan Rh


Pesakit Rh negatif – beri darah penderma Rh negatif.
Pesakit Rh positif – boleh terima Rh positif atau negatif.

26
iv. Exchange Transfusion
 Teknik ujian sama, spesimen darah berbeza.
 spesimen Darah;
a. Bayi (pesakit) – Darah EDTA dan clotted
sample
b. Ibu – Darah EDTA dan clotted sample
 Ujian keserasian dijalankan dengan darah
Ibu (untuk bayi < 3 bulan).
 Jika bayi sudah menerima transfusi darah,
jalankan ujian keserasaian dengan darah
bayi juga. 27
PEMILIHAN DARAH UNTUK EXCHANGE
TRANSFUSION
Baby’s Mother’s blood group
blood
group O A B AB

O O O O -

A O A O A

B O O B B

AB - A B AB

28
10. LIMITATION BAGI UJIAN
KESERASIAN

 Antibodi yang menunjukkan dosage effect


 Cold antibodi
 Bukan semua kesilapan ABO dan Rh boleh
dikesan
 Jangkahayat SDM tidak terjamin
 Alloimmunization
 Bukan semua antibodi yang signifikan dapat
dikesan
29
11. PUNCA KESILAPAN UJIAN
KESERASIAN

 Reaksi positif palsu.


i. Pengemparan
- terlalu lama.
- terlalu cepat.
ii. Pencemaran darah - spt. oleh bakteria.
iii. Pembentukan ‘Rouleaux’.

30
 Reaksi negatif palsu.
i. Pencemaran oleh kesan-kesan serum.
ii. Potensi reagen lemah – telah luput (expired),
pencemaran bakteria.
iii. Pengeraman - suhu tinggi / rendah
menggangu proses sensitization.
iv. Pembasuhan tidak sempurna.
v. Teknik interpretasi kurang tepat.
vi. Radas kaca / bahan kimia – kotor dan
tercemar.

31
SOALAN
Seorang pesakit mengalami pendarahan serius akibat
kemalangan jalanraya. Beliau memerlukan 2 unit darah untuk
tranfusi.

a. Lakukan ujian pengumpulan darah penuh terhadap


darah pesakit dan penderma seperti yang dibekalkan.

b. Pilih darah yang sesuai untuk ujian keserasian darah.

c. Jalankan ujian keserasian darah, catatkan keputusan


dalam jadual yang sesuai dan beri komen.

32

You might also like