You are on page 1of 16

KERTAS 3

PERNIAGAAN SPM 2020


TUGASAN PROJEK
• 1.0 Iklan berikut menunjukkan satu trend perniagaan baharu. Berdasarkan iklan tersebut, anda dikehendaki
merancang untuk menjalankan perniagaan secara MILIKAN TUNGGAL.

Trak Makanan diperolehi secara SEWA


BELI
• 2.0 Anda dikehendaki menyediakan satu Rancangan Perniagaan yang lengkap bagi satu jenis
makanan yang dipilih. Perniagaan anda hendaklah beroperasi menggunakan trak makanan.
Rancangan Perniagaan ini akan dikemukakan kepada institusi kewangan atau agensi kerajaan
yang dipilih untuk mendapatkan pembiayaan. Anda boleh juga mendapatkan pembiayaan
daripada sumber lain.

• 3.0 Penubuhan perniagaan ini mestilah mengikut prosedur pendaftaran dan pelesenan pihak
berkuasa berkaitan.

• 4.0 Modal perniagaan adalah antara RM50 000 hingga RM200 000.
WAJIB DENGAR DAN FAHAMKAN!!!
Format Rancangan Perniagaan
1.0 Pengenalan
2.0 Latar Belakang
2.1 Perniagaan
2.2 Pemilik
3.0 Ringkasan Eksekutif
4.0 Rancangan Pentadbiran / Organisasi
5.0 Rancangan Operasi
6.0 Rancangan Pemasaran
7.0 Rancangan Kewangan
8.0 Penutup
9.0 Lampiran (Dokumen Sokongan)
Format Rancangan Perniagaan

Font : Arial / Times New Roman


Saiz font : 12 pt
Saiz font bagi tajuk besar atau kecil bergantung kepada kesesuaian
Saiz kertas : A4
1.0 PENGENALAN
 Gambaran berkaitan perniagaan
 Nama Perniagaan
 Alamat perniagaan (alamat tetap rumah)
 Bentuk perniagaan
 Lokasi (Alamat lokasi perniagaan)
 Maklumat Pemilk
 No pendaftaran perniagaan (SSM)
 Jenis perniagaan / produk / perkhidmatan yang ditawarkan
 Kelebihan jenis perniagaan yang dipilih
 Trend persekitaran semasa dalam perniagaan (contoh makanan Korean adalah fenomena terkira kerana ramai yang
minat KPOP)

p/s :
 Ditulis dalam bentuk perenggan
FAQ KERTAS 3 - SOALAN
S1 Bolehkah jual minuman / aiskrim?

J Boleh

Jumlah pinjaman adakah untuk membeli trak makanan sahaja? Bolehkah jumlah pembiayaan dinaikkan sedikit
S2
untuk menampung kos-kos lain?
Jumlah pinjaman beli trak adalah antara RM65000 – RM80000..(MELALUI SEWA BELI)
J Modal (RM50 – RM200 k) tidak termasuk harga sewa beli trak kecuali deposit sewa beli trak.
Sewa Beli adalah hutang..jadi tidak boleh dikira sebagai modal.

Nama perniagaan yang didaftarkan mestikah sama dengan nama yang diletakkan pada menu@trak? Contoh
S3
Nama pada trak Nasi Lemak Mak Kiah. Adakah nama yang didaftarkan mesti Mak Kiah Enterprise?

J Tidak semestinya..nama pada trak tidak semestinya sama dengan nama perniagaan.

S4 Pekerja pengurusan = pemilik?

J Ya kerana ini adalah perniagaan milikan tunggal.


FAQ KERTAS 3 - SOALAN
S5 Dalam struktur organisasi bolehkan seorang pekerja menjalankan beberapa fungsi?

J Ya. Contoh pekerja A merupakan juruwang@cashier dan dalam masa yang sama dia adalah pengurus promosi.

Dalam soalan nombor 6.3 dinyatakan bahawa pembelian peralatan dan kelengkapan memasak dianggarkan
S6
RM5000. Jika lebih?
Ikut soalan sahaja MAX RM5000 utk peralatan dan kelengkapan memasak di dalam food truck. Contoh peralatan dan
J kelengkapan seperti peti ais, dapur, kuali dll.

Dalam soalan 6.4 dinyatakan bahawa pembelian kelengkapan RM5000 dan kos ubahsuai trak RM15000. Jika
S7 trak makanan yang dibeli adalah custome made atau sudah built in semua peralatan di dalamnya, adakah kos ini
termasuk dengan harga trak?
RM5000 (kelengkapan dan peralatan memasak)
J Kos ubahsuai food truck adalah RM15000 (kita andaikan trak yang dibeli adalah kosong bukan built in). Oleh itu, harga trak
adalah tidak termasuk dengan kos ubahsuai trak tadi.

S8 Maksud modal?

Modal sendiri + modal dari pinjaman dari agensi (salah 1 daripada 4 agensi terlibat). Rujuk Soalan.
Min Modal RM50000, Max RM200 000.
J Contoh : Modal sendiri RM10000 + RM65000 pinjam daripada Skim Pembiayaan TEKUN Niaga. Total keseluruhan modal adalah
RM75 000
FAQ KERTAS 3 - LOKASI
S1 Adakah lokasi di latar belakang perniagaan menggunakan alamat mana? Rumah atau lokasi tempat food truck?
Alamat perniagaan adalah alamat tetap (alamat yang ada pada pintu trak)
J Lokasi perniagaan adalah dimana kita berniaga. (pasar malam@tapak tetap seperti food truck ROJAK KARIM s9 dpn cili merah)
Bolehkah lokasi berubah-ubah setiap hari. Contoh : Hari Isnin di Pasar Malam A, Selasa di Pasar Malam B dan
S2
seterusnya? Jika boleh, bagaimana untuk membuat pelan lokasi di Rancangan Operasi?
Boleh berubah2 (tapi kena senaraikan jadual di mana kita berniaga)
Kena lukis tapak pelan operasi bagi setiap tapak perniagaan.
J Contoh di Pasar Malam A di mana lokasi perniagaan kita, di Pasar Malam B di mana lokasi perniagaan.
Lagi banyak tapak perniagaan..banyak la pelan nanti.. 
Bagaimana jika selain dari lokasi biasa, murid ingin berniaga di program2 tertentu yang dianjurkan kerajaan.
S3
Contoh, Hari Wanita Negara, MAHA, Halal Fest, Pesta Buku. Dibenarkan atau tidak?
J Boleh dibenarkan berniaga selain dari lokasi biasa..tapi nanti kena nyatakan la ya di mana serta kekerapan.
S4 Boleh tak perniagaan dijalankan di pasar malam@pasar tani?
Boleh, tetapi dalam daerah yang sama kerana ia melibatkan kos dan juga Pihak Berkuasa Tempatan. Maksudnya kalau nak
J berniaga dalam kawasan Shah Alam..buatla di Seksyen 6 ke, 9 ke asalkan masih lagi MBSA..jangan tetiba Pasar Malam A di
Subang, Pasar Malam B di Kajang, Pasar Malam C di Shah Alam. (tu dah jadi 3 PBT)
FAQ KERTAS 3 - MENU
S1 Jual western food@Korean food, macam mana nak menjurus kepada penjenamaan produk Malaysia?
Penjenamaan tidak semestinya pada makanan tapi mungkin pada pembungkusan, jenama produk, citarasa dan sebagainya.
J Contoh jual sushi tapi sushi tu ikut citarasa MALAYSIA..sushi sambal ikan bilis ke…hahaha…pandai2 la nk pikir.. 

S2 Ada maksimum jumlah menu?


Tiada had maksimum jumlah menu tetapi ia akan mendatangkan masalah kalau banyak menu sebab melibatkan kos bahan
J mentah. Boleh buat beberapa menu tapi pilihla menu yang berkaitan. Contoh kalau spaghetti Bolognese..buatla juga
spaghetti cheese..janganlah menu spaghetti tetiba ada lak nasi lemak kukus..

S3 Nama menu dalam bahasa Inggeris?

J Boleh dalam apa jua Bahasa tapi cari la elemen lain yang boleh menunjukkan ia nya adalah penjenamaan produk MALAYSIA.
FAQ KERTAS 3 – PENGURUSAN SUMBER TEKNOLOGI
Jika murid nak daftarkan logo perniagaan / resepi/ nama perniagaan ke MyIPO. Adakah dibenarkan kerana ia
S1
melibatkan kos tambahan.

J Tidak dibenarkan kerana ianya mahal kalau nk daftar sedangkan perniagaan hanya MILIKAN TUNGGAL, modal kecil

S2 Bolehkah ambil Kemahiran dan Pengalaman Sahaja untuk sumber Teknologi?

Ya, untuk bahagian pengurusan sumber teknologi just pilih Kemahiran dan Pengalaman sahaja..
J (untuk pemahaman lebih boleh rujuk bab 2 tingkatan 5 )
FAQ KERTAS 3 – ANALISIS INDUSTRI DAN PASARAN
Oleh kerana murid hanya mencari lokasi di google, tanpa pergi ke tempat sebenar, bolehkan mereka mencipta
S1
pesaing sendiri?

J Boleh.. Reka sahaja sekurang-kurangnya 2 pesaing bagi perniagaan kalian tapi mestilah food truck juga.

S2 Adakah pesaing mesti menjual produk yang sama atau cukup berada / berniaga di tempat yang sama.

Ya, pesaing mesti jual produk yang sama dan berada di tempat perniagaan yang sama. Contoh kalau perniagaan adalah Nasi
J Lemak Kukus di Pasar Malam A, maka pesaing pun mesti jual nasi lemak kukus di Pasar Malam A juga..

S3 Bagaimana hendak membuat sasaran jualan dan untung jika harga produk berbeza-beza?

Kalau terlampau banyak menu, di sini akan menjadi masalah sebab melibatkan kos. Jadi pilihla menu yang berkaitan
J supaya mudah membuat pengiraan.

S4 Adakah sasaran jualan dan untung mengikut unit atau mengikut nilai jualan?

J Nilai jualan X unit = Harga


FAQ KERTAS 3 – ANALISIS INDUSTRI DAN PASARAN
S1 Bagaimanakah hendak membuat syer pasaran jika lokasi perniagaan berbeza-beza?

J Syer pasaran lebih mudah kalau di dalam PBT yang sama..kita akan kira berapa pesaing tadi.

S2 Perlukah lukis carta pie untuk syer pasaran?

J Perlu
9.0 LAMPIRAN
1. Borang Carian Nama Perniagaan (PNA 42)*
2. Borang A*
3. Borang D / Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan *
4. Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
5. Sijil Pengendalian Makanan
6. Sijil Suntikan Typhoid
7. Borang Permohonan Pembiayaan
8. Gambar produk jualan
9. Gambar promosi / banner
10. Borang permohonan
11. Senarai harga
12. Gambar tempat berniaga

p/s :
a) WAJIB (*)..saya attachkan dalam GC borang2 ni..nanti print dan simpan..nanti baru isi bersama2
b) No 4-12 boleh pilih mana2 (sekurang-kurangnya mesti ada 4 elemen)
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like