You are on page 1of 26

TOPIK 2

KEMAHIRAN MEMBACA

IPGKTI 2019
KONSEP MEMBACA
• Takrif membaca
• Proses membaca
• Tujuan membaca
TAKRIF MEMBACA
• Mengenal pasti simbol-simbol dan hubungan makna yang
sesuai.
• Merupakan satu proses yang kompleks yang memerlukan
beberapa kemahiran tertentu.
• Memerlukan seseorang itu mengenal pasti simbol dan
maknanya.
• Membaca merupakan proses meletakkan pembaca untuk
berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea.
• Tanpa pembaca, komunikasi melalui bahan bertulis tidak akan
berlaku.
• Merupakan proses kognitif, iaitu berfikir melalui bahan
bercetak
PROSES MEMBACA
• Proses menterjemah kembali lambang-lambang bertulis
kepada lambang-lambang bunyi dan makna yang hendak
disampaikan oleh penulisnya.

• Membaca merupakan proses 2 hala :


1. Dari lambang ke otak
2. Dari otak ke lambang

Proses 1 : memberi tanda saran, meramal, mentafsir dan


memastikan perkataan yang dibaca

Proses 2 : mendapatkan maksud daripada lambang tulisan


TUJUAN MEMBACA
 Satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui lambang-lambing bertulis /
bercetak
 Menterjemah lambang bertulis kepada bunyi bahasa ( proses mekanis).
Contohnya:

• sebutan
• Kelancaran

 Mendapatkan maklumat / makna daripada bunyi bahasa yang disuarakan


( proses mental). Contohnya:

• memahami perkataan
• memahami isi
• mengaitkan & mengintegrasikan tujuan, jangkaan,pengetahuan dan
pengalaman kefahaman
 Supaya murid-murid dapat bertindak balas terhadap
maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.

 Murid dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang


terakam dalam bahan bertulis.

 Menjadi seorang yang lebih kreatif.


STRUKTUR TEKS
• Teks Naratif
• Teks Ekspositori
TEKS NARATIF
• Teks bukan fiksyen yang berbentuk dongeng,
mitos, cerita rakyat, cerita haiwan dan
sebagainya.
• Bersifat cerita khayalan.
• Digunakan untuk menghiburkan pembaca
serta memberi pengajaran.
STRUKTUR TEKS NARATIF
• ORIENTASI
– Pembuka teks iaitu mengenalkan karakter terlibat dan
latar waktu serta tempat yang melatarbelakangi
kejadian

• KONFLIK
– Masalah mula ditimbulkan dalam teks dan kemudian
berterusan sehingga mencapai klimaks
– Konfliks utama:
o Konflik natural iaitu masalah antara karakter dengan alam
o Konflik sosial iaitu masalah antara karakter yang terlibat
o Konflik psikologi iaitu masalah karakter dengan diri sendiri
• PELERAIAN
– Masalah sedikit demi sedikit diselesaikan

• PENUTUP
-menceritakan keadaan terakhir karakter
-ditutup dengan pengakhiran yang gembira atau sedih
-mengandungi pengajaran bagi cerita
TEKS EKSPOSITORI
 Teks yang mengandungi maklumat yang merupakan
gagasan pendapat dan fakta
 Bertujuan memberikan maklumat dan pengetahuan
kepada pembaca
 Ekspositori bermaksud memberi penerangan yang jelas
dan terperinci.
 Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan
penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran
secara langsung kepada murid- murid di dalam kelas.
STRUKTUR TEKS EKSPOSITORI
• PENGENALAN
– Pengenalan isu, masalah atau pandangan penulis
secara umum tentang topik yang dibahas.

• HURAIAN
– Pendapat atau argumen penulis sebagai penjelasan kepada tesis
yang dijelaskan sebelumnya
– Berisi fakta untuk memperkuatkan pendapat penulis

• AYAT PENEGASAN/KESIMPULAN
– Membuat kesimpulan dengan mengaitkan kembali
tesis untuk menegaskan isu atau topik
Pengenalan dan
penerangan isi
pelajaran

Murid
mendengar
penerangan

Murid mengingat dan


merekod isi penting
Model Ekspositori
CARA-CARA PENYAMPAIAN DENGAN
MENGGUNAKAN MODEL EKSPOSITORI
 Menerang, menginterprsetasi dan menghuraikan idea
dan konsep daripada buku teks.
 Menerangkan sambil mendemonstrasikan cara
melukisatau membina bentuk-bentuk geometri.
 Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah
berdasarkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari
 Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu
mengajar.
KEMAHIRAN MENCARI IDEA DI DALAM TEKS

• Idea utama (ayat topik)


• Idea sampingan ( huraian dan contoh)
IDEA UTAMA (AYAT TOPIK)
• Isi utama yang ingin disampaikan
• Perkara pokok dan satu aspek yang ingin
dinyatakan
• Memberikan fokus kepada penulis dan
pembaca
• Satu kawalan dalam penulisan isi
• Contoh: Antara faedah kegiatan kokurikulum
ialah dapat memenuhkan masa lapang
IDEA SAMPINGAN (HURAIAN DAN CONTOH)

• Menyokong ayat topik


• Didapati dalam bentuk fakta, pendapat, peristiwa,
sebab dan akibat, statistik dan contoh.
• Memberikan bukti, menghuraikan idea atau
menjawab soalan.
• Contoh:
– Isi penting: menyihatkan tubuh badan
– Ayat topik: Seni mempertahankan diri dapat
menyihatkan tubuh badan kita.
– Ayat huraian: Murid-murid yang menyertai seni
mempertahankan diri akan dapat melakukan pelbagai
gerakan anggota badan mereka.
TAKSONOMI KEFAHAMAN MEMBACA

• Taksonomi Bloom Mengingat


• Memahami
• Aplikasi
• Analisis
• Penilaian
• Mencipta
TAKSONOMI BLOOM
• Pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom
(1956).
• Lorin Anderson iaitu anak murid Blom
mengemaskini Taksonomi Bloom pada tahun
1996.
• Terdapat 3 domain penting iaitu :
– Domain kognitif
– Domain afektif
– Domain psikomotor
6 PERINGKAT TAKSONOMI BLOOM
• MENGINGAT
– Mendapat kembali, megeluar kembali dan mengingat semula
pengetahuan yang relevan daripada ingatan jangka masa panjang
daripada bahan yang dibaca
• MEMAHAMI
– Membina makna daripada maklumat yang dibaca melalui interprestasi,
membuat ringkasan, membanding beza dan menjelaskan.

• MENGAPLIKASI
– Menggunakan prosedur untuk melakukan atau melaksanakan sesuatu
• MENGANALISIS
– Memecahkan bahan yang dibaca kepada bahagian kecil,
menentukan bagaimana bahagian-bahagian kecil berkait
antarasatu sama lain dan terhadap struktur atau kegunaan
umum melalui perbandingan dan susun atur.

• MENILAI
– Membuat penghakiman berdasarkan kriteria dan piawaian
melalui semakan dan kritikan

• MENCIPTA
- Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu
gagasan umum yang koheren atau berfungsi menyusun atur
elemen kepada bentuk atau struktur baru melalui penjanaan,
perancangan dan penghasilan.
JENIS-JENIS BACAAN SECARA KONTEKSTUAL

• Bacaan Mekanis
• Bacaan Mentalis
• Bacaan Intensif
• Bacaan Ekstensif
BACAAN MEKANIS
 bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas
dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa
Melayu.
 mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan
betul, membaca mengikut intonasi, nada dan
tekanan yang betul .
 Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan
yang mudah difahami dan tidak membebankan
fikiran.
BACAAN MENTALIS
 Bacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan
akliah.
 dilaksanakan dalam hati tanpa suara setelah
pelajar menguasai bacaan bersuara.
 Tujuan bacaan mentalis adalah untuk
memahami maklumat / idea atau buah fikiran.
BACAAN INTENSIF
 Bacaan intensif adalah bacaan secara mendalam.

 bertujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami


dan mentafsirkan perkara yang dibaca.

 memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan


penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.

 Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang


pembelajaran bahasa murid; memberi penjelasan tentang struktur
yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata; mengkaji
ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan
dan pertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.
BACAAN EKSTENSIF
 Bacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang
dilaksanakan di luar bilik darjah.
 menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah
kemahiran pemahaman dan meningkatkan kepantasan
membaca.
 membolehkan pelajar mencari isi-isi penting.
 Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membaca
dilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai
dengan murid; bahan yang berbeza dan murid mendapat
kepuasan, keseronokan dan terhibur.

You might also like