You are on page 1of 32

BEBERAPA CONTOH

KONSEP SOSIOLOGI

Rujukan:
Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian
Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Ketiga.
Tanjong Malim: Quantum Books.

1
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN

 Mengkaji perubahan merupakan tradisi dalam


sosiologi
 Perubahan dalam pendidikan di Malaysia khususnya
peringkat sekolah berlaku dari dalam dan dari luar
a. Perubahan dari dalam : pihak-pihak tertentu
dalam dunia pendidikan atau di sekolah
menginisiatifkan perubahan
b. Perubahan dari luar : didorong oleh tenaga
di luar sekolah

2
PENDIDIKAN DAN MODENISASI

 Keadaan masyarakat tradisional menggantikan atau


memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai
 Pendidikan di Malaysia mengalami modenisasi secara
beransur-ansur
 Pemodenan sistem pendidikan negara memerlukan lebih
banyak institusi pengajian
 Kini , hasil adunan pelbagai latar belakang pendidikan, dasar-
dasar pendidikan moden diteruskan melalui perubahan
mengikut acuan kita sendiri

3
REFORMASI PENDIDIKAN

 Reformasi: perubahan-perubahan pendidikan yang


secara teratur
 Peranan Sistem Pendidikan bermotifkan 3 perkara
utama:
1. Menyediakan tenaga kerja
2. Asas perpaduan
3. Pembinaan disiplin

4
 Dalam sistem pendidikan di negara kita, reformasi
dalam bidang pendidikan begitu pesat sekali .
 Sistem pendidikan terawal yang wujud berasaskan
agama Islam dikenali sebagai
Sistem Sekolah Pondok yang kekal hingga ke hari
ini dengan kemudahan yang hampir sama dengan
sekolah yang dikendalikan oleh kerajaan

5
 Apabila Inggeris datang telah diperkenalkan
Sekolah Vernakular Melayu, Cina dan Tamil.
Selain itu diwujudkan juga sekolah Inggeris.
 Sekolah-sekolah ini bertujuan untuk kepentingan
bahasa ibunda masing-masing dan kurikulum yang
digunakan adalah berdasarkan negara asal mereka.

6
Melalui Laporan Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1961 beberapa reformasi telah
dibuat
Yang paling ketara ialah daripada segi
matlamat pendidikan iaitu untuk mewujudkan
satu rupa bangsa yang berteraskan Tanah
Melayu

7
 Bahasa Melayu dan kurikulum yang berteraskan
Tanah Melayu dijadikan dasar penyatuan.
 Untuk melaksanakan reformasi ini, pendidikan
dasar selama enam tahun telah diwajibkan.
 Keadaan ini diikuti dengan pendidikan menengah
hingga ke tingkatan tiga dan sekarang peluang
dibuka hingga ke tingkatan lima

8
 Untuk mewujudkan kesaksamaan peluang
pendidikan sekolah-sekolah telah didirikan di luar
bandar dengan mengadakan kemudahan yang
hampir sama dengan yang di bandar
 Begitu juga beberapa program lain diadakan
seperti skim biasiswa kepada yang kurang mampu
dan bantuan buku teks serta pelbagai bantuan lain
yang difikirkan sesuai

9
 Untuk menerokai pendidikan yang terkini, MARA
telah menghantar pelajar-pelajar ke luar negara sama
ada melalui biasiswa dan pinjaman
 Tumpuan bidang pendidikan juga sentiasa berubah
sesuai dengan tuntutan dan perkembangan semasa
 Sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi
tumpuan pendidikan juga berubah daripada aliran
sastera kepada aliran sains serta teknologi dan kini
tumpuan ke bidang IT pula

10
 Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk
pendidikan tinggi, pendidikan tinggi swasta telah
berkembang dengan pesat sama ada secara usahasama
dengan institusi tinggi tempatan atau swasta
 Penggunaan IT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di IPT semakin meningkat. Pendidikan
tinggi menjadi semakin terbuka untuk semua

11
PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DAN
KESAMAAN PELUANG
 Pendemokrasian pendidikan: memberi peluang-
peluang yang sama untuk semua kanak-kanak
mendapat pelajaran
 Pendemokrasian pendidikan tidak berlaku zaman
penjajahan apabila sekolah dibeza mengikut kaum

12
 Kesamaan peluang : kerajaan menyediakan peluang
yang sama untuk semua orang mendapatkan
pendidikan
 Sekarang semua anggota masyarakat boleh mendapat
peluang pendidikan yang sama
 Kerajaan menyediakan sekolah khas untuk kanak-
kanak cacat dan sekolah berasrama penuh

13
PENDIDIKAN DAN SEKULARISASI
 Sekularisasi: suatu proses agama kehilangan pengaruh
terhadap berbagai-bagai situasi kehidupan
 Pemodenan memisah institusi agama dan sekularisasi
 Masyarakat menentang sekularisasi kerana ia
bertembung dan mencabar autoriti tradisional

14
PENDIDIKAN DAN MOBILITI SOSIAL
 Pergerakan individu ataupun kumpulan antara kedudukan yang
berbeza dalam hirarki stratifikasi sosial masyarakat
 Mobiliti
a. mobiliti mendatar
b. mobiliti menegak
 Mobiliti sosial berlaku dalam satu generasi antara generasi
lain
 Kedudukan kelas dan pekerjaan selalu menjadi pengukur
mobiliti sosial
 Pendidikan menjadi asas mobiliti masyarakat

15
PENDIDIKAN DAN REPRODUKSI KELAS
SOSIAL
 Pendidikan berperanan dalam reproduksi kelas sosial
 Ciri kelas sosial masyarakat semakin berkembang
 Penjajah telah mengekal struktur berkenaan dengan
memperkenalkan sekolah istimewa (MCKK)
 Warisan pendidikan penjajahan telah membiarkan reproduksi
kelas yang tebal
 Modal budaya dan modal ekonomi mengekal kedudukan
mereka
 Kadar lompatan kelas berbeza

16
PENDIDIKAN DAN TENAGA KERJA
 Menapis pelajar untuk mengisi pekerjaan
 4 golongan berdasarkan kriteria pensijilan
 Setiap jenis akan dibayar mengikut tangga gaji
 Perkembangan sekolah-sekolah teknik, vokasional
dan institusi kemahiran MARA untuk menyediakan
pekerja kolar biru

17
Pendidikan daripada aspek kawalan sosial
 Tingkah laku manusia perlu dikawal supaya
selaras dengan kehendak masyarakat
 Kawalan ini boleh dibuat melalui proses
sosialisasi yang boleh dilakukan secara
 Menyeluruh dan sekata melalui pendidikan

18
 Kawalan sosial pelajar di sekolah boleh
dilakukan dengan pelbagai cara sama ada
secara langsung atau tidak langsung
 Kawalan sosial secara langsung adalah melalui
peraturan sekolah yang dikuatkuasakan oleh
pihak pentadbir dengan bantuan pegawas
sekolah dan ketua darjah

19
 Kawalan sosial secara tidak langsung adalah
melalui jadual waktu sekolah yang
dikuatkuasakan oleh guru mata pelajaran yang
mengajarnya.
 Unsur penerapan nilai yang dibuat melalui
pengajaran juga boleh membantu kawalan
sosial di kalangan pelajar

20
 Mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan
Agama Islam dan Pendidikan Moral juga
bertujuan untuk kawalan sosial
 Aktiviti kokurikulum juga adalah sebagai agen
kawalan sosial di mana
aktiviti yang dijalankan mempunyai
peraturan yang telah ditetapkan

21
Pendidikan dan proses indoktrinasi
 Melalui proses ini pelajar secara tidak langsung
didedahkan dengan amalan yang diinginkan oleh
pemerintah melalui mata pelajaran dan kegiatan yang
dijalankan di sekolah.
 Untuk menanam rasa cintakan negara, pada setiap
pagi pelajar menyanyikan lagu NegaraKu sambil
menaikkan bendera negara

22
 Gambar tokoh-tokoh utama negara di gantung
di dinding kelas begitu juga dengan Rukun
Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Unsur perpaduan kaum melalui bahasa
dijadikan amalan untuk berkomunikasi dalam
kehidupan seharian

23
 Pelajar daripada pelbagai kaum digalakkan
untuk bersama-sama menjayakan sesuatu
aktiviti sekolah
 Tiada pengenalan kaum digalakkan dalam
aktiviti sekolah sama ada berbentuk akademik
atau permainan kecuali yang berkaitan dengan
keagamaan

24
 Pemilihan untuk sesuatu jawatan dalam kelas
 atau sekolah adalah berasaskan demokrasi
yang menjadi tunjang ideologi negara

25
Pendidikan daripada aspek modal budaya
 Modal budaya merujuk kepada
pengetahuan, pengalaman serta kemahiran
yang dimiliki oleh seseorang individu pada
satu–satu ketika
 Melalui pendidikan modal budaya seseorang
dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa

26
 Semakin tinggi taraf pendidikan seseorang
semakin tinggi modal budayanya
 Semakin luas bidang pendidikan seseorang
semakin luas modal budayanya

27
 Begitu juga dari segi dalamnya pengetahuan
seseorang dalam satu – satu bidang
 Selain daripada pendidikan formal, modal
budaya juga berdasarkan proses sosialisasi
yang dialami seseorang

28
 Seseorang yang dibesarkan dalam keluarga
yang ramai mungkin mudah baginya untuk
bergaul dan bantu membantu dengan orang
lain
 Keadaan mungkin berbeza bagi anak tunggal

29
 Sesuatu yang disampaikan secara tidak
langsung kadangkala mendatangkan kesan
yang lebih baik daripada yang disampaikan
secara langsung
 Sebagai contoh, teladan yang ditunjukkan oleh
guru semasa berinteraksi dengan mereka
mungkin lebih berkesan kepada pelajar
daripada menyatakannya secara terus terang

30
Pendidikan daripada aspek
kurikulum tersembunyi

 Ilmu pengetahuan boleh disampaikan


secara langsung ataupun secara tidak
langsung

 Ianya juga boleh dilakukan secara


terancang atau tidak

31
 Walau bagaimanapun ada pelajar yang perlu
dinyatakan secara terus terang baru dapat
memahami apa yang ingin disampaikan

32

You might also like