You are on page 1of 14

7.

1 (C) Hukum Ohm


Arus Elektrik
• Cas elektrik diperlukan untuk membolehkan peralatan elektrik berfungsi.
• Tenaga yang diperlukan untuk mengalirkan cas elektrik boleh dijana
daripada sumber-sumber seperti penjana elektrik, sel kering dan sel
suria.
Arus Elektrik, I
• Arus elektrik – kadar pengaliran cas elektrik melalui suatu konduktor.
• Pesongan penunjuk galvanometer menunjukkan kewujudan arus
elektrik.
• Diukur dengan ammeter.
• Unit S.I.: ampere (A)
• Simbol: I
Voltan, V
• Voltan – beza upaya di antara dua titik
• Diukur dengan menggunakan voltmeter.
• Unit: volt (V)
• Simbol: V
Rintangan, R
• Rintangan - keupayaan sesuatu konduktor untuk mengehadkan atau
menentang aliran arus elektrik melaluinya.
• Perintang piawai mempunyai rintangan yang tetap.
• Perintang boleh ubah atau reostat mempunyai rintangan yang boleh
diubah.
• Unit: ohm (Ω)
• Simbol: R
Hubungan antara Arus, Voltan dan Rintangan

I Arus
V Voltan
R Rintangan ! !!
hm
m O
u ku
H
Hukum Ohm I Arus
V Voltan
R Rintangan

V=IR
• Hukum Ohm menyatakan bahawa
• arus elektrik (I) mengalir melalui suatu konduktor adalah berkadar
terus dengan voltan (V) yang merentasi dua hujung konduktor
• dengan syarat suhu dan keadaan fizik lain adalah tetap.
Hukum Ohm

V=IR
I =?
R =?
Hukum Ohm

V=?
Hukum Ohm

I=?
Hukum Ohm

R=?
Contoh 1
Berapakah rintangan bagi sebiji lampu kereta yang mengalirkan arus
0.025A apabila disambung kepada akumulator kereta 12V?

I = 0.025 A R=V÷I
V= 12V R = 12 ÷0.025
R=? = 480 Ω
Contoh 2
Sebuah perintang mempunyai rintangan 9Ω. Arus yang mengalir
melalui perintang tersebut ialah 3A. Berapakah voltan merentasi
perintang tersebut?

R = 9Ω V=IxR
I = 3A V=3x9
V=? = 27 V
Jumpa
lagi…

You might also like