You are on page 1of 36

DUM 2021

Pengenalan kepada Asas


Keusahawanan
BAB 8- KEWANGAN

1
Kerangka
1. Pelaburan
Aset Jangka Panjang ( Berbentuk Fizikal dan Bukan
Berbentuk Fizikal)
Aset Jangka Pendek
2. Pembiayaan
Sumber pembiayaan
Modal Kerja (Working Capital) Jangka Pendek
Susutnilai aset jangka pendek
Ciri-ciri pembiayaan berbentuk pinjaman
3. Rekod urusniaga dalam perniagaan
Rekod Jualan, Akaun Belum Terima, Akaun Belum
Bayar,Belanja Operasi , Rekod Tunai.
2
4. Kepentingan menyediakan Penyata Kewangan
i. Penyata kewangan
ii. Penyata pendapatan
iii. Jualan
iv. Kos Barang Dijual (KBDJ)
v. Untung kasar
vi. Belanja operasi
5. Untung Belum Cukai, Faedah & Susutnilai (UBCFS)
i. Cukai
ii. Dividen
6. Penyata Tunai
7. Penyata Kunci Kira-kira

3
Objektif pengurusan kewangan dalam
perniagaan ialah untuk membuat keputusan
tentang:-

•Pelaburan
•Pembiayaan

4
Definisi Pelaburan
•PELABURAN ialah apabila syarikat atau
perniagaan tersebut membelanjakan atau
mengeluarkan wang untuk membeli sesuatu
aset yang akan memberi pulangan dimasa
hadapan.

5
Aset Jangka Panjang - berbentuk fizikal

Tanah Bangunan Mesin


Kilang
untuk operasi
perniagaan

Peralatan Belanja
Kenderaan Perabut
pengubahsuaian
premis.
6
Aset Jangka Panjang bukan berbentuk fizikal
Aset kewangan seperti:
 Saham
 Bon
 Amanah saham
 Simpanan di bank

 Deposit untuk sewa premis juga diklasifikasikan


sebagai aset kerana premis tersebut digunakan
untuk menjana pendapatan. Walaubagaimanapun
belanja sewa bukan satu aset, ia adalah kos dalam
pengeluaran.
7
Aset jangka pendek

Adalah Modal Kerja yang di perlukan untuk operasi harian firma.


Antara aset dalam kategori ini adalah :-

• Tunai – untuk urusniaga belian dan jualan


• Akaun Belum terima – bila syarikat menjual secara kredit dan
hutang ini akan dikutip dimasa hadapan.
• Inventori – Bahan mentah, barang separuh siap dan barang
siap.

8
PEMBIAYAAN
 Sumber untuk mendapatkan modal untuk membiayai
pembelian aset atau lain-lain keperluan perniagaan.

 Wang simpanan tidak mencukupi? Seorang usahawan


mesti berupaya untuk mencari modal.

 Terdapat banyak dan pelbagai sumber pembiyaan


perniagaan di Malaysia.

9
Kedua-dua sumber modal diatas berbentuk jangka panjang.

10
Modal Kerja (Working Capital) Jangka
Pendek

Akaun Belum Bayar (Account Payables):


Pembelian yang dibuat secara kredit
Pinjaman jangka pendek daripada sumber tertentu
yang tempoh pinjamannya kurang daripada setahun

11
   
Keputusan Pelaburan Keputusan
(ASET) Pembiayaan
   
Aset Semasa: Liabiliti Semasa
Tunai Akaun Belum Bayar
Akaun Belum Terima Pinjaman Jangka Pendek
Inventori  
  Pinjaman Jangka Panjang
Deposit Sewa  
  Modal Pemilik
Aset Tetap

12
Susut nilai Aset Jangka Panjang

 Susutan nilai aset disebabkan penggunaan dan


keusangan.
 Anggaran susutan nilai mengikut jangka hayat
seperti berikut:-
 Sebagai contoh sebuah mesin berharga RM40,000
yang boleh di gunakan untuk 5 tahun akan
mempunyai susutnilai seperti berikut:-

 Susutnilai = RM40,000 / 5 tahun


= RM8,000 setahun.

13
Ciri-ciri Pembiayaan berbentuk Pinjaman
 
Tempoh Bayar Balik
Kos pembiayaan atau faedah setahun

Sebagai contoh jika syarikat meminjam RM30,000 untuk 5 tahun


dengan kadar faedah 5% setahun.
Belanja Faedah atau Kos pembiayaan setahun

= RM30,000 x 5% = RM1500 atau


RM125 sebulan (dengan kaedah pengiraan mudah).

Bayaran Pokok Pinjaman RM30,000 /60 bulan = RM500

Jumlah Bayaran sebulan = RM125 + RM500 = RM625


14
Rekod urusniaga dalam perniagaan
 Sesuatu perniagaan perlu menyimpan rekod semua
ususniaga yang berlaku dalam syarikat. Rekod ini akan
memudahkan kita untuk membina Penyata Kewangan
kelak.
 Paling ringkas ialah rekod berikut:-
o Rekod Jualan
o Rekod Belian
o Rekod Pembayaran Gaji, KWSP, SOCSO.
o Rekod Belanja Operasi seperti sewa, bil eletrik, air, telefon,
pengangkutan, kesihatan
o Rekod Aliran Keluar Masuk Tunai 

15
Rekod Jualan
• 
Kutipan Tunai Baki Ak
untuk Ak Belum
Belum Terima
Terima

Kadangkala sesuatu perniagaan tersebut perlu menjual


secara kredit. Bila ini berlaku maka akan timbul AKAUN
BELUM TERIMA dari pelanggan.
16
Akaun Belum Terima (Receivables)
•Baki akaun belum terima bulan Febuari didapati dengan cara
berikut:
Rujukan
Baki AK Belum Terima
  10500 Kolum 6 (Jan)
bulan Januari
Akaun Belum Terima
+ 7000 Kolum 4 (Feb)
bulan Febuari
Kutipan Tunai untuk
AK Belum Terima - 10500 Kolum 5 (Feb)
bulan Febuari
Baki Akaun Belum
= 7000 Kolum 6 (Feb)
Terima Bulan Febuari

Selalunya tempoh kredit yang boleh diberi ialah 1 bulan. Jika terlampau
lama ianya akan mengikat tunai perniagaan dengan pelanggan.

17
Akaun Belum Bayar (Payables)

Bayaran Tunai Baki AK


untuk AK Belum Belum
Bayar Bayar

AKAUN BELUM BAYAR timbul bila perniagaan anda membeli


secara kredit. Pengiraan baki akaun belum bayar adalah sama
prosesnya dengan pengiraan baki akaun belum terima.

18
Belanja Operasi
• Rekod Bayaran Gaji dan belanja Utiliti dan Sewa (Utiliti ialah
belanja eletrik, air dan telefon) serta yang boleh
digabungkan dan ditakrifkan sebagai Belanja Operasi dengan
cara berikut:-
Bulan Utiliti dan Sewa Gaji Belanja
Operasi
Jan 1000 5000 6000

Feb 1000 5000 6000

Mar 1000 5000 6000

19
Rekod Tunai

• Rekod Aliran Keluar Masuk Tunai – merupakan


catatan segala urusniaga yang melibatkan tunai. Ini
merupakan catatan yang paling minima yang perlu
dilakukan oleh pemilik perniagaan. Ianya mudah
dilakukan.

20
Contoh:

21
Kepentingan menyediakan Penyata
Kewangan
• Sebagai laporan prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan
• Sebagai alat untuk mengawal dan memantau operasi perniagaan
• Sebagai panduan untuk meramal arah tuju perniagaan

22
Penyata Kewangan
 Terdapat 3 Penyata Kewangan Utama:-
• Penyata Pendapatan (Income Statement)
• Penyata Kunci Kira Kira (Balance Sheet)
• Penyata Tunai (Cash Statement)

23
Penyata Pendapatan

• Melaporkan Hasil Operasi Perniagaan


• Operasi di sini dimaksudkan sebagai :
• Menyediakan barangan untuk dijual kepada pelanggan
• Memberi perkhidmatan
• Atau gabungan kedua aktiviti di atas

24
Jualan

• Jualan ialah segala hasil jualan barangan atau bayaran perkhidmatan


yang ditawarkan.

25
Kos Barang Di Jual
Cost of Goods Sold (COGS)

• segala kos yang terlibat untuk menyediakan produk yang telah dijual.
• Kos ini berkait dengan produk atau perkhidmatan yang dicatat di
Jualan.
• Kos ini ialah kos utama dalam perniagaan yang berbentuk
pengeluaran atau pengilangan.
• Kos ini selalunya tidak tinggi untuk perniagaan yang bersifat
perkhidmatan.

26
 
 
Inventori Awal -- Segala bahan mentah, barang belum siap dan barang siap yang
dibawa daripada tahun lepas
 
 
+
 

Belian Bahan Mentah -- Belian pada tahun semasa


 
 
-
 
 
Inventori Akhir -- Segala bahan mentah, barang belum siap dan barang siap yang
dibawa ke tahun depan
 
 
=
 
 
Kos Barang yang telah di Jual(KBDJ) pada tahun semasa
27
 
Untung Kasar
Gross Profit

• Untung Awal perniagaan setelah menolak semua kos langsung untuk


mengeluarkan Produk. Kos Langsung yang utama ialah kos belian
bahan mentah

Untung Kasar = Jualan - Kos Barang diJual (KBDJ)

28
Belanja Operasi
• Merupakan kos sokongan untuk mengeluarkan produk atau operasi
• Meliputi perkara seperti gaji, sewa, bayaran utiliti, telefon, WiFi,
pengangkutan dan belanja kecil kecilan.
• Belanja ini merupakan belanja utama dalam perniagaan berbentuk
perkhidmatan.

29
Untung Belum Cukai, Faedah &
Susutnilai (UBFCS)
 Cukai – Cukai perniagaan yang perlu dibayar.
 UBC ialah singkatan untuk Untung sebelum Cukai

 Faedah atas kos pembiayaan kerana membuat pinjaman

 Belanja Susutnilai – Susutan nilai aset disebabkan penggunaan dan


keusangan.

30
CUKAI
Cukai di dapati dengan mendarabkan UBC dengan
kadar cukai korporat (26%)
Sebuah perniagaan itu boleh menggantikan bayaran
cukai dengan bayaran zakat.
Sebagai contoh jika pengiraan cukai menetapkan
cukai yang perlu dibayar ialah RM5,000 dan syarikat
hanya membayar zakat RM3,000 maka baki RM2,000
tersebut perlu dibayar sama ada kepada pejabat zakat
atau pejabat cukai. Jika bayaran zakat melebihi
bayaran cukai, lebihan tersebut boleh direkod sebagai
derma atau aset semasa. Penetapan perakaunan
untuk keadaan ini tidak dirangkumi oleh Modul ini.
Untung Bersih ialah semua untung setelah semua
tuntutan belanja keatas syarikat di ambil kira(ditolak).

31
DIVIDEN
Dividen ialah agihan segala untung kepda pemilik
syarikat
Pembayaran untung ini bergantung kepada perkara
berikut:
◦ Bayaran dividen tersebut sepatutnya tidak
menjejaskan pertumbuhan syarikat. Jika syarikat
bercadang untuk membesarkan perniagaan maka
pembayaran dividen tidak digalakan.
◦ Jika tahap tunai dalam syarikat mencukupi untuk
bayaran dividen tersebut. Walaupun syarikat
mendapat untung tidak semestinya perniagaan
tersebut mempunyai tunai.
Jika untung tidak diagihkan kepada pemilik sebagai
dividen maka untung tersebut akan dilabur semula
kedalam perniagaan dan jumlah ini dikenali sebagai
Pendapatan Tertahan.
32
Penyata Tunai
Cash Statement
• Menunjukan aliran tunai perniagaan.
• Alir tunai masuk - menunjukan semua punca tunai yang boleh didapati
oleh perniagaan.Ini termasuk:-

Dari Operasi Kutipan Tunai dari Jualan


  Kutipa tunai daripada Akaun
Belum Terima
Dari Pelaburan Jualan aset yang digunakan oleh
  perniagaan
Jualan pelaburan yang dimiliki
oleh perniagaan
Sumbangan Pembiayaan Modal tambahan dari pemilik
Pinjaman baru 33
• Alir Tunai Keluar – menunjukan semua tunai yang telah dikeluarkan
oleh perniagaan. Ini termasuk:-

Untuk Operasi Bayaran Tunai untuk Belian Jualan


  Bayaran tunai untuk Akaun Belum
Bayar
Untuk Pelaburan Belian aset untuk digunakan oleh
  perniagaan
Beilian alat pelaburan oleh
perniagaan
Untuk Tuntutan Pembiayaan Membayar dividen kepada pemilik
Membayar tuntutan pinjaman

34
Perkara penting untuk diingati :

 Jualan perniagaan tidak semesti dalam bentuk tunai. Ada


perniagaan yang bergantung kepada jualan dengan cara kredit.
Peningkatan jualan tidak semestinya menggambarkan tunai
syarikat meningkat serta merta jika sebahagian besar jualan
tersebut dilakukan secara kredit.
 Untung yang tinggi juga tidak semestinya perniagaan tersebut
menyimpan atau mempunyai baki tunai yang tinggi.
 Perniagaan harus menjaga baki tunai dalam perniagaan yang
mencukupi untuk menampung tuntutan operasi.

35
Penyata Kunci Kira Kira
Balance Sheet

• Menunjukan kedudukan kewangan perniagaan pada satu tarikh yang


tertentu. Selalunya tarikh yang dipilih ialah 30hb Jun atau 31hb
Disember. (pada 1 hb Julai atau 1 hb Januari, kedudukan kewangan
mungkin berbeza)
• Kunci Kira Kira mempunyai 2 bahagian iaitu:

Liabiliti (tuntutan atas


perniagaan)
Aset (Harta perniagaan)
Modal Pemilik
36

You might also like