You are on page 1of 14

BMMB3043

KULIAH 3
Tajuk
• 3. Kemahiran Mendengar
• Standard Kandungan 1.1 – 1.3
• Penghuraian Standard Pembelajaran
Konsep

• Kemahiran mendengar   ialah kemahiran


yang melibatkan aktiviti penerimaan mesej atau
maklumat.
• Kesimpulannya, jika seseorang itu
boleh memahami dan memproses maklumat
yang didengari serta boleh pula bertutur dengan
lancar akan berupaya mengembangkan daya
pemikiran dan boleh memahami sesuatu perkara
atau situasi yang dialaminya ketika itu.
• Jenis Kemahiran Mendengar 
• Terdapat dua jenis kemahiran mendengar iaitu,
mendengar pasif dan mendengar aktif.
• Mendengar pasif ialah sejenis komunikasi sehala.
Muridmendengar sesuatu maklumat yang disampaikan tanp
a memberi tindak balas secara lisan disebabkan tidak
memahami makna keseluruhan ujaranyang diterima.

• Mendengar aktif  pula melibatkan komunikasi dua hala.


Maksudnya, pelajar memberi tindak balas secara lisan
terhadap sesuatu maklumat yang diterima atau didengar
Contoh pernyataan kemahiran mendengar
dalam DSKP
i. Asas mendengar.....terhadap pelbagai bunyi dalam
persekitar

• Mendengar, mengecam dan mengenal pasti pelbagai


bunyi dalam persekitaran dengan teliti dan betul.
• Mendengar, mengecam dan mengajuk pelbagai bunyi
dalam persekitaran yang didengar dengan betul.
• Mendengar dan menentukan arah bunyi dalam
persekitaran dengan betul
ii. Mendengar mengecam dan menyebut bunyi bahasa
• Mendengar dan menyebut bunyi abjad
• Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata terbuka dengan
tepat
• Mendengar dan menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan
tepat
• Mendengar, memahami dan menyebut perkataan yang mengandung
suku kata terbuka dan tertutup
• Mendengar, memahami dan menyebut perkataan yang mengandungi
dua atau lebih suku kata terbuka, diftong, vokal berganding dan digraph
• Mendengar, memahami dan menyebut frasa dan ayat tunggal.
• Mendengar, memahami frasa dan ayat majmuk.
Aktiviti mendengar dua hala
• Mendengar memahami dan memberi respons
terhadap arahan
i. Mendengar, memahami dan memberi respons
terhadap sesuatu arahan
ii. Mendengar, memahami dan memberi respons yang
sesuai secara lisan dan gerak laku terhadap arahan
berdasarkan ayat perintah silaan dan larangan
iii. Mendengar, memahami dan memberi respons yang
sesuai secara lisan dan gerak laku terhadap arahan
berdasarkan ayat perintah permintaan dan suruhan
Aktiviti mendengar dua hala
• Mendengar memahami dan memberi respons
terhadap soalan
i. Mendengar, memahami dan memberi
respons terhadap pelbagai soalan bertumpu
ii. Mendengar, memahami dan memberi
respons terhadap pelbagai soalan bercapah
iii. Mendengar, memahami dan memberi
respons dengan betul secara bersoal jawab.
Aktiviti mendengar dua hala
• Mendengar memahami dan memberi respons
terhadap pesanan dengan betul
i. Mendengar dan memahami pesanan dan
memberikan respons secara gerak laku yang betul
ii. Mendengar, memahami dan memberi respons
secara lisan dan gerak laku berdasarkan pesanan
mengikut urutan dengan betul
iii. Mendengar, memahami dan memberi respons
untuk menyampaikan pesanan dengan betul.
Contoh Aktiviti Mendengar Tindak Balas
Ringkas
•  1. Melakukan pergerakan mengikut arahan
• 2. Menandakan butiran yang berkaitan
• 3. Menandakan betul atau salah
• 4. Menyusun gambar
• 5. Mendengar dan memilih gambar
• 6. Melukis bahan berbentuk grafik
• 7. Menandakan lokasi dan arah perjalanan
• 8. Mengisi jadual
• 9. Teka siapa saya
Contoh

• Contoh latihan mendengar yang memerlukan tindak


balas ringkas
• A.Melakukan pergerakan mengikut arahan :
• “Duduk”
• “Tutup pintu”
• “Berdiri tegak, rapatkan kaki”
• “Angkat tangan kanan ke atas dan kaki kiri ke hadapan”
• “pusing kiri”
• “pusing kanan”
Mengkaji DSKP
• 3. Kemahiran Mendengar
• Standard Kandungan 1.1 – 1.3
• Penghuraian Standard Pembelajaran

• Pendedahan kepada pelajar bagaimana


memahami SK dan SP kemahiran mendengar
• Pilih mana-mana DSKP tahun 1- 6 untuk
dijadikan bahan kajian
Tutorial
• Secara berkumpulan laksanakan tugasan
berikut
• Analisis jumlah kemahiran mendengar bagi
tahun 1, 2, 3,4, 5 dan 6
• Pilih satu SK dan SP bagi setiap tahun.
• Cadangkan contoh aktiviti yang bersesuaian
dengan kemahiran yang dipilih
Contoh
• Tahun : 1
• Tema : Alam Sekitar
• SK : 1.1 Mendengar dan memberi respons
• SP : 1.1.1 Mengajuk dan menyebut perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi
pelbagai bunyi
• i) Vokal
• Aktiviti
1) Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan
2) Setiap murid diberikan kad yang mengandungi gambar haiwan mengikut nama
kumpulan
Setiap murid akan membunyikan bunyi haiwan tersebut untuk mencari ahli
kumpulan..
3) Setiap kumpulan diberi beberapa keping gambar yang mewakili setiap bunyi
vokal
4) Ahli kumpulan berbincang untuk membunyikan vokal pada gambar tersebut
5) Setiap kumpulan mempersembahkan di hadapan kelas

You might also like