You are on page 1of 17

CARA MENGAMBIL WUDUK

PESAKIT YANG
ANGGOTANYA BERBALUT
AHLI KUMPULAN

USTAZAH MASTURA BINTI MAMAT


USTAZAH DORAH BINTI DARUL
USTAZAH NOR WAHIDA BINTI
DZALIHU’ZZABIR
USTAZAH QAMARIAH BINTI MAKMUD
USTAZAH NORNI BINTI ABDUL WAHAB
JABIRAH
sebarang benda yang berada di atas anggota wuduk atau anggota
tayamum dinamakan jabirah.

Jabirah ialah bermaksud ikatan, balutan atau ubat yang diletakkan


(dilekatkan) di atas anggota yang sakit meliputi anggota wuduk atau
anggota tayamum.

Contoh : Plaster, kain pembalut yang mengandungi ubat dan simen


yang dilekatkan di tangan atau kaki
Kenali Terlebih Dahulu Anggota
Wuduk Dan Tayammum
ANGGOTA WUDUK ANGGOTA TAYAMMUM

Muka Muka

Tangan hingga siku Bahagian tangan hingga siku

Kepala

Kaki
Cara Untuk Mengambil Wudhu
(Mengikut Mazhab Syafie)
1. Membasuh bahagian anggota yang tidak sakit seperti biasa
bermula daripada muka (mengikut turutan anggota wudhu).
2. Apabila tiba pada anggota yang berbalut contohnya kepala,
maka perlu menyapu keseluruhan pembalut (jabirah) tersebut
dengan air seterusnya menyambung wudhu pada anggota
seterusnya hingga selesai.
Pilihan Kedua Jika Tidak Mahu Menyapu
Balutan
Membasuh bahagian Jika luka yang ada adalah pada sebahagian muka, maka perlu
anggota yang tidak sakit membasuh dulu bahagian muka yang tidak sakit. Kemudian
seperti biasa bermula lakukan tayammum bagi menggantikan bahagian muka yang
daripada muka sakit.

Perlu diingat bahawa bahagian anggota tayammum (muka dan


tangan hingga siku) mestilah dalam keadaan terbuka bagi
membolehkan tayammum dilakukan..

Sambung berwudhu Jika ada pula luka pada bahagian kaki, maka lakukan tayammum
dengan air pada bahagian untuk menggantikan bahagian kaki yang tidak boleh terkena air.
anggota wudhu yang lain
yang tidak sakit sehingga
selesai
Keperluan Mengulangi Solat Selepas
Sembuh
Menurut Mazhab Syafie, solat perlu diulang kembali setelah sembuh apabila
berlaku perkara di bawah.
1. Apabila luka dibalut dalam keadaan tidak bersuci (tidak berwudhu dahulu atau dalam
keadaan janabah).

2. Balutan luka menutupi kawasan tayammum iaitu muka dan tangan hingga siku.

3. Balutan melebihi kawasan yang cedera (lebih daripada kawasan yang perlu).
KESEPAKATAN ULAMA’ DALAM
HUKUM TAYAMMUM BAGI ANGGOTA
BERJABIRAH
Apabila luka yang ada tidak membolehkan seseorang itu
berwudhu menggunakan air seperti biasa, maka menurut
pendapat Mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi, dibolehkan
untuk bertayammum atau menyapu balutan anggota yang
sakit kerana ia diqiyaskan kepada menyapu khuf
(stokin/kasut) untuk solat. Namun ada beberapa perbezaan
pada perlaksanaannya mengikut mazhab.
KEPUTUSAN JAWATAN KUASA
FATWA WILAYAH
PERSEKUTUAN
Kaedah Wuduk Bagi Pesakit Yang
Berjabirah
 Sekiranya jabirah boleh ditanggalkan dan tidak
mendatangkan mudarat, maka hendaklah ditanggalkan
dan mengambil wuduk seperti biasa. 
 Jika sebaliknya yakni mendatangkan kesakitan dan lebih
parah maka bolehlah disapu air di atas jabirah itu seperti
hukum sapuan atas jabirah (balutan luka) dan
bertayammum sebagai ganti wuduk anggota luka.
Syarat-syarat Memasang Jabirah
1 Orang yang terbabit berada dalam keadaan taharah. Yakni sudah
mengambil wuduk sebelum itu. Ini diqiyaskan dengan hukum sapuan di
atas khuf (stokin/kasut kulit). Jika jabirah dipasang bukan dalam
keadaan taharah dengan air maka hendaklah tetap melakukan solat
INI YANG
fardu, tetapi tidak boleh menjadi imam dan solat itu hendaklah MUKTAMAD
diqadha'kan setelah sudah sembuh atau tidak memerlukan jabirah DALAM
MAZHAB AL-
2 Solat juga diqadha'kan, jika tampalan jarum pada bahagian yang sihat SYAFIE
secara berlebihan, tidak hanya sebagai istimsak (sokongan bagi
bahagian yang sakit)
3 Begitu juga jika sakit itu pada anggota tayammum yakni muka dan
tangan sehingga ke siku.
JUMHUR ULAMA’

Bagaimanapun, mengikut mazhab Maliki, Hanafiah, Hanabilah dan


pendapat syaz dalam mazhab Syafie seperti kata Imam Nawawi,
jabirah tidak semestinya dipasang ketika taharah untuk mendapatkan
rukhsah tidak perlu diqadha’kan solat kerana ianya sangat susah secara
realiti.

Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (15/108-109


Jika di sana terdapat masyaqqah (kesukaran dan kepayahan) bagi pesakit,
dan ia berlangsung secara lama bolehlah bertaqlid kepada mazhab Maliki
dalam hal ini. 

Ini juga merupakan pendapat yang dipilih oleh Prof. Dr. Yusuf al-
Qaradhawi dalam Fiqh al-Mu`asirah (1/194). Bahkan menurut sebahagian
ulama tidak perlu juga untuk melakukan tayammum sebagai ganti tempat
wuduk yang tidak dibasuh.
Jika hanya rawatan biasa yang memerlukan memasang jarum dan tampalan
penguatnya pada anggota wuduk hanya beberapa jam, atau beberapa hari,
bolehlah disapu air dan dilakukan tayammum, dilaksanakan solat fardu, dan
diqadakan apabila sudah sembuh jika ditampal pada bukan pada waktu
taharah. Namun jika rawatannya mengambil masa yang lama, dan
mendatangkan kesukaran kepada pesakit, bolehlah bertaqlid kepada mazhab
lain dengan hanya menyapu air atas balutan, tanpa perlu melakukan
tayammum, dan tidak perlu diqadha’kan solatnya.
Dalil zahir riwayat yang mauquf pada Ibn Umar R.anhuma yang
disebut oleh Imam al-Baihaqi dan dinaqalkan juga oleh Imam al-
Nawawi dalam al-Majmu’ (2/324-325) :

‫ َوى‬G ‫صابَ ِة َو َغ َس َل َما ِس‬ ْ ‫ا َو َعلَى‬Gَ‫ َم َس َح َعلَ ْيه‬GGG‫ َم ْعصُوبَ ٌة َف‬Gُ‫ضَأ َو َك ُّفه‬
َ ‫ل ِع‬GG‫ا‬ ِ ‫ب َْن ُع َم َر َر‬G‫َأ َّنا‬
َّ ‫ َو‬GGG‫ض َيهَّللا ُ َع ْنهُ َما َت‬
‫َذلِ َك‬

Maksudnya : Sesungguhnya Ibn Umar R.A berwudhuk dan tangannya


dalam keadaan berbalut, lalu dia menyapu (air) ke atas tangannya
serta ke atas balutan, serta membasuh yang selainnya.
CARA-CARA BERTAYAMUM
CARA-CARA TAYAMMUM

You might also like