You are on page 1of 85

2.

0
PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
PERLEMBAGAAN
 Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah
negara. Wujud dengan tujuan hendak mengendalikan pentadbiran
kerajaan yang memerintah dengan licin dan saksama.
 Sebagai dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-
kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagi-bahagi dan
digunakan.
 Perlu melihat prinsip yang membentuk institusi-institusi negara –
eksekutif, badan perundangan dan kehakiman – sekaligus
menyatakan kuasa dan peranan mereka dalam kerangka itu.
 Prinsip-prinsip asas yang merangkumi nilai-nilai yang utama bagi
sesebuah negara dan masyarakat itu.
 D. Robertson : “Perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa
dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam
sesebuah negara, dan antara autoriti awam dengan rakyat”.

Perlembagaan bertulis
Tidak bertulis
“The whole system of government of a country, the collection of rules
with establish and regulate or govern the government. These rules
are partly legal…and partly non legal or extra legal, taking the form
of usages, understandings, customs or conventions…”
(K.C.Wheare:Modern Constitutions:1).

“Constitutions are primarily about politically authority and power-the


location, conferment, distribution, exercise and limitation of power
among the organs of a State. They are concerned with the matters
of procedure as well as substance. More often than not they also
include explicit guarantees of the rights and freedoms of individuals
and sometimes they incorporate ideological pronouncements-
principles by which the state ought to be guided or to which it ought
to aspire, and statements of the citizens duties.
(S.A. de Smith: Constitutional and Administrative Law, Sevent
Edition:7).
“ That the people have an original right to establish, for their future
government, such principles as, in their opinion, shall most conduce
to their own happiness, is the basis on which the whole American
fabric has been erected…The principles, therefore, so established,
are deemed fundamental. And as the authority from which they
proceed is supreme, and can seldom act, they are designed to be
permanent”.
(Marburry v Madison, I Cranch 137, 2 L ed.60 (1803)
KONSEP PERLEMBAGAAN
 Perlembagaan merupakan penyelarasan kepada pemerintahan sesebuah
negara.
 Sumber undang-undang tertinggi negara
 Ia juga bertindak sebagai garis panduan kepada pembentukan undang-
undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat.
 Abdul Aziz Bari – Perlembagaan adalah milik rakyat = hasil perjuangan
kemerdekaan yang memeterikan persetujuan-persetujuan dan pelbagai
tolak ansur antara golongan, bangsa etc.
 Juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan kepada
rakyat.
 Cth : Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara yang
menyentuh pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi,
YDPA, Keistimewaan raja-raja Melayu dan hak orang Melayu, soal
bahasa, agama, kehakiman, kewarganegaraan dan sebagainya.
 Setiap negara yang berdaulat mesti ada satu perlembagaan ini bagi
menentukan arah tujuan politik sesebuah negara.
 Mungkin jadi alat atau mekanisme untuk mengesahkan kezaliman atau
kediktatoran.
 Prof M.P. Jain – harus menjadi brek kepada autoriti kekuasaan,
khususnya apabila operasinya sudah menimbulkan tanda tanya dan
keanehan.
 Jadi di sini bolehlah diringkaskan bahawa Perlembagaan
Persekutuan Malaysia terdiri daripada tiga asas, iaitu;
 setiap individu mempunyai hak-hak tertentu yang dilindungi atau
tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.
 pembahagian kuasa di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan
Negeri
 Pengasingan kuasa di antara eksekutif, perundangan dan
kehakiman
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM PERSPEKTIF SEJARAH
 Evolusi, secara berperlembagaan, struktur dan proses kerajaan di
Malaysia – peranan rakyat pada setiap peringkat
 Sistem-sistem asli
 Penaklukan penjajah – evolusi sistem moden
 Penyertaan pribumi dan pendatang
 Berbangkitnya kesedaran kebangsaan –
 Pemerintahan sendiri
 Kerajaan berwakil
 Langkah-langkah terhadap kemerdekaan
 Asas-asas kompromi antara kaum – soal-soal kewarganegaraan
 Proses perkembangan sistem pemerintahan –
 Malayan Union – 1946
 Persekutuan Tanah Melayu - 1948
 Persekutuan Tanah Melayu – 1957
 Pilihanraya 1955
 Kemerdekaan 1957
 Malaysia 1963
 Bentuk masakini
LATAR BELAKANG PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Urutan Peristiwa
 Prinsip Perlembagaan Kesultanan Melayu Melaka
 Zaman penjajahan Inggeris memperlihatkan pengaruh Inggeris ke
atas sistem perlembagaan kita.
 Konsep kerajaan menurut nasihat
• Perjanjian Pangkor 1874 antara pihak British dengan Sultan
Perak, yang antara lain mengehendaki raja-raja menerima
nasihat seorang pegawai kecuali dalam hal-hal yang
berhubung agama Islam dan adat istiadat Melayu.
• Menjadi model kepada perjanjian-perjanjian antara British dan
kerajaan Melayu lain selepas itu.
 Meskipun demikian, pembentukan sistem kerajaan pentadbiran
British lama kelamaan meminggirkan pentadbiran aristokrat
Melayu.
• Turut membantu penerapan nilai dan undang-undang Inggeris
di negeri-negeri Melayu.
• Sebelum ini didasarkan kepada prinsip-prinsip Islam sedikit
demi sedikit digantikan oleh pegawai-pegawai Inggeris dengan
amalan dan undang-undang mereka.
 Ini diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan
Union) pada 1 April 1946. Terbentuk hasil dari Perjanjian Mac
Micheal pada tahun 1945 dan memberi peruntukkan kepada British
bagi mentadbir Tanah Melayu dalam perintah-dalam-Majlis
berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree) bertarikh 23
Mac 1946.
 Dikenali sebagai Perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu 1946.
Bagaimanapun telah dibatalkan pada 1 Feb 1948 kerana
mendapat tentangan yang kuat dari raja-raja Melayu dan rakyat
Tanah Melayu. Sebab bangkang
 Raja-raja Melayu tidak lagi mempunyai kedaulatan
 Orang-orang bukan Melayu akan diberi taraf yang sama dengan
kaum pribumi
• Satu perjanjian baru telah dibuat oleh penjajah British dan raja-raja
Melayu, dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
1948. Hasilnya, perlembagaan baru telah digubal dan berkuatkuasa
pada 1 Februari 1948.
 Perjanjian:
 Kerajaan pusat akan mengandungi
 seorang Pesuruhjaya Tinggi British,
 sebuah Majlis Mesyuarat
 sebuah Majlis Perundangan Persekutuan (Legislative Council)
• Anggota rasmi
• Anggota tidak rasmi (dipilih dan dilantik oleh Pesuruhjaya
Tinggi)

 Ekoran itu juga telah Tanah Melayu telah muncul dalam wajah iaitu
daripada MU kepada Persekutuan Tanah Melayu berkuat kuasa pada
1 Februari 1948. Manakala perlembagaan juga telah berubah
daripada Perlembagaan MU kepada Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu (PTM) 1948. Formatnya :
 Sebuah persekutuan secara formal
 Pesuruhjaya Tinggi British sebagai pihak berkuasa tertinggi
 Beliau, disisi undang-undang, menjalankan autoriti yang
diamanahkan oleh Raja Britain dan sembilan orang Raja-Raja
Melayu.
 Di bawah skima PTM 1948 ini:
 Bermula beberapa institusi
• Majlis Raja-Raja Melayu
• Hak keistimewaan orang Melayu
 Satu sudut lain – semacam menyediakan landasan
kemerdekaan buat negara ini.
 Kegiatan politik menuju kemerdekaan bermula melalui
perkembangan parti-parti politik
 Rakyat biasa mula menuntut peranan yang lebih aktif dalam
pentadbiran negara.
 Melalui perjanjian PTM ini ada dijelaskan berkaitan dengan
penyediaan ke arah pemerintahan sendiri. Berdasarkan kepada
perjanjian ini maka satu pilihan raya telah dibentuk bagi mengisi 52
kerusi dalam Majlis Perundangan Persekutuan yang di adakan
pada 15 Julai 1955.
 Parti Perikatan telah menang 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi dan
Tunku Abd. Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri.
 Perkembangan ini menyediakan satu bentuk perwakilan bagi rakyat
Malaya dlm rundingan-rundingan kemerdekaan selepas itu.
 Kemenangan parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955, memaksa
penjajah British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di
London
 Akibat daripada kesedaran ini satu rombongan yang diketuai oleh
Tunku telah berlepas ke London untuk berbincang mengenai
kemerdekaan PTM. Persidangan berlangsung dari 18 Januari
hingga 6 Februari 1956, dihadiri oleh satu perwakilan yang terdiri
dari 4 org wakil raja Melayu, Ketua Menteri PTM beserta 3 menteri
lain, Pesuruhjaya Tinggi British dan penasihat-penasihatnya.
 Perubahan-perubahan penting dari sudut pertahanan,
kewangan, pentadbiran dan seumpamanya telah dirangka.
 Mencadangkan supaya dilantik sebuah suruhanjaya yang
bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk PTM yang
berkerajaan sendiri dan merdeka. Telah diperkenankan oleh
Queen of British Empire dan Raja-Raja Melayu.
Suruhanjaya Reid
 Bertangungjawab menyediakan kerangka perlembagaan sekarang.
 Dari sudut penyertaan rakyat tempatan ini juga penting kerana ia
menunjukkan betapa perlembagaan yang ada sekarang bukanlah
sesuatu yang diwariskan oleh suruhanjaya Reid.
 Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dipengerusikan oleh Lord Reid dari England dan dianggotai oleh
 Sir Ivor Jennings (England),
 Sir William MacKell (Australia),
 B. Malik (India) dan
 Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
 Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya tersebut dipandu oleh
terma-terma rujukan yang telah ditetapkan dalam persidangan di
London
 Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang
kuat
 Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak
Raja-raja Melayu
 Pewujudan jawatan ketua negara bergelar Yang di-Pertuan
Agong;
 Pemeliharaan hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta hak-
hak yang sah milik kaum-kaum lain serta;
 Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam
untuk seluruh Malaya.
 Mereka juga menerima memorandum – lisan dan bertulis dari
pelbagai pihak dan kumpulan. Sambutan yang diberikan sangat
mengalakkan.
 Suruhanjaya Reid mengambil masa 8 bulan untuk menyiapkan draf
perlembagan itu yang diterbitkan pada 21 Februari 1957.
 Ia telah dikemukakan kepada Kerajaan British dan juga raja-raja.
Diikuti oleh siri-siri mesyuarat di London dan Kuala Lumpur bagi
bincangkan isi laporan tersebut.
 Ini semua menghasilkan Kertas Putih yang merupakan
kumpulan syor tambahan yang sebahagian besarnya
merupakan hasil semakan terhadap syor-syor yang
dikemukakan oleh Suruhanjaya Reid.
 Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang adalah draf
yang dikemukakan oleh Kertas Putih.
 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru bersama
dengan perlembagaan untuk negeri Melaka dan Pulau Pinang telah
diistiharkan pada 31 Ogos 1957, dan dengan demikian Persekutuan
Tanah Melayu menjadi sebuah negara berdaulat dan merdeka.
 Mula beroperasi sebagai sebuah dokumen undang-undang pada 31
Ogos 1957 melalui sebuah mekanisme yang terdiri daripada :
 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Akta
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang diluluskan
oleh Parlimen Britain di London;
 Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957 yang diluluskan oleh
Majlis Perundangan Persekutuan di Kuala Lumpur; dan
 Pelbagai enakmen yang diluluskan oleh majlis-majlis
perundangan negeri yang bertujuan memberi kuatkuasa
undang-undang kepada draf perlembagaan yang dikemukakan
oleh Kertas putih.
Lampiran 1
 Dalam satu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Agung Suffian
KHN telah berkata :

Di Malaya Perlembagaan adalah hasil usaha sama Inggeris-Malaya


dan Parlimen kita tidak campurtangan dalam penggubalannya. Draf
yang pertama telah disediakan oleh Pesuruhjaya Diraja yang
dipengerusikan oleh Lord Reid dan yang dilantik bersama oleh Ratu
British dan Raja-Raja Melayu. Draf itu telah disiarkan untuk
perbincangan umum dan perbahasana; draf yang diperbaiki telah
dipersetujui oleh kerajaan British dan Raja-raja Melayu dan juga
oleh Kerajaan Perikatan pada masa itu; ia telah diluluskan oleh
Parlimen British, oleh Dewan Undangan Federal dan oleh setiap
Dewan Undangan Negeri-Negeri Melayu. Apabila pihak British
akhirnya menyerahkan kuasa perundangan dan politik, Malaya
telah mempunyai Perlembagaan siap untuk digunakan dan tidak
perlu lagi bagi orang di Malaya berunding untuk menggubalkan
sesuatu Perlembagaan.

[Phang Chin Hock lwn Pendakwa Raya [1980] 1 MLJ 70].


Lampiran 2
 Bidang tugas Pesuruhjaya Perlembagaan itu adalah seperti berikut :
 Mengkaji peraturan-peraturan perlembagaan yang kini ada di
seluruh Persekutuan Tanah Melayu dengan mengambil kira
kedudukan dan kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen
dan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu; dan membuat
cadangan bagi sebuah perlembagaan persekutuan bagi
keseluruhan negeri, sebagai sebuah unit yang merdeka dan
memerintah sendiri di dalam Negara-negara Komanwel
berasaskan demokrasi berparlimen dengan badan perundangan
mempunyai dua dewan dan yang akan mengandungi peruntukan
bagi penubuhan kerajaan pusat yang teguh dengan negeri-negeri
dan tanah-tanah jajahan mempunyai sebahagian autonomi ( soal
kuasa perundangan residual untuk diperiksa dan menjadi tajuk
cadangan Persuruhjaya ); dan dengan cara rundingan antara
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri-Negeri dan tanah-tanah
jajahan mengenai perkara kewangan yang tertentu yang akan
disebut dalam Perlembagaan; melindungi kedudukan dan
kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu sebagai raja
berperlembagaan negeri masing-masing.
 Yang Dipertuan Besar berperlembagaan bagi Persekutuan yang
akan dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
 Kerakyatan yang sama bagi keseluruhan Persekutuan
 Perlindungan hak-hak istimewa.
Suruhanjaya Cobbold
 Namun begitu setelah enam tahun Tanah Melayu merdeka sekali
lagi perubahan yang berlaku kepada Perlembagaan PTM.
 Ini disebabkan penggabungan negeri-negeri baru seperti
Singapura, Sabah dan Sarawak dengan Malaya yang menjadi
anggota baru Malaysia.
 Sejajar dengan itu perlembagaan yang sedia ada sudah tidak
sesuai lagi kerana Malaysia sudah menjadi kompleks dan lebih
besar dari segi komposisi penduduk dan struktur negara. Maka bagi
menyelaraskan kepentingan ekonomi, sosial dan politik di seluruh
Malaysia, satu suruhanjaya baru dibentuk yang dikenali sebagai
Suruhanjaya Cobbold.
 Suruhanjaya ini diwujudkan dengan tujuan untuk meninjau
pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak mengenai
penyertaan mereka dalam Malaysia. Suruhanjaya ini melaporkan
bahawa rakyat Borneo Utara dan Sarawak ingin menyertai
Malaysia.
 Tetapi setelah selesai proses menyemak pendapat, ia berperanan
pula untuk menggubal satu perlembagaan baru.
 Seterusnya setelah semua selesai satu perjanjian telah di
tandatangani pada 9 Julai 1963
 Parlimen PTM telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda
Perkara 1(1) dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957. Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963.
 Ratu Britain melepaskan bidang kuasa baginda ke atas Borneo
Utara, Sarawak dan Singapura lalu negeri-negeri ini merdeka dan
bercantum dengan PTM dalam Perlembagaan Malaysia dengan
mempunyai perlembagaan sendiri.
 Ringkasnya dapat dinyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas kepada penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
 Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16
September 1963.
 Bagi Sabah dan Sarawak draf Perlembagaan Malaysia telah
dilampirkan dalam Jadual Perjanjian Malaysia dan perlembagaan itu
kemudiannya telah diistiharkan sebagai sebagai Perlembagaan
Negeri Sabah dan negeri Sarawak.
Konsep Ketinggian Perlembagaan
 Perlembagaan Persekutuan : undang-undang tertinggi negara dan menjadi
punca kepada semua undang-undang sama ada yang sudah ada ataupun
yang bakal digubal.
 Dalam kes Marbury v. Madison 1 Cranch 137, 2 L. Ed 60 (1803), Mahkamah
Agong di AS telah menyatakan bahawa jika perlembagaan adalah dianggap
sebagai sesuatu alat yang mengawal dan mengahdkan kuasa organ-organ
kerajaan, adalah penting supaya perlembagaan bertulis itu menjadi undang-
undang asas, utama dan tertinggi. Jadi Mahk. Agong telah melahirkan prinsip
bahawa apa-apa undang-undang yg diluluskan oleh Kongres yang tidak
selaras dengan Perlembagan AS adalah tidak sah walaupun tidak ada
peruntukkan di dalam perlembagaan AS yang menyatakan sedemikian.
 Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa
Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang utama
Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari
Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu. Peruntukkan ini
menetapkan doktrin bahawa perlembagaan adalah sumber undang-undang
yang tertinggi di Malaysia.
Konsep Ketinggian Perlembagaan
 Seiring dengan itu, Parlimen memperolehi kuasanya daripada
Perlembagaan.
 Mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat
undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar
bidang kuasanya.
 Mahkamah : punyai kuasa untuk batalkan sesuatu undang-undang
yang digubal oleh Parlimen, jika undang-undang digubal di luar
bidang kuasa dan bertentangan dengan PP.
 Juga tertakluk kepada PP
 W/pun YDPA : ketua Utama Negara- juga tertakluk kepada PP
 Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi
kuasa dan kedudukan PP. – Konsep Ketinggian Perlembagaan
Prinsip-Prinsip Perlembagan
 Pengasingan Kuasa
 Separation of Power – Montesqiueu “L’Esprit de Lois”
 Kedaulatan Undang-undang
 “Government is govern by law and not by man”
 Keluhuran Parlimen dan Keutamaan Perlembagaan
 Ketinggian kuasa Parlimen membuat undang-undang dan
tanggungjawab eksekutif terhadap Parlimen.
 Konvensyen-Konvensyen Perlembagaan
 “Conventions consists of customs, practises, maxims or precepts which
are not enforced or recognised by the courts making up a body not of
laws but of constitutional or political practises” – Dicey
 Adat politik – Presiden UMNO akan jadi PM jika menang pilihanraya
 Penyertaan rakyat dalam kerajaan dan kepentingan penglibatan
rakyat di dalam evolusi kerajaan berperlembagaan
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
 Menurut Tun Mohamed Suffian (1990), Perlembagaan Malaysia
mempunyai ciri asas berikut:
 Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah negara
persekutuan
 Sebagai negara Raja berperlembagaan
 Sebagai negara demokrasi berparlimen
 Perlembagaan memperuntukan Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan, tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan
malaysia sebagai negara teokrasi, dan dengan jelas menjamin
kebebasan beragama
 Pelembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan
kebebasan undang-undang
 Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga
cabang kerajaan, di sini bermakna seluruh jentera pentadbiran,
bukan sahaja eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan
dibantu oleh kabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga cabang
itu ialah Parlimen, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiganya
mempunyai status yang sama, tiada satu pun yang lebih tinggi
daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai fungsi dan
tanggungjawab yang berbeza.
 Pelembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang
berasingan dan bebas dari kawalan Parlimen dan Eksekutif
malah mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk
menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti lain dalam
perlembagaan .

 Perlembagaan Malaysia telah diistiharkan pada Hari Malaysia (16


September 1963). Mengandungi :
 15 Bahagian (parts),
 183 Perkara (articles) dan
 13 Jadual (schedules).
Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan

 Empat unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan :


 Pemerintah Beraja
• Sebelum kedatangan penjajah, amalkan sistem pemerintahan
beraja dan berkuasa secara mutlak.
• Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja
berperlembagaan
• Dikehendaki menerima nasihat anggota kabinet dan bertindak
menurut nasihat itu.
 Agama Islam
• Anutan orang Melayu beratus tahun dan masih kuat berpegang
teguh
• Inggeris tidak menyentuh sama sekali agama Islam dan adat
istiadat Melayu
• Menjadi agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan bebas.
• Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan iaitu tetapi
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-
mana bahagian persekutuan.
Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan

 Agama Islam
• Kebebasan beragama dijamin terhadap semua agama iaitu
setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan
mengamalkan agamanya dan bahawa setiap agama
mempunyai hak untuk :
i. Menguruskan hal-ehwal agamanya
ii. Menubuh dan menyelengara institusi bagi maksud
agama atau khairat
iii. Memperolehi dan memiliki harta serta memegang dan
mentadbirnya mengikut undang-undang
• Oleh kerana Islam diterima sebagai agama bagi
persekutuan, pihak kerajaan sama ada keraajaan
Persekutuan atau negeri mempunyai kebebasan, kuasa dan
keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelengara atau
membantu penubuhan institusi Islam dan melaksanakan
ajaran dalam agama Islam serta mengeluarkan
perbelanjaan yang diperlukan ntuk tujuan itu.
 Kedudukan Istimewa Orang Melayu
• Pada mulanya, peruntukkan yg mengutamakan penduduk
pribumi Melayu tidak diperlukan dalam beberapa perjanjian,
berasaskan angapan bahawa negara ini adalah negeri
Melayu, dan tiada sesiapapun semasa itu mempersoalkan
hak dan keistimewaan yg dinikmati.
• Berubah selepas beberapa perjanjian yg memaksa raja-raja
Melayu menurut nasihat Inggeris, tanpa disedari menghakis
hak dan kedudukan istimewa org Melayu sedikit demi sedikit
• Diburukkan dengan Dasar Pintu Terbuka
• Malayan Union – PTM 1948 : org Melayu dpt hak dan
kedudukan semula
• Selepas merdeka : Perkara 153
 Perlembagaan-Perlembagaan negeri-negeri Melayu –
mensyaratkan bahawa Menteri Besar an SUK hendaklah
dilantik dari kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
 Kedudukan Istimewa Orang Melayu
• Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam,
biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain
yang diberikan.
• Bagaimanapun, perkara ini juga melindungi kaum-kaum lain
iaitu adalah menjadi tanggungjawab YDPA untuk melindungi
juga hak-hak mereka yang sah menurut peruntukan lain.
• Begitu juga perkara ini tidak boleh dilaksanakan jika ia
mengakibatkan kehilangan jawatan sebarang jawatan awam
yang dipegang oleh sesiapa atau pernarikan sebarang
biasiswa atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum lain
atau perlucutan atau penamatan permit lesen yang dipegang
olehnya.
 Bahasa Melayu
• Sebelum perang, menjadi bahasa utama
• Berubah selepas perang, bahasa Inggeris mula diterima
sebagai bahasa pentadbiran, w/pun bahasa Melayu masih
digunakan.
• Dijadikan bahasa Kebangsaan (Perkara 152 (1)) – untuk
menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
• Juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya
memperuntukkan bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang
atau ditahan daripada menggunakan (selain dari maksud
rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
Kerajaan juga berhak mengekalkan pengunaan dan
pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
Pandangan Dr Ismail :
 Soal Bahasa
Akibat pemerintahan penjajah, satu-satu bahasa yg boleh menjamin
kehidupan bagi mereka yg berkerja dengan kerajaan ialah Bhs
Inggeris. Selain itu, kaum-kaum di negara ini dibiarkan sahaja
menguruskan pendidikan masing2. Pernah dicuba, tanpa
bersungguh2, untuk memberi org Melayu pendidikan dlm bhs
mereka sendiri, tetapi kerana pendidikan itu setakat sekolah rendah
shj dan dilaksanakan dengan sikap acuh tak acuh, tidak ada
faedahnya utk org Melayu. Org cina pun dibiarkan shj, dibiarkan
menguruskan sekolah sendiri, dengan dibiayai yuran yg mereka
kenakan atas mereka sendiri, atas pengeluaran getah dan
perniagaan mereka. Akibatnya, mereka yg berpendidikan Inggeris
shj yg ada bhs penyatu, diseluruh TM yg berbilang kaum ini. Pucuk
pimpinan Perikatan membuat kesimpulan bahawa TM merdeka
harus ada satu bhs penyatu, supaya pelbagai kaum menjadi satu
bangsa. Pilihan yg jelas ialah Bhs Melayu. Pada pokoknya, jika org
Cina – itu masalah politik sebenarnya, kerana kaum yg lain tidak
dominan – hendak dipujuk agar menerima Bhs Melayu sebagai bhs
kebangsaan, mereka patut diberi taraf warganegara sebagai
balasan. Inilah asas sebenar kesepakatan antara tiga pihak di
negara ini, khususnya antara orang Melayu dengan org Cina.
Pandangan Dr Ismail :
 Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Masalah ini sebenarnya tidak sesukar yg dijangkakan, kerana pucuk
pimpinan Perikatan menyedari perlunya dari segi praktikal orang
Melayu diberikan kelebihan supaya dapat bersaing atas dasar sama
rata dengan kaum lain. Satu-satunya soal yg menjadi perbalahan
ialah berapa lama ‘kedudukan istimewa’ itu – patutkah dikenakan
had masa atau dibiarkan kekal? Saya buat cadangan, yg diterima,
iaitu persoalan itu biar orang Melayu sendiri menetukan, sebab saya
rasa apabila semakin ramai orang Melayu berpelajaran dan
berkenyakinan diri, mereka sendiri nanti mahu menghapuskan
‘kedudukan istimewa’ ini, kerana ‘kedudukan istimewa’ ini
sebenarnya menghina kebolehan orang Melayu dan patut diterima
hanya kerana perlu sebagai langkah sementara demi memastikan
kemajuan mereka dalam dunia moden yg penuh persaingan: dunia
yang belum mereka ketahui kecuali mereka yang diam di bandar
sahaja.
Peranan dan Kepentingan Unsur Tradisi ini
 Amat penting dibicarakan kerana ia menjadi faktor penting untuk
mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah
perpaduan.
 Penting kerana perkara-perkara ini juga yang menjadi identiti
negara.
• Kebetulannya banyak lebih kurang dengan definisi Melayu
“Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam,
lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat
Melayu.
 Kestabilan negara banyak bergantung kepada identiti ini.
Aspek Kemelayuan – asas kepada kelicinan Perlembagaan.
Sebarang cubaan untuk mempersoalkan mana-mana
elemen tersebut – akan mengugat kerharmonian yang
sediaada.
Tidak bergantung kepada individu atau parti politik tertentu
Peranan dan Kepentingan Unsur Tradisi ini
 Juga satu kontrak sosial yang telah disepakati semasa menggubal
perlembagaan.
 Orang Melayu menganggap elemen tersebut sebagai ‘as
forming as essential means to bring them to a level of equality
with the others communities and to retrieve thier position which
was lost as a result of a century of British colonial administration
and application of British law which places so much emphasis on
egalitarian principles (Mohd Salleh Abbas : 13).
• Konsep Malaysian Malaysia
• Pilihanraya 1969 -
 Meliputi bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak dan pemerintahan beraja.
 Wujud beratus tahun dahulu sebelum perlembagaan diwujudkan
pada tahun 1957
 Berperanan menstabilkan sistem politik negara.
 Dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 dan dianggap isu-isu
sensitif yang dilarang dari dijadikan isu perbincangan awam.
 Merupakan elemen-elemen kekal dalam perlembagaan
“...marilah kita sekalian sematkan di dalam hati ingatan kita
terhadap pengajaran-pengajaran yang telah diperolehi dari
Peristiwa 13 Mei, dan janganlah kita bincangkan dan
bahaskan lagi tentang apa yang menyebabkan tercetusnya
peristiwa itu dan bagaimana ia bermula kerana ini mungkin
akan melupakan kita kepada anasir-anasir yang tidak
bertanggungjawab yang kerjanya menanamkan benih-benih
syak wasangka dan perasaan bimbang di kalangan kaum-
kaum serta menggunakan perkara-perkara sensitif anasir-
anasir tersebut telah mendapat kesempatan besar untuk
membangkitkan perasaan perkauman apabila kempen
pilihanraya berjalan dalan bulan April dan Mei 1969. Mereka
sengaja menimbulkan perasaan takut dan marah dengan
cara mempersoal dan mempersendakan syarat-syarat
dalam perlembagaan mengenai bahasa Malaysia dan
kedudukan istimewa orang Melayu sehingga menimbulkan
lagi perasaan tidak terjamin yang dirasai oleh orang Melayu
apabila mereka melihat bagaimana luasnya perbezaan-
perbezaan di antara mereka dengan orang bukan Melayu
terutama sekali di dalam lapangan ekonomi dan pelajaran”.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Sebab-Sebab proses pindaan diperlukan
 Walaupun perlembagaan dianggap sebagai undang-undang utama,
pindaan masih diperlukan :
 Perubahan-perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik perlu
diambil kira oleh perlembagaan
 Penyemakan terhadap perlembagaan diperlukan untuk
mencapai tujuan-tujuan demokrasi

Formula Pindaan Perlembagaan


 Syor Suruhanjaya Reid – cara meminda perlembagaan janganlah
terlalu sukar sehingga menyebabkan kekecewaan ataupun terlalu
mudah sehingga melemahkan dengan serius perlindungan-
perlindungan (safeguards) yang terkandung dalam perlembagaan.
 Tujuan asal adalah untuk mewujudkan sistem pindaan
perlembagaan yang dinamik dengan anggapan setiap pindaan
hanya boleh dibuat selepas pertimbangan yang sewajarnya
 Persoalan yang penting adalah sama ada tujuan asal di atas
tercapai berdasarkan pindaan-pindaan yang telah dibuat semenjak
kemerdekaan.
Artikel 159 - Ada Empat cara yang berlainan untuk meminda PP iaitu;
1. Sesetengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara dua
pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen pada Bacaan Kali Kedua dan
Kali ketiga, dengan syarat ianya diizinkan oleh Majlis Raja-Raja.
Persetujuan Majlis Raja-Raja adalah dikehendaki bagi apa-apa undang-
undang yang membuat pindaan kepada Perkara
 Perkara 10(4) – Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh
persatuan.
 Perkara 38 – Majlis Raja-Raja
 Perkara 63(4) – Keistimewaan-keistimewaan Parlimen
 Perkara 70 – Keutamaan YDPA, Raja-Raja dan Yang diPertua
Negeri
 Perkara 71(1) – Jaminan persekutuan terhadap Perlembagaan
Negeri
 Perkara 72(4) – Keistimewaan Dewan Negeri
 Perkara 152 – Bahasa Kebangsaan
 Perkara 153 – Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Kaum
Bumiputera di Sabah dan Sarawak
 Perkara 159 – Pindaan Perlembagaan Persekutuan
 Perkara 181 – Perkecualian bagi kedaulatan Raja-Raja dsb.
 Undang-undang yang berkaitan dengan perubahan sempadan negeri
2. Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi
Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan lebih suara dua
pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen, jika ianya dipersetujui
oleh Yang Dipertua bagi mana-mana negeri, seperti Perkara
161E(2); dan jika ianya akan menyentuh perkara
 Hak warganegara
 Keanggotaan dan bidangkuasa Mahkamah Tinggi
 Badan perundangan
 Ugama dalam negeri itu
 Peruntukan bagi negeri itu
3. Sesetengah-sesetengah perkara boleh dipinda dengan lebih suara
dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen tanpa berkehendakkan
persetujuan sesiapa pun di luar Parlimen, seperti
 Pindaan berhubung kemasukan atau gabungan negeri-negeri
dalam Persekutuan
 Pindaan Jadual Kedua (Bahagian Tiga) Perlembagaan
Persekutuan (berhubung peruntukan tambahan tentang
kewarganegaraan)
 Pindaan berkenaan bentuk-bentuk sumpah dan ikrar taat setia
(jadual Keenam).
 Pindaan pemilihan dan persaraan ahli-ahli Dewan Negara
(jadual Ketujuh)
 Perkara-perkara yang berkaitan apa-apa kuasa untuk membuat
undang-undang kepada Parlimen oleh mana-mana
peruntukkan, kecuali Perkara 74 (melibatkan undang-undang
Persekutuan dan Negeri) dan Perkara 76 (kuasa Parlimen
membuat undang-undang untuk negeri dalam hal-hal tertentu).
4. Peruntukkan yang dipinda dengan kelebihan majoriti dua pertiga
dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen digunakan bagi perkara-
perkara yang tidak disebut dalam mana-mana cara di atas.
KUASA PINDAAN

TIDAK DIPUNYAI OLEH SATU INSTITUSI SAHAJA


 Dewan Rakyat
• Menjaga Kepentingan Rakyat
 Dewan Negara
• Menjaga Kepentingan Negeri-negeri
 Majlis Raja-Raja
• Menjaga Kepentingan Raja-Raja & Kepentingan Tertentu
 Yang Di Pertua Negeri
• Menjaga Kepentingan Sabah & Sarawak.
Antara pindaan yang telah dibuat tentang perlembagaan

 Pertambahan kerusi Parlimen


 Pemansuhan imuniti bagi YDPA dan Raja-Raja yang
memerintah negeri bagi kesalahan jenaya
 Pembentukan mahkamah khas
 Penstrukturan Mahkamah Tinggi – mewujudkan Mahkamah
Rayuan di antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah
Persekutuan
 Perubahan nama Mahkamah Agung kepada Mahkamah
Persekutuan
Kandungan Perlembagaan Secara Sepintas Lalu;

Intro:
 Terdiri dari 183 peruntukkan kesemuanya.
 Dilengkapi dengan 15 Jadual yang memperincikan sebahagian
daripada 183 peruntukkan
 Penerangan :
– Peruntukkan : Perkara
– Statut : Seksyen
– Peruntukkan kecil : Fasal
– Peruntukkan-peruntukkan : Seksyen
dalam jadual perlembagaan
Peruntukkan :
 Bahagian Satu :
 mengandungi peruntukkan tentang nama persekutuan, agama
Islam dan perlembagaan sebagai undang-undnag tinggi
persekutuan.
 Bahagian Dua :
 Kebebasan Asasi yang merangkumi peruntukan-peruntukan
yang boleh disifatkan sebagai perlindungan-perlindungan
terhadap hak-hak asasi.
 Bahagian Tiga :
 peruntukan-peruntukan tentang kewarganegaraan. Bahagian ini
memperincikan bagaimana kewarganegaraan diperoleh dan
ditamatkan.
 Bahagian Empat :
 Diberi tajuk “Persekutuan” dan di bawah bahagian ini terdapat
peruntukan-peruntukan mengenai Yang diPertuan Agong
sebagai Ketua Negara, Majlis Raja-Raja, Eksekutif, Parlimen
dan acara perundangan persekutuan.
 Bahagian Lima :
 mengandungi peruntukan-peruntukan tentang negeri-negeri
dalam persekutuan
 Bahagian Enam :
 Memperuntukan hal-hal mengenai perhubungan antara
persekutuan dengan negeri-negeri.
 Bahagian Tujuh :
 memperihalkan soal-soal kewangan persekutuan
 Bahagian Lapan :
 Mengumpulkan peruntukan-peruntukan mengenai pilihanraya.
 Bahagian Sembilan :
 Menghuraikan hal-hal berhubung dengan kehakiman
 Bahagian Sepuluh :
 Perkhidmatan awam
 Bahagian Sebelas :
 Kuasa-kuasa khas bagi menangani anasir-anasir suhbversif dan
darurat
 Bahagian Dua Belas :
 Mengandungi beberapa peruntukan am dan pelbagai.
Kedudukan Sabah dan Sarawak agak jelas lebih istimewa
kerana negeri-negeri ini mempunyai bahagian khas, di bawah
bahagian 12A, yang dinamakan peruntukan-peruntukan
tambahan bagi dua buah negeri tersebut.
 Bahagian Tiga Belas :
 Peruntukan sementara dan tambahan
 Bahagian Empat Belas:
 mengandungi peruntukan tentang kedaulatan Raja-Raja
 Bahagian Lima Belas :
 Mengenai prosiding terhadap Yang diPertuan Agong dan raja-
raja
RAJA
BERPERLEMBAGAAN
PENGENALAN

• Sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu


Perlembagaan Malaysia. Terdapat dua institusi utama iaitu Yang di-
Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
• Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa
Eropah menjajah Tanah Melayu.
• YDPA sebagai ketua Negara dipilih secara bergilir daripada
sembilan raja negeri-negeri yang ada.
• Gelaran rasmi dari segi kedudukan YDPA sebagai Ketua Utama
Negara
 Perkara 32 Perlembagaan - Kepala Utama Negara bagi
Persekutuan
• YDPA ketua raja-raja seluruh Negara.
 Dari segi jentera pentadbiran sebenar, ia diketuai oleh Perdana
Menteri.
CIRI-CIRI RAJA BERPERLEMBAGAAN

• Raja tidak berkuasa secara langsung.


• Kuasa raja diwakilkan kepada Kabinet yang dianggotai oleh PM
• Raja dikehendaki menerima nasihat anggota Kabinet dan bertindak
berdasarkan nasihat yang diberikan
• Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik
LATAR BELAKANG SEJARAH
• Menjelang merdeka, perkembangan sejarah telah menghasilkan
dengan terang 3 ciri utama Tanah Melayu dari segi struktur negeri dan
struktur penduduknya.
• Pemerintahan feudal / beraja telah bertapak di Tanah Melayu sejak
beratus tahun dahulu dan merupakan puncak kuasa dalam semua hal
ekonomi, politik, dan sosial.
• Penjajahan telah membawa satu dimensi baru kepada sistem feudal /
beraja. Berlakunya penentangan terhadap penjajahan oleh rakyat
tempatan.
 Inggeris menerima sebagai Sultan yang sah dan berdaulat
 Beberapa perjanjian telah merubah struktur kuasa tersebut – Nasihat British
 MU – Sultan hilang kuasa dan British memerintah langsung kerajaan –
dibangkang oleh Orang Melayu
 Diganti dengan PTM 1948 – mengembalikan semula kuasa Sultan.
• Di saat Tanah Melayu merdeka, dari segi struktur negeri dan struktur
penduduk, terdapat 3 ciri utama yang perlu diberi perhatian.
 ada sembilan buah negeri
 ada sistem beraja / sultan
 ada sekurang-kurangnya 3 kaum utama yang sudah biasa dengan
aktiviti politik.
LATAR BELAKANG SEJARAH
• Bila kemerdekaan dijanjikan kepada TM, institusi beraja telah
diteruskan tetapi dengan beberapa modifikasi dalam usaha untuk
membawanya selari dengan konsep demokrasi berparlimen dan
juga kemerdekaan.
 nasihat British – terima nasihat menteri dan bertindak mengikut
nasihat yang diberikan.
 YDPA – bertindak atas nasihat Kabinet
 Raja-Raja / Sultan Negeri – bertindak atas nasihat MMK
• Dari 3 situasi tersebut, telah diputuskan 3 alat / sistem
pemerintahan iaitu:
 Raja Berperlembagaan
 Demokrasi Berparlimen
 Federalisme atau Persekutuan
KESEIMBANGAN DALAM SISTEM
• “Keseimbangan satu jaminan kestabilan”.
• Keseimbangan merujuk peraturan-peraturan kedudukan dan
tanggungjawab penduduk Malaysia seperti yang jelas dituntut oleh
Perlembagaan Malaysia. Dapat dilihat dalam dua tahap
keseimbangan
 YDPA –
• Sebagai Ketua Utama Negara mempunyai kedudukan
teristimewa.
• Sebagai timbal balasnya, YDPA ditetapkan oleh
perlembagaan untuk menjalankan tanggungjawab-
tanggungjawab besar termasuk melindungi hak dan
keselamatan rakyat secara peribadi dan melalui fungsinya
berhubung dengan peruntukan-peruntukan Perlembagaan
dan khasnya perjalanan kuat kuasa undang-undang.
 Pihak rakyat
• Setiap individu dalam Malaysia mendapat pelbagai hak dari
segi perlindungan undang-undang dan kedudukan sebagai
warganegara yang layak mendapat kemudahan.
• Kesimbangan dalam bentuk timbal balas boleh diperjelaskan lagi
sebagai :
 Jika kita memelihara undang-undang (patuh, hormati serta
membantu pelaksanannya) maka undang-undang akan menjaga
keselamatan dan hak kita.
 Institusi YDPA menjamin pengekalan hak asasi dan
perlindungan-perlindungan lain. Justeru itu, kita hendaklah
menghormati dan menghargai institusi itu supaya fungsinya
terus berjalan.
 Oleh kerana negara seumpama rumah besar dengan segala
mekanisme dan kemudahan untuk menjaga kepentingan kita,
maka tentulah kita tidak mahu negara binasa. Justeru itu, kita
imbangi perlindungan yang diberi dengan azam dan
tanggungjawab kita menjaganya dengan ras cinta terhadap
negara kita.
YANG DI PERTUAN AGONG
• Jawatan YDPA diwujudkan dalam Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957.
• Suruhanjaya Reid telah memasuki peruntukkan mengenai “Yang di
Pertuan Besar di sisi Perlembagaan bagi Persekutuan yang akan di
pilih dari kalangan Duli Yang Mulia Raja-Raja” dan menyatakan
“Baginda akan menjadi simbol perpaduan negara”.

• Artikel 32(1) :
 Yang Dipertuan Agong adalah Kepala Utama Persekutuan
• Artikel 39:
 Kuasa pemerintahan Persekutuan terletak pada tangan YDPA
tetapi kuasa ini boleh dijalankannya atau oleh Jumaah Menteri
atau seseorang menteri yang diberikuasa oleh Jumaah Menteri”.
YDPA ADALAH RAJA BERPERLEMBAGAAN
• Artikel 40(1):
 Dalam menjalankan kuasa pemerintahannya, YDPA hendaklah
mengikuti nasihat Jumaah Menteri atau seorang Menteri yang
diberikuasa oleh Jumaah Menteri, kecuali kuasa yang boleh
dijalankan mengikut budibicaranya.
 Nota :Artikel 40(1A) :
“Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini
atau undang-undang persekutuan, jika YDPA dikehendaki
bertindak mengikut nasihat, atas nasihat atau selepas
menimbangkan nasihat, YDPA hendaklah menerima dan
bertindak mengikut nasihat itu.
• Artikel 39:
 Kuasa pemerintahan Persekutuan terletak pada tangan YDPA
tetapi kuasa ini boleh dijalankannya atau oleh Jumaah Menteri
atau seseorang menteri yang diberikuasa oleh Jumaah Menteri”.
• Artikel 37(1) : Sumpah jawatan bagi YDPA
• Artikel 32(1) : Jawatan YDPA diwujudkan oleh Perlembagaan
PERANAN-PERANAN YDPA
• Artikel 153 :
 YDPA adalah tanggungjawab memelihara kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera Negeri Sabah dan Sarawak dan
kepentingan-kepentingan sah kaum lain.
• Artikel 41
 YDPA adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera Persekutuan
• Artikel 150
 YDPA boleh mengeluarkan suatu peristiharan darurat
• Artikel 42 (1)
 YDPA adalah berkuasa mengampun dan menanguhkan hukuman-
hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh
mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam
Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan
• Artikel 3(3) dan 3 (5)
 YDPA adalah Ketua Ugama Islam bagi negeri-negeri Melaka, PP,
Sabah dan Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan Labuan
PERANAN-PERANAN YDPA

• Artikel 44: YDPA adalah salah satu daripada tiga unsur utama
Parlimen :
 YDPA boleh memanggil, memberhenti atau membubarkan
Parlimen
 YDPA boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis
Parlimen atau dalam kedua-dua Majlis Parlimen
 Sesuatu rang undang-undang yang hendak dijadikan undang-
undang memerlukan rang undang-undang itu diluluskan oleh
kedua-dua Majlis Parlimen dan dipersetujui oleh YDPA:
 Artikel 66(4) : “YDPA hendaklah dalam masa tiga puluh hari
(30) selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan
kepada baginda memperkenankan Rang Undang-Undang
itu dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu
dicapkan dengan mohor besar
PERANAN-PERANAN YDPA

 Artikel 66(4A) : Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak


diperkenankan oleh YDPA dalam masa yang ditentukan
dalam Fasal 4, Rang undang-undang itu hendaklah menjadi
undang-undang apabila habis masa yang ditentukan
dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah
baginda telah memperkenankannya.

• YDPA mempunyai kuasa membuat perlantikan-perlantikan penting


di bawah Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta-Akta Parlimen
– Pengerusi dan ahli-ahli SPR dan Suruhanjaya Perkhidmatan
– Peguam Negara
– Ketua Audit Negara
– 40 orang ahli Dewan Negara (senator)
– Yang di Pertuan Negeri
YDPA : LARANGAN

• Menjalankan tugas-tugas Raja di negerinya


• Memegang sebarang jawatan yang bergaji
• Berniaga
• Menerima apa-apa emolumen sebagai Raja di bawah
Perlembagaan atau undang-undang negeri Baginda
• Meninggalkan persekutuan selama lebih 15 hari pada sesuatu
ketika tanpa mendapat persetujuan dari MRR kecuali atas urusan
rasmi negara.
PEMILIHAN YDPA
• Artikel 32(3) :
 YDPA hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh
jawatan lima tahun
• Artikel 32(4) :pemilihan YDPA hendaklah mengikut peruntukkan-
peruntukkan Bahagian 1, Jadual Ketiga (Seksyen 2,3 dan 4):
 Bagi pemilihan pertama, senarai terdiri dari negeri semua Raja
mengikut susunan Duli Yang Maha Mulia yang diiktiraf pada masa
itu mengikut keutamaan di antara sesama mereka
 Bagi pemilihan yang berikut, senarai diubah supaya negeri yang
rajanya tela dipilih ditinggalkan dari senarai itu dan selepas tiap-
tiap satu pemilihan, mana-mana negeri yang terdahulu dalam
dipindahkan (mengikut susunan negeri-negeri itu pada masa itu
dalam senarai tersebut) ke hujung senarai itu.
 Bila-bila masa wujud berlakunya perubahan itu tentang raja
sesuatu negeri dalam senarai itu, negeri itu dipindahkan ke hujung
senarai.
 Apabila tidak ada satu negeri pun yang tertinggal dalam senarai
itu oleh kerana semua raja pernah pada satu masa menjadi YDPA
atau apabila tidak satu pun raja sesebuah negeri yang ada pada
masa itu iaitu dalam senarai adalah berkelayakan untuk dipilih atu
menerima jawatan, senarai itu hendaklah disusun semula.
PEMILIHAN YDPA
• Artikel 38(6A) :
 Pemilihan YDPA oleh Majlis Raja-Raja Melayu menurut
budi bicara Majlis Raja-Raja
 Nota :
“Yang di Pertua-Yang di Pertua Negeri bagi negeri-negeri
yang tidak mempunyai Raja tidak boleh menjadi ahli Majlis
Raja-Raja bagi maksud pemilihan YDPA

• Ringkasan Kaedah Pemilihan :


 Hanya raja-raja sahaja yang boleh dipilih.
 Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.
 Pemilihan dibuat berdasarkan kepada giliran.
 Seseorang Sultan / Raja boleh melantik seorang lain dari
negeri baginda sebagai proksi untuk wakili baginda.
• Seksyen 1, Bahagian 1, Jadual Ketiga : Resolusi dan
Ketidaklayakan menjadi YDPA:
 Seseorang Raja adalah layak dipilih menjadi YDPA
melainkan jika:
 Ia adalah seorang remaja
 Ia telah memberitahu kepada Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja bahawa ia tidak berkehendak untuk dipilih
 Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi
sulit bahawa ia adalah tidak sesuai untuk menjalankan
tugas-tugas YDPA disebabkan oleh akal atau tubuhnya
atau kerana sebab-sebab lain dan ketetapan ini tidak
boleh diluluskan melainkan sekurang-kurangnya lima
(5) orang ahli Majlis telah mengundi menyokongnya.
• Peraturan Perlembagaan boleh mempercepatkan juga perubahan
giliran.
 Seseorang Raja / Sultan mangkat semasa dalam jawatan
sebagai YDPA.
 Seseorang Raja / Sultan yang giliran negerinya tiba dn
baginda didapati layak, menolak jawatan YDPA.
 Seseorang Raja / Sultan yang giliran negerinya tiba,
didapati tidak layak oleh Majlis Raja-Raja. Memerlukan
undi sulit sekurang-kurangnya 5 undi MRR.
• Pemecatan YDPA
 Artikel 32 (3) : YDPA boleh dipecat dari jawatan oleh Majlis
Raja-Raja
 Artikel 32(4) : Pemecatan YDPA oleh MRR mestilah
mengikut Seksyen 8, Bahagian 3, Jadual Ketiga yang
memerlukan sesuatu ketetapan MRR yang mendapat
sokongan dari sekurang-kurangnya 5 orang ahli MRR.
 Artikel 32(6A) : Pemecatan YDPA oleh MRR adalah
menurut budi bicara MRR
 Nota : Yang di Pertua-Yang di Pertua Negeri bagi negeri-
negeri yang tidak mempunyai Raja tidak boleh menjadi
ahli MRR bagi maksud pemecatan YDPA
- Definisi Raja : Artikel 160
- Sebab-sebab bagi pemecatan YDPA tidak dinyatakan
dalam PP
YDPA KETUA TIGA BADAN

• Sebagai Ketua Utama Negara, YDPA mengetuai tiga badan atau


bahagian kerajaan.
 Badan Perundangan (Legislatif)
 YDPA sebagai komponen Parlimen dan punyai
peranan penting dalam proses membuat undang-
undang. Mesti diperkenankan oleh YDPA sebelum
boleh diwartakan dan menjadi undang-undang yang
sah.

 Badan Pemerintahan (Eksekutif)


 YDPA berkuasa melantik Perdana Menteri dan menteri-
menteri lain, duta dan seumpamanya.
 Menjalankan tugas bagi pihak baginda.
 Badan Kehakiman (Judisiari)
 YDPA melantik Ketua Hakim Negara, Hakim-Hakim
Mahkamah Agong, Hakim-Hakim Besar, Mahkamah
Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
 Semua proses penghakiman seta keputusan adil
mahkamah adalah atas nama YDPA.
 Mempunyai kuasa mengampun bagi kesalahan yang
dibicarakan dalam Mahkamah Tentera, kesalahan-
kesalahan sivil yang dilakukan dalam Wilayah
Persekutuan, dan hukuman yang dijatuhkan oleh
Mahkamah Syariah di negeri-negeri yang Baginda
menjadi ketua agama Islam.
• Untuk mengelakkan percangahan kepentingan atau gangguan
terhadap perjalanan badan-badan itu, YDPA mewakilkan tugasnya
kepada orang atau Suruhanjaya yang dilantik oleh Baginda. Dengan
cara ini YDPA tidak terlibat dalam politik dan dalam perjalanan
pemnerintahan Negara.
• Baginda sebagai payung atau paksi bagi menjamin keobjektifan dan
keneutralan perjalan sistem pemerintahan.
• Hakikat Raja Berperlembagaan, di mana YDPA tidak mempunyai
kuasa mutlak. Prinsip ‘bertindak atas nasihat’ (Perdana Menteri atau
Jemaah Menteri).
KUASA-KUASA YDPA :

A) Artikel 40(1) : Nasihat

YDPA dalam menjalankan tugas-tugasnya di bawah PP dan


undang-undang Persekutuan, ia mestilah mengikut nasihat
kabinet atau atas nasihat seseorang menteri yang bertindak di
bawah kuasa am Jumaah Menteri dan YDPA berhak mendapat
apa-apa maklumat mengenai Kerajaan Persekutuan yang boleh
didapati oleh Jumaah Menteri.
“So when none finds in the Constitutions itself or
in the Federal Law powers conferred on the
Yang di-Pertuan Agong that are expressed to be
exercisable if he is of opinion or is satisfied that
a particular state of affairs exist or a particular
actions is necessary, the reference to his
opinion or satisfaction is in reality a reference is
in reality a reference to the collective opinion or
satisfaction of the members of cabinet or the
opinion or satisfaction of a particular Minister to
whom the constitution have delegated their
authority to give advice upon the matter in
question”.

Teh Cheng Poh v. PP (1979) 1 MLJ 50 (P.C)


KUASA-KUASA YDPA :

B) Artikel 40(2) : Budi Bicara YDPA

YDPA boleh menjalankan kuasa mengikut budi bicara dalam 4


keadaan :
1. Melantik seorang Perdana Menteri
2. Tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen
3. Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja
yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu dan mengambil
apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu
4. Dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan
Persekutuan
(Artikel 38(6)(MRR), 39(4) (kuasa Pemerintah Persekutuan),
143(1A) (Ahli Suruhanjaya) dan Seksyen 19(a) (i) (YDPN)
dalam Jadual Kelapan.
KUASA-KUASA YDPA :

C) Artikel 40 (3) (a) (b)


Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukkan bagi
menghendaki Yang di Pertuan Agong bertindak pada
menjalankan tugas-tugas yang lain daripada berikut, selepas
berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau
kumpulan orang lain daripada Jemaah Menteri –
(a) tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi
bicaranya
(b) tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya
peruntukkan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain.
TIMBALAN YDPA
• Timbalan ketua negara yang menjalankan tugas-tugas YDPA
semasa ketiadaan baginda
• Menikmati segala keistimewaan sebagaimana YDPA
• Dipilih oleh MRR selama tempoh 5 tahun
• Boleh meletakkan jawatan dengan memaklumkan secara bertulis
kepada MRR
• TYDPA tidak secara automatik menjadi YDPA selepas penamatan
YDPA yang ada
MAJLIS RAJA-RAJA
• Institusi perlembagaan yang tertua dan kewujudannya mendahului
Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Merupakan badan rasmi
yang paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini.
• Meletakkannya dalam kedudukan yang tertentu dalam pentadbiran
dan perjalanan pemerintahan negara.
• Kedudukan tinggi ahli-ahli majlis, terutamanya raja-raja, turut
memberikan sumbangan meneguhkan kewibawaan majlis dalam
perjalanan pentadbiran persekutuan.
• Dianggotai oleh semua sembilan Sultan/Raja dan empat Gabenor
atau Yang Dipertua Negeri.
Sejarah dan Perkembangan Majlis Raja-Raja
• Bermula dengan Persidangan Durbar Raja-Raja dari empat buah Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu dengan pegawai-pegawai kanan Inggeris pada
tahun 1897.
 Pertemuan untuk bincangkan masalah-masalah negeri-negeri
mereka dengan pegawai-pegawai kanan Inggeris.
 Segala masalah orang Melayu akan dibincangkan
 Pada peringkat awal, raja-raja berasa khuatir, takut-takut
mereka akan dikongkong lebih jauh lagi oleh pihak Inggeris.
• w/pun setelah hadir, dapati banyak hal yang boleh
diketengah dan diselesaikan dalam pertemuan itu.
 Ada ketikanya, Raja-raja dari NNMTB turut diundang
bermesyuarat sama.
• 1930 di Singapura, enggan sertai ajakan Inggeris untuk
masukkan negeri mereka ke dalam kelompok NNMB
sete;lah lihat layanan Inggeris terhadap raja-raja yang
dianggap menghina kedudukan mereka sebagai pemerintah.
• Bentuk MRR yang ada sekarang bermula secara formal pada tahun 1946,
di bwh gagasan MU, dan pertama kalinya disertai oleh semua sembilan
orang raja-raja Melayu.
 MU tidak nafikan kepentingan institusi beraja dikalangan orang
Melayu, w/pun kuasa mereka terhad pada ketika itu.
• 1948 – perlembagaan PTM (kompromi MU yg ditentang oleh orang Melayu)
dirangka, maka bermulalah secretariat MRR seperti yang ada sekarang.
 Titik tolak bermulanya majlis sebagai institusi yang diuruskan
sepenuhnya oleh raja-raja sendiri.
 Sekarang sekretariat MRR diketuai oleh seorang pegawai yang
bernama Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dilantik oleh
raja-raja sendiri.
• Suruhanjaya Reid tidak membuat apa-apa syor atau memberikan sebarang
peranan penting kepada MRR.
 Sekadar menyebut kuasa MRR hanyalah melantik YDPA.
• Namun, Kertas Putih memperincikan kuasa dan kedudukan majlis
berkenaan.
 Hidupkan semula peranan yang dimainkan oleh majlis di dalam
gagasan tahun 1948.
Ahli-Ahli MRR
• Seksyen 1, Jadual Kelima :
MRR terdiri daripada Raja-Raja dan Yang di Pertua Negeri bagi
negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja
• Seksyen 7, Jadual Kelima
Yang di Pertua-Yang di Pertua Negeri tidak boleh menjadi ahli
Majlis Raja-Raja bagi maksud pemilihan atau pemecatan atau
berhubung semata-mata dengan keistimewaan, kedudukan,
kehormatan dan kebesaran Raja-Raja atau berhubung dengan
perbuatan, amalan atau upacara ugama.
Persidangan Majlis Raja-Raja

• Bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun, dan berlangsung


selama 3 hari.
• Raja-Raja dan Gabenor diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua
Menteri masing-masing.
• Pada hari ketiga, YDPA berangkat, diiringi oleh Perdana Menteri.
• Dipengerusikan oleh Raja yang terkanan mengikut senioritinya.
Setiausaha ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
• Majlis juga boleh mengadakan persidangan khas bila-bila
diperlukan.
• Ahli bukan raja – fungsi hanya terhad kepada fungsi majlis
membincangkan hal-hal berhubung dengan persoalan-persoalan
negara.
Artikel 38 (2) : Fungsi-Fungsi MRR
1) memilih YDPA dan Timbalan YDPA
2) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh
Persekutuan
3) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang
dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa –apa
perlantikan yang menurut PP, memerlukan persetujuan MRR atau
yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan MRR
– KHN, Hakim-hakim, Ketua Audit Negara, Ahli SPA dan SPR
4) Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Artikel 182(1)
5) Memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, mengantung
atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Artikel 42 (12)
6) Menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya
tentang dasar imigresen)
7) Menimbangkan apa-apa juga perkara lain yang difikirkan patut
(https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/10/07/muhyiddin-titah-majlis-raja-raja-1mdb-
serius)
Perkara 38 (4):
Sesuatu undang-undang yang menyentuh secara langsung kedudukan,
kuasa, keistimewaan, kemuliaa dan kehormatan Raja-Raja tidak boleh
dilulus tanpa persetujuan MRR.
Perkara 159 :
Persetujuan MRR adalah dikehendaki bagi mana-mana pindaan terhadap
peruntukan-peruntukan perlembagaan yang berikut :
1) Artikel 38 – Fungsi dan kuasa MRR
2) Artikel 70 – Keutamaan Raja dan Yang di Pertuan Negeri
3) Artikel - Jaminan Persekutuan tentang hak
seseorang Raja untuk mewarisi dan memegang, menikmati
dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan
Raja Negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri itu
4) Artikel 153 – hak-hak dan keistimewaan khas orang Melayu
dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain)
5) Artikel 10 (4) – sebagaimana dipinda dan mana-mana
undang-undang yang dibuat di bawahnya
6) Artikel 63 – Keistimewaan-keistimewaan Parlimen
7) Artikel 72 – Keistimewaan Dewan Negeri
8) Artikel 152 – Bahasa Kebangsaan sebagaimana dipinda
Kuasa Budi Bicara Majlis
• Pelembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada MRR
berhubung dengan perkara-perkara tertentu. Maksud kuasa budi bicara
ialah kuasa mengikut pertimbangan sendiri tanpa mendapatkan nasihat
Perdana Menteri atau mana-mana badan lain.
1) memilih atau memecat YDPA dan Timbalan YDPA
2) memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan;
3) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-
undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri
atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan
atau kebesaran Raja-Raja; atau
4) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa
perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi
seluruh Semenanjung Malaysia.
5) Perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah
Artikel 182 (1)
6) Pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan,
pergantungan dan peringanan hukuman-hukuman di bawah
Artikel 42 (12).
Peranan Majlis Raja-Raja
• Merujuk kepada beberapa aliran yang jelas melatari penggunaan
kuasa oleh pihak majlis dalam hal-hal yang disebutkan.
• Secara umum, peranan majlis boleh dibahagikan kepada beberapa
kategori :
 Peranan yang berhubung dengan institusi beraja itu
sendiri
 Peranan yang berhubung dengan hal-hal Negara di
peringkat kebangsaan
 Sebagai institusi yang menjaga kedudukan dan
keistimewaan orang-orang Melayu dan bahasa mereka.
 Sebagai institusi tertinggi dan rasmi di peringkat
persekutuan mengenai hal-hal pentadbiran agama Islam,
dan
 Boleh bertindak sebagai jurucakap rasmi bagi pihak
negeri-negeri dalam persoalan-persoalan tertentu.
IMUNITI RAJA-RAJA
• Pada akhir 1992, ekoran dari peristiwa seorang rakyat biasa
menerima tindakan marah seorang Sultan, maka timbul satu
penilaian umum tentang imuniti atau kekebalan raja di sisi undang-
undang seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 181(2)
Perlembagaan Persekutuan.
• Justeru itu, kerajaan atas kehendak rakyat sendiri telah bersetuju
supaya Perkara 181 (2) dan perkara-perkara lain yang
bersangkutan dalam Perlembagaan Malaysia dipinda atau
ditiadakan.
• Artikel 32 (1) : Yang di Pertuan Agong tidak boleh dikena dakwa
dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah
kecuali dalam Mahkamah Khas
– Imuniti YDPA daripada proses undang-undang hanya merujuk
kepada keadaan YDPA bertindak dalam kapasiti rasmi
“It cannot be construed to protect the Federal Government from
action in the courts in respect of its acts committed in the name
of Yang di-Pertuan Agong, and when the Yang di-Pertuan
Agong acts on the advice of the cabinet his act must be deemed
to be the act of the Federal Government”
Hakim Pike dalam Stepehen Kalong Ningkan v. Tun Abang Haji
Openg dan Tawi Sili (1967) 1 MLJ 46,47.
IMUNITI RAJA-RAJA
• Artikel 42(12) : YDPA tidak diberikan kuasa mengampun bagi pihak
dirinya sendiri, Konsortnya, anak lelaki atau anak perempuannya
• Artikel 182: Prosiding terhadap YDPA adalah di hadapan
Mahkamah Khas yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi
dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang
jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah
Tinggi
• Artikel 183 : Tiada tindakan, sama ada bersifat sivil atau jenayah,
boleh dimulakan terhadap YDPA kecuali dengan keizinan Peguam
Negara sendiri.
• Hansard Parlimen 1993 (13499)
Sorotan Peristiwa
Isu-isu mengenai Sistem Beraja
• Desakan rakyat boleh kembalikan kuasa Raja
Raja Melayu
(https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/479645/desakan-
rakyat-boleh-kembalikan-kuasa-raja-raja-melayu)
• Institusi Raja Sebagai Tonggak Pemerintahan Negara
• Malaysia takkan jadi republik, kata Aziz
Bari(https://www.malaysiakini.com/news/496013)
• Institusi raja tetap dibatasi undang-undang
(https://www.bharian.com.my/node/14277
• Statut Rom dan kekebalan raja
(https://www.sinarharian.com.my/article/20100/KOLUMNIS/Statut-Rom-dan-
kekebalan-raja)
• Sultan Johor mahu kuasa raja dikembalikan
(https://www.beritaharian.sg/dunia/sultan-johor-mahu-kuasa-raja-dikembalikan)
KESIMPULAN
• Sistem Raja Berperlembagaan merupakan satu tonggak autoriti
dalam pemerintahan Malaysia telah wujud semenjak Tanah Melayu
merdeka. Sistem ini terdiri dari dua institusi, iaitu MRR dan YDPA.
• Sistem Raja Berperlembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan
tanggungjawab antara raja dn rakyat yang dinaungi, demi
kemantapan dan kemakmuran masyarakat sendiri.
• Sistem Raja Berperlembagaan menjamin kedaulatan negara,
sewajarnya menerima tumpuan taat setia rakyat yang terpelihara
dalam lingkungan undang-undang yang didaulatkan oleh proses
sistem Raja Berperlembagaan itu sendiri.

You might also like