You are on page 1of 12

PENGENALAN

SEKAPUR SIREH
Pengerusi Jawatankuasa
3 Kerja Raya, Kemajuan Luar
Bandar & Wilayah
Negeri Johor
UCAPAN
4 PEGAWAI DAERAH
PONTIAN
UCAPAN
5 WAKIL RAKYAT
Ahli Parlimen Pontian
ISI KANDUNGAN
UCAPAN
6 PENGHULU MUKIM
Mukim Ayer Baloi

UCAPAN
MAKLUMAT KAMPUNG
7 PENGERUSI JKKK KAWASAN 1,
Sejarah Kampung
8-
Mukim Ayer Baloi
Data Asas Kampung
Kampung Parit Puteri Menangis
Visi & Misi Kampung
Video Korporat Kampung
12
PENGENALAN

SEKAPUR SIREH

 YB DATUK IR HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD


EXCO KERJA RAYA, KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH
NEGERI JOHOR
MERANGKAP ADUN KAWASAN BENUT
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Muafakat Johor
Terlebih dahulu saya mewakili Kerajaan Negeri Johor memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan mengucapkan tahniah
kepada Kampung Parit Puteri Menangis, Pontian kerana telah berjaya terpilih dalam pertandingan Anugerah Desa
Perdana (ADP) pada kali ini untuk mewakili Negeri Johor. Kebetulan, Saya Selaku ADUN Kawasan berkenaan juga cukup
berbangga dengan semua pihak sama ada kepimpinan mahupun masyarakat umumnya atas kejayaan ini kerana tanpa
kerjasama dan muafakat yang padu tidak mungkin kampung yang permai dan maju ini sampai ke tahap yang
dibanggakan ini. Kampung Parit Puteri Menangis tidak asing lagi kepada penduduk Pontian kerana pernah dinobatkan
sebagai Johan Anugerah Desa Cemerlang Parlimen Pontian dan tempat ketiga Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia
(ADS1M) Peringkat Daerah Pontian.
Kampung dan komuniti yang istimewa ini juga berdaftar dengan program Homestay Kementerian Pelancongan Malaysia
dengan kemudahan prasarana yang tersedia di tahap antara yang terbaik dalam negeri ini. Komitmen, kerjasama dan
keakraban masyarakat juga menjadikan lokaliti ini terpilih sebagai tapak pelbagai program di Peringkat Daerah, Negeri
mahupun Kebangsaan. Keistimewaan Kampung Parit Puteri Menangis ini juga dilambangkan sebagai kampung terpilih
bagi lokasi Kembara Mahkota Johor dan juga lawatan DYMM Permaisuri Johor serta Program-program Peringkat Negeri.
Marilah kita berdoa agar usaha mereka dalam pertandingan kali ini beroleh kejayaan dan membawa kampung dan
masyarakat ke satu peringkat lebih tinggi lagi serta menjadi contoh tauladan kepada kampung-kampung lain di Negeri
Johor khususnya di Daerah Pontian amnya serta membawa nama besar Negeri Berdaulat Negeri Johor untuk dinobat
sebagai Johan ADP Peringkat Kebangsaan. Sekian, Wassalam
3
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, PONTIAN
PENGENALAN

UCAPAN PEGAWAI DAERAH PONTIAN

 TUAN HAJI ON’ BIN JABBAR


PEGAWAI DAERAH PONTIAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Muafakat Johor

Selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W

Di kesempatan ini, Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan tahniah kepada penduduk
kampung & Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan 1, Mukim Ayer Baloi, Kampung Parit
Puteri Menangis kerana telah berjaya menjadi Johan dalam Anugerah Desa Perdana (ADP) Peringkat Daerah Pontian
dan Peringkat Negeri Johor.

Dengan kepimpinan yang ada, saya percaya dan mendoakan agar pihak Kampung Parit Puteri Menangis akan
dinobatkan sebagai Johan Anugerah Desa Sejahtera (ADP) Peringkat Kebangsaan 2017 pula. Kejayaan itu akan pasti
dengan berbekalkan ketulusan & keilkhlasan dalam membentuk kampung yang berdaya saing yang mencakupi Lapan (8)
Aspek yang diadili oleh Penilai / Panel yang bijaksana. Saya selaku Pegawai Daerah senantiasa memberi sokongan
khususnya dalam membangunkan kampung di kawasan luar bandar sejajar dengan dasar kerajaan.

Semoga Allah memberkatinya. Sekian, Terima Kasih

4
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, PONTIAN
PENGENALAN

UCAPAN AHLI PARLIMEN

 YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN


AHLI PARLIMEN PONTIAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Negaraku Malaysia,
Salam Muafakat Johor,
Salam 1Pontian

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta keatas pengikut pengamal sunnahnya.

Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi penghargaan kepada JKKK Kg Pt Puteri Menangis di atas kesudian
memberikan peluang saya mencoretkan kata kata sebagai pemangkin semangat bagi Penilaian Anugerah Desa Perdana
Peringkat Kebangsaan 2017. Sesungguhnya dengan adanya anugerah seperti ini diharap usaha berterusan dapat
digembleng bersama bagi memastikan kecemerlangan desa terus disemarakkan walau bukan ketika musim berlaku
pertandingan seperti ini. Bagi menzahirkan hasrat saya menjadikan  Parlimen Pontian Sebagai Parlimen Contoh di
Malaysia, saya selaku Ahli Parlimen Pontian akan terus dan terus tanpa jemu memberikan sokongan padu kepada JKKK
Kampung Puteri Menangis di dalam Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan. Peringkat Daerah telah ditawan
begitu juga Peringkat Negeri, Kini Peringkat Kebangsaan pula yang ingin dikecapi. Semoga usaha dan kerjasama yang
dizahirkan bersama akan membuahkan hasil untuk dinikmati.

Syabas dan teruskan,


Semoga MAJU dan JAYA 5
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, PONTIAN
PENGENALAN

UCAPAN PENGHULU MUKIM

 ENCIK FAIDZULLAH BIN HAJI YUSOFF


PENGHULU MUKIM AYER BALOI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT dan setinggi tahniah kepada Kampung Parit Puteri
Menangis yang telah berjaya dan terpilih untuk bertanding di Peringkat Kebangsaan bagi Program Anugerah Desa
Perdana (ADP) mewakili Negeri Johor.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua penduduk Kawasan 1, Mukim Ayer Baloi yang mana kawasan ini adalah
dibawah pentadbiran saya. Ucapan ini saya zahirkan khusus kepada kepimpinan dan masyarakat setempat serta Agensi-
agensi Kerajaan & badan NGO khususnya Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang telah bekerjasama dan
muafakat yang begitu padu sehingga mendapat kemajuan untuk kampung ini yang saya kira amat membanggakan.
Kelebihan kampung ini adalah melalui Program Homestay Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kemudahan
prasarana dan sentiasa mendapat galakan daripada Pejabat Pelancongan Negeri Johor, Kampung ini sering menjadi
vanue pilihan bagi Program-Program Daerah mahupun Negeri serta Program Kembara Mahkota Johor. Begitu juga
kehadiran Menteri Besar Johor yang telah mersmikan sendiri WIFI Muafakat Johor Luar Bandar di Kampung ini. Saya
kira, kejayaan kali ini adalah paling manis kerana telah dinobat sebagai Johan ADP Peringkat Daerah & Negeri dan tidak
mustahil untuk mendakapi sebagai Johan ADP Peringkat Kebangsaan pula.

Saya sebagai Penghulu Mukim Ayer Baloi akan sentiasa memberi galakan dan sokongan demi kebaikan dan kemajuan
kampung ini. Sekian, Terima Kasih
6
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, PONTIAN
PENGENALAN

UCAPAN PENGERUSI JKKK KAMPUNG

 TUAN HAJI AHMADON BIN MD SOM


PENGERUSI JKKK KAWASAN 1, MUKIM AYER BALOI
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Muafakat Johor,
Salam Parit Puteri Menangis

Selawat dan Salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta keatas pengikut pengamal sunnahnya.
Terlebih dahulu izinkan saya Ahmadon Bin Md som selaku Pengerusi JKKK Kawasan 1, Mukim Ayer Baloi ingin
merakamkan setinggi penghargaan kepada Panel-panel penilaian Anugerah Desa Perdana Peringkat Daerah Pontian &
Negeri Johor kerana memberikan kepercayaan dan mandat untuk JKKK Kg Pt Puteri Menangis untuk mewakili Negeri
Johor ke Penilaian Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2017.

Saya mendapat kerjasama dalam perlaksanaan Anugerah Desa Perdana Peringkat Daerah Pontian, Peringkat Negeri &
kini Peringkat Kebangsaan 2017 daripada segenap lapisan masyarakat khususnya daripada pihak JKKK, belia dan
penduduk kampung yang tidak jemu untuk menyumbang keringat & tenaganya untuk memastikan kejayaan itu dimiliki
untuk memastikan semua aspek penilaian Anugerah Desa Perdana yang mencakupi lapan (8) Aspek yang dinilai
mengikut kehendak dan standard yang dinginkan oleh para penel yang arif lagi bijaksana.

Sesungguhnya dengan adanya anugerah seperti ini dapat meningkatkan lagi sosio-ekonomi yang telah terbina di
kawasan ini. Semoga usaha dan kerjasama yang dizahirkan bersama akan membuahkan hasil untuk dinikmati. Semoga
usaha kami / cita-cita kami untuk menjadi Johan ADP Peringkat Kebangsaan akan termakbul. Amin Ya Rabbalalamin..
7
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, PONTIAN
PENGENALAN

SEJARAH KAMPUNG

KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS mula dibuka sekitar tahun 1901. Orang pertama
meneroka kampung ini berasal dari tanah Jawa di Indonesia iaitu Allahyarham Yayi Reban bersama-sama
dengan rombongannya. Kawasan yang mula diterokai bermula dari disebelah baroh iaitu disebelah kiri dan
kanan jalan menuju kedarat sepanjang 3KM menuju hingga kekawasan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri
Senang Hati yang ada sekarang. Kumpulan peneroka lain yang juga berasal dari Kepulauan Tanah Jawa
datang dan meneruskan penerokaan hinggalah kedarat hingga ke persimpangan Jalan Makasar yang ada
sekarang iaitu sepanjang 10KM.
Selepas pembukaan kawasan tersebut sepanjang 10KM, Pada tahun 1974, bermulanya penubuhan
Pertubuhan Melayu Bersatu (UMNO) yang pada ketika itu diketuai oleh Sdr. Dr. Sukirman Bin Sarmani
selaku Ketua UMNO dan Sdr. Sairan Bin Hj. Sarpin selaku Ketua Pemuda UMNO bersama masyarakat
kampung meneruskan penerokaan sepanjang 5KM ke arah Bukit Nyamok. Kawasan pertama yang dibuka
hingga lah ke persimpangan Kampung Parit Satu kemudian seterusnya menghala ke kawasan Sempadan
Daerah Kluang Dan Kulai hinggalah menjadikan Kampong Parit Puteri Menangis daripada simpang Jalan
Pontian Batu Pahat sepanjang 19KM menembusi ke Bukit Nyamok dan Jalan Ayer Hitam Johor.
Kampong Parit Puteri Menangis terletak 114KM daripada Bandar Johor Bahru, 32KM daripada Bandar
Pontian, 62KM daripada sempadan Benua Asia (Tanjung Piai). Nama Kampung Parit Puteri Menangis
adalah nama unik yang mengingatkan kepada masyarakat setempat (Cerita Misteri) yang dulunya kampong
ini adalah hutan belantara.

88
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, PONTIAN
PENGENALAN

KAWASAN 1, KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS

 TUAN HAJI ON’ BIN JABBAR


PEGAWAI DAERAH PONTIAN
 YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
AHLI PARLIMEN PONTIAN
 YB DATUK IR HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD
ADUN KAWASAN BENUT
 ENCIK FAIDZULLAH BIN HAJI YUSOFF
PENGHULU MUKIM AYER BALOI
 TUAN HAJI AHMADON BIN MD SOM
PENGERUSI JKKK KAWASAN 1, MUKIM AYER BALOI
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS

MAKLUMAT TAMBAHAN
 MUKIM : AYER BALOI
 DUN : N53 BENUT
 PARLIMEN : P164 PONTIAN
 DAERAH : PONTIAN
 ALAMAT SURAT MENYURAT : NO.9, KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS,
82200 BENUT, PONTIAN
 NO. TEL : 012-759 6209 / 607-688 0768
 JARAK KE PEKAN BENUT : 10 KM
 JARAK KE BANDAR PONTIAN : 32 KM
 JARAK KE BANDAR JOHOR BAHRU : 114 KM
9
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, PONTIAN
PENGENALAN

KAWASAN 1, KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS

MAKLUMAT TAMBAHAN
 MOTTO KAMPUNG : “IPPLIK”
KAMPUNG KITA, WAJAH KITA

 JUMLAH PENDUDUK KAMPUNG : 1,225 ORANG


 JUMLAH KELUARGA : 282 BUAH
 JUMLAH PENDUDUK LELAKI : 578 ORANG
 JUMLAH PENDUDUK WANITA : 647 ORANG Penduduk

 JUMLAH KAUM MELAYU : 1,173 ORANG


556 ORANG (LELAKI)
617 ORANG (WANITA) Melayu

 JUMLAH KAUM CINA : 52 ORANG


22 ORANG (LELAKI) Cina
30 ORANG (WANITA)
0 200 400 600 800 1000 1200 1400 1600

Wanita Lelaki Jumlah

10
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, PONTIAN
PENGENALAN

KAWASAN 1, KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS

VISI
KAMPUNG

MISI
KAMPUNG

MATLAMAT
DESA KAMPUNG
BERWAWASAN

VISI
 BERDAYA SAING, MAKMUR, SELAMAT DUNIA AKHIRAT

MISI
 MENGGERAKKAN WARGA KE ARAH MASYARAKAT BERDAYA SAING DENGAN
EKONOMI YANG MANTAP, ILMU PENGETAHUAN YANG JITU, PERSEKITARAN YANG
BERSIH DAN INDAH SERTA SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT

MATLAMAT
 POTENSI SEMUA PENDUDUK DALAM PELBAGAI BIDANG DAPAT DIOPTIMUMKAN

11
KAMPUNG PARIT PUTERI MENANGIS, PONTIAN
PATRIOTISME & KEMASYARAKATAN

KEPIMPINAN & PENTADBIRAN

PENDIDIKAN & LATIHAN

EKONOMI & KEUSAHAWANAN

PEMERKASAAN PERANAN BELIA

TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

KEBERSIHAN, KESIHATAN & KECERIAAN

PENGAWASAN INSFRASTRUKTUR ASAS

You might also like