You are on page 1of 8

NOVEL MENITI

IMPIAN
BAB 7
BAB 8
BAB 9
Novel Meniti Impian : Sinopsis Bab 7, 8, 9 (Novel Tingkatan 2)
Bab 7: Suai Kenal
– Minggu suai kenal bermula
– Minggu suai kenal itu dikendalikan oleh pelatih senior
– Pelatih senior mengingatkan pelatih baharu tentang masa depan
mereka sebagai pekerja kolar biru yang akan bekerja di bengkel, di
tapak binaan, atau di tengah terik matahari
– Semua pelatih IKM mesti memiliki semangat, cita-cita, dan keyakinan
yang kental untuk berjaya mengejar cita-cita
– Pelatih baharu dipecahkan kepada enam kumpulan – setiap
kumpulan diketuai oleh seorang pelatih senior
– Semua pelatih baharu bergerak mengikut ketua masing-masing
menuju ke tempat yang telah ditetapkan
– Sebelum itu, mereka singgah di stor untuk mengambil pelbagai
peralatan untuk bergotong-royong
– Semua pelatih bergotong-royong membersihkan kawasan belakang
institut yang akan didirikan bangunan asrama yang baharu
– Zahar sempat berbual mesra dengan Norimi
– Apabila aktiviti gotong-royong tamat, para pelatih diarahkan ke
dewan makan untuk minum petang
– Pelatih senior memaklumkan bahawa selepas minum nanti pelatih
baharu boleh balik ke asrama dan berehat
– Pelatih baharu diingatkan agar berkumpul di surau sebelum maghrib
untuk solat maghrib bersama-sama
– Selepas makan malam pukul 8:00 nanti para pelatih baharu diminta
berhimpun di dewan utama – acara suai kenal yang istimewa sudah
diatur untuk mereka
Bab 8: Kemahiran
– Minggu suai kenal sudah berakhir
– Semua pelatih ditempatkan di dalam kelas mengikut bidang kursus masing-masing
– Zahar yang mengikuti kursus Pertukangan Perabot mendapat cikgu Baharum
sebagai guru kelasnya
– Cikgu Baharum memulakan sesi pengenalan diri
– Semua pelatih diminta:
– memperkenalkan diri
– menceritakan latar belakang kehidupan mereka
– menyatakan cita-cita selepas menamatkan latihan di IKM nanti
– Zahar menceritakan pengalamannya mula terbabit dalam kerja-kerja pembinaan
perabot bersama-sama dengan bapa saudaranya
– Cikgu Baharum berasa gembira apabila Zahar menyatakan bahawa dia mahu
memiliki bengkel sendiri dan menghasilkan perabot yang canggih suatu hari nanti.
– Cikgu Baharum memulakan kelas dengan penerangan lengkap tentang latihan
Pertukangan Perabot
– Zahar berasa kagum melihat peralatan yang ada
– Selepas menerangkan jenis-jenis kayu dan papan yang sesuai dibuat perabot, Cikgu
Baharum membawa semua pelatihnya ke Blok B
– Di blok tersebut terdapat stor penyimpanan berbagai-bagai kayu dan perabot
– Zahar tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor menyimpan kayu dan
papan
– Cikgu Baharum menyatakan bahawa semua pelatihnya tidak dibenarkan menggunakan
mesin tersebut melainkan mereka sudah mahir menggunakan alat pertukangan biasa
– Cikgu Baharum turut mengingatkan para pelatihnya bahawa pelajaran teori sebahagian
kecil sahaja daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan sepanjang latihan yang akan
dijalankan
– Para pelatih akan banyak terdedah kepada latihan amali yang dilaksanakan di dalam
bengkel
– Di kampus, Zahar telah memulakan persahabatan dengan rakan-rakan yang baharu
– Antara semua kenalan baharu Zahar, Noimilah yang paling dekat dalam hatinya
Novel Bab 9: Kepulangan
– Zahar pulang ke kampung pada hujung minggu itu
– Kepulangan Zahar kali ini terasa lain daripada kepulangannya pada masa-
masa yang lalu
– Zahar melihat ramai orang di rumah Pak Karim
– Beberapa orang kampung sedang sibuk menumis gulai
– Zahar tertanya-tanya tentang kenduri yang diadakan di rumah Pak Karim, iaitu
ketua kampungnya itu
– Setibanya di rumah, Zakri, adik Zahar yang bongsu memberitahu bahawa
emak dan abangnya, Halim telah pergi ke rumah Pak Karim
– Zakri mengatakan bahawa kenduri itu diadakan adalah untuk meraikan Suhaili
yang berjaya mendapat kerja di Petaling Jaya
– Zahar mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Pak Yusuf
– Rumah Pak Yusuf lengang
– Zahar masuk ke dalam bengkel – tertarik melihat rangka almari yang sudah
berdiri tegak
– Zahar teringat akan kata-kata Cikgu Baharum tentang ciri-ciri perabot yang
bermutu
– Zahar melangkah ke tempat kerja Pak Yusuf – mengambil sekeping papan
lalu mengetamnya
– Pak Yusuf pulang – bertanyakan sebab Zahar tidak pergi ke rumah Pak
Karim
– Zahar memberikan alasan – segan – selepas zuhur pasti kenduri sudah
habis
– Zahar bertanyakan orang yang menempah almari itu
– Pak Yusuf menjawab bahawa orang tersebut ialah Tauke Lim
– Tidak lama kemudian, Mak Temah pula pulang
– Mak Temah bertanyakan sebab Zahar tidak pergi ke rumah Pak Karim
– Zahar memberikan alasan – pulang lewat tadi
– Mak Temah menyuruh Zahar makan nasi kenduri yang dibawanya dari
rumah Pak Karim
– Zahar terpaksa akur walaupun hatinya berat untuk menjamah hidangan
tersebut
https://online.fliphtml5.com/merzs/xjua/#p=1

You might also like