You are on page 1of 113

💡

APA YANG SAYA INGIN


BELAJAR DARI KURSUS
PENDIDIKAN LESTARI
ALAM SEKITAR INI ?

Taip dalam format Microsoft Word.


Kemudian muat naik ke GC Kumpulan
Perbaincangan
When an action is truly
sustainable, everyone benefits!
The environment is protected,
the economy is not harmed and
the quality of life for humans
increases.
Soal Selidik

https://forms.gle/eGuLJDUoJVahAzbPA

Sila jawab secara JUJUR

Untuk soalan 6, sila taip dengan menggunakan


huruf KECIL (guna , dan di tempat yang sesuai)
We must work together in
achieving sustainability,
it is the only hope for our planet
The right choice is easy to see,
but hard to work towards,
but together we will make it.
Pendidikan
Pembangunan Lestari
(ESD)
Definisi Pembangunan Mampan
Mengikut laporan Our Common Future yang
diterbitkan oleh The World Commission on
Environment and Development (WCED), 1987,

Pembangunan Mampan adalah :


“ Pembangunan yang memenuhi keperluan
generasi masa kini tanpa mengabaikan
keupayaan generasi akan datang untuk
memenuhi keperluan mereka “
Pendahuluan
• Konsep pendidikan lestari muncul ekoran kesedaran tentang
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
• Pendidikan untuk pembangunan lestari ialah satu misi
pendidikan yang mencari keseimbangan di antara
kesejahteraan manusia dan perkembangan ekonomi bersama
tradisi budaya serta penghormatan terhadap sumber
semulajadi.
The Three Spheres of Sustainability
• Sustainability is broadly defined as “meeting the needs of the present
generation without compromising the ability of future generations to meet
their own needs”. As global citizens of this world, each and every one of us
have a duty to work towards a sustainable future.

• We can break sustainability down into its three components: environmental,


economical and social. For an action to be truly sustainable, it has to be
environmentally, economically and socially sustainable.

• Our current society and their past actions have been about promoting
economic or social sustainability and growth, at the cost of the environment.
However, the answer isn't simply funneling endless amounts of money into
environmental protection/projects. This is simply unsustainable (although it
is environmentally sustainable, it would neither be socially or economically
sustainable).
When an action is truly sustainable, everyone benefits! The
environment is protected, the economy is not harmed and the
quality of life for humans increases.
• Environmental Sustainability: "in a truly sustainable
environment, an ecosystem would maintain populations,
biodiversity, and overall functionality over an extended period
of time." Resource depletion, pollution, extinction of species,
over fishing, deforestation are all examples of activities that
are not environmentally sustainable (although they may be
provide social or economic growth, this is overall
unsustainable as you can see from the above model).
• As global citizens, we must aim to not have any negative
impacts on the environment and promote habitat restoration
and preservation. There are many ways to contribute to
environmental sustainability.
• Economic Sustainability: "involves creating economic value out
of whatever project or decision you are undertaking.
Economic sustainability means that decisions are made in the
most equitable and fiscally sound way possible while
considering the other aspects of sustainability." Actions that
are economically sustainable should be made with long term
benefits in mind, not just short term. Reducing unnecessary
expenditure and promoting subsidies for green development,
financial support for universities and education are all
important to economic sustainability.
• Social Sustainability: "based on the concept that a decision or project
promotes the betterment of society". Social sustainability encompasses
the quality of life and consequently can deal with human rights issues,
environmental law and public involvement and participation. Legislation
should promote the betterment of health and well being for all of society
to maintain social sustainability.

• Global citizens should strive towards achieving sustainability in all three


areas. With a poor environment or poor economy it will be impossible to
have a high quality of life. We must work together in achieving
sustainability, it is the only hope for our planet. If we do not, then man
kind will experience resource exhaustion, food shortages, dangerous levels
of pollution and a decline in the world population.

• The right choice is easy to see, but hard to work towards, but together we
will make it.
Sejarah
1. Persidangan di Stockholm 1972
2. United Nation Environmental Programme (UNEP) 1973
3. The Belgrade Charter 1975
4. The Tbilisi Declaration and Recomendations 1977
5. PBB mengisytiharkan World Commission on Environment
and Development 1983 (WCED)
6. Vienna Convention 1985
7. Montreal Protocol 1987
8.Brundtland Report 1987 “Our Common Future”
9. Earth Summit in Rio de Janeiro, June 1992
10. Kyoto Protocol, December 1997
11. World Summit on Sustainable Development, Johannesburg , 2002
12. Pengisytiharaan DEKAD ESD oleh PBB ,2005-2014
13. December 2009, COP15 at Copenhagen
14. December 2010 , Cancun Climate Conference
Konsep Pembangunan Mampan

• Pendidikan untuk pembangunan mampan adalah


luas dan menuntut usaha sepanjang hayat yang
mencabar individu, institusi dan masyarakat
untuk melihat hari esok sebagai kepunyaan kita
bersama. Justeru, ia adalah pembelajaran yang
diperlukan oleh manusia untuk membaiki dan
mengekalkan kualiti kehidupan sekarang dan
generasi akan datang.
• Amalan-amalan dalam pendidikan untuk pembangunan lestari
termasuklah penyertaan awam untuk membuat keputusan secara
berkesan, kolaborasi dan rakan kongsi secara silang sektor, visi
secara holistik, komitmen antara intra-generasi dalam menangani
isu-isu keadilan sosial, kepelbagaian budaya bagi kelestarian akan
datang; dan menyemak semula peranan sains dan pendidikan; serta
menjalankan rundingan, penilaian dan tindakan bagi mencapai
hasrat tersebut.
• Segala usaha yang telah dijalankan adalah selaras dengan dengan
pencapaian matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Dekad
2005-2014.
• Konsep ini telah di bincangkan titik tolak daripada kemunculan buku
“Our Common Future” di Brundtland Report 1987.

• Sources : http://web.usm.my/education/jppg2005/maklumat.htm
Pengisytiharaan Dekad ESD
• Kesedaran berkaitan alam sekitar telah membuatkan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan Dekad
ESD.
• Dekad ESD ini akan dilaksanakan sepanjang 9 tahun iaitu dari
2005 hingga 2014.
• Pengisytiharaan ini telah dipersetujui oleh negara-negara
anggota PBB.
• Dalam hal pengisytiharaan ini , negara-negara yang terlibat
dikehendaki merealisasikan konsep pendidikan yang selaras
dengan pembangunan pendidikan lestari .
• Ini membuktikan bahawa penjagaan alam sekitar juga boleh di
terapkan kepada kanak-kanak melalui medium pendidikan.
• Dalam hal ini pelbagai pihak yang datang dari pelbagai agensi
boleh membantu menjayakan Dekad ESD.
• Namun pihak yang paling sesuai untuk menjayakan konsep ini
ialah para pendidik. Mereka boleh menerapkan elemen
pendidikan alam sekitar di dalam pengajaran mereka
seharian .
• Selain daripada itu , kita juga boleh mengadakan pameran dan
ceramah berkaitan alam sekitar .
• Usaha yang sedikit akhirnya kelak akan membawa kepada hasil yang
besar sejajar apa yang telah dihasratkan oleh PBB.

• Contoh usaha :
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0615&p
ub=utusan_malaysia&sec=timur&pg=wt_04.htm&arc=hive
Tujuan
• Pendidikan untuk pembangunan mampan ialah satu misi
pendidikan untuk mencari keseimbangan antara kesejahteraan
manusia dan perkembangan ekonomi bersama tradisi budaya
serta penghormatan terhadap sumber semulajadi dan alam
sekitar.
Objektif
• Untuk menggarap kerjasama di kalangan pengamal pendidikan
bagi meningkatkan keupayaan bidang pendidikan negara
sebagai pemangkin kepada pembangunan lestari. Untuk
menjadi platform perbincangan dalam memperbaiki
pendidikan asas bagi meningkatkan kefahaman, kemahiran,
nilai dan perspektif bagi mengekalkan kehidupan yang lestari.
• Untuk menjana idea bagi mengkaji dan menyemak semula
program pendidikan bermula daripada prasekolah hingga ke
peringkat pengajian tinggi ke arah pendidikan pembangunan
lestari.
• Untuk mencari jalan melalui pendidikan bagi etika generasi
masa kini dalam menghadapi salah laku terhadap penggunaan
sumber secara berleluasa dalam menggugat kehidupan
manusia yang menjadi punca kepada masalah alam sekitar.
• Untuk menggunakan sumber-sumber intelek bagi
menggalakkan kefahaman yang lebih baik di kalangan generasi
baru berkaitan dengan bahaya yang di hadapi oleh bumi.
• Sources : Bruntdland Report 1987. Our Common Future : The
World Commision for the Environment . Madrid : Alianza
Publication.
Bagaimanakah guru boleh membantu
dalam Pendidikan Alam Sekitar ?

• Berfikiran positif terhadap idea penerapan Pendidikan Alam Sekitar


merentas kurikulum.
• Meningkatkan pengetahuan tentang kurikulum, istilah, konsep dan
masalah alam sekitar.
• Bersedia untuk meningkatkan pengetahuan tentang pedagogi
pengajaran.
• Membuat perancangan
• Melibatkan diri dengan program dan projek yang berkaitan
dengan alam sekitar.

• Sources :
http://web.usm.my/education/publication/mohd%20zohir.pdf
Pendidikan lestari dapat membantu murid
murid :
Mendapatkan pengetahuan dan makna tentang
perkembangan lestari secara umum dan dalam profesion
mereka.
Dilatih dengan kemahiran dan cara bagi membantu profesion
mereka.
Memperkembangkan sikap positif ke arah kepentingan
pembangunan lestari
Konsep hubungan manusia dengan
Ketuhanan dan alam .
• Manusia merupakan penyebab utama terjadinya kerosakan di
permukaan bumi ini.
• Peningkatan jumlah penduduk dunia yang sangat pesat, telah
mengakibatkan terjadinya eksploitasi intensif terhadap
sumberdaya alam yang akibatnya terjadilah kerosakan dan
degrasi sumber alam.
• Padahal alam merupakan sumber kepada semua benda hidup.
• Semua agama di dunia ini sangat menitik beratkan akan
penjagaan alam sekitar . Dalam pelbagai agama menyuruh
semua penganutnya agar memelihara dan tidak merosakkan
alam sekitar.
• Tetapi, kebanyakkan daripada kita terlalu rakus dalam
mengejar pembangunan hingga mengabaikan dan merosakan
alam ini.

• Sources : kanguzen.blogspot.com/.../kerusakan-lingkungan-
dan-cara-pandang.html
Teologi hubungan manusia dengan alam.
• Teologi dalam konteks hubungan manusia dengan alam ini
dimaksudkan sebagai nilai atau ajaran agama yang berkaitan
dengan eksistensi atau keberadaan Tuhan, tidak dimaksudkan
sebagai suatu cabang dari ilmu-ilmu agama terutama yang
membahas tentang ketuhanan.
• Makna bebas teologi dalam konteks ini adalah : cara
“menghadirkan” Tuhan dalam setiap aspek kegiatan manusia,
termasuk kegiatan manusia dalam berhubungan dengan alam,
pemanfaatan sumber daya alam dan penjagaan alam sekitar
serta pemuliharaan.
• Konsep hubungan manusia dengan alam sebagaimana telah
dikemukakan mengandungi makna bahawa perlindungan dan
pemeliharaan alam merupakan kewajiban asasi manusia yang telah
dipilh oleh Tuhan sebagai wakil Tuhan di muka bumi.
• Konsep tersebut mengandung pula makna penghargaan dan
penghormatan terhadap saling berkaitan setiap komponen dan
aspek kehidupan di alam, pengakuan terhadap kesatuan penciptaan
dan persaudaraan semua makhluk. Konsep tersebut menunjukkan
pula bahwa etika (akhlak) harus menjadi landasan setiap perilaku
manusia.
• Dan berdasarkan teologi inilah, seharusnya sebagai manusia , kita
perlu sedar akan tanggungjawab kite sebagai penjaga alam sekitar .
• Ini penting kerana generasi akan datang juga akan turut terjejas
sekiranya alam sekitar terjejas.
• Ada kata kata yang berbunyi, kita tidak memiliki alam ini sepenuh
nya , tetapi meminjam daripada cucu cicit kita .
• Jadi , kita mestilah menjaga alam sekitar bagi memenuhi
tanggungjawab kita kepada mereka.
Konsep perseimbangan antara alam
sekitar dan manusia.
• Keperluan masyarakat dan keadilan untuk hidup yang lebih
berkualiti.
• Dalam dunia serba moden kini tidak dinafikan semua negara
giat meneraju pembangunan negara mereka . Begitu juga
dengan manusia.
• Semua aktiviti harian kini melibatkan pelbagai teknologi.
Namun hal ini juga mengakibatkan kerosakan alam tanpa kita
sedari.
Antara langkah yang boleh kita ambil bagi
menyeimbangkan alam dengan pembangunan
ialah :
• Mengurangkan penebangan pokok untuk menghasilkan
kertas , sebaiknya menggunakan sahaja kertas yang telah di
gunasemula.
• Mengurangkan penggunaan kenderaan bagi mengurangkan
asap dengan menggunakan perkhidmatan LRT dan Monorail
• Mengurangkan teknologi rumah hijau.
Komponen Dalam ESD
Masyarakat
Persekitaran
Ekonomi
Budaya
Persekitaran
Kawalan bencana
Pemeliharaan dan
alam
pemuliharaan alam
sekitar

Pengawalan iklim Urbanisasi terkawal


melampau
Pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar
• Pembangunan lestari ialah adunan pembangunan atau
kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar daripada musnah.
• Pemuliharaan : membaik pulih sumber-sumber alam sekitar
yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber itu pupus.
• Cth: air, hutan, tenaga, udara, dan mineral.
• Pemeliharaan : meliputi aspek-aspek penjagaan dan
perlindungan untuk mengekalkan sumber semula jadi
daripada diteroka dengan rakus oleh manusia.
Langkah
perundangan

Aspek pemeliharaan
dan pemuliharaan
alam sekitar

Langkah bukan perundangan :


-amalan pengurusan yang strategik
-kempen dan pendidikan alam sekitar
Langkah Perundangan
• Akta kualiti Alam Sekitar 1974 merupakan perundangan induk
yang menjadi rujukan pihak berkuasa.
• Merupakan perundangan komprehensif yang memberikan
asas undang-undang yang kukuh untuk melindungi, mengawal,
dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar di Malaysia.
• Bagi tujuan tersebut, akta ini mempunyai peruntukan yang
jelas tentang beberapa masalah pencemaran alam sekitar.
Antaranya :
Pencemaran udara : (Seksyen 20)
Pencemaran bunyi bising : (Seksyen 23)
Pencemaran tanah : (Seksyen 24)
Pencemaran perairan daratan : (Seksyen 25)
Pencemaran minyak dan bahan yang bercampur minyak ke dalam
perairan Malaysia: (Seksyen 29)

• Jabatan Alam Sekitar (JAS) dipertanggungjawabkan untuk menilai,


memantau, dan mengawal segala aspek yang berkaitan dengan
alam sekitar berdasarkan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
• JAS berkuasa menyaman, mengenakan kompaun, menyita premis,
mengheret ke mahkamah dan lain-lain tindakan yang dibenarkan
terhadap pesalah yang melanggar akta.
Perundangan Berkaitan Dengan
Pemuliharaan Tanah
• Akta Pemuliharaan Tanah (Bahagian III) tentang kawalan
kelodak dan hakisan terutama kawasan tanah bukit. Cth:
Seksyen 5, tanah bukit tidak boleh ditanam dengan tanaman
jangka pendek, termasuk sayur-sayuran tanpa kebenaran
• Dasar Perhutanan Negara (1984). Cth: Jadual 1, Seksyen 2(1),
Perkara 15 (b) menghendaki pemegang lesen membalak
mengurangkan hakisan tanah di kawasan pembalakan.
• Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974 menghendaki ruang
terbuka di dalam dan di sekeliling bangunan yang sedang
dibina dilindungi secara bersesuaian daripada hakisan tanah.
Perundangan Berkaitan Pencemaran Air
• Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974, Seksyen 55 (3)
menyatakan bahawa sisa perdagangan tidak boleh memasuki
sistem perairan tanpa kelulusan bertulis pihak berkuasa
tempatan atau negeri.
• Akta Kerajaan Tempatan 1976, seksyen 69 menyatakan
bahawa menjadi kesalahan bagi seseorang melakukan
ganguan atau membuang kotoran di dalam atau tebing sungai,
saluran, terusan, longkang dan sebagainya.
• Akta Perikanan 1985, seksyen 26 (1) bagi kawalan
penggunaan racun dan bahan pencemar, dan bahan letupan
bagi tujuan menangkap ikan.
Perundangan Berkaitan Pencemaran
Udara
• Akta Perhutanan Negara 1984, seksyen 82 (1) melarang
sesiapapun daripada melakukan pembakaran dalam hutan
simpan.
• Akta Kerajaan Tempatan 1976, seksyen 81 menyatakan
tindakan terus boleh diambil bagi relau dan cerobong yang
mengeluarkan asap serta ganguan kesihatan dan alam sekitar
daripada debu oleh pengilangan dan perniagaan.
• Ordinan Lalu lintas Jalan Raya 1958, menyatakan tiada
sesiapapun yang menggunakan kereta yang melepaskan asas
dengan ketumpatan melebihi 50 unit asap hertridge atau yang
setanding dengannya.
Lain-lain Perundangan
• Akta Perhutanan Negara 1984, menitikberatkan soal pemuliharaan
sumber jaya seperti hutan, air, serta hidupan liar. Cth: pengeluaran
lesen pembalakan mestilah disertakan dengan rancangan
peghutanan semula.
• Akta Kerajaan Tempatan 1976, seksyen 3 (1), memberi kuasa
kepada menteri membuat peraturan halang pembunuhan hidupan
liar, pembakaran dan penebangan pokok serta penjagaan taman
negara.
• Akta Perikanan 1985, seksyen 38 (1) dan seksyen 41 (1) memberi
kuasa kepada menteri laksana kaedah pengawalseliaan keatas
penyu dan perikanan darat.
• Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusi 1984,
melarang merosakkan dan mengeksploitasi sumber-sumber marin.
Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA)
• Merupakan satu laporan yang berkaitan dengan jangkaan
kesan alam sekitar dan langkah mengatasinya yang mesti
disediakan oleh pemaju sebelum sesuatu projek itu diluluskan
oleh pihak berkuasa.
• EIA adalah pendekatan menyeluruh kearah pengurusan alam
sekitar yang melibatkan kawalan dan perancangan sumber
jaya.
• Supaya wujud keseimbangan antara kepentingan projek
pembangunan dangan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar yang berkualiti.
Langkah Bukan Perundangan
Amalan Pengurusan Strategik:
• Langkah pengurusan strategik melibatkan usaha jangka
pendek dan juga jangka panjang untuk mengurangkan atau
mengatasi permasalahan alam sekitar setempat.
• Ia merupakan langkah bukan perundangan atau langkah
kestrukturan yang diambil bagi mengatasi kesan alam sekitar.
• Langkah ini berbeza mengikut kesan atau masalah yang wujud.
Hakisan tanah dan kelodakan:
• Cth: bagi kerja pemotongan, perataan dan peneresan bukit untuk
pelbagai jenis tapak bina. Benteng konkrit, sangkar dawai batu, dan
alur-alaur kecil sebagai laluan air dibina, tumbuhan tutup bumin
ditanam, dan pemotongan cerun dihadkan kurang daripada 45°.

Pencemaran udara:
• Cth: kenderaan yang masuk ke gandar dikawal melalui galakan
perkongsian kereta, penggunaan petroleum tanpa plumbum,
menyediakan sistem penapisan asap kenderaan yang sempurna.
Kualiti dan kuantiti air bersih:
• Cth: aktiviti pembangunan di kawasan tadahan air seperti
pembalakan dikawal disamping mewujudkan kawasan rezab
tadahan air.

Kawasan sumber kepelbagaian biologi daripada musnah dan


pupus:
• Cth: program penghutanan semula (projek perladangan hutan)
dilakukan selepas pokok-pokok balak ditebang, rawatan sivikultur
dan kaedah tebangan terpilih, larangan penebangan pokok balak
yang dikenal pasti hampir pupus.
Fenomena pemanasan global dan kesan rumah hijau:
• Penggunaan alat-alat yang boleh membebaskan kloroflorokarbon
(CFC) seperti alat penghawa dingin, penyembur atau aerosol dan
juga lain-lain bahan kimia dikurangkan sebaliknya alat yang bersifat
mesra alam lebih diutamakan.
Melaksanakan pendidikan alam sekitar:

• Pendidikan merupakan satu saluran yang amat penting untuk


meningkatkan kesedaran penduduk tenteng kepentingan alam
sekitar.
• Pendidikan alam sekitar boleh dilaksanakan secara formal dan tidak
formal.
• Pendidikan alam sekitar secara tidak formal banyak dilakukan oleh
Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama beberapa badan bukan
kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Sekitar (SAM).
• Pendidikan tidak farmal adalah melalui media massa, seminar,
forum, risalah dan penerbitan dan sebagainya. Contoh: majalah Era
Hijau.
• JAS mengadakan pameran sempena perayaan tertentu seperti Hari
Alam Sekitar Sedunia dengan menganjurkan peraduan menulis esei,
perbahasan, dan peraduan fotografi.
Kempen kesedaran:

• Kempen kesedaran banyak dilakukan oleh badan bukan kerajaan


(NGO) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara NGO yang
terlibat ialah:

 Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM).


 Sahabat Alam Sekitar (SAM).
 Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia
(ENSERCH).
 Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
• Selain menerbitkan majalah dan buletin alam sekitar, badan-badan
ngo ini turut mengadakan kempen dan program kesedaran seperti
gotong-royong membersihkan sungai, parit, dan longkang, kempen
penghijauan bumi,dan kempen cintai sungai kita.
Pengawalan Iklim Melampau
 Iklim merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca seperti
suhu,hujan, kelembapan udara dalam tempoh 35 tahun dan
iklim meliputi skala yang luas seperti negara atau rantau,
serta dalam tempoh masa yang luas.

1. Mewujudkan Kawasan Hijau:


 Menjalankan program penghijauan bandar (hutan batu)
dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rizab
bandar seperti rizab jalan, rizab bangunan dan lain-lain.
Pokok-pokok peneduh mampu mengekalkan udara lembap
disamping menyederhanakan suhu sekitar.
2. Mengawal aktiviti pelepasan gas-gas rumah hijau:
 Penguatkuasaan undang-undang mengawal pelepasan gas rumah
hijau secara sewenang-wenagnya dari sumber kenderaan, industri
dan pembakaran terbuka.

3. Mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil:


 Menggunakan atau memenfaatkan sumber tenaga alternatif
seperti tenaga suria dan hidroelektrik menggantikan bahan api
fosil yang banyak membebaskan haba dan gas-gas rumah hijau.
4. Mengurangkan penggunaan:
 Peralatan yang banyak membebaskan kloroflorokarbon (CFC)
seperti alat pendinginhawa, peti sejuk, alat-alat semburan aerosol
dan sebagainya yang jelas boleh menipiskan lapisan ozon,
sebaliknya menggunakan peralatan yang disahkan bersifat ‘Mesra
Alam’.

5. Melaksanakan kempen kesedaran:


 Khususnya kepada penduduk bandar seperti kempen berkongsi
kereta, menggunakan sistem pengangkutan awam seperti
Komuter dan LRT yang sudah pasti mampu mengurangkan
perlepasan gas-gas rumah hijau di bandar.
Urbanisasi Terkawal
• Pembandaran atau urbanisasi ialah proses perubahan sesuatu
kawasan daripada luar bandar ke bandar.
• Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar
berkembang menjadi yang lebih besar dan bersifat kompleks
seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana akhirnya
menjadi bandar raya.
• Konsep urbanisasi meliputi empat aspek.
1.Pertambahan Penduduk
• Konsep penduduk optimum perlu dilaksanakan kerana
keupayaan daya tampung sumber alam pada tempoh tertentu
bergantung kepada jumlah penduduk sesebuah negara.
• Pengawalan terhadap kadar kelahiran penduduk akan
membolehkan sumber-sumber yang ada menampung
keperluan penduduk yang sedia ada.
2.Perluasan Saiz Bandar
• Urbanisasi menyebabkan pertambahan bangunan, ruang
perniagaan, kawasan petempatan bandar, peningkatan sistem
jaringan pengangkutan serta pertambahan fungsi bandar.
• Pengurusan sumber alam yang cekap dan sistematik
diperlukan untuk memastikan daya tampung sumber alam
sentiasa berterusan.
• Dalam proses perluasan saiz bandar, sistem gomorfologi,
hidrologi, atmosfera, dan ekologi tidak boleh diabaikan sesuai
dengan kehendak pembangunan lestari.
3.Kegiatan Ekonomi
• Pembandaran juga boleh ditakrifkan sebagai perubahan
struktur kegiatan ekonomi penduduk di sesebuah kawasan
dari ekonomi tradisional (pertanian tradisional) kepada
ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan,
perkhidmatan, perniagaan, perdagangan dan lain-lain.
• Malaysia menguruskan hutan secara lestari melalui projek
perladanganhutan kompensatori dan rawatan silvikultur.
• Ia bagi menjamin keberterusan bekalan kayu untuk generasi
masa hadapan, mengekalkan flora dan fauna, dan
mengekalkan kawasan tadahan hujan sumber air bersih
kepada penduduk.
4. Perubahan Cara Hidup
• Perubahan cara hidup penduduk daripada tradisional kepada
nilai gaya hidup bandar yang lebih moden.
• Bagaimanapun, penduduk seharusnya mempunyai kesedaran
mencintai alam sekitar dan mengamalkan sikap menjaga alam
sekitar.
• Contohnya : Mengurangkan penggunaan barangan yang
menjejaskan alam sekitar, sebaliknya menggunakan peralatan
yang disahkan bersifat ‘Mesra Alam’, terlibat dengan aktiviti
gotong-royong di kawasan tempat tinggal dan amalkan kitar
semula.
Kawalan Bencana Alam
• Malapetaka alam berlaku tidak dapat dielakkan
oleh manusia kerana kejadian itu berlaku di luar
kawalan manusia. Bencana alam boleh berlaku
tanpa mengira masa dan tempat.
• Contohnya, bencana alam yang sering berlaku
ialah banjir ribut taufan,gempa bumi,tanah
runtuh dan sebagainya. Di Malaysia bencana
alam jarang berlaku. Bencana alam yang
direkodkan di negara ini ialah banjir
lumpur ,banjir kilat dan tanah runtuh.
• Sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, terdapat
beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat
liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower pada
tahun 1993, Tragedi Ribut Greg di Sabah pada tahun
1996, kejadian tanah runtuh di Gombak pada tahun
2004 dan banyak lagi.
• Namun,tragedi hempasan ombak besar Tsunami
pada 26 Disember 2004, taufan Nargis di Myanmar
pada 2 Mei 2008 dan gempa bumi di Sichuan pada
12 Mei 2008 merupakan kejadian-kejadian yang
berlaku dan tidak dapat kita semua lupakan.
Kawalan bencana:

 Mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

Mengawal pembalakan dan pembakaran hutan.


Pelupusan sampah yang terancang.
Pertanian yang tidak mengancam alam sekitar.
Logi tenaga dan bahan bakar dari sektor perindustrian perlu ditapis.
Mengurangkan penggunaan barangan yang mengeluarkan
kloroflorokarbon (CFC) dengan barangan mesra alam.
Mengelakkan pembakaran terbuka.
Kawalan asap kenderaan.
Ekonomi

Pengurangan Sektor ekonomi


kemiskinan yang
bertanggungjawab

Pembangunan
ekonomi yang stabil
Pengurangan Kemiskinan
• Pertumbuhan penduduk yang pesat akan menyebabkan
masalah kemiskinan serta taraf hidup penduduk menjadi
rendah.
• Ia juga menyebabkan taraf sosial seperti taraf pendidikan dan
taraf kesihatan penduduk merosot.
• Ia menjurus kepada keadaan masyarakat kurang kesedaran
mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar.
• Contohnya: kawasan setinggan yang padat dan sesak menjadi
kotor persekitarannya dan menyumbang kepada penyakit yang
sukar dikawal seperti malaria, denggi, taun dan lain-lain.
Pembangunan ekonomi yang stabil
• Pembangunan ekonomi yang stabil adalah adunan
pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar daripada musnah.
• Pembangunan ekonomi yang stabil boleh difahami dari dua
sudut:
1. Nikmat pembangunan ekonomi sesebuah negara hendaklah
berterusan dan menjamin kesejahteraan hidup generasi
masa kini dan akan datang.
2. Prinsip pembangunan ekonomi yang mengadunkan dengan
usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar agar
kesejahteraan hidup boleh dinikmati oleh semua penduduk.
Sektor Ekonomi yang
Bertanggungjawab
Sektor Perindustrian
• Terdapat 3 langkah dalam melestarikan pembangunan sektor
perindustrian di Malaysia.

i. Penguatkuasaan undang-undang.
ii. Amalan pengurusan alam sekitar industri yang celap dan
berkesan.
iii. Kempen kesedaran kepada masyarakat industri.
1.Penguatkuasaan undang-undang
• Hukuman dan denda maksimum dikenakan kepada pengusaha
yang mencemarkan alam sekitar sepertimena termaktub
dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
• Mengambil tindakan menggantung atau menarik balik lesen
operasi dan menyita syarikat yang tidak menjaga kebersihan
alam sekitar,
• Pemantauan lebih kerap dari Jabatan Alam Sekitar (JAS)
berdasarkan Standard Kualiti (SQ) yang ditetapkan.
• Mewajibkan pihak pengurusan kilang menyediakan laporan
EIA dari semasa ke semasa.
2.Amalan Pengurusan Alam Sekitar
Industri
Mengurangkan sisa toksik dengan cekap dan berkesan:
 Terutama sisa pejal harus diurus dengan sistematik dan
saintifik.
 Setiap kilang mesti menyediakan takungan khas untuk
simpanan sisa toksik.
 Sisa-sisa toksik mesti dirawat terlebih dahulu.
 Bidang R&D dalam konteks pengurusan sisa pejal dan kitar
semula bahan buangan kilang perlu dikembangluaskan oleh
setiap syarikat.
Menguruskan bahan pencemaran udara:
 Industri yang melepaskan asap pencemar melebihi Standard Kualiti
(SQ) perlu mengambil langkah menggunakan sistem penapis di
dalam serombong asap.
 Meninggikan serombong asap agar bahan pencemar tidak
berkumpul dalam atmosfera setempat.
 Tidak melakukan pembakaran terbuka dalam industri pemprosesan
kayu balak atau sekam padi.
 Bahan buangan tersebut boleh dikitar semula, dijadikan bahan
mentah untuk industri atau dibiarkan reput sebagai baja kompos.
Beralih kepada teknologi industri yang mesra alam:
 Kebergantungan kepada bahan api fosil perlu dikurangkan.
 Gunakan tenaga alternatif yang murah dan bersih seperti tenaga
hidroelektrik, gas asli (NGV), atau menggunakan tenaga solar.
 Industri pencucian dan pelarut seboleh mungkin tidak
menggunakan bahan mengandungi CFC, gantikan dengan bahan
yang lebih bersih dan mesra alam seperti menggunakan air.
3. Kempen Kesedaran Kepada Masyarakat
Industri

 Menggiatkan kempen kesedaran terutama kepada pengusaha dan


kakitangan sektor industri tentang pentingnya pembangunan
lestari.
 Contoh: projek penghijauan persekitaran industri, membersih dan
menjaga sungai melalui aktiviti amal dan sosial, melaksanakan
peraduan kilang mesra alam.
 Kempen menerusi media cetak, elektronik, atau bengkel
pemahaman dan penghayatan alam sekitar, hendaklah digerakkan
oleh bahagian Teknologi dan Pendidikan Alam Sekitar dibawah
Kementerian Sains dan Teknologi
Sektor Pertanian dan Penternakan
• Bagi mengatasi kesan negatif aktiviti pertanian terhadap alam
sekitar, kita boleh menggabungkan tiga langkah berikut:

1. langkah perundangan.
2. amalan pengurusan yang cekap dan strategik.
3. Kempen kesedaran serta pendidikan alam sekitar.
1. Penguatkuasaan Undang-undang
• Undang-Undang dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
dikuatkuasakan dengan lebih efektif.
• Kenakan tindakan kepada peneroka tanah bukit secara haram
dengan melanggar arahan menggunakan jentera berat di
kawasan tanah tinggi seperti yang terjadi di Cameron
Highland.
• Jabatan Alam Sekitar perlu meningkatkan pemantauan
terutamanya di tapak perladangan dan penternakan.
• Pengusaha sektor pertanian dan penternakan khususnya
sektor perladangan perlu menyediakan laporan EIA.
2. Amalan Pengurusan Yang Cekap dan
Strategik
1. Sungkupan plastik
2. Menanam tanaman tutup bumi
3. Mengharamkan penggunaan jentera berat
4. Membina benteng untuk menstabilkan cerun
5. Memotong dan meneres cerun mengikut spesifikasi yang
dibenarkan.
6. Menggantikan kaedah tebang dan bakar dengan kaedah
tebang dan reput.
7. Merawat dan membersihkan sungai yang tercemar dengan
kelodak dan sisa racun.
8. Membaiki tatacara atau prosedur penggunaan tanah
pertanian terutama sekali di kawasan tanah tinggi.
• Kaedah pertanian bercampur, tanaman bergilir, tanaman selingan
atau tanaman luar musim diamalkan khususnya dalam sektor
pertanian sara diri intensif.
• Ia bagi menjamin keseimbangan nutrien tanah dapat dipelihara dan
dipulihara disamping dapat merehatkan tanah daripada terus
digunakan dengan terlampau giat.
• Tanaman tutup bumi seperti kekacang mampu mengurangkan kadar
hakisan tanah, malah menambahkan kandungan nitrat dalam tanah.
• Amalan pertanian berteres mengikut kontur, serta membina sistem
perparitan mampu mengurangkan kadar hakisan dan
memperlahankan pergerakan larian air permukaan serta boleh
mengelakkan banjir lumpur.
• Menggunakan kaedah kawalan biotik dan tidak terlalu bergantung
kepada penggunaan racun serangga. Cth: guna burung hantu,
helang, dan ular untuk mengawal tikus di sawah dan ladang.
Penggunaan baka kompos menggantikan baja kimia dalam
perkebunan sayuran.
• Menggalakkan penggunaan bioteknologi dan meningkatkan R&D.
cth: penggunaan kaedah hidroponik yang bersifat mesra alam.
• Mikro-organisme berkesan (EM) adalah satu teknologi yang telah
terbukti berjaya menyelesaikan masalah pencemaran bau busuk
dari ladang ternakan sejak sekian lama.
• Ia menggunakan kaedah sejenis mikro-organisma yang 'baik' yang
akan menguraikan bau gas amonia yang busuk dihasilkan daripada
najis binatang ternakan kepada gas yang tidak berbau.
• Selain itu, penternak juga digalakkan menggunakan silaj sebagai
makanan ternakan.
• Silaj dihasilkan daripada rumput, batang jagung, pelepah sawit dan
lain-lain.
3. Kempen Kesedaran dan Pendidikan
Alam Sekitar
• Menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar
kepada masyarakat pertanian seperti petani, pekebun,
penternak, dan pengusaha ladang.
• Edar risalah, seminar, forum, dan program gotong-royong bagi
menanam kesedaran dan keperihatinan kepada alam sekitar.
• Boleh dijalankan oleh Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar
dan pihak swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO).
Sektor Perikanan
• Langkah-langkah mengatasi kesan aktiviti perikanan:

i. Langkah perundangan.
ii. Amalan pengurusan strategik.
iii. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.
1. Langkah perundangan
• Pihak berkuasa seperti Jabatan Perikanan, Polis Marin, dan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu mengambil tindakan terhadap
aktiviti pencerobohan kawasan perikanan pinggir pantai atau
laut dalam.
• Penggunaan pukat tunda dan pukat harimau diharamkan sama
sekali.
• Mengawal pembuangan sisa toksid dan tumpahan minyak.
• Akta berkaitan perikanan di Malaysia:

o Akta Kualiti Alam Sekitar


o Akta Perikanan 1963
o Akta Pantai Sunda 1961
o Akta Persatuan Nelayan 1971
o Akta Pelantar Benua 1972
o Polisi pelesenan
o Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
2. Amalan Pengurusan
Strategik
• Mewartakan lebih banyak taman-taman laut seperti Taman
Laut Pulau Payar, Taman Laut Pulau Sipadan dan Ligitan, dan
Taman Laut Pulau Tioman sebagai zon larangan bagi segala
aktiviti penangkapan ikan.
• Memperluaskan kawasan tukun tiruan untuk menambah
kawasan pembiakan ikan. Cth: tayar-tayar terpakai.
• Menjalankan usaha membersihkan kawasan laut daripada
tumpahan minyak dan pembuangan sisa domestik dan enfluen
kilang.
• Mengurangkan pengambilan kawasan hutan bakau nipah secara
besar-besaran untuk dijadikan kolam ternakan akuakultur.
• Mensyaratkan kolam ternakan marinkultur mestilah dibina
sekurang-kurangnya 30 meter dari pinggir laut.
• Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk
membaikpulih kawasan perairan yang tercemar.
• Menjalinkan kerjasaman antara negara jiran yang lebih kukuh.
3. Kempen Kesedaran Dan Pendidikan
Alam Sekitar
• Melibatkan usaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran
kepada nelayan dan penternak melalui pengedaran risalah,
forum, seminar, dan dialog bersama yang melibatkan pihak
kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) secara
berterusan.
Sektor Perhutanan
• Tiga aspek penting pembangunan lestari terhadap sektor
perhutanan di Malaysia.

i. Langkah perundangan
ii. Langkah pengurusan hutan strategik
iii. Kempenkesedaran dan pendidikan alam sekitar
1. Langkah Perundangan
• Dasar Perhutanan Negara 1978 dibentuk bagi memastikan
pengekalan sumber-sumber hutan dalam pembangunan lestari.
• Melaluinya, Hutan Simpan Kekal telah diisytiharkan, yang meliputi
kedudukan, keluasan dan fungsi hutan tersebut. Antara tujuannya:
 Mewujudkan hutan perlindungan (keadaan iklim dan rupa bumi
yang sempurna, bekalan air bersih, kesuburan tanah)
 Mewujudkan hutan berhasil (pengeluaran semua jenis hasil hutan
untuk pertanian, kegunaan tempatan dan eksport)
 Mewujudkan hutan lipur (kawasan hutan untuk istirehat, serta
penyelidikan dan pendidikan)
• Larangan-larangan Akta Perhutanan Negara 1984 :

Memasuki hutan simpan kekal.


Menebang, memotong, menggelang, menanda atau menoreh
pokok.
Mengambil untuk pengilangan atau memindahkan sebarang hasil
hutan atau mineral.
Membersih atau membajak tanah untuk tanaman atau tujuan lain.
Menggunakan bahan racun atau letupan di dalam air untuk
menangkap ikan, memburu, menjerat atau menembak haiwan.
Menceroboh dengan apa jua cara.
2. Langkah Pengurusan Hutan Strategik
• Penebangan hutan mesti mengikut Sistem Sebaya Malaya
(MUS) dan Sistem Pengurusan Tebangan Memilih (SMS).
• Kaedah silvikultur, cara pemuliharaan hutan yang melibatkan
penubuhan ladang hutan, pertumbesaran, penjagaan, dan
penggantian satu dirian hutan dengan teratur. Cth : Ladang
Hutan Kompensatori (CFPP), bertujuan membekalkan bahan
kayu industri untuk memenuhi keperluan tempatan.
• Program Penyelidikan Penghutanan, bertujuan mengenalpasti
spesies-spesies tempatan dan exotic untuk pembangunan
ladang hutan. Cth: engkabang durian, mahogani dan batai.
• Bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D):

Kerajaan menubuhkan Jawatan Kuasa Penyelaras Penyelidikan dan


Pembangunan Ladang Hutan.
Terdiri daripada tenaga pakar penyelidik dari Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia (JSPM), Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Bertanggungjawab menmenjalankan penyelidikan demi menjamin
kejayaan program perladangan hutan terutama dalam bidang:
 Pengurusan
 Baikpulih pokok
 Penyelidikan sifat dan penggunaan kayu
3. Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar
• Pendidikan alam sekitar:
• Peringkat sekolah sebagai kurikulum formal dalam mata pelajaran
geografi, dan interdisiplin seperti sains
• Pendidikan ditujukan kepada orang ramai dalam konteks kempen
kesedaran seperti kempen ‘Cintailah Hutan Kita’ dan ‘The Green
World’.
• Kempen kesedaran oleh NGO, Persatuan Pencinta Alam Sekitar
Malaysia dan Sahabat Alam Sekitar (SAM).
• Dana Sedunia Alam Semula Jadi Malaysia (WWF) mempunyai
wakil dan pejabat di Kuala Lumpur dan Kuching untuk
membantu usaha perancangan dan pengurusan alam sekitar.
Sektor Perlombongan dan Sumber
Tenaga
• Bagi memelihara dan memulihara alam sekitar akibat aktiviti
perlombongan, terdapat tiga cara yang boleh diambil iaitu:

i. Langkah perundangan
ii. Amalan pengurusan strategik
iii. Kempen dan pendidikan alam sekitar
1. Langkah Perundangan
• Menghadkan kouta pengeluaran petroleum, pemberian lesen
dan konsesi cari gali petroleum di kawasan berpotensi bagi
memastikan simpanan sumber berterusan.
• Pejabat Tanah dan Galian (PTG) perlu mengawal aktiviti cari
gali sumber-sumber mineral seperti emas serta perlombongan
kuari dan pecah batu melalui pemberian lesen dan syarat yang
ketat.
• Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan dan penyeliaan
terhadap aktiviti perlombongan yang menghasilkan
pencemaran alam sekitar.
• Penyediaan laporan EIA oleh syarikat perlombongan.
2. Amalan Pengurusan
Strategik
• Syarikat yang mencemarkan alam sekitar perlu menjalankan
kerja-kerja pembersihanalam sekitar dan menanggung semua
kos tersebut dan mendapat khidmat kepakaran dan teknologi
atau peralatan daripada JAS.
• Benteng kongkrit atau groin dan gabion perlu dibina untuk
mengelakkan hakisan dan tanah runtuh di kawasan
perlombongan.
• Menyiramkan air di kawasan sekitar untuk mengelakkan perlepasan
asap, debu dan habuk.
• Kawasan kilang pemprosesan gas asli dan kuari ditanam pokok
untuk memerangkap habuk dan pengurangkan pemanasan
setempat.
• Meningkatkan bebergunaan kawasan bekas lombong. Cth: jadikan
kawasan pelancongan, aktiviti rekreasi, industri akuakultur (ternak
udang harimau dan ikan air tawar), kawasan pertanian (limau bali,
jambu batu), dijadikan kawasan perumahan.
• Beralih kepada sumber tenaga gantian yang lebih murah,
berterusan dan bersih (hidroelektrik, suria, biojisim, ombak).
Kebergantungan kepada petroleum dan gas asli perlu dikurangkan.
• Teknologi penjanaan sumber tenaga gantian perlu diperluaskan dan
ditingkatkan.
3. Kempen Kesedaran dan Pendidikan
Alam Sekitar
• Kerjasama bersepadu agensi kerajaan, pihak swasta, badan
bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat dalam aktiviti
bergotong-royong, mengedar risalah, kempen, seminar, forum
bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab
penjagaan alam sekitar.
Sektor Perkhidmatan
• Sektor pelancongan;

• langkah-langkah mengatasi kesan aktiviti pelanconagan ialah:


i. Langkah perundangan
ii. Amalan penguursan strategik
iii. Kempen kesedaran
1. Langkah Perundangan
• Tindakan undang-undang menarik lesen pengusaha industri
pelancongan yang tidak menjaga alam sekitar.
• JAS mengambil tindakan terhadap pengusaha hotel dan resort
yang menyalurkan sisa kumbahan ke dalam laut, juga
pengusaha restoran dan gerai makanan yang membuang sisa
perniagaan ke dalam sungai.
• JAS mengarahkan pengusaha hotel yang berisiko tinggi
mencemarkan alam sekitarvmenyediakan laporan EIA.
2. Amalan Pengurusan
Strategik
• Pengusaha perlu menyediakan sistem takungan tangki septik
khas untuk menyalurkan sisa kumbahan.
• Jika pengusaha ingin menyalurkan sisa kumbahan ke laut, sisa
tersebut perlu dirawat terlebih dahulu sehingga menjadi
bersih dan kurang berisiko.
• Pembinaan benteng dan menanam rumput untuk mengawal
hakisan cerun.
• Tanam lebih banyak pokok rhu sebagai pelindung pantai
daripada hakisan angin dan ombak.
3. Kempen Kesedaran
• Kempen kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar
perlu diberikan kepada pengusaha sektor pelancongan dan
pengunjung tempat pelancongan.
• Mengadakan pertandingan resort terbersih, resort lestari, atau
gotong-royong menbersihkan alam sekitar.
• Risalah dan pemplet tentang tanggungjawab menjaga alam
sekitar perlu diedarkan kepada pengunjung tempat
pelancongan.

You might also like