You are on page 1of 60

PUSAT LATIHAN

PASUKAN GERAKAN AM
ULU KINTA PERAK

TEKNIK
TANGKAPAN, PERIKSA DAN GARI
1. PENDAHULUAN.

Teknik Tangkap adalah salah satu mata pelajaran


yang diajar kepada pelatih-pelatih Asas ataupun
Kursus-kursus Lanjutan yang berkursus di Pusat
Latihan Pasukan Gerakan Am , Ulu Kinta.
2.TUJUAN.

2.1. Melaksanakan tangkapan dengan cara yang betul berlandaskan


kepada Peruntukan Undang-Undang.
2.2. Melaksanakan tangkapan mengikut kepada Kanun Prosuder
Jenayah Sek 15 iaitu :-
2.2.1. Mana-mana Pegawai Polis ataupun orang awam yang
berkuasa menangkap, boleh menangkap, menyentuh, memegang,
menahan ataupun mengurung orang yang hendak ditangkap melainkan
ianya menyerah diri baik secara percakapan ataupun tingkah laku.
2.2.2. Jika ianya melawan dengan kekerasan ataupun cuba
melarikan diri maka dengan apa cara cara sekali pun, bolehlah
menggunakan apa-apa cara bagi melaksanakan tangkapan tersebut.
2.2.2. Jika ianya melawan dengan kekerasan
ataupun cuba melarikan diri maka dengan apa
cara cara sekali pun, bolehlah menggunakan apa-
apa cara bagi melaksanakan tangkapan
tersebut.

2.2.3. Tidak boleh mendatangkan kematian


melainkan kesalahan yang boleh dihukum dengan
penjara seumur hidup ataupun dengan kematian.
3.LOKASI LATIHAN.

3.1. Latihan ini boleh di lakukan di


padang rumput atau dalam dewan.

4. MASA LATIHAN.
4.1. Satu jadual waktu yang telah
diperuntukan.
5.PAKAIAN DAN KELENGKAPAN.

Pakaian dan kelengkapan pelatih dan penuntut


seperti berikut :-
5.1. Jurulatih.
5.1.1. Pakaian baju T-shirt dan seluar track
atau half uniform mengikut formasi.

5.2. Pelatih / Penuntut


5.2.1. Pakaian – baju ‘T- Shirt dan seluar trek,
half uniform mengikut formasi atau pakaian asas.
6.PENGELOLAAN.

Latihan ini dikelolakan oleh dua orang Jurulatih pada tiap-tiap masa.

6.1. Seorang Jurulatih akan menyampaikan arahan serta


menunjukkan cara-cara latihan dihadapan penuntut dengan betul
dan mengikut peraturan.

6.2. Seorang Penolong Jurulatih akan membuat


pengawasan kepada pelatih-pelatih bagi menegur
dan seterusnya mempastikan supaya
penuntut mendengar, memberi tumpuan dan mengikut
arahan yang disampaikan oleh jurulatih yang berada di hadapan.
7. CARA-CARA LATIHAN.
Latihan ini akan dilaksanakan didalam
kedudukan empat baris dengan
dibahagikan kepada ( 2 ) kumpulan.
8.PERLAKSANAAN LATIHAN.

8.1. PANAS BADAN.


8.1.1. Berlari mengelilingi padang selama
lebih kurang 5 minit
dengan keadaan biasa, Jatuh bahagian
hadapan, Jatuh bahagian belakang, Berguling
kehadapan Jatuh bahagian
Belakang dan Berguling kehadapan.
8.2. TEKNIK TANGKAP HADAPAN SATU ( I ).

i. ( A ) adalah orang yang kena tangkap ( OKT )


ii. ( B ) Selangkah kaki kiri kehadapan, tangan
kanan tangkap belakang pergelangan tangan
kanan ( A ), Tangan kiri paut siku kanan ( A ).
iii. ( B ) Tangan kiri tarik siku kanan ( A ) rapat
kepelipat tangan kanan, serentak tangan kanan
kilas tangan kanan ( A ) ke belakang badan.
iv. ( B ) tangan Kiri tarik bahu kiri ( A ) dan kunci
tarik rapat kebadan.
8.3. TEKNIK TANGKAP HADAPAN DUA ( 2 ).

i. ( A ) Adalah orang yang kena tangkap ( OKT )


ii. ( B ) Selangkah kaki kiri kehadapan, tangan kanan tangkap
belakang siku tangan kanan ( A ) tangan kiri berada di
pergelangan tangan kanan ( A ) sebelah dalam Kedudukan
tangan bersilang.
iii. ( B ) Tangan kanan tarik siku kanan ( A ) serentak tangan kiri
kilas tangan kanan ( A ) ke belakang badan. Dan capai bahu
kanan ( A ).
iv. ( B ) tangan Kanan tarik bahu kiri ( A ) dan kunci tarik rapat
kebadan.
8.4. TEKNIK TANGKAP HADAPAN ( 3 )

i. ( A ) Adalah orang yang kena tangkap ( OKT )


ii. ( B ) Selangkah kaki kiri kehadapan, tangan kanan tangkap
pergelangan tangan kanan ( A ) tangan kiri hentak belakang
siku tangan kanan ( A ) dari bawah keatas.
iii. ( B ) Tangan kanan kilas tangan kanan ( A ) ikut lawan
jam , serentak tangan kiri tekan nadi leher ( A ) kedudukan
tangan kiri lurus.
iv. ( B ) Kekuatan tangan kanan tekan tangan kanan ( A )
bawah dan kunci sehingga kedudukan ( A ) terjengkit.
8.5. TEKNIK TANGKAP HADAPAN ( 4 ).

i. ( A ) adalah orang yang kena tangkap ( OKT )


ii. ( B ) Selangkah kaki kiri kehadapan,Tangan kiri tangkap pergelangan
tangan kanan ( A ), Tangan kanan hentak ulu hati ( A ). Sehingga jatuh
terlentang tangan kiri masih memegang tangan kanan ( A ).
iii. ( B ) Dengan pantas melangkah atas badan ( A ) dan tarik Tangan
kanan( A ) sehingga tertiarap.
iv. ( B ) kedudukan mencangkung kaki lutut kanan tekan pangkal
leher ( A ) , lutut kiri tekan badan ( A ) dan kedua tangan kilas tangan
kanan ( A ) kedua ibu jari berada di permukaan tangan kanan ( A ),
tekan pergelangan tangan
kanan ( A ) kebawah dan kunci. ( A ) tidak boleh bergerak.
8.6. TEKNIK TANGKAP HADAPAN ( 5 ).

i. ( A ) Adalah orang yang kena tangkap ( OKT )


ii. ( B ) Selangkah kaki kiri kehadapan, tangan kanan tangkap
pergelangan tangan kanan ( A ) tangan kiri hentak pangkal
bahu tangan kanan ( A ). Sehingga jatuh tertiarap.
iii. ( B ) Dengan pantas kedudukan mencangkung lutut kaki
kanan tekan pangkal leher ( A ) lutut kiri tekan badan ( A )
dan kedua tangan kilas tangan kanan ( A ) kedua ibu jari
berada di permukaan tangan kanan ( A )tekan pergelangan
tangan kanan ( A ) kebawah dan kunci. ( A ) tidak boleh
bergerak.
8.7. TEKNIK TANGKAP BELAKANG SATU ( 1 )

i. ( A ) adalah orang yang kena tangkap ( OKT )


ii. ( B ) Selangkah kaki kiri kehadapan,tangan kanan tangkap
belakang pergelangan tangan kiri ( A ), ibu jari berada di
sendi pergelangan tangan kiri dan keempat-empat jari
disusun di permukaan tangan ( A ). Tangan kiri tangkap
pelipat tangan kiri( A ).
iii. ( B ) Tangan kiri tarik tangan kiri ( A ) rapat kepelipat
tangan kanan, serentak tangan kanan tolak pergelangan
tangan kiri ( A ) ke atas dan kunci ( A ) sehingga tidak dapat
bergerak.
8.8. TEKNIK TANGKAP BELAKANG DUA ( 2 ).

i. ( A ) adalah orang yang kena tangkap ( OKT )


ii. ( B ) Selangkah kaki kiri kehadapan,tangan kanan berada
diluar pergelangan tangan kiri ( A ) tangan kiri berada di
belakang pelipat tangan kiri ( A ) sebelah dalam. kedudukan
tangan bersilang.
iii. ( B ) Tangan kiri tarik siku kiri ( A ) , serentak tangan kanan
kilas tangan kiri ( A ) ke belakang badan. Dan capai bahu kiri
( A ).
iv. ( B ) Tangan kiri tarik bahu kanan ( A ) dan kunci tarik rapat
kebadan.
8.9. TEKNIK TANGKAP BELAKANG TIGA ( 3 ).

i. ( A ) adalah orang yang kena tangkap ( OKT )


ii. ( B ) Selangkah kaki kiri kehadapan ( dibelakang ‘A’ ),
kedua tangan tangkap kedua pergelangan tangan ( A ),
iii. ( B ) Kaki kanan buat satu hentakkan ke pelipat kaki
kanan ( A), ( A ) jatuh melutut kedua tangan masih
memegang kedua tangan ( A ).
iv. ( B ) Dengan kekuatan kedua tangan tarik kedua tangan
( A ) keatas serentak kaki kanan tolak pinggang ( A )
sehingga badan ( A ) melentik dan kunci pergerakkan ( A ).
8.10. TEKNIK TANGKAP BELAKANG
EMPAT( 4 ).

i. ( A ) Adalah orang yang kena tangkap ( OKT )


ii. ( B ) Selangkah kaki kiri kehadapan,tangan kiri tangkap
pergelangan tangan kiri ( A ), tangan kanan hentak pangkal
bahu tangan kiri ( A ). Sehingga jatuh tertiarap.
iii. ( B ) Dengan pantas kedudukan mencangkung kaki lutut
kiri tekan pangkal leher ( A ) , lutut kanan tekan badan
( A ) dan kedua tangan kilas tangan kanan ( A ) kedua ibu
jari berada di permukaan tangan kanan ( A ), tekan
pergelangan tangan kanan ( A ) kebawah dan kunci. ( A )
tidak boleh bergerak.
8.11. TEKNIK TANGKAP BELAKANG LIMA
( 5 ).

i. ( A ) adalah orang yang kena tangkap ( OKT )


ii. ( B ) Selangkah kaki kiri kehadapan, kedua tangan
tangkap kedua kaki( A ), bahu kanan berada di
punggung ( A )
iii. ( B ) Dengan kekuatan kedua tangan dan bahu kanan
tolak ( A) sehingga jatuh meniarap serentak kedua
tangan tarik kedua kaki ( A ) keatas. Lutut kaki kanan
tekan punggung ( A ) sehingga melentik dan kunci
pergerakan ( A ).
9. TUJUAN PERIKSA.
9.1. Untuk menentukan orang yang disyaki
tidak mempunyai senjata ataupun barang
yang merbahaya.
9.2. Untuk mendapatkan semula segala
maklumat penting.
9.3. Untuk menentukan kumpulan pemeriksa
selamat ketika menjalankan tugas.
10. CARA PERIKSA.

10.1. PERIKSA DENGAN CARA BERDIRI.


i. ( A ) Adalah orang yang diperiksa ( OKP )
ii. ( A ) Kedudukan senang diri. Kedua tangan berada
diatas kepala, tapak tangan menghala keatas.
iii. ( B ) Kaki kiri tekan pelipat kaki kanan ( A ) , tangan kiri
memegang tangan ( A ) yang berada diatas kepala. Siku
tangan kiri berada di belakang tengkok ( A ).
iv. Tangan kanan jalankan pemeriksan kesebelah badan
kanan ( A ) dari atas sampai kebawah. Dan tukar kedudukan
kaki dan tangan kiri terus jalankan pemeriksaan sebelah
kiri.
10.2. PERIKSA DENGAN CARA DI DINDING.

i. ( A ) adalah orang yang diperiksa ( OKP )


ii. ( A ) kedudukan senang diri kedua kaki dibuka. Kedua
tangan berada diatas kepala , tapak tangan menghala keatas.
iii. ( B ) Kaki kiri tekan pelipat kaki kanan ( A ) , tangan kiri
memegang tangan ( A ) yang berada diatas kepala. Siku
tangan kiri berada di belakang tengkok ( A ).
iv. Tangan kanan jalankan pemeriksan kesebelah badan
kanan ( A ) dari atas sampai kebawah. Dan tukar kedudukan
kaki dan tangan kiri terus jalankan pemeriksaan sebelah kiri.
10.3. PERIKSA DENGAN CARA MELUTUT.

i. ( A ) Adalah orang yang diperiksa ( OKP )


ii. ( A ) Kedudukan melutut, kedua tangan berada diatas
kepala, tapak tangan menghala keatas.
iii. ( B ) Lutut kaki kiri tekan belakang( A )tangan kiri
memegang tangan ( A ) yang berada diatas kepala. Siku
tangan kiri berada di belakang tengkok ( A ).
iv. Tangan kanan jalankan pemeriksan kesebelah badan
kanan (A) dari atas sampai kebawah. Dan tukar kedudukan
kaki dan tangan kiri terus jalankan pemeriksaan sebelah kiri.
10.4. PERIKSA DENGAN CARA MENIARAP.

i. ( A ) Adalah orang yang diperiksa ( OKP )


ii. ( A ) Kedudukan meniarap kedua tangan dan
kaki dibuka.
iii. ( B )Kaki kiri tekan pengkal bahu kiri ( A ) kaki
kanan masukkan kebawah kemaluan ( A ) serentak
lutut kanan tekan belakang (A ). Dan tangan kanan
jalankan pemeriksaan sebelah kanan dahulu.
Kemudian tukar kedudukan periksa sebelah kiri.
11. TUJUAN MENGARI.
a) Menahan dan membawa pesalah atau
“OKT” dengan cara yang selamat.
b) Untuk mencegah pesalah atau OKT dari
melarikan diri ataupun bertindak secara agresif.

12. MENGARI.
a) Cara Mengari dari belakang arah Hadapan.
b) Cara Mengari dari arah Belakang.
13. AM.
Selesai latihan , arahkan penuntut supaya
berbaris dalam 3 barisan ,
buat teguran kesalahan yang telah dilakukan
oleh penuntut.

14. PENUTUP.
Tanya soalan kepada penuntut dan akhirnya
sampaikan arahan selanjutnya.

You might also like