You are on page 1of 52

Sains Tingkatan 4 KSSM

BAB 9 KIMIA INDUSTRI Oleh Cikgu Norazila Khalid


Smk Ulu Tiram, Johor
9.1 ALOI
ALOI
oAloi merupakan campuran
beberapa jenis logam atau
campuran logam dan bukan
logam mengikut peratusan yang
tertentu.
oTerdapat beberapa jenis aloi
yang biasa digunakan dalam
kehidupan harian seperti keluli,
piuter, gangsa, loyang dan
duralumin.
KELULI
PIUTER
GANGS
LOYAN
G
DURALUMI
N
oUmumnya, kebanyakan logam tulen adalah lembut dan mudah terkakis.
o Ciri ini tidak sesuai untuk menghasilkan kebanyakan benda di sekeliling
kita
oMaka, proses pembentukan aloi atau pengaloian dilakukan untuk
membaiki sifat logam tulen.
o Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan berlapis-lapis.
oLapisan atom logam tulen mudah menggelongsor apabila dikenakan
daya.

PENGALOIAN
oApabila satu atau lebih unsur logam atau bukan logam lain dicampurkan
ke dalam logam tulen, atom-atom unsur ini menyukarkan
penggelongsoran antara lapisan atom logam tulen. Hal ini demikian
kerana atom unsur asing mempunyai saiz yang berlainan. Maka, aloi
adalah lebih kuat dan keras berbanding dengan logam tulen.

PENGALOIAN
KEGUNAAN ALOI
DALAM KEHIDUPAN
HARIAN
oKeluli digunakan dalam
pembinaan bangunan pencakar
langit kerana sifatnya yang
keras dan tahan kakisan.
oBadan kapal terbang diperbuat
daripada duralumin yang ringan
dan kuat.
oBeberapa alatan muzik
diperbuat daripada loyang yang
berkilat dan tahan kakisan.
ALOI
SUPERKONDUKTOR
oTerdapat beberapa jenis unsur logam dan bukan
logam yang menunjukkan sifat superkonduktor
pada suhu yang rendah dan dicampurkan untuk
membuat aloi superkonduktor.
oSuperkonduktor ialah bahan yang boleh
mengalirkan arus elektrik pada kecekapan yang
tinggi tanpa rintangan.
oSuperkonduktor juga berupaya untuk menolak
medan magnet dan menyebabkan bahan
superkonduktor terapung apabila diletakkan di
atas magnet.
ALOI
SUPERKONDUKTO
R
oAloi superkonduktor digunakan
dalam pembuatan landasan kereta
api berkuasa tinggi supaya kereta
api dapat bergerak secara terapung
dan dapat mengelakkan geseran
antara landasan dengan badan
kereta api
oHal ini membolehkan kereta api
ini bergerak dengan sangat laju.
oAloi superkonduktor seperti
niobium titanium dan niobium timah
digunakan dalam pembuatan
peralatan mesin pengimejan
resonans magnetik (MRI) untuk
pengimejan perubatan.

ALOI
SUPERKONDUKTOR
9.2 KACA DAN
SERAMIK
oKaca dipercayai mula digunakan sekitar 5000 tahun
S.M.
oKaca diperbuat daripada silika.
oSilika ialah sebatian yang mengandungi silikon
dioksida dan wujud secara semula jadi di dalam pasir.
oSilika tulen dileburkan sekitar 1500°C sehingga
menjadi cecair dan dibentuk menjadi kaca.

KACA
KACA SILIKA
KACA SODA KAPU
KACA BOROSILIKAT
KACA PLUMBUM
oSeramik terdiri daripada bahan bukan
logam yang terbentuk hasil daripada
tindakan haba pada suhu yang tinggi.
oSeramik diperbuat daripada tanah liat.
o Komponen utama dalam tanah liat
ialah aluminium silikat.
o Seramik tahan haba dan tekanan yang
tinggi.
oSeramik juga sangat keras, rapuh,
lengai terhadap bahan kimia dan tidak
berkarat.
SERAMIK oSelain itu, seramik juga merupakan
penebat haba dan elektrik yang baik.
oBerdasarkan ciri-ciri
kaca dan seramik yang
telah dipelajari, kita
telah ketahui bahawa
kaca dan seramik sesuai
digunakan untuk
menghasilkan pelbagai
jenis barangan dalam
kehidupan harian kita.
oHal ini juga telah dapat
PENGGUNAAN KACA memajukan industri kaca
DAN SERAMIK DALAM dan seramik di negara
KEHIDUPAN HARIAN kita.
APLIKASI KACA
oRadas makmal seperti bikar dan
kelalang kon diperbuat daripada kaca
borosilikat kerana ciri ketahanannya
yang sangat tinggi terhadap haba dan
bahan kimia
oPenutup kaca mentol biasanya
diperbuat daripada kaca soda kapur
kerana cirinya yang tahan haba dan
mudah dibentuk
oPrisma kaca yang diperbuat daripada
kaca plumbum digunakan untuk
mengkaji penyebaran cahaya kerana
mempunyai indeks biasan yang tinggi
oTingkap kaca yang lut sinar
membenarkan cahaya masuk ke dalam
rumah
APLIKASI
SERAMIK
oPinggan mangkuk diperbuat daripada
seramik kerana cirinya yang tahan haba
dan tidak terkakis
oJubin seramik digunakan sebagai lantai
kerana cirinya yang berkilau, menjadikan
lantai kelihatan bersih dan cantik
oSeramik digunakan dalam pembuatan
gigi palsu kerana ciri seramik yang keras
dan kuat serta lengai terhadap bahan
kimia
oPasu bunga seramik adalah keras dan
kuat
9.3 POLIMER
oPolimer ialah molekul
besar berbentuk rantai
yang terdiri daripada
gabungan unit molekul
kecil.
oUnit-unit molekul kecil
yang membentuk polimer
ini dikenal sebagai
monomer.
o Polimer dapat
dikelaskan kepada
POLIMER polimer semula jadi dan
polimer sintetik.
oPolimer dihasilkan melalui
proses pempolimeran.
oProses pempolimeran ialah
proses pencantuman
monomer melalui
pembentukan ikatan kimia
untuk menghasilkan polimer
yang bermolekul besar
berbentuk rantai.
oPenyahpolimeran pula
merujuk proses apabila
molekul polimer berbentuk
PROSES PEMPOLIMERAN rantai dipisahkan kepada
monomer-monomernya
DAN PENYAHPOLIMERAN melalui tindak balas kimia.
oPempolimeran yang
melibatkan monomer jenis
yang sama dengan
pemecahan ikatan ganda dua
menjadi ikatan tunggal
dikenal sebagai
pempolimeran penambahan.
oPolietena ialah salah satu
contoh polimer yang
dihasilkan melalui proses
pempolimeran penambahan
PROSES PEMPOLIMERAN daripada monomernya, iaitu
etena
DAN PENYAHPOLIMERAN
oSusu getah asli atau disebut
lateks didapati apabila batang
pokok getah ditoreh.
oSusu getah asli diproses
menjadi getah asli
oPolimer semula jadi ini banyak
menyumbang kepada
peningkatan ekonomi negara
kita.
oAntara ciri getah asli ialah
kenyal, lembut, tidak tahan
GETAH ASLI haba, penebat elektrik yang
baik serta tidak telap udara.
TINDAKAN ASID DAN
ALKALI TERHADAP
LATEKS
oDi dalam lateks, terdapat molekul-molekul
getah berbentuk rantai yang diselaputi oleh
satu lapisan membran protein
oTerdapat cas-cas negatif yang mengelilingi
permukaan luar membran tersebut
oHal ini menyebabkan molekul getah
menolak antara satu sama lain.
oMaka, lateks kekal wujud sebagai cecair.
TINDAKAN ASID DAN
ALKALI TERHADAP
LATEKS
oApabila asid ditambah ke dalam lateks, ion-
ion hidrogen yang bercas positif daripada asid
akan meneutralkan cas negatif pada permukaan
membran protein.
oTanpa cas-cas negatif tersebut, molekul-
molekul getah akan berlanggar antara satu
sama lain.
oHal ini akan menyebabkan membran protein
pecah dan rantai polimer getah akan keluar dan
saling berbelit lalu membentuk gumpalan
pepejal.
TINDAKAN ASID DAN
ALKALI TERHADAP
LATEKS
oJika lateks dibiarkan tanpa ditambah asid, lama-
kelamaan, lateks itu akan menggumpal juga akibat
daripada tindakan bakteria yang menghasilkan asid dan
meneutralkan membran protein molekul getah.
oApabila alkali ditambah ke dalam lateks, ion-ion
hidroksida daripada alkali akan meneutralkan ion
hidrogen daripada asid.
oTanpa asid, cas-cas negatif kekal pada membran protein
dan molekul getah tetap menolak antara satu sama lain
dan tidak berlanggar.
o Maka, molekul getah akan kekal dalam keadaan cecair.
PEMVULKANAN
GETAH
oSifat semula jadi getah asli yang lembut
dan tidak tahan haba adalah tidak sesuai jika
digunakan untuk membuat bahan seperti
tayar kenderaan
oOleh sebab suhu di Malaysia sentiasa
panas, sekiranya tayar diperbuat daripada
getah asli, tayar itu akan menjadi lembik
dan mencair apabila terkena permukaan
jalan raya yang panas.
oBeliau telah
menemui kaedah
pemvulkanan
getah pada tahun
1839.
o Beliau
memanaskan satu
campuran getah
asli dengan 1% -
3% sulfur
CHARLES GOODYEAR mengikut
(1800 – 1860) jisimnya.
PEMVULKANAN
o Proses pemvulkanan boleh membaiki
sifat getah dan menjadikannya lebih
kuat.
oPemvulkanan ialah proses pemanasan
getah bersama sulfur.
oMelalui proses pemvulkanan, atom-
atom sulfur ditambahkan ke dalam
molekul-molekul polimer getah asli
yang berbentuk rantai.
oGetah yang diperoleh melalui proses
ini disebut getah tervulkan.
oStruktur molekul bagi getah tervulkan dilihat
mempunyai ikatan antara setiap rantai polimer
getah, manakala bagi getah asli tidak.
oHal ini disebabkan oleh atom sulfur yang
ditambah menghasilkan rangkai silang antara
rantai polimer getah.
PEMVULK oOleh sebab itu, apabila daya dikenakan,
ANAN rantai polimer getah tervulkan sukar untuk
menggelongsor dan apabila haba dikenakan,
struktur molekul getah tervulkan sukar
diputuskan
oMaka, getah tervulkan adalah lebih keras dan
mempunyai ketahanan terhadap haba yang
tinggi.
KEGUNAAN
GETAH
TERVULKAN
oTayar kenderaan
oSarung tangan getah
oTapak kasut
TEKNOLOGI TERKINI
BERASASKAN
oGetahGETAH
merupakan salah satu komoditi utama di
Malaysia.
o Industri getah membantu meningkatkan ekonomi
negara.
o Penyelidikan dan pembangunan terhadap getah
yang dijalankan oleh Lembaga Getah Malaysia
perlu diteruskan supaya industri getah di negara
kita bertambah maju pada masa hadapan.
oBeberapa penemuan baharu telah dihasilkan
menggunakan keistimewaan getah dalam bidang
pembuatan dan pembinaan.
TEKNOLOGI
TERKINI
BERASASKAN
GETAH
oAsfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA)
sebagai konkrit asfalt untuk menurap jalan
raya supaya tahan lebih lama, tahan haba,
mengurangkan bunyi bising dan keretakan
jalan raya.
oGetah Colour merupakan cat lukisan yang
dihasilkan daripada lateks untuk kegunaan
seni visual.
oPad landasan yang diperbuat daripada
getah diletakkan di antara landasan dengan
enjin kereta api untuk mengurangkan
getaran dan bunyi.Gambar foto 9.17
Beberapa teknologi terkini berasaskan getah

You might also like