You are on page 1of 24

MIKROEKONOMI

BAB 5:PASARAN FAKTOR DAN


AGIHAN
PERMINTAAN DAN PENAWARAN FAKTOR
PENGELUARAN
-Faktor pengeluaran diminta untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
-Kuantiti faktor pengeluaran yang diminta oleh sesebuah firma bergantung pada
saiz permintaan terhadap barang dan perkhidmatan di pasaran.
-Permintaan terhadap faktor pengeluaran dianggap sebagai permintaan terbitan
atau permintaan berkait.
-Hal ini bermakna,apabila permintaan terhadap rumah meningkat,permintaan
terhadap kayu,simen dan buruh binaan juga meningkat.
Konsep keluaran fizikal dan keluaran hasil
Jumlah keluaran fizikal (TPP) merujuk kepada jumlah sesuatu barang yang
dihasilkan oleh faktor pengeluaran.
Keluaran fizikal purata pula merujuk kepada kuantiti keluaran yang dihasilkan
oleh setiap unit faktor pengeluaran.
APP=TPP/TF
Keluaran fizikal sut merupakan tambahan jumlah keluaran yang dihasilkan kesan
tambahan penggunaan satu unit faktor pengeluaran.
MPP=Perubahan TPP/Perubahan TF
Konsep keluaran fizikal dan keluaran hasil
Jumlah hasil keluaran merujuk kepada nilai keluaran yang dihasilkan oleh faktor
pengeluaran.
TRP=TPP X P
Keluaran hasil purata merupakan nilai keluaran yang dihasilkan oleh setiap unit
faktor pengeluaran
ARP=TRP/TF
ARP=APP X P
Keluaran hasil sut
Keluaran hasil sut merupakan tambahan jumlah hasil keluaran kesan tambahan
penggunaan satu unit faktor pengeluaran
MRP=Perubahan TRP/Perubahan TF
MRP=MPP X P
Permintaan faktor pengeluar dalam pasaran
persaingan sempurna
Penawaran faktor pengeluaran dalam pasaran
persaingan sempurna
Keseimbangan pasaran faktor
Keseimbangan dicapai apabila permintaan faktor sama dngan penawaran faktor

1.DD faktor=SS faktor


2.MRP=MCf
3.MRP=Pf
Keadaan keseimbangan pasaran faktor
UPAH
-Upah merupakan bayaran yang diterima oleh buruh atas sumbangan tenaga
fizikal atau mental dalam proses pengeluaran
-Upah wang merupakan bayaran yang diterima oleh buruh dalam bentuk wang
-Upah benar merupakan kuasa beli upah wang,iaitu kuantiti barang dan
perkhidmatan yang dapat dibeli dengan menggunakan upah wang

Upah benar=IHP tahun asas/IHP tahun semasa X upah wang


Penentuan tingkat upah dalam pps
Penentuan tingkat upah dalam pps
Kesatuan sekerja
-Kesatuan sekerja merupakan organisasi yang dianggotai oleh sekumpulan pekerja bagi
memperjuangkan kepentingan ekonomi dan kebajikan ahlinya
-Tujuan:
1.Memperjuangkan kadar upah yang lebih tinggi dan faedah sampingan yang lebih baik untuk
ahlinya
2.Memastikan majikan menyediakan suasana tempat kerja yang lebih baik bagi menjamin
keselesaan dan keselamatan pekerja,memastikan majikan memberikan cuti rehat yang mencukupi
dan melindungi pekerja daripada dieksploitasi oleh majikan
3.Membantu kerajaan dan majikan menggubal polisi ekonomi berkaitan industry dan negara serta
memperjuangkan isu-isu semasa yang menyentuh kepentingan dan kebajikan pekerja
Cara kesatuan sekerja menuntut upah yang lebih
tinggi
1.Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh
2.Mengurangkan penawaran buruh
3.Menuntut tingkat upah yang lebih tinggi daripada upah keseimbangan(upah
minimum)
Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh
Mengurangkan penawaran buruh
Upah minimum
Faktor mempengaruhi kejayaan dan kegagalan kesatuan sekerja
dalam menuntut tingkat upah yang lebih tinggi

1.Peratusan kos upah daripada jumlah kos pengeluaran


2.Keadaan guna tenaga dalam ekonomi
3.Keanjalan permintaan output yang dikeluarkan
4.Tingkat keuntungan firma
5.Keanjalan permintaan buruh
6.Kekuatan kesatuan sekerja
7.Kedudukan kewangan kesatuan sekerja
8.Daya pengeluaran sut buruh
9.Perbezaan upah antara buruh dalam bidang pekerjaan yang sama
Sewa,kadar bunga dan untung
-Sewa merupakan bayaran kepada faktor pengeluaran yang mempunyai
penawaran terhad seperti tanah
-Sewa ekonomi merupakan bayaran lebihan kepada faktor pengeluaran yang
digunakan untuk sesuatu pengeluaran kedua terbaik
-Perolehan pindahan merupakan bayaran minimum kepada faktor pengeluaran
yang digunakan sesuatu pengeluaran bagi mengelakkan faktor tersebut digunakan
untuk pengeluaran kedua terbaik
KEADAAN WUJUD SEWA EKONOMI
DAN PEROLEHAN PINDAHAN
SEWA KUASI
-Sewa kuasi merupakan bayaran lebihan kepada faktor pengeluaran yang
mempunyai penawaran tak anjal sempurna dalam jangka pendek sahaja
-Sewa kuasi=jumlah hasil-jumlah kos berubah
Sewa kuasi
Kadar bunga
-Kadar bunga merupakan bayaran atau pulangan kepada pemilik faktor
pengeluaran modal kerana menangguhkan penggunaannya
-Kadar bunga nominal merupakan kadar bunga yang dikenakan terhadap
sejumlah modal yang dipinjam
-Kadar bunga benar merupakan kadar bunga yang sebenarnya dibayar
setelah mengambil kira perubahan tingkat harga umum
untung
-Untung merupakan ganjaran atau pulangan yang diterima oleh faktor
usahawan kerana sanggup menanggung risiko
-Untung perakaunan merupakan untung yang diperoleh sebuah firma apabila
jumlah hasil ditolak dengan jumlah kos pengeluaran
-untung ekonomi merupakan untung yang diperoleh sebuah firma setelah
kos implisit ditolak daripada untung perakaunan

You might also like