You are on page 1of 11

Projek Tamu Pagi Hari Raya Aidilfitri Kampung Darau 2019

Miyolon Aidilfitri Kampung Darau, Manggatal 2019

Kerjasama antara Komuniti Kampung Darau Bersama


Jabatan Muzium Negeri Sabah dan Universiti Malaysia Sabah
Pengenalan
Tamu Tradisi Miyolon Aidilfitri Kampung Darau, Manggatal
• Pada 9 Jun 2019, Universiti Malaysia Sabah melalui Fakulti Perniagaan, Ekonomi
dan Pelancongan telah terlibat secara langsung dalam penganjuran acara tradisi
tahunan tamu pagi Hari Raya Aidilfitri yang dijenamakan sebagai acara Tamu
Miyolon Aidilfitri Kampung Darau.
• Tradisi tamu berkonsepkan sistem barter ini dipercayai yang telah wujud sejak lebih
100 tahun di Kampung Darau. Ianya adalah bukti semangat perpaduan yang wujud
sejak sekian lama diantara masyarakat Kadazandusun dan Bajau-Sama.
• Kehadiran masyarakat Kadazandusun sejauh Tamparuli dan Moyog yang datang
secara sukarela bertandang membawa hasil pertanian dan hasil hutan mereka pada
setiap Hari Raya Aidilfitri setiap tahun untuk ditukarkan dengan kuih muih tradisi
Bajau-Sama.
Halatuju projek
• Pembabitan UMS bersama dengan Jabatan Muzium Sabah merealisasikan penganjuran
acara tradisi ini dengan lebih sistematik, secara tidak langsung mengketengahkan nilai
pemuliharaan budaya dan potensi aset pelancongan budaya di Kampung Darau.
• Matlamatnya agar memberi inspirasi dan keyakinan kepada komuniti Kampung Darau
akan bernilainya tradisi yang mereka warisi turun temurun ini.
• Pemindahan ilmu dalam projek ini adalah bersifat ‘hands-on’ dimana pensyarah UMS
bertindak sebagai penasihat dan terlibat secara langsung dalam penganjuran acara ini,
dimana bimbingan diberikan secara langsung semasa proses penganjuran berjalan.
• Pembabitan UMS ini juga telah berjaya mendokumentasikan tradisi ini dalam bentuk
buku terbitan Jabatan Muzium Sabah, pembentangan di persidangan, penerbitan di
buku.
Data statistik Miyolon Aidilfitri 2019
• Kampung Darau: 11 Ahli Jawatankuasa Bertindak (Penganjur) yang
terlibat dalam proses pemindahan ilmu.
• Peserta komuniti Kadazandusun: 61 peserta daripada 11 kampung.
• Anggaran kedatangan/kehadiran ke acara: 200 orang (terdiri dari
kalangan penduduk Kampung Darau dan juga dari kampung
berhampiran)
Dana projek
• RM19,950.00
• Dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Muzium Negeri Sabah
Kampung-kampung peserta Kadazandusun
yang menyertai Miloyon Aidilfitri 2019
Acara perasmian Miyolon Aidilfitri 2019 disempurnakan oleh wakil rakyat, YB
Azhar Matussin (Kredit foto: Facebook Kampung Darau Menggatal)
Buku yang mendokumentasikan tradisi tamu pagi Hari Raya -
Miyolon Aidilfitri Kampung Darau oleh para pensyarah UMS
Antara masyarakat Kadazandusun yang mengambil bahagian
bersama hasil yang dibawa (1)
Antara masyarakat Kadazandusun yang mengambil bahagian
bersama hasil yang dibawa (2) (Kredit foto: Facebook
Kampung Darau Menggatal)
Foto bersama komuniti kampung dan dif-dif jemputan (Kredit
foto: Facebook Kampung Darau Menggatal)

You might also like